ABDULLAH MAT ISA
1. PPBM adalah sebahagian utama dari 'kerajaan gagal 22 bulan'.
2. PM ketika itu ialah dari PPBM.
3. Kegagalan tunai manifesto berkenaan 'hapus tol' adalah
keputusan PM dari PPBM.
4. Ungkapan 'manifesto bukan kitab suci' adalah ungkapan dari
Pengerusi PPBM.
5. Kegagalan tunai janji mengenai PTPTN berpunca dari Pengerusi
PTPTN adalah dari PPBM.
6. Yang melantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara adalah
Pengerusi PPBM.
7. Pembunuhan Adib berlaku di zaman Presiden PPBM menjadi
Menteri KDN.
8. ICERD juga diusahakan oleh Menteri Luar dari PPBM.
9. idea Kereta Terbang juga dari Menteri PPBM.
10. Menteri yang terpalit dengan isu semburit kini dilantik
menjadi MPT PPBM.
11. bekas exco Perak yang kini berhadapan dengan tuduhan merogol
amah juga menyertai PPBM.
12. Adun Selangor yang dikaitkan dengan tuduhan merogol juga
dari PPBM.
13. Pendek kata, 'kerosakan dan kegagalan' selama 22 bulan
adalah disebabkan PPBM.
14. PPBM kini telah keluar PH, dan membentuk PN bersama PAS. PM
selepas itu ialah Presiden PPBM. PH sudah tiada kaitan lagi dengan kegagalan 22
bulan PPBM tu.
15. Selama 19 bulan memerintah, kerajaan PN meneruskan kegagalan
PPBM 22 bulan. Bahkan rakyat memanggil kerajaan PN sebagai #kerajaanGAGAL,
#kerajaanPEMBUNUH,
#kerajaanBODOH
dan sebagainya.
16. Dengan kata lain, kerajaan yang ditadbir oleh PPBM telah
gagal selama 41 bulan (22+19) sebelum diambil alih oleh BN.
17. kegagalan dan kerosakan PN telah diterjemah sepenuhnya dalam
PRN Melaka apabila PN kalah teruk ditolak majoriti rakyat Melaka. Manakala PH
pula masih lagi menerima tempias dari kegagalan dan kerosakan PPBM.
18. Duta Khas sendiri mendedahkan kejayaan menjatuhkan PH adalah
melalui 'hubungan sulit' PAS-PPBM ketika PPBM masih di dalam PH.
Kesimpulan, segala kerosakan dan kegagalan negara seperti gagal
urus ekonomi, covid, vaksinasi, isu-isu agama, isu jenayah, dadah, mabuk dan
lain-lain adalah disebabkan oleh dua parti perosak iaitu PAS dan PPBM.
sekian.