Hamzah Rie Na
Nak bersama PPBM kena guna logo PN. Nak bersama UMNO kena guna logo PAS.
#PRNmelaka
#SaveMelaka
#TolakPengkhianat
SR
Hamzah Rie Na
Nak bersama PPBM kena guna logo PN. Nak bersama UMNO kena guna logo PAS.
#PRNmelaka
#SaveMelaka
#TolakPengkhianat
SR
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohd Zuhdi Marsuki akan bertanding jawatan naib presiden PAS bagi sesi 2021-2023, menurut Harakahdaily.
Dua pemimpin PAS itu mencabar tiga penyandang jawatan sekarang iaitu Dr Ahmad Samsuri, Idris Ahmad dan Mohd Amar Nik Abdullah.
Untuk rekod Mohd Zuhdi juga merupakan Setiausaha Politik Menteri Alam Sekitar dan Air merangkap Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.
Pada pemilihan lalu, Mohd Amar, Idris dan Ahmad menjadi naib presiden parti selepas salah seorang penyandang jawatan itu, Iskandar Abdul Samad tidak menjawab surat pengesahan pencalonannya bagi sesi 2019 hingga 2021.
Muktamar Tahunan PAS ke-67 akan diadakan pada 6 dan 7 November ini di Kuala Terengganu secara hibrid.
Kehadiran fizikal melibatkan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ahli Majlis Syura Ulamak dan Pesuruhjaya PAS Negerl/Wilayah Persekutuan sahaja.
Berikut senarai Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sesi 2021-2023 pada Muktamar Tahunan PAS ke-67, November ini:
Naib Presiden PAS.
Kelulusan tender yang tidak telus dalam perbelanjaan off budget akan terus ditentang oleh Pakatan Harapan (PH) dalam Belanjawan 2022.
Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Ahli Parlimen PH akan terus mempersoalkan sebarang peruntukan yang diluluskan secara tidak telus dan ‘disembunyikan’ daripada pengetahuan rakyat meliputi projek-projek besar kerajaan.
“Belanjawan ini ada 13 kali mesyuarat (dalam memorandum kerjasama) tidak termasuk Guan Eng berjumpa pengurus bank, saya berjumpa untuk muktamadkan isu moratorium pinjaman bank.
“Yang kita amat prihatin ialah perbelanjaan off budget dan ini tentu merupakan pendirian PH yang agak keras dan kita telah mengararahkan Ahli Parlimen kita untuk bangun menentang cara dan kaedah kelulusan tender dan projek yang tidak telus. Terutama seperti (pembekalan spektrum) 5G, RM15 bilion, walaupun menteri umum RM11 bilion,” katanya.
Tambah Anwar, projek besar sewajarnya dimaklumkan oleh kerajaan secara telus dan terperinci agar perbelanjaannya boleh diawasi rakyat dan tidak mengalami ketirisan.
Beliau memberi contoh mengenai ‘cakap-cakap’ berkenaan Lapangan Terbang Subang yang perlu didedahkan secara terbuka apakah perancangan kerajaan terhadap lapangan terbang tersebut.
“Kemudian proses kita pertikai beberapa keraguan kedudukan Lapangan Terbang Subang yang kita tidak mahu disorok kerana ini off budget.
“Kadang-kadang rakyat tidak tahu, agak terpengaruh satu dua pengumuman kecil yang beri kebaikan tetapi off budget tidak dimaklumkan.
“Ini saya hendak maklum supaya orang tahu mengapa kita mengambil pendirian yang agak keras tentang hal itu,” katanya dalam sidang media tengah hari tadi.
Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan menyaksikan logo Harapan digunakan untuk mewakili 3 parti komponen KEADILAN, Amanah dan DAP yang bertanding.
Menurut Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, penggunaan logo berkenaan telah dipersetujui sebulat suara oleh keempat-empat komponen PH.
“Majlis Presiden dan pimpinan telah bincang tentang logo parti dan menerima pelbagai pandangan. Kita hormat pandangan semua pimpinan PH tetapi keputusan kita untuk Melaka ini, sebagai ujian permulaan kita sebulat suara bersetuju untuk menggunakan logo PH.
“Seluruh kekuatan PH menonjolkan logo PH. Kita berjuang satu logo, satu manifesto bagi peringkat negeri,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN di Petaling Jaya, sebentar tadi.
Manakala pembahagian kerusi juga telah dibincangkan dengan teliti.
