KAH..KAH...KAH...DIA MANA TAU ..MAIN HENTAM SAJA...ADA HUBUNGAN DIPLOMATIK KA DENGAN TALIBAN ? KEH..KEH

 

Hadi terburu-buru, dahului Kabinet, kata Salahuddin berkait bantuan di Afghanistan





Abdul Hadi Awang tidak memberi tumpuan kepada isu berkaitan dengan
 Timur Tengah seperti kesengsaraan rakyat Yaman akibat daripada
 perang, menurut Salahuddin Ayub.

PETALING JAYA: Tindakan Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah Abdul Hadi Awang membincangkan pemberian bantuan dan sokongan kepada Afghanistan disifatkan sebagai terburu-buru dan mendahului Kabinet, kata Salahuddin Ayub.

“Nampaknya Abdul Hadi telah terburu-buru melebihi kuasanya sebelum keputusan Kabinet bertindak sedemikian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Salahuddin yang juga Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah mempersoalkan keputusan Hadi memberi perhatian kepada keperluan di Afghanistan yang mana bukan berada di Timur Tengah.

Beliau mendakwa, Presiden PAS itu tidak memberi tumpuan kepada isu berkaitan dengan Timur Tengah seperti kesengsaraan rakyat Yaman akibat daripada perang.

“Isu masalah di Timur Tengah seperti Yaman kawasan yang wajib beliau tumpu diabaikan, yang sunat, Afghanistan pula didahulukan.”

“Perang di Yaman adalah perang antara kuasa besar dan negara yang lemah dan kerdil, sehingga berjuta kanak kanak dan orang dewasa berhadapan masalah kekurangan nutrisi serta kebuluran dengan banyak kematian,” katanya.

Salahuddin berkata, kerajaan Malaysia masih tidak secara rasmi mengiktiraf kerajaan pimpinan Taliban di Afghanistan dan komitmen sedemikian mesti diperakui Kabinet kerana banyak implikasi yang berkaitan dengan protokol.

Menurutnya, Hadi perlu memberi penjelasan mengapa beliau hilang dari melaksanakan tanggungjawab sebagai duta, namun apabila tiba pengumuman pilihan raya negeri (PRN) Johor beliau tampil dengan isu berkaitan Afghanistan yang bukan di bawah tanggungjawabnya.

“Apabila tiba pengumuman PRN Johor, tiba-tiba muncul dan membuat pengumuman yang kontroversi untuk negara di luar kawasan tanggungjawab beliau sebagai Duta Khas ke Timur Tengah.”

Terdahulu, wakil tetap Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Taliban, Mohammed Suhail Shaheen, memaklumkan pertemuan beliau dengan Hadi di Doha, Qatar, semalam.

Dalam ciapan di Twitter, Suhail berkata, delegasi dari pejabat politik Taliban turut hadir pada pertemuan itu.

“Kami membincangkan situasi semasa dalam negara dan keperluan menyediakan bantuan ekonomi dan kemanusiaan kepada Afghanistan.

“Beliau (Abdul Hadi) berjanji Malaysia akan melakukan apa yang mampu untuk membantu rakyat Afghanistan dalam waktu kritikal ini,” katanya.