AHLI AMANAH & DAP TAK PERLU SINDIR...

 NORMAN RADZUAN



PKR guna logo sendiri pilihan yang tepat

AHLI AMANAH & DAP TAK PERLU SINDIR...

 

Ada juga rakan2 saya dari Amanah yg menyindir PKR guna logo sendiri tapi mengejutkan semalam ketika menghantar rakan dari parti Amanah ke KKIA, dia berang dgn Presidennya. Lalu saya pun terus mengambil keputusan meluahkan isi hati saya.

 

Saya beritahunya...." Ketika PRN Sabah... DAP guna logo Warisan dan Amanah guna logo Warisan... PKR tak berasa hati walaupun boleh bertanya kenapa keduanya tak mahu guna logo Harapan. Ketika PRN Sarawak DAP mahu guna logo sendiri dan Amanah mahu guna logo sendiri... tiada masalah pun.

 

Ketika YB Aziz Bari pergi ke DAP, PKR tiada masalah pun. Tapi ketika YB Fakhrulrazi dari Amanah berpindah ke PKR mcm2 penghinaan atau sindiran dilemparkan kpd Fakhrulrazi samada dari pimpinan hingga ahlinya.

 

DS Anwar itu sudah byk sgt beralah kpd rakan komponennya. Samada pembahagian kerusi waktu PRN2 dahulu dan skg ini. Bagi saya beliau sgt menjaga hati rakan dari PHnya. 

 

Malah ada satu perbualan saya dgn beliau dari bicaranya dia sgt menjaga parti lawan walaupun saya seperti mendesak hingga saya tidak berasa puas hati dgn jawapan beliau.

 

Saya yakin keputusan 'khemah besar' itu bukan lahir dari dirinya. Tapi beliau menghormati keputusan rakan komponen apatah jika 2 kata yes... takkan sorang kata No sebagai satu keputusan.

 

Jika saya menjadi Anwar tentulah saya akn berkecil hati. Kita sgt hairan Mat Sabu tak pernah menyanggah apa2 keputusan DAP. Malah sejak mahukan Tun menjadi PM semula walaupun dikhianati... keputusan Mat Sabu sentiasa sealiran dgn LGE.

 

Saya kata kesabaran Anwar luar biasa. Beliau pernah diherdik oleh Hadi Awang di Terengganu tapi dirahsiakan dari pengetahuan ramai demi keutuhan PR. Kemudian pemohonannya kpd Syafie utk PKR bertanding lebih byk kerusi ditolak, Anwar tetap tenang dan menghormatinya tanpa mempertikaikannya.

 

DAP mahu guna logo Warisan yg bukan anggota PH, Amanah pun sama. DAP mahu guna logo sendiri, Amanah pun sama. DAP mahu guna logo Harapan, Amanah pun sama. Dulu alasan di Sabah tak mahu guna logo Harapan lain skg nak guna logo Harapan alasannya lain.

 

Di sana mahu Mahathir, di sini pun mahu. Di sana mahu khemah besar, di sini pun mahu. Di sana mahu Syafie Apdal jadi PM, di sini pun mahu. Di sana mahu PH cari ketua baru, di sini pun mahu 😂

 

Jadi sebagai org politik kita faham2 sajalah. Cuma kpd rakan komponen tidak perlu sindir menyindir. Jika tanya saya mengenai logo parti, ia bukan faktor utama kemenangan atau kekalahan.

 

Tapi ia penting sebagai satu permulaan. Bab ini sgt sensitif utk saya ceritakan skg biarlah ia bicara bersama teman dan pimpinan. Cuma pesan saya PRU15 ini kawasan bandar atau urban, PKR mesti tegas utk mengambilnya. 

 

Sekali terlepas sukar utk diambil semula. Bukan apa yg saya rasa sukar masa depan PH ini bila Amanah tidak mahu fokus kpd pengundi luar bandar. Jika bukan Amanah siapa yg akn ambil posisi tersebut?

 

Persoalannya mengapa Amanah tidak mahu ambil posisi tersebut? Sdgkan kita semua tahu urban votes dikuasai oleh PKR sejak sekian lama. Saya bicara bukan atas kapasiti ahli tetapi atas kapasiti mantan media yg melihat ada kelopongan dlm PH.

 

Dahulu kawasan tersebut diberi tanggungjawab kpd PAS dan seterusnya Bersatu. Memang sejak dahulu PKR kurang mendapat sambutan di kawasan luar bandar. Persoalannya mengapa Amanah tidak mahu mengambil tempat tersebut?

 

Tak mengapalah dah melalut ke isu yg lain. Bimbang tersasul kpd isu2 dalaman yg lebih sensitif. Jadi selepas ini kita tak perlu sindir menyindir lagi. Harap rakan2 saya dari parti Amanah selamat berjuang bersama sama. Just focus kpd PRN ini utk lawan BN."

 

Kawan saya tadi mengangguk kepala sepanjang saya mulakan bicara. Dia bersetuju dan katanya ramai org dlm partinya hairan dan tidak bersetuju dgn keputusan Presidennya. 

 

Tapi yg seronoknya sebelum dia ucapkan selamat tinggal menaiki pesawat Air Asia ke KL...

" Sebenarnya Man, tiada bezanya Presiden kami dgn bekas Presiden kami dulu..." kami ketawa berdekah dekah walaupun maksudnya sgt subjektif.