Menurut Anwar, oleh kerana hanya 3 komponen PH yang terlibat dalam PRN Melaka maka hanya DAP yang mengekalkan jumlah kerusi manakala dua lagi parti akan mendapat pertambahan.
“Pembahagian kerusi seperti yang diketahui secara umumnya satu proses yang panjang, dari DUN ke Negeri dan dikemukakan kepada jawatankuasa khas. Jawatankuasa berunding dan di bawa ke Majlis Presiden.
“(Oleh itu) kita memutuskan untuk menyelesaikan, dan setakat ini keputusan kita iaitu DAP kekal 8, Amanah 9 dan KEADILAN 11,” katanya.
Bagaimanapun, pimpinan PH tetap mempertikaikan pelaksanaan pilihan raya yang dipaksakan tersebut.
Anwar sekali lagi menyuarakan kebimbangan akan meningkatnya jangkitan Covid 19 sepanjang proses berkempen dan hari pengundian pada 20 November kelak.
“Kita telah suarakan kegelisahan dan bantahan kita mengenai proses pilihan raya ini.
“Kebimbangan kita tentang bahaya keselamatan rakyat. Walaupun kita kecewa dengan peraturan ini, kita arahkan jentera kita untuk mematuhi SOP yang ketat kerana risiko kepada rakyat dan kemungkinan melonjaknya angka positif Covid 19,” katanya lagi.
Laporan Ketua Audit Negara menyatakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang memerintah selama 18 bulan menyebabkan negara kerugian RM600 juta amat mengejutkan.
Mengulas hal itu, mantan Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng berkata, tempoh pentadbiran PN walaupun lebih singkat daripada Pakatan Harapan (PH) namun mencatat rekod yang sangat buruk dan menjadi satu duluan yang tidak baik bagi perakaunan negara.
“Apa yang kita lihat dalam Laporan Ketua Audit Negara ialah ada RM522 juta ringgit hutang telah dimaafkan.
“Perkara itu perlu disoal siasat dan diperiksa. PAC (jawatankuasa Kira kira Wang Negara) akan siasat perkara ini. Kerugian RM600 juta yang dinyatakan oleh PAC, tetapi kalau kita lihat semua yang dibangkitkan Laporan Ketua Audit Negara (era PN) ini lebih teruk daripada era PH.
“Kita lihat 2020 adalah tahun pertama di bawah PN, tidak ada kebaikan dan kemajuan langsung. Ini memberi gambaran keadaan jadi lebih teruk, dan kita lihat tidak ada komitmen ke atas akauntabiliti juga ketelusan,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN di Petaling Jaya, tengah hari tadi.
Menurut Guan Eng lagi, tiadanya akauntabiliti amat mengecewakan kerana PH sewaktu 22 bulan berkuasa telah menyediakan asas-asas yang kukuh untuk ketelusan dan kebertanggungjawaban perbelanjaan kerajaan.
“Bila tidak ada akauntabilti maka semua SOP kewangan telah dibelangankan. Kita akan mendalaminya dengan teliti. Tetapi kita boleh lihat keadaan kewangan dalam keadaan mencabar tetapi kita lihat perbelanjaan tidak terkawal dan tidak boleh diterima langsung.
“Perlu ada usaha untuk menjimatkan wang kepada pihak memerlukannya.
“Menerusi PAC yang menjalankan tugas kita harap ada kemajuan (penyiasatan). Tetapi perlu ada keazaman politik. Semasa kita jadi kerajaan kita cadang beberapa tindakan. Iaitu memindah sistem akaun tunai kepada sistem akruan.
“Ada satu akta berkaitan tentang perbelanjaan pemulihan kerajaan. Itu beberapa langkah yang belum diambil (oleh kerajaan sekarang) dan harusnya dijalankan dengan lebih baik,” katanya
Beliau juga menasihatkan agar kerajaan PN 2.0 tidak lagi melantik ahli-ahli politik ke jawatan khusus dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk mengelakkan berlakunya penyelewengan dan ketidaktelusan penggunaan kewangan.
Dalam pada itu, Presiden Amanah, Mohamad Sabu pula menekankan supaya kerajaan bersungguh-sungguh dalam usaha mengelakkan ketirisan.
Katanya, Lapoaran Ketua Audit adalah selepas sesuatu hal terjadi, sebaliknya kerajaan perlu berusaha mengelakkan hal-hal tersebut daripada berlaku
“Selalunya penyelewengan kita tahu setelah laporan audit. Kita perlu mencegah penyelewengan sebelum ia berlaku. PM perlu ada iltizam yang kuat untuk menentang penyelewengan, sebab itu kita sebelum jatuh (PH) kita berusaha tempatkan pegawai SPRM di pejabat menteri.
