Saya bukanlah mengenalinya terlalu rapat tetapi saya banyak
mengenalinya melalui live "borak dahsyat' saluran media milik YB Abdullah
Sani, di mana beliau berperanan sebagai moderator dalam program tersebut.
Hubungan saya dengan tokoh muda ini bertambah rapat apabila saya
mulai aktif di dalam "Club House" room "Kerajaan Gagal
Kembali" (KGK) dan beliau turut menjadi "moderator/admin"
bersama saya dan rakan-rakan yang lain. Orang yang
hebat
biasanya akan diuji dan ditekan. Tidak terkecuali Sdr Omar
Mokhtar apabila beliau diminta untuk melepaskan jawatannya sebagai Ketua
Penerangan AMK Johor. Sama juga seperti insan
hebat
Syed Shah Syed Osman
turut menjadi mangsa apabila dilucutkan jawatannya di dalam AMK. Apa salah
mereka? Saya pun tidak tahu tetapi yang pasti mereka tidak mahu bersekongkol
dengan orang yang suka melabel orang lain apabila berbeza pendapat. Mereka
bukan jenis spesis yang suka mencari salah Presiden jauh sekali melekehkan
Presiden sendiri. Mungkin sebab itu kedua mereka terpelanting keluar angkara
tidak 'radikal' kononnya. Mahu "radikal" mestilah duduk berehat dan
hentam Presiden.
Sejarah Libya terdapat seorang pejuang Islam yang
hebat
dan berani bernama Omar Mokhtar. Dikenali sebagai "Lion
Desert" (Sang Singa Gurun) dan tokoh
hebat
ini mati ditahan dan dibunuh dalam perjuangannya menentang
penjajahan Italy di Libya. Setakat dilucutkan dari jawatan, apa sangatlah buat
anak muda didikan YB Abdullah Sani ini.
Saya mendoakan agar nama Omar Mokhtar pada tokoh muda ini
sedikit sebanyak terpalit keberkatannya dari nama "Lion Desert" Omar
Mokhtar Libya tersebut. Beliau baru melangsungkan perkahwinannya dan pencalonan
beliau sebagai calon Keadilan di Dun Johor Lama merupakan hadiah paling
berharga buat pengantin baru ini dan pasangannya.
Saya impikan dan doakan Sdr Omar Mokhtar menang di kawasan yang
ditandinginya ini. Saya juga impikan regu Adam Adli dan
Omar Mokhtar berada di saf pimpinan utama AMK Malaysia bagi mengejutkan AMK
dari tidur lena dan bangkit sebagai anak muda yang sejati bukan
"Sajatti".
InsyaAllah, saya akan turun bantu Sdr Omar Mokhtar di Dun Johor
Lama walaupun sedikit hatta pacak sehelaj bendera Keadilan bagi memastikan
beliau menang. " Bekerja belum tentu menang, tidak bekerja pasti
tewas". Selamat berjuang, anak muda!!
WFAUZDIN NS