Bukanlah rahsia Muda adalah sebahagian daripada Pejuang. Keduanya mempunyai modus operandi yang sama iaitu memecah belahkan PH sekaligus menghalang kemaraan DS Anwar sebagai PM.
Sebahagian pemimpin dalam PH yang terpesona dengan Mahathir menyeru untuk khemah besar, kononnya supaya pembangkang bersatu dan jadi lebih kuat. Padahal tujuan sebenarnya adalah untuk mengurangkan pengaruh DS Anwar.
Kerana itu mereka enggan masuk PH secara rasmi kerana itu akan mengehadkan kedudukan mereka dan terpaksa pula terima kepimpinan DS Anwar. Itu perkara yang mereka sangat takut berlaku.
Idea khemah besar ini telah berjaya memecahkan PH. Pemimpin PH tahu setiap kali khemah besar disebut, retak PH akan semakin menjadi belah tapi mereka tak peduli kerana memang itu yang mereka mahukan. Perpecahan PH adalah kejayaan mereka.
Jika Pejuang ikut sama berunding kerusi dengan PH, maka secara automatis tiada lagi keperluan melaksanakan khemah besar. Dan jika itu berlaku, maka segala perancangan mereka dikira gagal.
Sebab itu Pejuang sanggup masuk pilihanraya secara bersendirian. Mereka amat pasti akan kalah tapi itu harga yang mereka sanggup bayar demi memastikan PH berpecah dan DS Anwar tidak jadi Perdana Menteri Malaysia seterusnya.
Manakala Muda pula terpaksa berbincang dengan PH bagi melembutkan hati penyokong. PH. Konon itu bukti mereka bersama rakyat. Sedangkan yang sebenarnya mereka cuma mahu kucar-kacirkan PH.
Semua tindakan kedua parti ini, Muda dan Pejuang, adalah lakonan dan setakat ini lakonan mereka boleh dikatakan sangat berjaya kerana ia dibantu oleh sebahagian pemimpin dalam PH sendiri.
Adalah penting bagi pendukung PH untuk pastikan Muda tewas semua kerusi yang ditandingi. Itu akan lemahkan kuasa tawar menawar mereka dalam pilihanraya akan datang. Jika mereka menang kali ini, mereka akan besar kepala.
Lebih utama pendukung PH berkempen di kawasan yang calon PKR/PH bertanding sekiranya kawasan mereka ditandingi oleh Muda. Jangan menangkan Muda kerana jika Muda menang, walau satu kerusi pun, maka semakin robohlah PH nanti. Guane boh?