“Kita tahu penyelewengan di Kementerian Pertahanan misalnya hampir RM1 bilon, dan ia jadi bahan sejarah. Laporan audit kerajaan nak bertindak atau tidak, tetapi itu hal yang telah berlaku,” katanya.
Kenapa tak guna logo Pas dalam PRN Melaka? – Tuan Ibrahim
By Wartawan MalaysiaGazette - 29 October 2021
KUALA LUMPUR – Dalam keadaan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mahu bekerjasama dengan Pas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka – Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ada idea baharu.
“Oleh kerana semua parti bersetuju bekerjasama dengan Pas, elok kalau kita gunakan satu logo iaitu logo Pas dalam PRN Melaka nanti. Fikir-fikirkan,” tulisnya dalam status Facebooknya hari ini.
Idea Timbalan Presiden Pas itu ekoran kesediaan UMNO dan Bersatu bekerjasama dengannya namun masing-masing menetapkan penggunaan logo Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi PRN Melaka.
Ia juga kali pertama bagi Pas menggunakan simbol gabungan politik bagi menghadapi pilihan raya. – MalaysiaGazette
Seorang ahli Majlis Tertinggi Umno mengingatkan bahawa parti itu supaya jangan ‘dipatuk ular’ dan ‘masuk lubang biawak’ kali kedua.
Mohd Puad Zarkashi berkata demikian melalui hantaran di media sosial sebelum mesyuarat MT Umno berlangsung malam ini.
Mesyuarat tersebut akan membuat keputusan sama ada parti itu akan bergerak secara solo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ataupun bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) mahupun Muafakat Nasional (MN).
“Pasti ramai menunggu keputusan malam ini sama ada solo, bersama Muafakat Nasional (MN) atau kerjasama BN-PN (Perikatan Nasional).
“Pokoknya Umno tidak boleh dipatuk ular kali kedua. Elok BN masuk PRN Melaka tanpa kerjasama PPBM (Bersatu).
“Bagi peluang PPBM buktikan kejujuran politik mereka di peringkat kerajaan pusat sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Umno jangan masuk lubang biawak kali kedua,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya,
Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) segera mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi mengelakkan kekeliruan kaedah berkempen.
Dakwanya, ini kerana SOP yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak jelas seterusnya menimbulkan pertikaian dalam kalangan parti politik.
“Majlis Keselamatan Negara (MKN) meletakkan syarat bahawa kalau negeri fasa empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) contohnya, penonton boleh ke stadium menonton bola sepak sehingga 20,000 orang, jadi SPR nak pakai yang mana?
“Jadi, kalau ada (perlawanan) bola sepak dalam tempoh PRN ini dari segi (menurut SOP) KKM kata tak boleh.
“Rumah ke rumah tak boleh (pergi) tetapi bola sepak (penonton) boleh penuhi stadium. Ini perlu diberikan penjelasan. Maknanya SOP sebenarnya kita masih menanti dan SPR tidak boleh ambil masa begitu lama kerana kenyataan dibuat KKM menimbulkan ketidakpuasan hati pelbagai pihak.
“Kalau katakan itulah SOP yang akan digunakan, semua program kerajaan di Melaka mesti dibatalkan sama ada Persekutuan ataupun kerajaan negeri. Tidak boleh ada sebarang bentuk program bersemuka,” katanya, menurut laporan Astro Awani.
Beliau berkata demikian kepada media selepas minum petang di Jeti Nelayan Telok Mas, di sini pada Khamis.
Dalam pada itu ujarnya, blok Pakatan Harapan (PH) sentiasa bersedia dengan perjalanan kempen norma baharu, namun berpendirian kempen secara konvensional tetap perlu dilaksanakan.
“Kita mesti gabungkan kaedah baharu dengan lama kerana kaedah itu tidak boleh dielakkan, yang mana hari mengundi masih menggunakan kaedah tradisional iaitu kena beratur, kena pangkah.
“Jadi bagaimana SPR atau kerajaan kata tak boleh (kempen) bersemuka? Ini perlu difikirkan, maknanya SPR ada SOP dia pada hari mengundi dan begitu juga dari sudut kempen ini saya percaya semua parti mahupun calon yang bertanding tidak mahu ada sebarang masalah terutamanya berkaitan COVID-19 dan akan kekal mematuhi SOP,” tambahnya lagi.
