Bagaimanapun Sarawak Report, dalam rencananya pada 26 Januari mendakwa rakan kongsi atau joint venture (JV) antara BHIC dan sebuah syarikat Jerman Rheinmetall AG nampaknya menjadi penting kepada pengaliran banyak wang tunai yang kini hilang.
“Mengapakah subkontrak untuk pemerolehan difikirkan perlu, dan mengapa Rheinmetall sebagai rakan kongsi yang dipilih, nampaknya menjadi persoalan yang jelas untuk dijawab kerana penyiasat dikatakan tertumpu kepada tiga syarikat Singapura yang kelihatan sebahagian daripada wang itu telah dikesan?” soal Sarawak Report.