AWAL-AWAL LAGI DAH BUAT TAHIK...Selepas dikecam, FB Muda Kedah padam gambar ‘Hentikan Korupsi’






Facebook rasmi Parti Muda Kedah didapati telah memadam hantaran yang menunjukkan gambar empat logo parti iaitu Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), PKR dan Perikatan Nasional (PN) dengan tulisan ‘Hentikan Korupsi’.

Hantaran yang disiar lewat malam semalam itu mengundang kecaman kalangan warga net khususnya penyokong PKR.

Karikatur itu menunjukkan empat lelaki memegang wang di samping logo keempat-empat parti iaitu BN, PH, PKR dan PH dengan kapsyen ‘Jangan biarkan korupsi binasakan institusi negara.’

Sementara itu, Ketua Penerangan Muda, Luqman Long memohon maaf atas kejadian yang tidak diingini itu dan bersedia mengambil tanggungjawab sebagai Ketua Penerangan dengan apa-apa keputusan dan tindakan disiplin daripada Muda Nasional.

Menurutnya, perbincangan bersama Penerangan Muda Kedah mendapati bahawa hantaran itu juga tidak mendapat kebenaran dan sengaja dibuat dengan niat yang tidak baik.

“Maka, saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas insiden ini. Sebagai langkah ke hadapan, saya telah mengambil keputusan untuk menggantung Penerangan Muda Kedah dari sebarang aktiviti berkaitan Muda,” jelasnya.

Hantaran kontroversi yang menggambarkan pemimpin pelbagai parti, termasuk PH terlibat dengan rasuah itu muncul selepas AMANAH dan DAP bersepakat membenarkan Muda bertanding di enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Kesemua kerusi terbabit ialah DUN Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap, Puteri Wangsa dan Bukit Permai.

Ekoran poster rasuah melibatkan PKR itu, penyokong dan pemimpin akar umbi parti tersebut berang termasuk tidak puas hati dengan agihan kerusi DUN kepada Muda.

Antaranya, pengguna Facebook Amizudin Ahmat yang menyatakan rasa marah apabila Puteri Wangsa diserahkan kepaad Muda.

“Macam ni nak buat kawan ke? Ternyata parti Muda ni cucu suruhan atok saka.

“Aku marah betul bila kerusi Puteri Wangsa diserahkan pada Muda,” tegasnya.

Dia berpendapat sepatutnya kerusi itu ditandingi PKR dengan calon yang paling layak, katanya, adalah Ketua Wanita PKR Johor, Napsiah Khamis Maharan.

Muda mendapat enam kerusi untuk ditandingi hasil kesepakatan AMANAH dan DAP.