Selain itu, mengulas agihan kerusi bersama rakan parti dalam PH, beliau memaklumkan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) telah dikenal pasti dan jentera semua parti juga telah digerakkan untuk mencari kaedah-kaedah baharu dalam menyampaikan mesej kepada pengundi.
“Kita akan umum bila sampai masaya dan jentera juga telah diarahkan untuk merancang program supaya semua mesej yang ingin dibawa sampai kepada pengundi-pengundi.
“Esok akan ada pengumuman di Kuala Lumpur oleh Presiden PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan pergerakan PH di Melaka ini serta banyak lagi aspek dan saya tidak mahu mendahului beliau,” tambahnya.
Umno memutuskan untuk meneruskan kerjasama dengan PAS melalui Muafakat Nasional (MN) pada Pilihan Raya Negeri Melaka (PRN).
Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan, berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang berlangsung malam ini.
Bagaimanapun katanya, kerjasama itu berpandukan kepada prinsip bahawa PAS mesti bertanding menggunakan lambangnya sendiri bagi mengelakkan pertembungan sesama sendiri.
“Mesyuarat memutuskan untuk meneruskan persefahaman dengan parti PAS selaras dengan ketetapan Perhimpunan Agung Umno 2020 iaitu memperkukuhkan MN dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
“Asas persefahaman dengan PAS berpandukan kepada prinsip bahawa PAS menggunakan lambang partinya sendiri selaras dengan semangat dan ketetapan jawatankuasa induk MN dalam mesyuarat pada 19 Okt dan 18 Nov 2020,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat MT Umno di Kuala Lumpur malam tadi.
Ahmad Maslan berkata, MT Umno juga memberi mandat kepada presiden Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya, Mohamad Hasan serta Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob untuk memuktamadkan sebarang keputusan mengenai PRN Melaka.
“MT juga memberikan mandat kepada presiden, timbalan presiden dan perdana menteri untuk memuktamadkan sebarang keputusan berkaitan PRN Melaka,”katanya, menurut laporan Malaysiakini.
Pada 26 Oktober lalu, Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin berkata Bersatu, PAS dan Gerakan telah bersepakat untuk bertanding pada PRN Melaka menggunakan lambang PN.
Namun Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohd Zuhdi Marsuki berkata keputusan untuk parti-parti komponen menggunakan logo PN perlu dirujuk terlebih dahulu kepada badan pemutus dalam PAS dan parti masing-masing.
Semalam, Ahmad Zahid ketika berucap melancarkan Jentera Pilihan Raya BN bagi PRN Melaka menegaskan yang Umno tidak akan sama sekali bekerjasama dengan Bersatu di Melaka.
Katanya, ia berdasarkan ketetapan yang telah dibuat dalam Perhimpunan Agung Umno 2020, di mana parti itu menamatkan kerjasama dengan Bersatu.
Jelas Ahmad Zahid, keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu bukanlah pendirian peribadinya, sebaliknya ia keputusan akar umbi Umno.
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Samad menegaskan Pilihan Raya Negeri (PRN) susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) itu bukan kemahuan Pakatan Harapan (PH).
Bekas Menteri Wilayah Persekutuan berkata, sebaliknya PRN Melaka adalah kehendak Perikatan Nasional (PN) dan BN yang tidak mahu melihat PH menerajui kembali kerajaan negeri.
“PRN Melaka bukan kehendak kami. PRN Melaka bukan kehendak AMANAH, DAP atau PKR.
“Kami telah menuntut supaya TYT menentukan sama ada, ada atau tidak pihak yang baru mendapat majoriti sokongan ADUN di Melaka.
“Ianya merupakan tindakan dan tuntutan daripada BN dan PN kerana mereka tidak mahu PH kembali menjadi sebagai kerajaan di negeri Melaka,” jelasnya, seperti dilaporkan Malaysia Dateline.
Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, keadaan yang sama juga dihadapi di negeri-negeri lain bahkan di peringkat nasional sekalipun.
“Apabila melibatkan persoalan menjatuhkan kerajaan PH sama ada di peringkat nasional dan di Johor, Melaka dan Perak sebelum ini, mereka (PN dan BN) menggunakan pendekatan berbeza.
“Pendekatan yang lebih betul dan selamat iaitu menentukan sama ada, ada atau tidak pihak yang mempunyai majoriti daripada ahli-ahli dewan.
