ULASAN
|
Satu pemandangan kawasan |
SERONOK dan melegakan hati rakyat Kelantan apabila membaca
laporan Bernama bertarikh 28 Februari 2022 yang
berbunyi "Hutan Simpn kekal Kelantan lebih luas daripada hutan
pengeluaran".
Laporan itu merupakan kenyataan Timbalan Menteri Menteri
Besar Mohd Amar Nik Abdullah, yang menekankan juga HSK
Kelantan makin bertambah dalam tempoh lima tahun (2017 -2021) menjadikan
keluasan HKS melebihi keluasan hutan pengeluran.Beliau
memperincikan setakat tahun lepas, keluasan HSK Kelantan ialah 629,880.95
hektar berbanding 613,275.43 hektar pada tahun 2017.
Menurut Mohd Amar kerajaan Kelantan prihatin, mengawasi HSK Kelantan,
penghasilan hutan atau pembalakan hanya dibenarkan di hutan pengeluran manakala
hutan perlindungan tidak dibenarkan sebarang aktiviti. Benarkah?
"Malahan keluasan HSK pada 2021 iaitu 629,880.95 melebihi keluasan hutan
pengeluaran pada tahun yang sama iaitu 468,63 hektar," tegasnya seperti
dilaporkan.
Kenyataan dan penjelasan Mohd Amar itu boleh sirnakan kegusaran
rakyat Kelantan khususnya yang berada di luar serta para pencinta alam di
negeri itu berhubung nasib dan masa depan hutan simpan di Kelantan khasnya dan
alam sekitar di negeri berkenaan yang cemas mengenai masa depan hutan Kelantan
dibongkar secara berleluasa seperti membelakangkan peraturan alami.
Peraturannya memang seperti disebut Mohd Amar itu, tetapi
hakikatnya apakah peraturan itu sentiasa dipatuhi? Ini menjadikan kenyataan
Mohd Amar itu boleh dipertikaikan memandang kenyatan-kenyataannya sebelum ini
bersifat simplistik, main-main dan tidak professional.
Melihat saking luasnya HSK diterokai mungkin nilai atau jumlah
perolehinya dalam tempoh lima tahun melebihi jumlah royalti petroleum RM400
juta?
Difahami Mohd Amar membuat penjelasan itu sebagai menafikan
tuduhan sesetengah pihak seolah-olah Kelantan menebang balak tanpa sebarang
pengawasan namun sebenarnya setiap aktiviti pembalakan menurutnya dilakukan
berdasarkan kuota Catuan Tebangan Tahunan (CTT).
Tekan beliau lagi CTT negeri Kelantan bagi rancangan Malaysia ke-11 (RMK11)
2016-2020 iaitu 27,085 hektar, namun digunakan hanya separuh iaitu 13,054
hektar.
Manakala dalam tempoh lima tahun pembalakan yang dilakukan
kurang berbanding kuota yang diberikan. Sebagai contoh katanya hanya 1,277
hektar digunakan berbanding 3,900 hektar kuota yang diluluskan pada 2021.
"Bagi tempoh 2017 hingga 2020, kuota pembalakan CTT yang
dibenarkan ialah 5,417 hektar setiap tahun. Namun hanya 3,100 hektar digunakan
pada 2017, 2018 (3,147 hektar), 1,858 hektar (2019) dan 2,324.82 hektar
(2020)," katanya. Kenyataan itu cuba memberi gambaran kerajaan Kelantan
menguruskan kawasan hutan dan balak dengan sangat berhemah.
Bagaimana pun realtinya kontas apabila berbagai pihak bangkit
mempertikai, merungut dan mempersoalkan penuh kesal dengan cara pembongkaran
hutan dan penebangan balak yang tidak menurut peraturan. Kesan daripada
kerakusan itu menyebabkan timbul pelbagai masalah alam sekitar yang menganggu
hidupan termasuk rakyat. Hakikat ini sudah berada di hadapan mata.
Pendedahan SAM dan Kawan.
Misalnya dalam satu laporan pendedahan hasil tinjauan dan
penyelidikan dilakukan oleh dua Ngo alam sekitar, Sahabat Alam Malaysia (Sam)
dan Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa) pada 15 Januari lalu mendapati
beberapa kawasan terjejas teruk ekoran pelaksanakan projek latang hutan
(monokular) berskala besar di kawasan HSK.
