Saya berasa gembira dapat meluangkan masa bersama seorang anak
muda Malaysia yang
hebat
.
Saya mula mengenali Goh Jin Wei ketika dia menang pingat emas
Youth Olympic 2018 pada umur muda 18 tahun.
Ada yang menggelarkan Jin Wei sebagai Lee Chong Wei versi
wanita.
Jin Wei benar-benar berusaha gigih. Bila dia dalam training
mode, dia akan tutup handphone kadang kala seminggu demi untuk memberi fokus
101%.
Ada beberapa kali semasa di KBS, saya bisik kepada pegawai sukan
bahawa saya bimbang tengok keadaan Jin Wei, saya takut anak muda ini sudah
terlampau stress.
Walaupun mempunyai masalah kesihatan yang serius dan akhirnya
memerlukan pembedahan, Jin Wei masih lagi cekal berlatih dan menunjukkan
prestasi yang baik dalam pertandingan.
Inilah pengorbanan atlet kita.
Saya tidak terkejut bila Jin Wei mengumumkan persaraan sebab
masalah kesihatannya memang serius.
Kini selepas berjumpa, saya berasa gembira Jin Wei beransur
sihat, dan begitu ceria tak nampak stress. Jin Wei dah grad diploma dan sedang
merancang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah.
Berita baik ialah, dia juga sudah berlatih badminton semula dan
menyatakan hasrat untuk mewakili negara. Saya berharap BAM akan membuka ruang
untuk Jin Wei kembali menyarung jersi Malaysia.
吴小妹加油!Jin Wei, all
the best!
P/s: Jin Wei merupakan anak Bukit Mertajam. I'm so proud.