KEH..KEH....DERIS MANA DIA PEE MANA....SONGKOK TAK PAKAI TAK ISLAMIK..WALAUN MANA ..ISLE TERANCAM NIH....NAK BUANG IMEJ ISLE...TAK PAKAI SONGKOK ISLE KELAUT....WOIII...MANA DIA...




Idris Ahmad sudah hubungi CEO TH isu tak benarkan petugas pakai songkok, kopiah

Pada semalam, tular satu memorandum dari pihak Tabung Haji (TH) yang mengarahkan semua kakitangan TH Hotel Kelana Jaya untuk tidak memakai songkok atau kopiah ketika bertugas.

Susulan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, beliau telah menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin.

Beliau telah meminta agar pihak TH segera menyelesaikan isu tidak membenarkan petugasnya memakai songkok atau kopiah ketika bertugas.

“Lepas balik daripada solat Isyak, dapat maklumat mengenai memorandum TH Hotel Kelana Jaya. Terus hubungi CEO TH Datuk Seri Amrin. Ini respon daripada CEO kepada saya.

“Memo dikeluarkan oleh pengurus hotel tanpa maklum balas. Tiada masalah sebenarnya asalkan bersih, kemas, selamat, tertib, menutup aurat dan seragam.

“Saya minta CEO segera selesaikan isu ini,” katanya dalam hantaran Facebook malam tadi.

terdahulu, dalam memo ditulis Pengurus Hotel TH Kelana Jaya, Mohamad Nazrul Nazib Nasihin, songkok dan kopiah hanya boleh dipakai apabila ingin menunaikan solat sahaja.

Anggota juga diminta untuk berpakaian kemas termasuk pemakaian kasut yang bertutup dan menjaga kebersihan diri sepanjang bertugas.