PERANTIS LEGISLATIF ANWAR IBRAHIM
Program Perantis Legislatif Anwar Ibrahim direka khas untuk
pemimpin masa depan yang tekad menzahirkan keadilan sosial, tatakelola yang
baik dan kesuburan demokrasi.
Program ini merangkumi tiga sesi pengambilan setahun. Perantis
akan mengikuti sidang sepanjang tempoh Mesyuarat Dewan Rakyat dan boleh
melibatkan diri dalam kerja legislatif pra- dan pasca-sidang.
Perantis juga berpeluang menyertai kursus, libat urus bersama
pemegang taruh dan program lapangan mengenai politik dan dasar awam.
Program ini sesuai untuk individu dinamik yang mempunyai minat
kepada dasar awam dan politik, daya kepimpinan, intelek dan etika yang tinggi,
keperibadian yang inklusif dan kemahiran berkomunikasi dan berorganisasi yang
cemerlang.
Tempoh program pertama bermula daripada 15hb Februrari hingga 15
April 2022.
Permohonan untuk tempoh ini boleh dihantar kepada Yusmadi
Yusoff, Pengarah Program, di yusmadi@yusmadi.my.
#AILI Anwar Ibrahim #AnwarIbrahim