“Namun, apabila kerajaan mereka yang dijatuhkan, mereka menggunakan pendekatan yang lain iaitu membubarkan DUN.
“Ini menunjukkan bahawa mereka mengambil perkiraan politik sebagai keutamaan. Mereka hanya gilakan kuasa,” tegas Khalid lagi.
Alhamdulilah kesepakatan bersama membuahkan persefahaman buat 3 komponen parti didlm PH.
Keputusan Majlis Presiden
Pembahagian kerusi PRN Melaka: KEADILAN 11, AMANAH 9, DAP 8
Satu logo & satu manifesto: Pakatan Harapan
Fmt Reporters
PETALING JAYA: Keputusan kajian mengenai ubat Ivermectin untuk digunakan bagi merawat pesakit Covid-19 akan dibentangkan minggu depan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata kementeriannya telah memperoleh keputusan kajian itu selepas isu penggunaan ubat terbabit hangat diperdebatkan pelbagai pihak sebelum ini.
“Debat berterusan berhubung #Ivermectin akan berakhir tidak lama lagi. Kita telah menjalankan kajian tempatan terhadap Ivermectin dan keputusan telah diperoleh. @drkalai61 akan membentangkannya secara umum minggu depan,” katanya di Twitter.
Oleh: Hassan Abdul Karim
ULASAN: Pakatan Harapan (PH) tidak boleh lagi bagi
janji dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada bulan November hadapan.
Kecuali PH mula bertindak sekarang selaras dengan apa yang dikatakan dan apa yang diperjuangkan selama ini, barulah PH akan dipercayai.
PH telah diberi peluang menjadi kerajaan selama 22 bulan setelah menang Pilihan Raya Umum (PRU) 14, jauh lebih pendek berbanding tempoh lima tahun pemerintahan Taliban kali pertama di Afghanistan (1996 – 2001).
Kebaikan dan kejayaan PH dalam tempoh 22 bulan bersejarah itu dalam beberapa hal terserlah juga. Tetapi kelemahan dan janji-janji tinggi yang gagal dipenuhi juga jelas kelihatan. Rakyat tidak mudah lupa dengan kata-kata bekas Pengerusi PH ketika itu yang juga Perdana Menteri bahawa Manifesto PH bukannya kitab suci.
Report Card PH selama memerintah dalam kerajaan pertamanya selama 22 bulan itu berwarna-warni, dengan lulus berwarna biru dan gagal berwarna merah. Banyak merah daripada biru nampaknya.
Sebelum menang PRU-14, PH bertahun-tahun lamanya mesra dan berlibaturus dengan pertubuhan-pertubuhan sivil di Malaysia. Tetapi selepas PH tumbang pada akhir Februari tahun 2020, pertubuhan-pertubuhan sivil tidak lagi ghairah untuk mendampingi PH apatah lagi untuk menolong PH bangkit kembali. Di mana silap PH? Apakah dosa PH?
Pertubuhan-pertubuhan sivil sebenarnya berasa serik dan terkesan seperti dikhianati apabila PH mengecap kuasa dan para pemimpinnya mulai merasai nikmat segala keistimewaan sebagai golongan pemerintah yang berkuasa, lalu dalam sekelip mata disaksikan lari dari idealisme perjuangan asal yang dikongsi bersama oleh pertubuhan-pertubuhaan sivil tersebut.
Sekarang rakyat di seluruh negara menjadi pemerhati yang ada kepentingan untuk menilai kembali PH.
Referendum rakyat
Walaupun PRN Melaka ini berlaku di negeri antara terkecil di Semenanjung dan di seluruh Malaysia, tetapi Melaka yang bersejarah itu sering disebut dengan ungkapan, “Melaka – di mana tempat semuanya bermula”.
Justeru itu keputusan PRN Melaka nanti boleh ditafsirkan sebagai potret wajah PH, Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) khususnya di mata rakyat.
PRN di Melaka yang hari mengundinya pada 20 November selepas melalui kempen dengan norma baharu di mana segala aktiviti politik hampir keseluruhannya dilarang oleh Prosedur Operasi Piawai (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara akan menjadi semacam referendum rakyat.
Referendum rakyat itu khususnya terhadap tiga buah gabungan parti-parti politik PH, BN dan PN yang mendominasi landskap politik Malaysia sejak Sheraton Move.
