INDONESIA BAKAL ATASI MALAYSIA-KITA TERPUKAU DENGAN SEMANGAT MELAYU

 








NORMAN RADZUAN






Jokowi diperlukan 10 thn lagi sebagai Presiden


Di negara kita tanpa disedari ramai warga Indonesia yg mungkin ada antara mereka asalnya PATI kini mampu mempunyai rumah yg indah dan berkereta mewah. Ini kerana mereka fokus utk mengubah kehidupan di rantauan sdgkan rakyat kita masih bermimpi dgn auta pemimpin2 politik.

Saya ingin mengajak rakan2 berkongsi cerita ini dgn kawan2, rakan2 kita di kampung dan sebagainya. Berikan mereka maklumat bahayanya jika negara ini dibenarkan korupsi.

Kena beritahu mereka jgn berbangga dan merasakan negara ini maju dgn bangunan pencakar langit kerana Singapura itu pun tidak byk bangunan2 tinggi tetapi menjadi antara 5 negara terkaya di dunia.

Lihat FDI negara Asean. Di mana negara kita? Semasa PKP byk pelabur2 asing lari ke Indonesia. Bila pelabur2 ini pergi adakah ia tidak memberi kesan kpd negara kita? Negara kita sebenarnya sdg sakit hanya menunggu dimasukkan ICU.

Beritahu kawan kita bila pelabur pergi peluang pekerjaan utk anak cucu kita akn hilang. Berpuluh ribu peluang pekerjaan berpindah ke negara jiran. Ia bukan soal cukai tetapi peluang pekerjaan yg lebih dirasai kita.

Jgn bermimpi org2 Melayu, ketika Malaysia membatalkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, Indonesia pula rancak membina projek HSR pertama di Asia Tenggara.

Projek Kereta Cepat Indonesia (KCID) Jakarta-Bandung dlm fasa pembangunan bakal memiliki landasan sepanjang 142.3 kilometer yg membolehkan kelajuan perjalanan sehingga 350 km sejam. Perjalanan hanya memakan masa tempoh 45 minit berbanding 3 jam jika menggunakan perkhidmatan kereta api biasa.

Kita berbangga dgn Cyberjaya sebaliknya syarikat ICT Jerman, T-Systems dilaporkan media massa telah menjual perniagaannya. Malah IBM juga telah menutup operasi di negara kita yg mengakibatkan hilang 1,000 peluang pekerjaan.

Ketika Cyberjaya semakin suram bila byk pelabur keluar, Indonesia pula sdg rancak membangunkan beberapa kawasan mirip Cyberjaya di Bukit Algoritma di Cikidang, Sukabumi, Jawa Barat.

Bukit Algoritma akan dibangun di atas tanah seluas 888 hektar dengan tumpuan kepada bidang ICT dan teknologi berasaskan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) pelaburan syarikat2 dari Jerman.

Tidak cukup dgn itu Indonesia juga sdg membina pusat pemerintahan negara (IKN) tersebut di Kalimantan Timur berdekatan dgn Balik Papan. Apabila siap nanti Sabah khasnya akn mendapat kesan ekonomi yg lebih mampan.

Khabarnya kerajaan negeri Sabah sdg menyusun struktur lebuh raya Pan Borneo di Tawau. Ini kerana dijangka ekonomi kepulauan Borneo akn rancank dgn kehadiran berjuta rakyat golongan pertengahan ke atas ke Kalimantan.

Ingatlah org Melayu, negara Filipina di era 70an adalah antara kuasa ekonomi Asia. Negara itu lebih maju dari Singapura mahupun Korea ketika itu. Tapi negara ini hancur ekonominya kerana rasuah menggila Presiden Ferdinand Marcos.

Bagaimana Marcos lakukan rasuah berpuluh billion ketika itu? Marcos memulakan dgn mematikan demokrasi. Apabila demokrasi dimatikan kuasa ditaktor berleluasa. Polis, tentera dan kehakiman dikuasai olehnya. Hanya kuasa rakyat Filipina sahaja yg menjatuhkan Marcos.

Anda boleh buat kajian, tidak ada satupun negara yg maju dgn korupsi yg tinggi. Dan Ferdinand Marcos menjadi contoh paling jelas bagaimana korupsi itu menghancurkan sebuah negara bernama Filipina hingga jutaan rakyat bertebaran ke seluruh dunia mencari peluang pekerjaan.

Adakah Indonesia maju hanya kerana pembangunan dan kehadiran pelaburan? Jawapan itu bukan kunci utamanya. Kuncinya kerana mereka mempunyai Presiden bernama Jokowi.. org yg pernah saya ramalkan dahulu menjadi Presiden Gabenor Jakarta.

Apa yg saya tertarik dgnnya ketika itu (tak silap sekitar 2014). Katanya Jakarta ini bandaraya yg sakit. Akhir hari ini bandaraya yg sakit ini mahu dipindahkan pusat pentadbirannya.

Bila Jokowi mengatakan perasuah wajar dihukum mati dan jika pelaksanaan dimulakan, ini adalah kunci rahsia kejayaan negara2 maju di seluruh dunia. Sayang ada negara yg kononnya maju tapi perasuah diangkat menjadi pemimpin.

Jokowi ini jika bukan kerana perlembagaan baru Indonesia menghadkan tempoh Presiden 10 tahun, sudah tentu rakyat Indonesia mahukan beliau terus menjadi Presiden 10 tahun lagi.