UMNO BOLEH BAGI DUIT.. TETAPI BUKAN KUASA...PAS HARUS KENANG
PESAN TG NIK AZIZ..
Antara ungkapan yang aku ingat dari kata Almarhum Tg Nik Aziz
sehingga hari ini tentang kerjasama dengan UMNO.., Kata Tok Guru Nik Aziz.. :
" KAMI sudah masuk BN (Barisan Nasional), rapat dengan UMNO
tetapi UMNO tendang kami. Semasa UMNO cemas dalam 13 Mei (1969), dia (UMNO) cari
PAS. BILA GEMUK SIKIT..DIA GIGIT BETIS PAS... "
“Kalau nak berunding dengan UMNO, saya tak setuju, terang-terang
saya tak setuju, kalau nak berunding dengan individu UMNO, tak apa...”
Hari ini PAS sudah rasa bagaimana dituduh
Pelacur..Jalang...Bohsia oleh pemimpin UMNO.. Itulah Penghinaan yg diterima
atas pengkhianatan mereka.. Itu yang diperingatkan Almarhum TG Nik
Aziz...Tetapi mereka lupa kerana terbuai dengan duit dan jawatan dari UMNO..
Aku berpandangan, PAS memang Ikhlas atau jujur dalam menyatukan ,
Melakukan penyatuan Melayu Islam antara PAS, Bersatu dan UMNO.. Memang depa nak
orang Melayu Bersatu .. Apa yang salah, Bila niat dan tujuannya jahat.. itulah
kesilapan besar Haji hadi..
Silap mereka penyatuan itu mahu dilakukan semata mata,, dendam
kepada Ds Anwar, Dendam pada DAP.. dendam kepada pemimpin amanah..dan akhirnya
masuk kepada perangkap UMNO.. Ia seperti kemarahan isteri diceraikan, akhirnya
berdendam, cari peganti dan masuk perangkap Buaya darat, Playboy..
Bukan hanya PAS, Hatta PN yang dipimpin Mahiaddin hari ini..
Jangan Harap depa nak bagi kuasa dan kawasan kepada PN dan PAS...
Itulah UMNO sejak dulu.. Mengungkap kepada satu kajian Sejarah..
Apa yg dilakukan Najib membawa PAS menyertai mereka, Itu dilakukan Ayah dia
dulu ketika PAS menyertai UMNO..Licik..Masa tu pun sentimen perkauman di
mainkan terutama sentimen 13 Mei..
Cuma kelicikan Tun Razak tertutup dek kerana zaman ketika itu
media dan informasinya tertutup.. Bagaimana Tunku Abd Rahman yang mahu mengubah
Negara berpaksikan kepelbagaian bangsa, tersisih ketika itu, permainan kaum
juga digunakan.., Tunku Abd Rahman dijatuhkan UMNO sendiri.. Tunku Membawa diri
diakhir hidupnya.. Nasib Tun Mahathir sama seperti Tunku Abd Rahman..
Bila Tommy Thomas, dan beberapa penulis Sejarah menulis satu
sisi lain di era Tun Razak..Biarpun Ds Anwar tak setuju pengkisahan Sejarah itu
atas Tun Razak, Aku cenderung bersetuju.. Zaman Tun Razak ia mungkin hanya
kelicikan Politik..Era Najib ia melibatkan wang..
Bayangkan di Melaka, Johor, sah sah MB dan KM dari UMNO..tetapi
itu tidak memuaskan mereka.. dalam pada berkongsi kuasa, habis Pasir, tanah dan
balak tergadai.. Jadi kuasa besar itu diperlukan untuk hidup senang sebagaimana
dahulu..Orang dah bisa Tamak hidup mewah sukar berkongsi kuasa..
Pada UMNO, Takda deal Kerusi Parlimen atau Dun.. Kalau mahu
duit, depa boleh suap dan bagi.. Tetapi tidak kuasa.. Dari kuasa itulah pintu
kepada kemewahan sebagaimana kes yang disabitkan keatas Najib..
Itu sebab sebelum PRU 14, sebagaimana didedahkan Sarawak report,
Bagaimana disebutkan.
." Najib has worked to exploit the leaderless situation
confronting the opposition ever since and BN/UMNO smugly talk of divisions
faced by the party they deliberately decapitated. He has gone on to “woo” the
PAS Islamic party away from the opposition coalition in the normal way he woos
– RM90 million is widely reckoned to have flowed into the top echelons of PAS
in recent months (BN veterans would tell them they came cheap). "
Ramai dari kita percaya... UMNO bagi Duit pada PAS RM 90 juta dalam
Bentuk Cek, Perpindahan duit tidak..Flow dia sama saja duit yang sampai kepada
UMNO..MCA dan pelbagai NGO.. Flow yg sama rantaian Duit 1MDB itu mengalir
dengan beberapa penama dan urusniaga....
Itu sebab dulu ada Tokoh Ulama PAS seronok..Pondok Pondok mereka
dibiayai atas nama Infaq biarpun mungkin duit 1MDB.. Seronok pakai kereta
mewah, Vellfire dan Merc kononnya pemberian atas nama menghormati tok Guru..,
Senang senang belikan isteri dengan SUV Audi secara Cash.. Mana datang duit tu
semua..? parti seperti UMNO tahu bagaimana melakukannya..Hanya jangan ganggu
mereka dipuncak Kuasa...
Itu sebab Tun secara jelas menolak UMNO dalam satu siaran
langsung di TV pada 26 FEB 2020 mengajak semua parti bersatu....Menyebut
tentang Cash Is King.. malang, ramai ketika itu terpedaya dengan kuasa dan
jawatan..
Malangnya..UMNO sudah Gemuk semula.. Yang lebih
mengecewakan,UMNO berjaya memperdaya bukan hanya PAS,Bersatu..Tetapi sesetengah
pemimpin PH untuk menjadi batu loncatan mereka berkuasa semula..
Ipohmali