RENTASAN 1033 | PANAS!!! ISU KELEWATAN BANTUAN MANGSA BANJIR: TERNYATA K...
Anwar Segera Turun Ke Padang Jawa & Sri Muda, Hulurkan Bantuan
RAKYAT DESAK MINTA DIA BERHENTI SAHAJA. TAK TAHU BUAT KERJA KA MAKAN GAJI BUTA NTAHLAH....
Wan Saiful ‘bangang’, Abdul Latiff perlu bertanggungjawab, selar Nazri
PETALING JAYA: Bekas Menteri Nazri Aziz menyifatkan Setiausaha Agung Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, ‘bangang’ kerana cuba merendahkan kredibiliti Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berhubung pengurusan bencana.
Beliau berkata Wan Saiful tidak mengetahui struktur Jabatan Perdana Menteri, iaitu tugas menguruskan bencana kebiasaannya diserahkan kepada seorang Timbalan Perdana Menteri.
“Kita tak ada TPM jadi kuasa berkenaan terletak dalam bidang kuasa Menteri Tugas-tugas Khas (Abdul Latiff Ahmad). Latiff ini daripada Bersatu. Dia ini Menteri Bersatu,” katanya kepada FMT.
Nazri mengulas kenyataan Saiful, hari ini, yang mahu Ismail lebih aktif mengetuai penyelarasan operasi bantuan banjir.
Kata pemimpin Bersatu itu, tanggungjawab utama membantu rakyat mestilah diletakkan atas bahu Perdana Menteri; dan penyelarasan antara agensi untuk memastikan proses penyampaian bantuan lebih tersusun paling penting, dengan adanya jawatankuasa khas yang dipengerusikan Perdana Menteri.
Nazri bagaimanapun menyangkal Wan Saiful.
“Kalau tak tahu, tak payah cakap, jangan nak memperbodohkan diri. Ini hanya untuk serang Perdana Menteri sahaja,” katanya.
Nazri berkata beliau tahu selok-belok hal ini kerana pernah menguruskan Majlis Keselamatan Negara selama sembilan tahun.
“Saya tahulah, sebab saya jadi Menteri uruskan MKN selama sembilan tahun, bukan Perdana Menteri,” katanya.
PM AKUI LAMBAT BERI BANTUAN. TAPI ADA PULA TEORI SABOTAJ ?KEH..KEH..KEH
Terkini! PM akhirnya akui kelembapan urusan bantuan kepada mangsa banjir
Semua pihak perlu dipertanggungjawabkan dalam isu pengurusan banjir ketika ini termasuk isu kelewatan dalam urusan bantuan dan menyelamat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau mengakui berlaku kelewatan dalam urusan bantuan kepada mangsa yang terjejas termasuk di negeri Selangor, namun, ia bukanlah sesuatu yang disengajakan.
Tegas beliau lagi, tanggungjawab menguruskan isu banjir bukan hanya terletak pada Kerajaan Persekutuan semata-mata bahkan melibatkan kerajaan negeri dan agensi di peringkat daerah yang bertindak sebagai barisan hadapan.
Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut menyatakan, dalam isu kelewatan menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir, perkara berkenaan bukanlah sesuatu yang disengajakan.
“Bukan sengaja dilewatkan, saya tidak pernah nafikan ada masalah kelewatan daripada segi memindahkan orang. Saya tidak salahkan netizen yang membuat aduan, saya berterima kasih kepada orang ramai yang terus mengadu kepada saya.
“Bagaimanapun, kita akan tambah baik negeri-negeri yang belum bersedia (menghadapi banjir besar) di Selangor dan mungkin Negeri Sembilan supaya lebih bersedia.
“Tanggungjawab banjir ini bukan hanya Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, malah, di peringkat daerah perlu menjadi barisan hadapan, semua perlu bertanggungjawab,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan D’Sury, Kuala Klawang, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta menjawab mengenai isu yang dibangkitkan berhubung tindakan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang disifatkan agak perlahan dalam menguruskan bencana banjir yang melanda negara.
Mengulas mengenai keadaan banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam Selangor, Ismail Sabri berkata, kerajaan telah memutuskan untuk memobilisasi bot daripada polis, tentera, bomba dan sebagainya bagi memastikan tiada mangsa lagi yang tertinggal untuk diselamatkan dan dipindah.
“Ia juga bertujuan untuk menghantar makanan kerana di sana bukan semua yang berpindah ke PPS, ada yang tidak mahu pindah. Kita tidak tinggalkan mereka dan arahan adalah untuk menghantar segera makanan.
