Jenuh geng UMNO bagi pelbagai alasan nak buat PRN Johor.

 



LIAYA MARZUKI

Katanya perlu pulangkan kembali mandat rakyat. Sebabnya Kerajaan goyang dek geng satu kolam, mereka ancam hendak tekan butang.
Maka PM6 dan PM8 pun bergaduh sakan dalam FB, membahan satu sama lain.
Yang pastinya kalau betul nak pulangkan mandat rakyat, tak boleh tunggu PRU15? Bukan lama pun. Setahun je tinggal.
Kenapa nak bazirkan beratus juta untuk PRN dan dedahkan rakyat kepada wabak?
Yang pasti Kerajaan Melayu Islam yang dicanang hanya umpan kosong buat Orang Melayu stim.
Dah dapat kuasa, apa yang kita dapat?
Judi dari 8 naik 21 kali setahun.
Bank-bank masih lagi kenakan riba/ keuntungan.
Pemandu mabuk masih ramai.
Kilang arak boleh buka siang malam. Arak masih terjual secara terbuka.
Peramugari still pakai lagu tu jua.
Tu semua dijual dulu sesama 22 bulan PH memerintah. Kononnya Islam terancam.
Nampak sgt dihancing semua untuk kuasa.
Bila dah dapat kuasa, mereka gaduh pulak sesama mereka.
Rakyat nak beli telur ayam pun takda.