Bersatu khianat, rakyat meluat, bakal jadi parti yatim piatu?


 

Parti Bersatu yang pada Februari 2020 mengkhianati Pakatan Harapan (PH) dengan alasan demi 'penyatuan ummah' kini mungkin dikhianati menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.



Keghairan Pas mahu berunding bersama Umno Johor tidak mustahil akan menyebabkan parti oportunis tersebut lari dan Bersatu menjadi 'yatim piatu' menjelang PRN bulan hadapan.



Bagi Ketua Penerangan KEADILAN Perak, Muhamad Arafat, hal itu mungkin menjadi punca terdapatnya ura ura cadangan dalam kalangan sesetengah pemimpin Bersatu untuk kembali berkerjasama dengan PH.



"Bersatu telah khianat PH dan mandat rakyat atas alasan ‘Panyatuan Ummah’ tetapi sekarang terbukti alasan penyatuan ummah hanya untuk kepentingan diri demi kuasa dan kedudukan



"Tindakan pengkhianatan Bersatu telah mengkucar kacirkan politik negara sampai menyusahkan ummah. Hari ini Bersatu mungkin pula dikhianati rakan ‘penyatuan ummah’ itu sendiri dan akhirnya Bersatu akan menjadi ‘yatim piatu politik ‘ menjelang PRU 15," katanya.



Akibat tindakan politik tanpa berfikir panjang Bersatu, kata ADUN Hulu Kinta itu lagi, negara mengalami kerugian, kehilangan pelaburan asing dan suasana politik terus tidak menentu.



Katanya, Bersatu hanya mungkin boleh diterima sekiranya mereka sanggup memecat beberapa pemimpin khianat dalam parti itu bagi meyakinkan rakyat bahawa parti itu kini dipimpin oleh golongan yang boleh dipercayai.



"Akibat tindakan ‘penyatuan ummah’, negara telah hilang stabiliti politik, pelabur lari, hilang pekerjaan, rakyat bertambah miskin, peniaga gulung tikar, indeks rasuah jatuh, pembaziran ratusan juta PRN yang terus menyusahkan rakyat



"Justeru, Bersatu harus memecat wakil rakyat pengkhianat PH dan Umno yang telah lompat masuk sebelum ini serta mohon maaf secara terbuka kepada rakyat terlebih dahulu, sebelum berusaha ke arah berkerjasama dengan PH pada PRN Johor," kata Arafat lagi.



Teori Bersatu kembali kepada PH untuk menghadapi BN berlegar sejak selepas PRN Melaka. Namun PH tidak pernah melayan persekongkolan dengan parti Tan Sri Mahiaddin Yassin berkenaan berikutan penolakan kuat dari ahli ahli akar umbi yang masih terasa pedihnya dikhianati oleh barisan kemimpinan Bersatu.