“Pada masa yang sama di taman itu serta banyak tempat di Selangor mengalami ‘banjir termenung’ dan kerajaan telah memutuskan supaya menggunakan pam air untuk sedut air keluar dan masuk ke sungai kerana paras air sungai sudah rendah.
“Kita sudah pam sejak pukul 2.30 pagi tadi dan nampak air semakin surut dan proses ini akan diteruskan dan dijangka pada pukul 6 petang ini air akan surut sepenuhnya di Taman Sri Muda, jadi, isu-isu sebelum ini seperti tidak mendapat bantuan makanan dan terperangkap, akan dapat diselesaikan,” katanya, memetik Utusan.
MASA HARI KEMERDEKAAN NEGARA, INILAH PERALATAN CANGGIH YANG KAMI ADA...BILA REALITI..PERALATAN TAK NAMPAK...
IBRAHIM MAT ISA
Masa perbarisan merdeka, punyalah menunjuk-nunjuk inilah mesin kami untuk bantuan ketika kecemasan dan bencana. Rakyat pun kagum dan hadirin bertepuk girang.
Bila bencana betul-betul berlaku, kenderaan dan mesin kena sembunyi dengan jin, drebar dia mati dan menteri kerajaan pusat jadi bengong tak tau buat apa. Terkial-kial rakyat Selangor tolong diri sendiri.
MB Selangor minta tolong pun PM Mael masih puyeng slenge!
Tu pun ramai lagi duk sokong kononnya inilah kerajaan Melayu Isley. AhhgGGGGHHH...ptuihhh
URUSAN RAKYAT MOHON BANTUAN AKAN DIPERMUDAH – MB SELANGOR
Semalam semasa Sidang Media Khas Situasi Banjir di Selangor, saya telah mengumumkan beberapa inisiatif khusus buat rakyat Negeri Selangor yang terkesan akibat tragedi banjir ini.
Selain itu, saya turut mengumumkan pelaksanaan langkah seterusnya iaitu fasa pembersihan dan pemulihan.
Saya mengambil maklum keluhan dan rintihan rakyat berkenaan proses permohonan bantuan-bantuan ini.
Sudah semestinya sebagai kerajaan, menjadi tanggungjawab utama untuk kami mempermudahkan urusan rakyat yang telah ditimpa musibah.
InsyaAllah saya akan umumkan prosedur permohonan yang lebih sistematik, mudah dan tidak membebankan rakyat.
Telah timbul pelbagai polemik yang menyalahkan pelbagai pihak dalam isu tragedi banjir ini.
Bagi saya, fokus dan matlamat kita kini adalah jelas iaitu untuk menyelamatkan nyawa, membantu rakyat membina semula kehidupan. Itu adalah fokus dan keutamaan nombor 1 ketika ini.
Marilah kita bersama-sama berganding bahu bekerja sedaya upaya serta memanjatkan doa kepada Yang Maha Esa semoga keadaan pulih seperti sedia kala.
AMIRUDIN SHARI
Menteri Besar Selangor.
APA JADI BILA PENGARAH KESIHATAN UMUM CUACA-MENTERI PULA KE MEKAH TUNAI UMRAH ?
NORMAN RADZUAN
Di kala rakyat sdg menderita lebai2 ke luar negara
KADUK NAIK JUNJUNG
Apa sudah jadi bila Pengarah Kesihatan, Nor Hisham yg umumkan
laporan Meteorologi akn berlaku akn berlaku hujan dan angin kuat di negeri
Utara Semenanjung. Itu tugas Menteri Alam Sekitar...hancur jadi lebur bila
Menteri utk cukup korum dilantik menjadi Menteri.
Saya difahamkan Menteri Alam Sekitar menunaikan Umrah. Saya
terkejut itu alasan yg diberikan. Sebab itu saya pernah menulis adalah lebih
baik bersedekah kpd org susah dari 4-5 kali menunaikan Umrah.
Belajar agama biar sampai habis. Di kala musim tengkujuh adalah
tidak wajar pemimpin2 ke luar negara. Termasuklah Ahli Parlimen Hulu Langat,
Hasanuddin di kala rakyat sdg menderita dia sibuk upload gambar di atas salji.
Dulu waktu banjir 2015 bukan main Tuan Ibrahim sindir Najib berada
di luar negara. Memang hipokrit betul lebai2 ni. Tak tahu nak kata dan maaf
cakap lebai2 bila dpt jawatan mcm kaduk naik junjung. Dia punya kejutan budaya
mcm jakun.
