Seorang ahli Majlis Tertinggi Umno mengingatkan bahawa parti itu supaya jangan ‘dipatuk ular’ dan ‘masuk lubang biawak’ kali kedua.
Mohd Puad Zarkashi berkata demikian melalui hantaran di media sosial sebelum mesyuarat MT Umno berlangsung malam ini.
Mesyuarat tersebut akan membuat keputusan sama ada parti itu akan bergerak secara solo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ataupun bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) mahupun Muafakat Nasional (MN).
“Pasti ramai menunggu keputusan malam ini sama ada solo, bersama Muafakat Nasional (MN) atau kerjasama BN-PN (Perikatan Nasional).
“Pokoknya Umno tidak boleh dipatuk ular kali kedua. Elok BN masuk PRN Melaka tanpa kerjasama PPBM (Bersatu).
“Bagi peluang PPBM buktikan kejujuran politik mereka di peringkat kerajaan pusat sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Umno jangan masuk lubang biawak kali kedua,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya,