ABDULLLAH MAT ISA
Copy paste
Feb 1:Manipulasi Harga Ayam : Kaum Elit Pegang AP Jadi Kaya.
taukeh AP letak harga ayam RM8366 /tan
pengimpot lain boleh impot pada harga RM5435 /tan
Taukeh AP buat untung (8366-5435) =RM2931 setiap tan
32 syarikat dapat AP impot ayam
Mydin Hypermart kecewa tidak dapat AP
Tesco pun tak dapat AP
Jika Mydin/Tesco dapat impot harga ayam turun
taukeh AP/orang tengah letak harga tinggi.
Jab Veterinar keluarkan AP
Jab Veterinar / JAKIM letak syarat lain pula
tiada jawapan daripada Jab Veterinar
JAKIM tidak minat jawab
Yang berikut adalah analisa sebab-penyebab kenaikan harga ayam
di Malaysia.
Analisa ini dibuat oleh Murray Hunter seorang penulis Australia
yang cenderung mengkaji isu-isu di negara kita.
Percayalah analisa serupa ini tidak akan timbul dalam media arus
perdana di Malaysia terutama sekali dalam media bahasa Melayu.
Jadi amat jelas, terang dan tersuluh bahawa selain kenaikan kos
makanan ayam dan shipping costs naik akibat COVID, harga ayam naik lagi
disebabkan taukeh AP impot ayam yang sangat sikit bilangan mereka (32 orang
saja taukeh AP ayam) naikkan harga ayam impot.
Harga taukeh AP adalah RM8.36 satu kilo ayam impot.
Harga impot (sebenarnya) boleh sampai RM5.43 satu kilo sahaja.
Jadi taukeh AP dapat untung atas angin = RM2.93 setiap kilo ayam
impot.
Soalan saya simple saja Tuan-Tuan.
Apakah kesemua 32 taukeh AP ayam itu betul-betul impot ayam
dengan sendiri atau mereka sewa AP mereka kepada orang lain? Ali Babakan AP
mereka? Untuk mendapat untung atas angin. Itu soalan pertama.
Soalan kedua : kenapa pula hanya 32 syarikat diberi AP untuk
impot ayam?
Kenapa bukan 64 syarikat atau 128 atau 256 atau 512 atau 1024
syarikat diberi AP impot ayam itu?
Siapa kah Penjawat Awam yang genius yang tentukan 32 syarikat
atau 512 syarikat atau 1024 syarikat dapat AP impot ayam?
Bilangan penduduk negara melebihi 32 JUTA manusia.
Pemegang AP impot ayam pula hanya 32 syarikat.
Fuiyyo. 32 syarikat AP tentukan duit pasar 32 JUTA penduduk.
Apa kah 'kulification' yang diperlukan sebelum sesebuah syarikat
itu layak dapat AP impot ayam?
Tuan-Tuan rakyat marhaen yang haprak boleh tak mohon AP impot
ayam itu?
Dan pasal apa pula Mydin Hypermarket atau Tesco atau Lotus's
atau TMC atau Giant Hypermart atau AEON Big atau NSK Hypermart semua TIDAK
DAPAT AP atau lesen atau permit untuk impot ayam?
Padahal mereka boleh impot ayam pada harga pasaran RM5435 satu
tan metrik? (atau RM5.43 satu kilo).
Kalau Mydin letak 30% profit margin pun dia boleh jual ayam
dengan harga RM7.05 se kilo saja. Bukan RM8.00 atau RM9.30 se kilo.
Jadi Tuan-Tuan alangkah baiknya nasib kalau Tuan-tuan termasuk
kaum elit yang boleh dapat AP?
Tetapi the reality is, Tuan-Tuan bukan kaum elit. Tuan-Tuan
hanya rakyat marhaen yang haprak.
Hanya kaum elit layak jadi kaya.
Tuan-Tuan yang haprak pula hanya layak jadi bodoh.
Tahun demi tahun, dekad demi dekad, abad demi abad Tuan-Tuan
hanya layak jadi bodoh.
Syed Akbar Ali.