Masing2 nak beli Velfire, masing2 nak title Datuk, masing2 nak
bercuti luar negara... masa dulu2 elok je naik Proton Saga sambil seru jihad,
berkorbanlah harta benda utk agama Allah, haram judi dan bermacam macam hadis
dia buaikan... bila lebai2 ini jadi pemimpin dia punya naik junjung luar biasa.
Saya ada baca artikel Mohd Mukhlis Mohd Sharif
yg dlm siasatan bertanya banjir mula dikesan 17hb Dis. Tarikh 18hb Dis Tuan
Ibrahim dilihat masih memberi kuliah agama. Jadi di mana sebenar Menteri yg
paling penting dlm keadaan musim tengkujuh ini?
Mudahan negeri Sabah yg hanya menerima hujan sekali sekala
dijauhi dari bencana alam. Kita harap pihak berkuasa tidak lalai lagi...
mungkin negeri2 lain juga akn menerima nasib yg sama.
BETOI KA TUAN BERAHIM MENUNAIKAN UMRAH-MANA SATU YANG BETOI ?
Benda boleh edit bab umrah, buat apa susah-susah delete?
Ini penyelesaian mereka.
Kronologi cerita
17 Dis: Banjir start malam sebab hujan dari Jumaat siang tak
berhenti.
18 Dis: Pagi Sabtu masih bagi kulliyyah di Malaysia walhal
banyak kawasan sudah naik air dan banjir.
Jadi bila Menteri pergi mekah? Lepas banjir atau sebelum banjir?
Saja nak ulang balik kata-kata beliau pada 2015 tentang PM
bercuti masa banjir, cuma tak pasti terpakai atau tidak untuk umrah masa
Banjir.
Link hurukah yang telah di edit pasal pergi umrah
https://harakahdaily.net/.../tuan-ibrahim-sumbang.../
MOHD MUKHLIS
TIADA RASA SIMPATI. MAJLIS ASWARA DAN TARI MENARI DIKETIKA RAKYAT SEDANG SENGSARA
KETIKA rakyat menangis bencana banjir yang turut mengorbankan nyawa, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) menganjurkan majlis tari menari. Ia turut dihadiri Menteri Pelancongan Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri.
Majlis suka ria itu telah diadakan hari Selasa, 21 Disember lepas ketika pasukan penyelamat bertungkus lumus menyelamatkan rakyat yang terperangkap banjir dan kehilangan harta benda serta nyawa. Tarian itu telah diadakan di Eastin Hotel Seksyen 16 sempena Majlis Ramah Mesra Alumni Aswara.
Seorang pelajar akademi tersebut,
Aliff Haiqal berkata majlis itu sepatutnya ditangguhkan memandangkan negara
sedang dilanda musibah dan mala petaka. Menurut Aliff, ini berbeza sekali
dengan sikap keras Aswara yang tidak mengendahkan rayuan beliau dan teman-temannya
yang terkesan banjir untuk menangguhkan kelas. Mereka tetap dipaksa menyertai
kelas online. Sekiranya ada rayuan, pihak akademi tersebut mahukan mereka
mengisi borang digital secara online. "Kami terkena banjir wahai institusi pendidikan,
banjir!!! Mana nak dapat talian internet? Mana nak cas telefon bimbit? Mana nak
isi borang?. Tiadakah rasa simpati," kata Aliff.
PETAKA BANJIR INI SERLAH TIDAK UPAYA PM TADBIR NEGARA – ANWAR
Saya kesal dengan sikap dan cara negara ini dipimpin tatkala rakyat berbilang kaum sedang dirundung malapetaka banjir setelah hujan lebat berterusan selama beberapa hari pada hujung minggu yang lalu.
Setakat hari ini, 17 mangsa telah dilaporkan maut di Selangor dan 8 mangsa di Pahang, manakala lebih 60,000 lagi kehilangan tempat tinggal tanpa ada tanda-tanda jelas berhubung keadaan rumah dan tahap kelangsungan hidup seusai banjir surut.
Kelemahan-kelemahan utama berhubung tahap kesiapsiagaan negara dalam menghadapi bencana kini terpampang jelas.
Tindakan lembab dari kerajaan persekutuan terutamanya Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) ditambah pula dengan penyelerasan yang kucar kacir dengan pihak kerajaan serta dengan agensi-agensi tempatan ternyata merumitkan krisis ini kepada rakyat dan menjadikan ia satu malapetaka tadbir urus juga.
Kelewatan dalam menggerakkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah memungkinkan beberapa pegawai untuk bertindak dengan inisiatif sendiri dalam membantu warga yang terkesan.
Penyelerasan yang lemah antara pasukan sukarelawan dan angkatan tentera hanya menambah kekeliruan dan kekecewaan.
