Muda mahukan 10 kerusi. Aku rasa tiada masalah tapi 10 kerusi tu, 5 dari Amanah dan 5 lagi dari DAP. Sebab Amanah dan DAP gila sangat dengan Muda.
Bukan aku tak yakin dengan kebolehan pemimpin Muda. Tapi aku tak yakin dengan kesetiaan mereka kepada PH. Sebab Saddiq setia kepada Mahathir.
Muda tiada akar umbi. Mereka hanya menunggang PH untuk masuk pilihanraya. Mereka tak sehaluan dengan PH sebab itu mereka enggan sertai PH.
Serahkan 10 kerusi kepada Muda samalah seperti PH akan kehilangan kerusi tersebut. Sebab Muda bukan sebahagian daripada PH. Bila-bila masa pun mereka boleh angkat kaki.
Ramai yang sebut soal sokongan kuat untuk Muda. Kalau betul mereka ada sokongan, mereka takkan merayu kerusi daripada PH. Sebab mereka tahu mereka tak ada sokonganlah mereka minta simpati.
Dalam Keadilan ada ramai pemimpin muda. Lebih baik Keadilan utamakan pemimpin dalam AMK daripada beralah kepada Muda. Itu lebih terpuji.
Soal kerusi Muda ni mudah saja. PH tak perlukan Muda. Sebaliknya Muda yang perlukan PH. Selagi Saddiq idolakan Mahathir, selagi itu tolak Muda.
Kenapa PH masih tak belajar daripada kejahilan dulu mempercayai PPBM. Hari ini mereka mahu percaya parti dari benih yang sama pula. Kartun sungguh. Guane boh?