Iklan AEON perli kelab kereta Honda Civic FC viral di media sosial, bikin netizen terhibur

 Iklan AEON perli kelab kereta Honda Civic FC viral di media sosial, bikin netizen terhibur


Sejak tular rakaman video kelab kereta Honda Civic FC tular di media sosial, nama Lebuh Raya Temiang-Pantai menjadi bualan netizen sehingga hari ini

Walau bagaimanapun, baru-baru ini Facebook AEON Retail Malaysia (AEON) telah memuat naik satu posting ‘menyindir’ kelab kereta Honda Civic FC yang mencetuskan kritikan orang ramai apabila meletakkan kenderaan beramai-ramai di lorong kecemasan Jalan Pintas Temiang pada minggu lalu.

Dalam posting AEON berkenaan, mereka memberikan pesanan ‘sinis’ kepada orang ramai agar meletakkan kereta di ruangan parkir pasar raya itu dalam keadaan yang teratur dan bersivik.

Malah, pasar raya yang mempunyai lebih 60 buah cawangan di negara ini juga turut pada masa sama mempromosikan secara tidak langsung kereta permainan Hot Wheels yang dijual oleh pihak mereka.

Image from AEON Retail Malaysia (Facebook)

“Siapa makan cili dia yang terasa pedasnya” – Netizen

Posting itu telah mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial yang terhibur dengan mesej yang cuba disampaikan oleh AEON menerusi hantaran gambar grafik tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan sudah pun mendapat lebih 500 likes, 116 comments dan 188 shares di Facebook.

Menurut netizen lagi, mereka memuji pasukan marketing AEON yang up-to-date dengan perkembangan semasa dalam menghasilkan iklan pemasaran yang kreatif dan dapat menarik perhatian orang ramai.

Berikut di bawah antara komen menarik netizen di Facebook:

Pandai ya admin AEON ini bergurau, nasib baik geng-geng kereta Honda Civic tak marah 😛