Krisis ini adalah mimpi buruk yang nyata kepada Perdana Menteri tatkala malapetaka tadbir urus ini melatari 100 hari pentadbirannya. Kegagalan demi kegagalan dalam mengurus bencana ini hanya menonjolkan tahap keupayaan sebenar kerajaan yang dikemudi beliau.
Kerajaan dan pimpinan yang gagal menonjolkan kebersamaan dengan rakyat sedari awal bencana ini, tidak akan mampu memberi keyakinan kepada kita semua bahawa mereka juga mampu melonjakkan negara ke arah pemulihan dari musibah ini, termasuk masalah wabak yang masih mengganas.
Saya kagum dengan semangat kekeluargaan sebenar yang telah ditonjolkan rakyat berbilang kaum tatkala pemimpin-pemimpin utama kerajaan sibuk bermesyuarat.
Sewaktu saya turun mengagihkan bantuan kepada rakyat yang terkandas, saya turut mendengar dan menyaksikan sendiri babak-babak yang luarbiasa yang memaparkan sikap belas dan keprihatinan yang tinggi.
Saya turut berkongsi kekecewaan mereka berhubung kelemahan kerajaan dalam krisis ini.
Perubahan iklim dan tahap kesedaran kita yang lemah terhadap peranan dan kepentingan alam sekitar akan menyaksikan peningkatan yang amat dahsyat terutamanya dalam aspek keberlakuan bencana alam di masa hadapan.
Kita tidak mampu untuk memikir dan menyiasat apa yang menjadi punca kelemahan kita hujung minggu yang lalu.
Perdana Menteri sekarang ini mesti ambil tindakan untuk segera menubuhkan jawatankuasa diraja termasuk jawatankuasa Parlimen dalam menambahbaik tahap kesiapsiagaan bencana.
Dalam masa yang sama, kerajaan dituntut untuk membantu rakyat mendapatkan semula rumah mereka yang dibadai banjir dan tidak memandang remeh soal pemulihan sesudah banjir.
Kerajaan mesti punyai sikap ketelusan dan kebertanggungjawaban yang tinggi kepada orang ramai dan mesti mengadakan sidang media harian bagi mengemaskini situasi semasa banjir dan langkah menyelamat.
Saya juga ingin mendesak kerajaan persekutuan untuk membetulkan ketempangan dalam Majlis Keselamatan Negeri Selangor di mana Menteri Besar mesti dikembalikan kuasa dan peranannya dalam mengemudi krisis ini.
Saya juga ingin mengucapkan tahniah atas pelbagai inisiatif dan peruntukan bantuan RM100 juta yang telah digerakkan Kerajaan Negeri Selangor kepada mangsa-mangsa banjir.
ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang/Pengerusi PH.
21 Disember 2021.
MENTERI TAK SIUMAN RAKYAT TOLONG RAKYAT !!
Tamrin Tun Ghafar
Selasa - 21/12/21
( 1 - 25 )
1. Dibayar gaji RM57,227 sebulan - itu TIDAK
termasuk , kereta , pemandu , ADC dan pembayaran allowance lain , namun
cara pemikiran beliau lansung TIDAK setimpal dengan cara
pemikiran beliau
2. Sebagai tokoh Agama dan memandangkan pula jawatan Menteri
yang dipegangnya , sepatutnya Timbalan Presiden PAS , Tuan Ibrahim
Tuan Man , JIKA punyai MARUAH dan sifat TANGGUNG JAWAB
TIDAK akan menerima sebarang jawatan Kabinet pun
3. Kenyataan awal beliau bahawa negara TIDAK
terjejas dengan kesan Taufan Rai berpunca dari Filipins AMAT BODOH
dan datang nya dari seorang yang TIDAK SIUMAN - ia TIDAK boleh
diterima oleh rakyat apatah lagi dimaafkan
4. Amat MEMALUKAN , tapi itulah CETEK Dan BANGANGNYA
PEMIKIRAN Menteri Alam Sekitar Dan Air berhubung banjir yang
melanda kita
5. Jika dibandingkan dengan program cuaca CNN ,
SEBELUM ribut taufan melanda pantai atau daratan Amerika
Syarikat , setiap 30 minit mereka akan mengikuti pergerakan taufan
tersebut dan MELAPURKAN kepada umum
6. Apakah beliau menggap rakyat boleh terima kenyataan
awal tersebut kerana datang nya dari seorang berjawatan Menteri ?
7. Sejak kenyataan tersebut , beliau sudah HILANG dari
radar ; entah kemana ?
