Bank beri pinjaman tanpa cagaran itu perkara biasa kata Zafrul.
Betul ke? Tentulah betul sebab mamat ni pun banker juga dulu. Cuma aku heran
dengan 2 perkara je.
Pertama, kalau boleh beri pinjaman berbilion ringgit kepada
syarikat judi yang beroperasi di luar negara, kenapa dengan rakyat sendiri
sangat berkira?
Rakyat kalau nak mulakan perniagaan, kena cagar tanah, kena cari
penjamin dan banyak lagi. Padahal nak pinjam sikit je. Tiba syarikat judi, senang
hati bagi lulus.
Kedua, senang hati bagi syarikat judi pinjam duit tanpa cagaran,
tapi kenapa kedekut sengat dengan rakyat yang mahukan duit sendiri dalam KWSP
kerana kesusahan?
Duit rakyat sendiri tu woi!
KWSP miliki 42% pegangan dalam RHB. Banyak juga duit rakyat yang
dilebur ke kapal judi. Senang senang je bagi tapi bila rakyat, sampai menangis
pun korang tak pandang.
Ini dua perkara je yang aku herankan. Tapi dua perkara ini cukup
untuk aku buktikan kerajaan yang ada ini memang tak pedulikan kebajikan rakyat.