DIA NI CAKAP MESTI TAK GUNA OTAK NI.



Adoi! Dia nak tipu siapa ni?
Pembalakan bagus untuk harimau sebab nanti tumbuh pokok baru. Kancil makan pokok yang baru tumbuh ni. Jadi senang harimau nak tangkap. Dalam hutan simpan harimau susah nak tangkap mangsa.
Ini apa cerita? Berbohong tu dah satu hal. Tambah dengan membodohkan rakyat begini. Nak jadi apa?Kenapa teruk sangat perangai ni? Tak malu ke dia? Apa dia fikir rakyat semua bodoh berjemaah ke?
Paling tak tahan, dia dakwa berdasarkan fakta kajian pakar. Pakar mana? Tak pernah wujud dalam dunia ni pakar yang galakkan pembalakan.
Kalau harimau tak boleh hidup dalam hutan, dah lama pupus harimau ni, sebelum manusia datang meneroka hutan lagi. Tapi elok je harimau hidup. Harimau pupus hanya selepas manusia tamak mula datangkan hutan.
Cukuplah. Kalau nak terus membalak, teruskanlah. Kamu ada kuasa. Bising macamana pun rakyat tetap takkan mampu jejaskan kamu. Tapi janganlah bersikap bodoh sebegini. Selain memalukan diri sendiri, kamu memalukan kaum dan agama kamu.