8. Ismail Sabri Yaakub , Perdana Menteri pula
CUBA MENYELAMATKAN keadaan dengan mengatakan beliau tidak sangka
akibat banjir tersebut yang begitu besar - kenyataan ini pun rata -
rata orang kampung menggangap satu kenyataan datangnya dari
seorang Sidang atau Tok Penggawa
9. Terkini kenyataan akhbar Menteri Di Jabatan
Perdana Menteri yang bertanggung jawab terus menjaga NADMA , agensi yang
ditubuhkan khas menjaga bencana alam
10. Umum berpendapat kenyataan Dr. Latip Ahmad
ini BAGHAL , BODOH dan tidak mustahil terminum air ketum
berlebehan
11. Kita salut sekumpulan tentera yang sanggup
membantu mereka yang terjejas WALAUPUN tidak dapat persetujuan
Menteri BAGHAL ini dan NADMA
12. Alasan yang diberi ialah kos menyelamat dan
membiayai banjir yang melanda negara terlalu besar , TAPI belanja projek
5G sebanyak hampir RM 20 billion yang dilakukan Mahiaddin
TANPA SEBARANG tender dan mengikuti prosedur Kerajaan ADA PULA wang
nya
13. Jika Pilihanraya pandai pula mencari dan
merayu dari pengundi - pengundi , janji itu dan ini TAPI
bencana alam budak sekolah pun boleh buat kenyataan lebih baik
14. Apakah peti TV beliau rosak sehingga
tidak tahu apa yang sedang berlaku
15. Zafrul , Menteri Kewangan pula 'BERLAKUN'
kononnya nak buat operasi menyalamat tapi bot yang dinaiki itu penuh dengan
pegawai - dimana lah letaknya akal beliau ini
16. Kelayakan menerima bantuan RM1000 /- yang diumumkan oleh
Ismail Sabri semalam AMAT mengecewakan apabila Menteri Noh Omar atau
lebih dikenali dengan panggilan 'Noh Udang' mana - mana Dewan tak
berdaftar maka mangsa bajir TAK BOLEH terima bantuan tersebut
; dah lah gelaran Noh Udang ; agaknya dalam keadaan rakyat tertekan
dimana letak nya otak beliau
17. Sebenarnya bak kata pepatah :
IKAN ITU BUSUK
DARI KEPALA
Oleh kerana Perdana Menteri itu DUNGGU DAN
BAGHAL maka seluruh badan sehingga ekor pun rosak juga
18. LANGSUNG tidak ada sebarang keordinasi
antara Kerajaan Pusat dan Negeri , apatah lagi Daerah
19. Inilah AKIBAT yang bermula dari
LANGKAH SHERATON
20. Jalan selamat bagi Ismail Sabri , JIKA BERMARUAH DAN
TIDAK MEMENTINGKAN DIRI ialah MELETAK JAWATAN Perdana
Menteri dan di ikuti oleh barisan Menteri yang lain
21. Saya pernah kata Mahiaddin BODOH dan GAGAL namun
apa yang jelas TERBUKTI beliau ini bijak sedikit dari Perdana Menteri
sekarang
22. PEDULI APA DENGAN RAKYAT !! , RAKYAT
TIDAK PENTING , YANG PENTING IALAH NYAWA MENANTU
BELIAU MISTI DI SELAMATKAN DAHULU
23. Mungkin Ismail dan Kabinet dah buat bancian jumlah
mereka yang layak dan cara mana nak dapatkan bantuan RM1,000.00 yang di
umumkan SEDANGKAN duit bantuan pemandu taksi sebanyak RM500
/- yang diumumkan Mahiaddin dulu sehingga sekarang pun tinggal janji
sahaja
24. JIKA RAKYAT MASIH SOKONG MEREKA ,
MEMANG PATUT PUN DI JUAL HIDUP - HIDUP
25. RAKYAT TOLONG RAKYAT bukan
KERAJAAN TOLONG RAKYAT
Wassalam
Terima Kasih
By Tamrin Tun Ghafar Tamrin Ghafar at December 21, 2021
Gambaran kesengsaraan, ketidakcekapan serta ketololan melampau
Ia bukan saja bencana fizikal
malahan bencana dalam perancangan serta kepimpinan – dengan segala macam alasan
mula diberikan
By
Tidak sampai dua minggu lalu,
mereka-mereka ini cukup berlagak sekali dengan saling memuji antara satu sama
lain kononnya sebagai pemimpin paling cekap hingga ada yang mendapat markah
penuh walau dengan kepimpinan yang penuh caca marba sejak 100 hari yang lalu.
