NORMAN RADZUAN
Pembangkang kembali cacar merba…mudah utk BN
‘7
PEMBANGKANG LWN BN’
Bila
melihat carta ini saya dpt merasakan DS Anwar amat berdukacita. Selepas merdeka
BN dianggap unsinkable utk ditumbangkan hingga DS Anwar disingkir dari
jawatannya sebagai TPM tahun 1998, beliau telah mencetuskan idea atau formula
bagaimana utk menjatuhkan BN.
Formulanya
pembangkang mesti bersatu. Jika sebelum ini pembangkang dilihat memecahkan undi
sesama mereka utk menjatuhkan BN. Hingga seolah mustahil utk menumbangkan
kerajaan BN ketika itu.
Akhirnya
selepas 20 tahun formula itu menjadi apabila PH dgn gabungan PKR, Amanah, DAP,
Bersatu dan disokong Warisan berjaya menjatuhkan BN.
Persoalannya
kenapa formula sudah ada kita tidak mahu menggunakannya kembali? Hari ini ‘7
parti pembangkang’ lawan BN… tepuk. Jika kita lihat formula pecah dan perintah
Tun Mahathir menjadi.
PN,
Pejuang, Muda, Warisan dan pengasingan logo PH dan PKR umumnya mengetahui nama
Tun dikaitkan dgn parti2 tersebut sebagai bekas partinya atau pernah
bekerjasama dgnnya.
Pastinya
pengundi2 di Johor keliru, haru biru dgn cacar merba di kertas undi begitu
banyak logo2. Pejuang parti yg tiada grassroot tapi sanggup bertanding 42 DUN.
Lojik akal memang tak boleh diterima langsung strategi mereka ini… atau hanya
utk melemahkan PH? Terserlah mereka parti yg kaya raya.
MUDA,
Warisan mereka gunakan PRN di Johor sebagai testing ground. Saya tak yakin
mereka berjaya di sini terutama Warisan. Cuma saya kecewa dgn rakan kita
mengapa di Sabah mereka boleh menggunakan logo Warisan tetapi di Johor mereka
tidak mahu menggunakannya???
PKR saya
sudah puas beritahu main isu populis. Dua hari lepas Muhyiddin pula ambil
bahagian bahawa zaman dia dua kali izinkan rakyat guna duit KWSP. Tapi zaman BN
tak beri katanya… makna Zahid, Najib, Muhyiddin dan Asyraf Wajidi tahu isu
populis ini penting utk mereka mainkan sebagai sentimen.
Kita yg
parahnya apabila kerajaan Selangor dituduh zalim buat umat Islam apabila mereka
yg tiada booster tidak dibenarkan solat Jumaat. Ini semua bola tanggung utk BN.
Melihat
daripada penyertaan begitu byk parti2 pembangkang ini saya tidak hairan BN akan
menang 2/3 kerusi DUN Johor. Bukan kerana BN itu kuat tetapi pengundi yg benci
dgn BN terpecah kpd 7 parti.
Selain
kelebihan bila kes Covid meningkat… seperti umum tahu ia memberi impak kpd
pengundi Cina yg rata2 adalah penyokong pembangkang. Sepertimana berlaku di
Melaka pengundi Cina tidak ramai mengundi.
Harapan
saya satu… harap PKR, DAP, Amanah, Pejuang, Bersatu, PAS, Warisan, Muda dan
Putra fokus lawan BN dan bukan menyerang antara satu sama lain.
Naratif
kena solid kenapa rakyat Johor mesti menolak BN. Selain itu parti2 pembangkang
bawa agenda parti masing2. Berpolitik secara sihat sesama pembangkang.
Baiklah ini adalah ulasan
pertama saya di hari penamaan calon. Yg saya bimbang parti saya di dlm group
bila saya tanya senarai calon2 56 ADUN bertanding… sampai skg tiada jawapan.
Saya minta dkt kawan UMNO tak sampai 30 minit saya dah terima semua senarai.
Seram oooo….cara UMNO bekerja berbeza betul dgn parti saya bekerja.