Ia bukan saja bencana fizikal
malahan bencana dalam perancangan serta kepimpinan – dengan segala macam alasan
mula diberikan
By
Tidak sampai dua minggu lalu,
mereka-mereka ini cukup berlagak sekali dengan saling memuji antara satu sama
lain kononnya sebagai pemimpin paling cekap hingga ada yang mendapat markah
penuh walau dengan kepimpinan yang penuh caca marba sejak 100 hari yang lalu.
Semestinya,
tiada seorang pun yang percaya inilah kabinet ‘terbaik’ Malaysia, kecuali para
menterinya yang cukup celaru itu. Namun, apalah yang mereka pedulikan kecuali
tetap terus mahu meraikan ‘kejayaan’ mereka.
Pastinya,
inilah pesta melancap syiok sendiri yang dinantikan mereka di Putrajaya yang
bukan saja membuatkan kita mengetap bibir menahan kemarahan tetapi juga tersipu
malu sendiri. Apatah lagi, duit cukai kitalah yang dibazirkan mereka dalam
pesta meraikan diri sendiri itu.
Kini,
seminggu selepas itu, bencana melanda begitu banyak tempat di Malaysia, di mana
yang paling banyak dilaporkan adalah di tengah denyut nadi kehidupan ekonomi
Malaysia, di Lembah Klang.
Ia
bermula tanpa apa-apa. Pada Jumaat petang 17 Disember, hujan bermula, pada
awalnya renyai, namun mula lebat dan kerap sepanjang malam itu.
Pada
Sabtu pagi, lebuhraya dan jalanraya tidak dapat dilalui dan air banjir mula
naik dan memasuki rumah, mengejutkan penduduk, yang bercempera lari
menyelamatkan diri. Ada yang mula beralih ke tingkat atas dan naik ke bumbung,
yang lain ke pusat komuniti, seperti surau. Ada segelintir yang cuba
menyelamatkan diri namun gagal kerana lebuhraya mula dibanjiri dan terpaksa
bermalam di dalam kereta.
Imej
yang tular di media sosial menangkap rasa putus asa, kebinasaan, ketakutan
serta kecelaruan. Pusat pemindahan kecemasan mula didirikan, dengan ada
beberapa lokasi yang pertama kali didirikan di Selangor dan Kuala Lumpur.
Support
the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:
·
Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly
newsletters or both
·
Make a one-off
donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
·
Schedule an auto donation to Aliran every month or every
quarter
Babak
penuh kebinasaan dan putus asa ini sama seperti babak tahunan yang dialami oleh
rakyat Malaysia di Pantai Timur yang merana cukup lama. Namun, kali ini, ianya
dialami mereka di kawasan yang membangun pesat di Selangor dan Kuala Lumpur.
Apa yang
tiada di dalam kebanyakan gambar ini hanya satu: pimpinan politik.
Gambar
yang tular menunjukkan bagaimana PM menurunkan cermin hitam Toyota Vellfire-nya
ketika mendengar seorang makcik yang menjerit nampaknya untuk menyatakan bahawa
beliau sebenarnya sedang tersalah arah dan mangsa yang diselamatkan sebenarnya
berada di dewan komuniti pada arah yang berbeza. Namun semuanya sia-sia, kerana
pemandu PM tetap meneruskan perjalanan tanpa mempedulikan pun rungutan itu.
Oh, ada juga gambar yang dikongsi cukup ramai orang tentang bagaimana
seorang pandir – maksud saya, menteri belia – sedang melancarkan majlis (yang
sungguh tidak bermakna dan sia-sia) melibatkan sukarelawan muda yang mahu
menyelamatkan mangsa banjir.
Abaikan
sajalah seorang lagi menteri yang turun padang memakai kasut tumit tinggi serta
para kehormat lainnya dengan gambar foto mereka yang cukup sempurna di mana
hanya tumit mereka yang basah. Terlalu mencuba, terlalu menyedihkan.
Ada
juga, di tempat mereka masing-masing, menunjukkan para Ahli Parlimen mengedarkan
makanan dan menyelamatkan mangsa banjir. Wakil rakyat inilah benar-benar basah
lenjun serta bertungkus-lumus di dalam selut. Usaha Hannah Yeoh, Syed Saddiq
Syed Abdul Rahman dan Ong Kia Ming ini patut kita hormati.
Yang
lebih mengharukan adalah kisah pada kelompok masyarakat sivil yang bergegas
turun bagi menolong mereka yang memerlukan saat bencana bermula. Mereka mula
bekerja saatnya para ‘pemimpin’ negara baru mula berdengkur pada malamnya, dan
saat mereka bangun tidur, ada pula di antara mereka yang enggan mahu
membincangkan tentang krisis ini di Parlimen atas sebab-sebab teknikal seperti
yang dipertegaskan Yang Dipertua Dewan Rakyat, yang cukup ‘manusiawi’ dan
‘cerdik’ yang kita tidak pernah miliki di dalam negara ini.
READ MORE: Images of suffering,
bumbling and sheer idiocy
Sekali
lagi, kita semua tetap “kita jaga kita”. Gambar rakyat memandu 4×4 menuju
ke Lembah Klang dengan bot ditambat dibelakangnya, tanda bersedia untuk
bersukarelawan adalah bukti kepada semua ini.
Kerajaan
pula adalah sebaliknya – dan ianya bukanlah kali pertama, nampaknya tidak pula
kisah dan peduli.
Kelompok
masyarakat dan individu ini nampaknya melihat dengan jelas bahawa tiada
keperluan untuk menghantar notis kepada sesiapa pun, apatah lagi kepada yang
dipertua mana-mana dewan, sebelum mula membantu. Mereka tidak menantikan Agensi
Pengurusan Bencana Kebangsaan (Nadma) atau PM yang sembab itu untuk memahami
betapa seriusnya keadaan ini sebelum mula bertindak.
Saatnya
air banjir mula mereda di kebanyakan tempat dan kita mula mengira kos kerugian
akibat bencana di Malaysia – sebuah bencana fizikal serta bencana dalam
perancangan dan kepimpinan – kita melihat bagaimana alasan sudah mula dibuat
dan tuding menuding jari pun bermula.
Seperti
yang kita baca melalui laporan di mana Nadma tidak membenarkan tentera untuk
masuk dan memulakan tugas menyelamat kerana bagi mereka ia ‘bukanlah keadaan
darurat’.
Saatnya
bilangan penduduk yang diselamatkan meningkat dan bilangan kematian semakin
ramai, barangkali agensi dan tuan mereka akan mula sedar, walaupun kita tahu
bahawa mereka takkan meminta maaf kepada kita semua rakyat Malaysia,
lebih-lebih lagi kepada mereka yang terpaksa berdepan bencana serta kebodohan
para politikus ini.
Nampak
gaya, minta maaf ini bukanlah cara mereka. Bagi mereka, mentaliti bodoh
sombonglah yang paling berguna di saat ini.
Dan perkara ini akan kekal berlarutan saatnya kita berdepan lebih banyak bencana dan bahana; kecuali kita berani mengatakan cukuplah, dan mendesak kebertanggungjawapan sekarang juga, dan benar-benar menghukum mereka saatnya pilihan raya akan datang.
Rom Nain
Editor bersama, surat berita Aliran
21 Disember 2021
Terjemahan oleh: Zikri Rahman