Semestinya,
tiada seorang pun yang percaya inilah kabinet ‘terbaik’ Malaysia, kecuali para
menterinya yang cukup celaru itu. Namun, apalah yang mereka pedulikan kecuali
tetap terus mahu meraikan ‘kejayaan’ mereka.
Pastinya,
inilah pesta melancap syiok sendiri yang dinantikan mereka di Putrajaya yang
bukan saja membuatkan kita mengetap bibir menahan kemarahan tetapi juga tersipu
malu sendiri. Apatah lagi, duit cukai kitalah yang dibazirkan mereka dalam
pesta meraikan diri sendiri itu.
Kini,
seminggu selepas itu, bencana melanda begitu banyak tempat di Malaysia, di mana
yang paling banyak dilaporkan adalah di tengah denyut nadi kehidupan ekonomi
Malaysia, di Lembah Klang.
Ia
bermula tanpa apa-apa. Pada Jumaat petang 17 Disember, hujan bermula, pada
awalnya renyai, namun mula lebat dan kerap sepanjang malam itu.
Pada
Sabtu pagi, lebuhraya dan jalanraya tidak dapat dilalui dan air banjir mula
naik dan memasuki rumah, mengejutkan penduduk, yang bercempera lari
menyelamatkan diri. Ada yang mula beralih ke tingkat atas dan naik ke bumbung,
yang lain ke pusat komuniti, seperti surau. Ada segelintir yang cuba
menyelamatkan diri namun gagal kerana lebuhraya mula dibanjiri dan terpaksa
bermalam di dalam kereta.
Imej
yang tular di media sosial menangkap rasa putus asa, kebinasaan, ketakutan
serta kecelaruan. Pusat pemindahan kecemasan mula didirikan, dengan ada
beberapa lokasi yang pertama kali didirikan di Selangor dan Kuala Lumpur.
Support
the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:
·
Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly
newsletters or both
·
Make a one-off
donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
·
Schedule an auto donation to Aliran every month or every
quarter
Babak
penuh kebinasaan dan putus asa ini sama seperti babak tahunan yang dialami oleh
rakyat Malaysia di Pantai Timur yang merana cukup lama. Namun, kali ini, ianya
dialami mereka di kawasan yang membangun pesat di Selangor dan Kuala Lumpur.
Apa yang
tiada di dalam kebanyakan gambar ini hanya satu: pimpinan politik.
Gambar
yang tular menunjukkan bagaimana PM menurunkan cermin hitam Toyota Vellfire-nya
ketika mendengar seorang makcik yang menjerit nampaknya untuk menyatakan bahawa
beliau sebenarnya sedang tersalah arah dan mangsa yang diselamatkan sebenarnya
berada di dewan komuniti pada arah yang berbeza. Namun semuanya sia-sia, kerana
pemandu PM tetap meneruskan perjalanan tanpa mempedulikan pun rungutan itu.
Oh, ada juga gambar yang dikongsi cukup ramai orang tentang bagaimana
seorang pandir – maksud saya, menteri belia – sedang melancarkan majlis (yang
sungguh tidak bermakna dan sia-sia) melibatkan sukarelawan muda yang mahu
menyelamatkan mangsa banjir.
Abaikan
sajalah seorang lagi menteri yang turun padang memakai kasut tumit tinggi serta
para kehormat lainnya dengan gambar foto mereka yang cukup sempurna di mana
hanya tumit mereka yang basah. Terlalu mencuba, terlalu menyedihkan.
Ada
juga, di tempat mereka masing-masing, menunjukkan para Ahli Parlimen mengedarkan
makanan dan menyelamatkan mangsa banjir. Wakil rakyat inilah benar-benar basah
lenjun serta bertungkus-lumus di dalam selut. Usaha Hannah Yeoh, Syed Saddiq
Syed Abdul Rahman dan Ong Kia Ming ini patut kita hormati.
Yang
lebih mengharukan adalah kisah pada kelompok masyarakat sivil yang bergegas
turun bagi menolong mereka yang memerlukan saat bencana bermula. Mereka mula
bekerja saatnya para ‘pemimpin’ negara baru mula berdengkur pada malamnya, dan
saat mereka bangun tidur, ada pula di antara mereka yang enggan mahu
membincangkan tentang krisis ini di Parlimen atas sebab-sebab teknikal seperti
yang dipertegaskan Yang Dipertua Dewan Rakyat, yang cukup ‘manusiawi’ dan
‘cerdik’ yang kita tidak pernah miliki di dalam negara ini.
READ MORE: Images of suffering,
bumbling and sheer idiocy
Sekali
lagi, kita semua tetap “kita jaga kita”. Gambar rakyat memandu 4×4 menuju
ke Lembah Klang dengan bot ditambat dibelakangnya, tanda bersedia untuk
bersukarelawan adalah bukti kepada semua ini.