Akibat dari itu menyebabkan berlaku pencemaran membabitkan
beberapa buah kampung dalam jajahan Kuala Krai seperti, Kampung Chenulang,
Pertang, Dusun Bunut, Sungai Som dan lain-lain. Ia juga menyebabkan kebersihan
dan kejernihan beberapa batang sungai di kampung berkenaan ternoda dan
mengalami pencemaran. Bukan itu sahaja lebih dahsyat lagi ia turut menodai ke
kawasan tadahan air. Kejadian ini berlaku sejak tahun 2014 lagi.
Berhubung keluasan HSK seperti disebut Mohd Amar yang melebihi
keluasan hutan pengeluran itu, apakah Mohd Amar sedar bahawa terdapat berbagai
projek pembangunan dalam kawasan HSK itu. Beribu hektar HSK itu juga
dibangunkan dengan ladang Timber Latex Clon (TLC) atau klon getah susu.
Sekiranya Mohd Amar jujur beliau perlu menyebut berapa ribuan hektar HKS
terlibat dengan projek TLC itu.
Sudah tentu kawasan HKS yang dibangunkan dengan TLC itu, sudah
tidak bersifat sebagai hutan kekal lagi, dan apakah angka terbaru mengenai HSK
diberikan Mohd Amar itu mengambil kira sama ladang rakyat itu?
Mungkin di atas geran tanah kawasan itu berstatus sebagai HSK,
tetapi pada hakikatnya kawasan itu sudah menjadi ladang getah yang mana
kedudukan asalnya sudah berubah. Apakah apabila hakikatnya sudah berubah maka
kawasan itu masih boleh disifatkan HSK?
Penjelasan dan kenyataan Mohd Amar itu boleh dipertikakan
kesahihannya. Mungkin bagi rakyat yang cetek pengetahuan menerimanya begitu
sahaja apa lagi kalau Mohd Amar bercakap dengan memulakan dengan membaca
ayat-ayat Quran dan hadith boleh melenakan si pendengarnya.
Jangan kerana ghairah hendak menjawab dan terpukau dengan
laporan mendedahkan kerosakan alam sekitar, maka beliau sendiri mengeluarkan
kenyataan yang boleh diragui dan kenyataan yang memperolok-olok orang ramai
seperti menidakkan pak belang berkeliaran di kampung adalah disebabkan
habiatnya terganggu. Apa yang penting, perlu menjelaskan kedudukan sebenarnya,
bukan cuba mengelirukan. Berkata benarlah kerana itu sebaik-baik
pengakuan.
Dalam hal ini mana-mana pihak khasnya Ngo alam sekitar, aktivis
serta individu di Kelantan yang prihati mengenai hal ini, yang sayangkan bumi
Kelantan Darul Naim boleh mengemukakan bukti untuk menyanggah kenyataan Mohd
Amar itu. Mereka (Ngo dan individu) mungkin lebih memahami keadaan HSK di
Kelantan yang berlaku kini berbanding dengan Mohd Amar kerana mereka masuk dan
meneroka serta melihat apa yang berlaku dengan mata lendir sendiri.
Maklumat yang diperolehi boleh dikumpulkan didiserahkan kepada
Mohd Amar atau Menteri Besar Ahmad Yakob. Lanjutan daripada itu mungkin satu
memorandum boleh dipersiapan untuk diserahkan kepada pihak Kerajaan
negeri.
Adalah elok juga isu ini turut diperkatakan dan disentuh oleh Husam
Musa selaku bekas Exco kanan kerajaan Kelantan dalam forumnya yang
bakal diadakan sehari dua lagi yang mana mauduknya berkisar perihal pentadbiran
dan pengurusan Kelantan.
Husam yang terkenal sebagai seorang politician ilmuan,
yang berhujah bersandarkan fakta dan bukan hearsay, bentangkan
apa-apa maklumat berhubung dengan kedudukan atau masalah HSK di Kelantan hari
ini serta merungkai semula apakah perancangannya semasa memegang jawatan
dahulu.
Beliau jangan sahaja tahu mengkritik tetapi juga perlu memberi
idea, saranan dan nasihat bagaimana untuk menjaga kelestarian alam sesuai
dengan pengalamannya yang selari dengan kerajaan Kelantan yang membangun
bersama Islam. Mungkin diseabkan kerana terlalu lama berkuasa menyebabkan
intipati dan maksud membangun bersama Islam itu sudah dilupai diganti dengan
slogan bergaya dengan Mercedes. [wm.kl.10:43 am 04/02/2021]