KOMEN Tengku Razaleigh Hamzah* *Mengenai Booster@Dos Penggalak.*

 *KOMEN Tengku Razaleigh Hamzah* 

*Mengenai Booster@Dos Penggalak.*


*Soal Jawab oleh Utusan Malaysia.


*AGENDA  VAKSIN*


*Dalam pertemuan sebelum ini, Tengku ada bincang soal kesan mudarat vaksin. Boleh jelaskan?*


Vaksin ini, 

saya cuma boleh beri satu komen dulu.


Biasanya kita ini cari doktor atau cari ubat, 

kerana ia boleh menyembuhkan. 

Tanpa paksaan 

kita pergi cari. 


Namun dalam soal vaksin, 

ini dipaksa. 


Malah selepas cucuk, 

belum ada jaminan boleh baik. 


Selepas cucuk sekali, 

kena cucuk kali kedua. 


Kemudian kali kedua tak jadi juga, 

ada yang mati. 


Dan tiba-tiba mahu bagi dos penggalak pula, 

dan tiada jaminan juga. 


Ada yang disuntik dos penggalak, 

mati. 


Ada yang sakit demam 

sampai kena stroke. 


Tapi kerajaan tak mengaku.


*Kenapa?*


Kerana kita dah tandatangan borang, 

sebelum kita disuntik. 


Jadi kita tak boleh dakwa kerajaan.

Jadi, ini undang-undang apa? 


Serah diri kita 

dan dibunuh oleh kerajaan? 

Saya rasa tak patut.


*Apa punca keadaan kecamuk dalam soal vaksin ini?*


Ini kerana ia dikawal oleh apa yang disebut sebagai kartel global. 

Oleh pihak seperti Bill Gates, Rothschild dan sebagainya. 

Kumpulan ini mengawal Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). 

Perkara ini memang benar, 

WHO dikawal oleh mereka, 

dan kumpulan inilah yang disebut-sebut sebagai globalis.


*Apa kumpulan ini buat?*


Sekarang ini, 

vaksin yang dikeluarkan oleh syarikat (yang ada kaitan dengan kumpulan ini), 

seperti syarikat farmaseutikal Pfizer, 

adalah untuk sementara bagi kegunaan kecemasan. 

Ini kerana tidak ada vaksin lain untuk mengubati wabak Covid-19, 

itu yang sebenarnya. 


Dan kandungan dalam vaksin Pfizer, 

iaitu jenis mRNA, 

ia bukan virus, 

bukan juga kuman, 

sebaliknya sejenis protein yang dibalut dengan lemak. 


Apabila tiga atau enam bulan, 

ia bermutasi. 


Dalam keadaan itulah ia pecah, 

jadi seratus, 

jadi lima ratus, 

jadi seribu.


Itulah punca jadi penyakit, 

kalau berlawan sesama sendiri pula.

Yang pergi ke jantung kita,

 yang semakin merumitkan penyakit-penyakit lain seperti diabetes.


*Dari mana kerajaan dapat duit bayar Pfizer?*


Tak ada duit, 

cuma peruntukan ada. 

Maknanya kita kena pinjamlah.


*Pinjam dari siapa?*


Pinjam dari bank, 

bukan bank dalam negara tapi dari bank luar. 

Saya tak tahu lagi 

kerana belum bentang dalam Parlimen 

apa yang mahu dibuat. 

Namun lazimnya, 

kita pinjam dari pihak luar. 

Ada kemungkinan kita akan pinjam dari Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), 

kalau tiada saluran lain yang boleh kita pinjam.


*Tengku setuju kalau kita pinjam IMF?*


Saya nak tengok dulu 

apa yang mereka mahu buat, 

dan kita tak akan beri restu 

kalau benda itu tidak munasabah.  


*UTUSAN MALAYSIA*

*06 FEB 2022*


 https://www.utusan.com.my/premium/2022/02/malaysia-akan-jadi-negara-gagal-jika-tak-perbaiki-sistem/