Kerajaan
pula adalah sebaliknya – dan ianya bukanlah kali pertama, nampaknya tidak pula
kisah dan peduli.
Kelompok
masyarakat dan individu ini nampaknya melihat dengan jelas bahawa tiada
keperluan untuk menghantar notis kepada sesiapa pun, apatah lagi kepada yang
dipertua mana-mana dewan, sebelum mula membantu. Mereka tidak menantikan Agensi
Pengurusan Bencana Kebangsaan (Nadma) atau PM yang sembab itu untuk memahami
betapa seriusnya keadaan ini sebelum mula bertindak.
Saatnya
air banjir mula mereda di kebanyakan tempat dan kita mula mengira kos kerugian
akibat bencana di Malaysia – sebuah bencana fizikal serta bencana dalam
perancangan dan kepimpinan – kita melihat bagaimana alasan sudah mula dibuat
dan tuding menuding jari pun bermula.
Seperti
yang kita baca melalui laporan di mana Nadma tidak membenarkan tentera untuk
masuk dan memulakan tugas menyelamat kerana bagi mereka ia ‘bukanlah keadaan
darurat’.
Saatnya
bilangan penduduk yang diselamatkan meningkat dan bilangan kematian semakin
ramai, barangkali agensi dan tuan mereka akan mula sedar, walaupun kita tahu
bahawa mereka takkan meminta maaf kepada kita semua rakyat Malaysia,
lebih-lebih lagi kepada mereka yang terpaksa berdepan bencana serta kebodohan
para politikus ini.
Nampak
gaya, minta maaf ini bukanlah cara mereka. Bagi mereka, mentaliti bodoh
sombonglah yang paling berguna di saat ini.
Dan perkara ini akan kekal berlarutan saatnya kita berdepan lebih banyak bencana dan bahana; kecuali kita berani mengatakan cukuplah, dan mendesak kebertanggungjawapan sekarang juga, dan benar-benar menghukum mereka saatnya pilihan raya akan datang.
Rom Nain
Editor bersama, surat berita Aliran
21 Disember 2021
Terjemahan oleh: Zikri Rahman
Perubahan iklim: Bunyikan loceng amaran dengan lebih kuat lagi (Malay/English)
Jelas sekali, lebih banyak yang
harus dilakukan pada kadar segera
Selalunya Malaysia akan bersedia
untuk menghadapi musim banjir di kawasan Pantai Timur disebabkan oleh monsun
yang biasanya berlaku pada waktu ini setiap tahun.
Tetapi
apa yang tidak begitu dijangka pada kali ini ialah kejadian banjir besar yang
melanda Lembah Klang. Ia dikatakan berpunca daripada fenomena seperti tekanan
rendah tropika di rantau ini dan kesan-kesan taufan besar Rai yang melanda
Filipina.
Memang
benar kadar hujan yang turun di beberapa bahagian negara kali ini adalah luar
biasa, tetapi apa yang paling penting ialah kita harus bersedia untuk
menghadapi pelbagai peristiwa yang tidak dijangka seperti ini.
Malah ia
mungkin akan berlaku dengan lebih kerap lagi disebabkan oleh kesan-kesan
perubahan iklim.
Di
seluruh dunia, peristiwa cuaca melampau yang tidak dijangka ini sedang menjadi
lebih kerap, dan kebimbangan timbul tentang keperluan kita untuk memberi fokus
terhadap langkah-langkah adaptasi serta pembinaan daya ketahanan terhadap
perubahan iklim.
Turut
diperlukan ialah peningkatan usaha bersiap siaga kita untuk menghadapi bencana.
Kita
tidak boleh lagi menganggap kadar taburan hujan sebegini sebagai kejadian
terpencil saja. Sebaliknya, kita harus membuat perancangan untuk menghadapi
kejadian-kejadian seperti ini dan mengambil segala langkah yang diperlukan
untuk mengurangkan kesannya.
Support
the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:
·
Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly
newsletters or both
·
Make a one-off
donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
·
Schedule an auto donation to Aliran every month or every
quarter
Projek berskala besar terus berkembang
Malang
sekali kita sememangnya gagal untuk bertindak pantas selama ini walaupun
mempunyai perancangan semenjak Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020) lagi bagi
mengurangkan risiko bencana melalui adaptasi perubahan iklim dan memperkukuhkan
pengurusan risiko bencana negara.
