KARTEL POLIS NI ADA ATAU TAK ADA?


“Berdasarkan kepada keterangan saksi-saksi berserta dokumen yang diperoleh EAIC tidak dapat menentusahkan kewujudan kartel dalam PDRM sebagaimana yang didakwa oleh Tan Sri Abdul Hamid Bador. “Siasatan EAIC mendapati wujud asas bahawa terdapat pegawai PDRM yang terlibat dalam kegiatan sindiket jenayah yang mana siasatan telah dijalankan oleh SPRM dan PDRM ke atas pegawai-pegawai tersebut,” kata kenyataan EAIC yang ditandatangani oleh Pengerusinya, Tan Sri Sidek Hassan.