INDONESIA TERUS MAJU...MALAYSIA TERKEBELAKANG

 



Indonesia dah semakin jauh ke depan. Sementara kita semakin terkebelakang. Semuanya gara-gara rakyat terpedaya dengan hasutan kebencian kaum oleh politikus rakus.

Ke mana hala negara kita? Sedangkan suatu masa dahulu kitalah yang mendahului. Sekarang ini kita jauh ketinggalan. Dan dengan barisan kepimpinan yang ada, tak nampak gaya kita mampu bangkit.

Semuanya bermula dengan rakyat. Kesedaran yang kurang di kalangan rakyat akan isu negara selain membenarkan rasuah membudaya di negara ini hanya kerana moto Melayu Islam akhirnya akan menjerumus negara ini ke lembah kehancuran.

Bila tiba masa generasi baharu kita hendak ambil alih, negara ini sudah rosak teruk. Rasuah akan terus berleluasa dan rakyat kian terpinggir dan terus menderita. Marhaen miskin, kayangan kata raya.

Masih belum terlambat untuk sedar. Masih ada ruang dan waktu untuk perbetulkan kerosakan ini. Buanglah sifat kebencian kaum dan tolak pemimpin yang menunggang jenama bangsa dan agama.

Raja Gelap