Baru-baru
ini negara kita memulakan Pelan Adaptasi Kebangsaan untuk memberikan panduan
berkenaan hal-hal perundangan, urus tadbir, perancangan dan penyelarasan
kaedah-kaedah adaptasi serta indeks adaptasi untuk mengukur tahap keterdedahan
negara terhadap kesan-kesan perubahan iklim.
Usaha
ini perlu diambil dengan kadar yang lebih segera lagi kerana kenyataan sebenar
telah pun menunjukkan bahawa negara kita ini masih belum bergerak ke arah yang
sepatutnya; dengan pelbagai projek dan rancangan pembangunan yang masih
berjalan seperti biasa.
Kita
masih belum merancang atau bersedia dengan secukupnya, malah belum bersedia
sama sekali untuk menangani kesan-kesan perubahan iklim yang sedang atau akan
berlaku pada masa hadapan.
Banyak persoalan timbul berkaitan dengan hal ini.
Adakah
penggubal dan perancang dasar negara kita di semua peringkat kerajaan
(termasuklah para arkitek dan jurutera) cukup arif berkenaan kesan perubahan
iklim semasa dan kesan-kesannya pada masa yang akan datang?
Adakah kita sedang merancang untuk menghadapi segala bentuk ancaman dan bencana yang bakal kita hadapi?
Promosi
projek infrastruktur berskala besar seperti pembinaan jalan raya, terowong,
penambakan laut dan pembangunan mega masih boleh dilihat di mana-mana.
Ia
dilakukan dengan hanya sedikit – atau malah tiada – kebimbangan langsung
terhadap risiko dan kesan-kesan perubahan iklim. Kelihatannya, tidak ada
sebarang pertimbangan wajar tentang sama ada projek-projek sedemikian rupa akan
menyumbang atau menjejaskan lagi daya tahan negara terhadap perubahan iklim.
Kita
harus membunyikan loceng amaran dengan lebih kuat lagi dan cuba untuk
menyesuaikan diri (jika boleh) kepada “norma baru” akibat kesan perubahan iklim
ini.
Usah bazirkan dana awam
Kita
juga harus bersedia untuk menghadapi keadaan yang menyaksikan langkah-langkah adaptasi
akan menjadi mustahil untuk dilaksanakan.
Masa
untuk melakukan pelaburan dalam segala perancangan dan langkah adaptasi
perubahan iklim dan dalam pembinaan daya ketahanan terhadap perubahan iklim
negara sudah lama kita lepasi.
Tindak
balas segera amat diperlukan sekarang dan kita juga harus belajar daripada apa
yang sedang dilakukan negara lain.
Terdapat
juga dana antarabangsa yang tersedia, seperti Dana Iklim Hijau UNFCCC yang
menyediakan sumber kewangan bagi membantu negara-negara seperti Malaysia untuk
menghadapi cabaran perubahan iklim.
Jelasnya,
kita memerlukan sebuah butang tetapat semula (reset) untuk perlindungan masa
hadapan dalam dunia yang iklimnya sudah berubah. Kita juga harus melihat semula
segala perkara yang kita lakukan dari lensa perubahan iklim.
Jika
tidak, kita akan membuat pelaburan yang salah yang tidak memiliki kelestarian
untuk jangka masa panjang dan hanya akan menjadi pembaziran besar sumber-sumber
awam.
Pelan
adaptasi segera yang merangkumi pendekatan berasaskan alam semula jadi
diperlukan untuk memastikan bangunan, prasarana dan kawasan pesisiran pantai
mempunyai daya ketahanan terhadap ribut, peningkatan kadar hujan, kebertahanan
banjir, kenaikan paras laut, dan sebagainya.
Langkah-langkah
pemuliharaan hutan dan tanah, termasuklah perlindungan kawasan tadahan air dan
sungai untuk mencegah dan mengurangkan kejadian banjir, menjadikan kawasan
bandar kepada sebagai ‘bandar-bandar span’ dan memperkukuhkan persisiran pantai
kita melalui perlindungan dan pemulihan hutan paya bakau adalah komponen yang
penting dalam rancangan tersebut.
Langkah-langkah
yang lebih menyeluruh juga diperlukan bagi menangani kemarau, gelombang haba,
kekurangan air, kesan-kesan ke atas pertanian, kesihatan, corak cuaca yang
tidak menentu dan bencana.
Jelas sekali, lebih banyak yang harus dilakukan pada kadar segera. Jika tidak, kita mungkin sama sekali tidak akan bersedia untuk menghadapi bencana yang akan datang.
Akibatnya tentulah amat buruk sekali, seperti yang telah kita lihat dari peristiwa banjir besar ini.
Meenakshi Raman ialah presiden Sahabat Alam Malaysia