KAYU GETAH PUN NAK BALAIH CUKAI....APA PUNYA TERUK


story-image
mk-logo
BERITA
Kelantan kutip cukai kayu getah mulai 1 Mac
N Faizal Ghazali
Diterbitkan:  Jan 12, 2022 2:12 PM
Dikemaskini: 3:56 PMAD

Kelantan memperkenalkan kutipan cukai kayu getah dan tanah berimilik berkuat kuasa pada 1 Mac depan.

Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan Abdul Khalim Abu Samah ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

Menurutnya, Kelantan menjadi antara negeri yang terlewat memperkenalkan cukai tersebut berbanding negeri-negeri lain.

"Sebelum ini kita sudah bentangkan cadangan pelaksanaan cukai kayu getah kepada jawatankuasa perhutanan negeri tetapi ia ditangguhkan.

"Berbanding dengan negeri-negeri lain Kelantan agak terlewat memperkenalkan cukai ini," katanya.

Mesyuarat jawatankuasa kecil perhutanan Kelantan pada 25 Oktober tahun lalu meluluskan cadangan pelaksanaan pembayaran cukai kayu getah dan tanah berimilik berkuat kuasa 1 Mac depan.

Pelaksanaan kutipan cukai itu dibuat mengikut porsedur pengeluaran lesen pemindah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan.

Difahamkan susulan pelaksanaan kutipan cukai berkenaan, semua aktiviti pengeluaran kayu getah dari mana-mana tanah milik perlu dilesenkan dan cukai hanya akan dikenakan bagi mana-mana tanah milik dengan keluasan tertentu.

Sebagai rekod cukai kayu getah dikenakan terhadap kayu-kayu daripada penebangan pokok getah bagi tujuan industri termasuk dieksport.