"Kita janji bawa universiti, hari ini Open Universiti ada di Simpang Renggam dan ramai pelajar dewasa kita, ramai sudah mendaftar untuk diploma, ijazah, master dan PhD,"
Menurut Dr Maszlee, rakyat kawasan itu tidak akan lupa kejayaan Pakatan Harapan menutup ladang perlupusan sampah atau landfill
Sampah berbau busuk jika hari panas dan terhentinya loji rawatan air di Simpang Renggam jika hari hujan kerana air sampah masuk ke sungai. Penderitaan penduduk itu telah berakhir sejak 2019.
"10 tahun lebih masalah air, masalah sampah, kita selesaikan masalah ini.
"Malang umur kerajaan kita tak panjang, kalau cukup 5 tahun saya yakin orang akan keliru, Simpang Renggam ini sudah jadi Johor Bahru.
#SuaraKEADILAN #KEADILAN #MaszleeMalik