Hari ini ramai yang tetrumpu kepada salah laku dari Pemilikan
Saham Azam Baki, Sebenarnya apa yang berlaku kepada Azam Baki berlaku pada
ramai penjawat Awam hatta Asatizah, tanpa mereka mereka sedang melakukan Salah
Laku dan sifat tidak Amanah..
Mungkin apa yang aku tulis ini menyentuh ramai dari Penjawat
Awam dan ramai yang marah..tapi itulah hakikat dan relality yang aku hadapi
sendiri.. Ia berlaku hatta dalam Jabatan Agama, Para Asatizah tanpe mereka
sedar ia adalah bunga kepada rasuah..
Ramai dari Kalangan Penjawat Awam tahu atau tidak sedar akan
larangan mengambil Kepentingan dalam Transaksi, Punya pemilikan luar dari
Kemampuan.. Mereka tahu mereka dilarang berdastar dengan SSM, Selalunya ianya
didaftarkan atas Nama isteri dan Saudara Mara..
Aku pernah berhadapan dengan Pegawai Felcra Pejabat Tanah yang
punya Kemewahan, Tanah yang sepatutnya diagihkan kepada yang memerlukan.. Ada
Penama yang Meninggal Dunia sebelum mendapat Geran, Mereka pecah pecahkan
lot..Akhirnya diagihkan sebahagian Lot Tanah kepada Saudara dan Adik beradik
sendiri.. Pada mereka ianya tak salah menolong Saudara, Sedangkan ramai yang
lebih berhak..
Ada Pegawai Agama, di Jabatan Agama Islam.. Mereka ini banyak
Menganjurkan Seminar, Menguruskan Kursus. Majlisnya baik sambut Maal Hijrah,
maulidul rasul, Nuzul Quran hatta Kursus Imam dan guru taa'mir Dan akhirnya
mereka mengangihkan tugas, ada yang jadi MC, Buat event,Katering kepada mereka
sendiri/ Hatta urusan jamuan Moreh.. Ini yang paling banyak dilakukan.. Malah
dah menjadi Kebiasaan ahli masjid dan Pejabat Agama..
Sampaikan ada satu masjid di Ipoh bertaraf Masjid Negeri entah
berapa kali Renovate, Buat jalan Tar semata mata Sambut Nuzul Quran dengan Kos
yang tidak munasabah.. tetapi tidak membawa Manfaat kepada Jamaah.. Ustaz Ustaz
ni yang berbangga dengan Motor berkuasa Tinggi seperti pembantu seorang
Pendakwah dan Selebriti Derma dengan Motor Ducati, tanpa rasa bersalah mereka
kata ,Janji Allah sayang..depa merasakan itulah jalan ke Syurga dengan Membuat
kerja Agama..
Ada Ustaz Mahaad tahfiz, Yang diperuntukkan Oleh Majlis Agama,
JKR untuk buat Bagunan dengan nilai RM 100 ribu, Tapi datang Ustaz minta buat
dengan Nilai RM 60 Ribu.. Katanya tahfiz Perlukan 20 Unit Komputer.. mereka
memerlukan Cash 25 ribu..Mereka mencari cari Kontraktor yang boleh laksanakan
Apa yang depa Perlukan..
Ada Cikgu, Buat Projek Kecil.. Majlis Kecil, Perbekalan Minta
Sebut harga dari ramai Kontraktor, Akirnya dari sebut harga, Inovoice,
Quotation itu mereka mencari cari rakan, Saudara membekalkan sendiri Keperluan
Sekolah.. Lebih teruk ada yang berniaga Sendiri.. Lainlah memang orang yang
dicari itu memang ahli dalam bidangnya.. Bukan Ali Baba..
Ada ketua Jabatan yang membuat Pembelian, Perbekalan
menggantikan Kereta rasmi Kerajaan semata mata mahu membeli kereta mewah pada
harga yang murah.. Ini sendiri dilakukan oleh Exco/ Pemimpin atas Nama Islam..
Ada Pegawai Polis Daerah, Menolong dan memudah cara permintaan
seorang tauke, Tanpa rasa Bersalah menerima gantian tayar, Motor kononnya atas
Nama Hadiah.. Lebih teruk ada yang hadir diraikan dengan Pesta di kelab malam
tanpa rasa bersalah.. Semua ini reality berlaku di sekeliling kita..
Ini sebahagian Contoh yang Berlaku kepada penjawat awam...Banyak
berlaku disekeliling kita.. ramai Penjawat Awam sendiri tidak merasa cukup dan
bersyukur dengan gaji yang sedia ada.. Ada ketika mereka anggap itu sebagai
Rezeki dan Hadiah..Sedangkan itulah gambaran sifat tidak Amanah..
Samada ada kamu Imam, Ustaz, DO Pejabat tanah, Guru Besar
Sekolah tanpa sedar, Bila kamu berurus Niaga dalam kalangan kamu sendiri, Kamu
telah mengambil Hak orang lain... Ada Peniaga, Kontraktor, Katering yang
sepatutnya memperolehi rezeki dari apa yang sedikit Komisen dan hadiah yang
kamu Perolehi..
Itu sebabnya dalam Membahaskan soal risywah(Suap/rasuah) , Suht
harta haram.. Sheikh Ibn Utsaimin Rahimahulloh mendefinisikan..
إن الرشوة تكون في الحكم فيقضى من أجلها لمن لا يستحق، أو يمنع من
يستحق أو يقدم من غيره أحق بالتقديم..
“Sesungguhnya risywah(Rsuah) keberadaannya dalam satu
/Ketetapan/Keputusan hukum yang diputuskan kepada orang yang tidak berhak atau
mencegah/Terhalang orang yang berhak, atau mengedepankan/Menutamakan orang yang
tidak berhak berbanding pada yang hak..”.
Dari isu tertubuhnya Kerajaan Khianat dari Kerajaan yang hak,
Isu Balak melibatkan Pejabat tanah dan Hutan.. Isu SPRM bertapa rosak dan
Bobroknya sistem dalam Negara kita biarpun atas nama Islam..
Bayangkan, Bila seorang Keua Pengarah Penguatkuasa dalam Hal
rasuah tidak merasakan Salah memiliki, Saham yang jelas Peraturan dan larangan
itu berlaku.. Apalagi penjawat awam yang lain.. Ramai Penjawat Awam mengambil
manfaat dari urusniaga jabatan dan Agensi mereka sendiri.. Jika ingin mendapat
manfaat, Berniaga..Berhentilah sebagai Penjawat awam walaupun kamu seorang
Mufti..
Ipohmali