Keluarga Shuib Sepahtu sememangnya kerap menjadi sorotan ramai setelah beberapa kisah berkenaan kehidupan sehariannya tular di media sosial dan membuatkan ramai peminat prihatin dengan mereka.
Pelawak tersebut ada memaklumkan sedang berkawan dengan seseorang dan hal tersebut menjadi topik perbualan netizen di media sosial. Ada yang menyokong Shuib mencari pengganti dan ada juga yang menganggap ia terlalu awal.
Hadir majlis perkahwinan PA
“Dekta nak duduk atas daddy, bagi daddy tak boleh kahwin”
Apa yang menjadi perhatian adalah muat naik Shuib di IG Story apabila bertanya kepada anak perempuannya, Dekta andai dia yang duduk di atas pelamin dan kanak-kanak tersebut menjadi pengapitnya.
Namun, jawapan daripada Dekta nyata telah menarik perhatian warganet selepas dimuat naik semula satu akaun TikTok dikenali sebagai @liysaaabdullah.
Kanak-kanak berkenaan menjawab yang dia akan duduk di atas Shuib andai bapanya bersanding dipelamin kelak.
Susah nak move on pemergian ibu tersayang
Walaupun jawapan spontan daripada Dekta itu hanya disambut dengan gelak ketawa dari ahli kumpulan Sepahtu berkenaan, lain pula penerimaan daripada warganet di media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang seolah-olah lebih memahami perasaan Dekta dan mengatakan yang dia belum lagi sepenuhnya move on dengan pemergian ibu tercinta.
Namun, ada juga yang tetap meninggalkan komen positif mendoakan agar selebriti itu segera ‘pulih’ dan kembali mempunyai peneman hidup agar bahagia bersama keluarga serta anak-anak.