MISI HASABUYA 2 DAN TEORI ASAL KEHIDUPAN DI BUMI.

 

JAMZURI ARDANI


Baru lepas menonton dokumentari berkenaan misi kapal angkasa milik Agensi Angkasa Jepun, Hasabuya2 yang meneroka angkasa lepas untuk mengambil sampel kandungan tanah dan batuan dari sebuah asteroid yang diberi nama Ryugu.
Kapal angkasa ini diluncurkan ke angkasa pada 3 Disember 2014 dan berjaya memulangkan sampel tersebut ke bumi pada 6 Disember 2020. Hasabuya2 tidak terus pulang ke Bumi. Ia hanya 'menghantar' sampel tersebut ke Bumi dari orbit Bumi dan kemudian meneruskan misinya meneroka, mengambil gambar dan mengutip data dari asteroid lain yang diberi nama 1998KY.
Para saintis menganggap sampel yang diambil dari asteroid Ryugu ini sangat bernilai tinggi untuk kajian berkenaan asal usul organisma dan kehidupan di Bumi. Ini adalah sampel pertama yang diambil dari asteroid jenic C yang dipercayai mempunyai kandungan karbon dan organisma kering.
Selama ini manusia beranggapan bahawa kehidupan di Bumi adalah berasal dari susunan karbon dan oksigen yang terkandung di kerak bumi yang kemudiannya membentuk struktur asas kehidupan yang dipanggil sel.
Bagaimanapun, kajian para saintis kebelakangan ini lebih cenderung dengan pandangan bahawa kehidupan di Bumi mungkin berasal dari organisma yang dibawa oleh beberapa asteroid tertentu yang jatuh ke planet bumi sejak berjuta tahun dahulu.
Asteroid jenis C dikenalpasti oleh para saintis berkemungkinan mempunyai sumber sel organisma kering yang boleh membentuk hidupan jika diletakkan dalam persekitaran yang sesuai untuk kehidupan.
Sampel yang dihantar pulang oleh Hasabuya 2 ini penting untuk kajian teori ini.
Subhanallah!