Sebelas tahun lelaki ini bersahabat baik dengan singa yang dibelanya sejak kecil
Inilah pengalaman mencuit hati selama 11 tahun persahabatan antara penjaga dan seekor singa kesayangannya.
Frikkie Von Solms telah menghabiskan seluruh hidupnya menjaga singa liar di Afrika Selatan,dia mengambil masa selama 11 tahun menjaga Zion.Selama 11 tahun itu, pasangan ini telah membentuk persahabatan yang luar biasa dan menjadi sahabat sejati.
Zion adalah singa Afrika yang baik dan penyayang yang dilahirkan didalam kandang tetapi telah dipisahkan apabila bapanya cuba mengancam nyawa Zion.Oleh itu,dia memerlukan seseorang untuk menjaganya.Sebagai pengganti ibu bapa Zion,Von Solms telah mengambil tugas itu secara sukarela.
Oleh kerana Zion dilahirkan di dalam kandang,ia tidak dapat dilepaskan kembali ke habitat asalnya.Von Solms telah mengambil keputusan untuk menjaga Zion semenjak ia masih kecil lagi.
Dalam perlindungan penjaganya Zion telah membesar menjadi seekor singa yang baik,ini kerana Von Solms telah menjaganya dengan kasih sayang dan sepenuh hati.
Zion sangat sensitif pada bunyi tapak kasut yang berjalan di atas tanah.Oleh itu,Von Solms selalu menanggalkan kasutnya sebelum membawa Zion bersiar-siar.
“Ini adalah pengalaman sekali dalam seumur hidup saya untuk membesar bersamanya dan belajar hidup bersamanya melalui semua peringkat Zion membesar menjadi seekor singa jantan,” kata Von Solms kepada Daily Mail.
“Orang ramai bercakap tentang singa Afrika yang ganas dan agresif,pada pendapat saya singa afrika mempunyai personaliti dan humor untuk ketawa.“Zion adalah seekor singa gergasi yang lembut.Ia tidak pernah menyerang manusia,dan saya mempercayai Zion sepenuhnya.”
Von Solms ingin membuktikan bahawa singa boleh menjadi sangat berbahaya dan agresif,tetapi tetap menganggap sesetengah darinya boleh dianggap seperti seekor lembu besar!.