MoU penting luluskan Undi 18, MA63 dan RUU Anti Lompat Parti
Serangan netizen ke atas Pakatan Harapan (PH) yang tidak cermat kononnya sejak memeterai memorandum kerjasama PH – Kerajaan Persekutuan, gabungan itu tidak lagi garang membangkitkan isu isu rakyat sebagaimana sebelumnya
Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hakikatnya sejak memorandum ditandatangani pada September tahun lalu, hampir 75% daripada perkara yang dipersetujui telah pun dilaksanakan, dan banyak undang undang atau peruntukan yang tidak boleh diluluskan telah diluluskan.
“Jangan lupa tahun lalu, dalam mengemukakan penyelesaian Covid (Belanjawan 2022) kita bersetuju selain RM65 bilion yang diluluskan kita minta tambah RM45 bilion lagi untuk kemudahan kesihatan bagi rakyat. Untuk kesihatan awam itu sangat kritikal. Kerajaan bersetuju, jadi jumlah RM110 bilion.
“Kemudian langkah saringan yang lebih rapi kita cadangkan, bantuan tunai, ini semua dalan MoU. Kita minta tambah RM10 bilion.
” Jika rakyat terima, betul dari kerajaan tetapi ini persepakatan yang termeterai antara kerajaan dan PH,” katanya dalam siaran media malam tadi.
Anwar juga mengingatkan PH telah berjaya mendesak kerajaan membantu lebih banyak ke atas Perusahaan Kecil dan Sederhana yang terjejas teruk akibat Covid melalui MoU itu.
Begitu juga Undi 18, katanya. Memang Mahkamah Tinggi Kuching telah memutuskan agar pelaksanaannya dilakukan sebelum 2021 berakhir, tetapi kerajaan boleh sahaja merayu dan Undi 18 tidak akan berlaku sehingga selesai Pilihan Raya Umum ke 15.
Bagaimanapun kerajaan BN, kata Anwar, tiada pilihan kerana Undi 18 termaktub dalam MoU dan mesti dilaksanakan pada 2022.
“Undi 18 diluluskan semasa PH tetapi pelaksanaannya tidak ada ketegasan dan dalam MoU ini ditetapkan, yang memaksa itu PH. Kita paksa mesti ada kesediaan untuk meluluskan Undi 18 awal 2022. Maka itu dilaksanakan,” kata Anwar.
Hal yang sama, katanya berlaku kepada kelulusan Rang Undang Undang (RUU) Anti Lompat Parti.
Presiden KEADILAN itu memberi jaminan RUU berkenaan akan diluluskan dalam sesi Dewan Rakyat Mac ini dan bakal mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap proses pilihan raya. Calon yang dipilih tiada jalan untuk mengkhianati mandat rakyat lagi.
“Pertemuan saya dengan PM semalam ada pengakuan akan dibentang Februari, dibahas Mac dan diluluskan RUU Anti Lompat Parti. Ini bukan mudah, kalau kita tak tandatangan yang lompat parti belah sana banyak.
“Lompat dari KEADILAN, lompat dari Umno. Majoriti dalam kerajaan ahli ahli lompat. Kita menyatakan kalau ada MoU ini mesti laksana RUU anti lompat. tetapi tidak boleh ke belakangkan (kuatkuasa), kalau begitu habis yang melompat itu,” katanya.
Selain itu, MoU juga akan meluluskan had tempoh PM memegang kuasa, tambah Anwar. Walau berwibawa sekali pun seorang PM had memerintahnya hanya 10 tahun.
MoU juga, kata beliau telah berjaya mereformasikan Parlimen. Jawatankausa Pilihan Khas Parlimen ada yang dipengerusikan kerajaan dan pembangkang, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelumnya.
Satu lagi kejayaan besar MoU, ujar Anwar, adalah pindaan Perjanjian Malaysia 1963 yang memberi lebih hak kepada Sabah dan Sarawak. Katanya, tidak pernah hal tersebut berjaya dilakukan sama ada ketika BN ada 2/3 majoriti di Parlimen atau ketika PH memerintah.
“Sabah, Sarawak Perjanjian Malaysia 1963, 2019 ada percubaan (pinda tetapi tidak berjaya). Dengan pengakuan tegas KEADILAN, DAP, Amanah ketika itu, barulah RUU ini dibentang dan dipersetujui.
“Saya akui parti dalam PN juga memberikan dukungan tetapi jangan lupa sepanjang pemerintahan BN sampai sekarang belum ada percubaan serius memeterai perjanjian (lengkap) di antara Perikatan (dan kemudian BN) dengan Sabah dan Sarawak. Ini yang kita capai,” katanya lag