Kepada pemimpin PH, aku nak ingatkan Kelantan masih diperintah
PAS. Dan di negeri itu masih ada banyak masalah yang membelenggu rakyat yang
masih gagal diselesaikan seperti masalah air.
Jadi aku cadangkan, adalah lebih baik pemimpin PH bercakap
tentang isu Kelantan, tunjukkan rakyat di sana komitmen PH untuk selesaikan
masalah mereka berbanding cakap soal khemah besar.
Bila aku kata PH dah belakangkan soal rakyat, aku dituduh nak
sabotaj PH. Tapi itulah hakikat. Cerita nak berkuasa lebih daripada cerita
bantu rakyat. Kalau grassroot macam aku tak boleh tegur, apa beza PH dgn BN dan
PN? Guane boh?
Raja Gelap