Langkah Sheraton membawa kesan politik yang besar di Malaysia, di mana persaingan dalam sistem dua parti, antara BN dengan PH selama berdekad telah runtuh dan kini pertandingan untuk mendapatkan sokongan rakyat kelihatan lebih terbuka dengan kehadiran lebih ramai peserta.
Jika BN dan PN bertempur sesama sendiri di Melaka, maka senario itu memberi kelebihan kepada PH dalam pertandingan tiga penjuru. PH akan menjadi benefisiari hasil dari peseteruan BN dan PN, bukannya kerana kelebihan polisi PH atau kekuatan sebenar PH.
Tetapi jika BN dan PN membuat u-turn dan berdamai sebelum Hari Penamaan Calon pada 8 November nanti, ada kemungkinan PH akan menggigit jari kerana terlepas peluang kemenangan mudah.
PH perlu jaga imej menjelang PRU
Justeru itu PH perlu menjaga imej dan prinsip politik perjuangannya agar terserlah di Melaka. Imej politik yang baik bagi PH di Melaka mungkin akan kekal positif di mata rakyat sehinggalah PRU ke-15 nanti sebagai gabungan politik pelbagai kaum, agama dan budaya yang berintegriti, boleh dipercayai kerana adil, amanah, demokratik dan tidak mengejar fatamorgana kuasa semata-mata.
Untuk menang jangka panjang, bukannya jangka pendek sekadar PRN Melaka sahaja, maka PH perlu mendapatkan semula sokongan pertubuhan-pertubuhan sivil yang masih kelihataan dingin dan merajuk terhadap PH.
Memang benar pertubuhan-pertubuhan sivil selalu menuntut itu dan ini terhadap kerajaan yang berkuasa. Tetapi itu adalah peranan mereka dan demokrasi itu memang bising selalunya.
Memang benar juga pertubuhan-pertubuhan sivil tidak boleh memberi undi kepada PH untuk memenangi PRN di Melaka nanti. Tetapi pertubuhaan-pertubuhan sivil ini tidak boleh PH pinggirkan. Restu dan dokongan pertubuhan-pertubuhan sivil memberikan keabsahan atau legitimasi terhadap kewujudan PH.
Sekarang pertubuhan-pertubuhaan sivil sedang memerhati siapa yang akan menjadi calon-calon PH dalam PRN di Melaka.
Geng Berempat yang mencontohi Langkah Sheraton di Petaling Jaya, dan cuba ditiru untuk dibawa ke bumi Hang Tuah dan Hang Jebat di Melaka, mempunyai sebab tersendiri mengapa mereka tidak disenangi oleh pertubuhan-pertubuhan sivil yang pernah menyokong PH selama ini.
PH ada pilihan Geng Berempat
PH ada beberapa hari sebelum hari Penamaan Calon. PH ada pilihan sama ada menerima keempat-empat susuk itu, atau memilih tiga dari berempat, atau sekadar dua dari berempat atau menolak kesemuanya.
Isu Geng Berempat di Melaka itu yang kini berada di atas meja Majlis Presiden PH untuk diputuskan akan dinilai oleh semua pihak, bukan sahaja oleh pertubuhan-pertubuhan sivil tetapi juga di kalangan anggota setia dan penyokong atas pagar PH, berjuta orang di seluruh negara. Mereka semua mempunyai locus standi menentukan nasib PH dalam Pilihanraya Umum Negara yang akan datang.
Isu “high moral ground” yang selama ini memberi kelebihan kepada PH dalam mendepani regim BN pimpinan Najib Razak dulu yang rasuah dan menyalahgunakan kuasa sehinggalah BN tumbang.
Isu “high moral ground” juga memberi kelebihan imej baik kepada PH dalam menentang kerajaan PN yang dianggap kerajaan tidak sah taraf kerana terbentuk melalui pintu belakang, hinggalah PN juga tumbang.
Imej PH sebagai gabungan parti-parti politik yang kekal mahu memberikan harapan kepada 32 juta rakyat Malaysia sebagai pilihan terbaik rakyat yang membawa agenda perubahan atau reformasi akan terhakis dan tercemar apabila PH dianggap dua kali lima, sama sahaja semacam BN dan PN jika PH tersalah buat pilihan kerana mengambil mana-mana susuk di kalangan Geng Berempat itu menjadi calon PH dalam PRN Melaka nanti.
Peringatan telah dibuat. Kini terserlahlah kepada kepimpinan tertinggi PH membuat keputusan.
_________________________________________________________________________________
Penulis merupakan Ahli Parlimen
Pasir Gudang (Keadilan/PH)