Mana datang idea khemah besar? Apa yang buat sesetengah pemimpin
PH percaya Mahathir boleh bawa PH semula ke Putrajaya?
Sebenarnya semuanya kerana Langkah Sheraton. Selepas Mahathir
letak jawatan, tidak ada seorang pun MP yang mampu memiliki sokongan majoriti
untuk membentuk kerajaan.
Pada ketika itu, GPS mengaku yang mereka setia kepada Mahathir.
Maka secara matematiknya, jika Mahathir menjadi calon PM, GPS akan sokong dan
PH akan jadi kerajaan semula.
Tetapi pada ketika itu Mahathir jual mahal. Yang dia mahu jika
jadi PM semula, dia tidak terikat kepada sebarang langkah reform yang PH
mahukan. Ini punca kenapa Keadilan menolak.
Dan bermula dari situlah, gerakan menyingkirkan DS Anwar sebagai
calon PM dari PH bermula. Dari situ keyakinan bahawa Mahathir akan mendapat
sokongan majoriti mula menggunung.
Tapi semua lupa, Mahathir hanya dapat sokongan ahli parlimen GPS
sahaja. Dan itu pun sekadar lakonan sahaja. Kerana selepas itu, GPS letakkan
syarat tak mahu DAP ikut serta pula.
Sedangkan rakyat sudah mula membenci Mahathir kerana keceluparan
mulutnya dan juga beberapa tindakannya yang tidak sensitif kepada isu semasa dan
perasan rakyat ketika berkuasa.
Kalau nak kata khemah besar akan membolehkan PH memerintah
semula memang betul tapi itu jika tanpa pilihanraya. Tapi kalau dengan
pilihanraya, khemah besar akan sukarkan PH.
Dalam situasi sekarang, jika PH mahu menangi hati rakyat dalam
pilihanraya, PH mesti jauhkan diri daripada Mahathir dan semua sekutunya.
Kerana mereka dibenci oleh rakyat.
Tapi yang aku nampak, beberapa pemimpin PH masih lagi terbayang
mahu ambil alih kerajaan tanpa pilihanraya. Sebab itu mereka lebih kerap
menyerang individu dan lebih suka desak menteri letak jawatan berbanding
perjuangkan isu rakyat.
Sebaiknya pemimpin PH atur semula strategi. Lupakanlah soal nak
dapatkan kerajaan tanpa pilihanraya lagi. Lebih baik susun langkah dan bersedia
untuk PRU15.
Pikat hati rakyat lebih penting daripada pikat hati pengkhianat
yang hanya cuba jahanamkan PH. Dan nak ikat hati rakyat, PH wajib jauhi
Mahathir dan para sekutunya. Guane boh?