Yb Pas bagi cek tendang kepada ayah Adib. Rm300 pun guna cek!
Pirane Melaka: PH lebih tenang dan bersedia
MSO MOHD SAYUTI OMAR
|
Adly dinamakan sebagai KM |
TINGGAL 11 hari sahaja lagi proses penamaan calon untuk pilihan
raya negeri (Pirane) Melaka akan berlangsung. SPR telah menetapkan 8
November hari penamaan calon manakala hari pengundian 20
November.
Saat ini parti-parti
politik yang berhajat untuk mengambil bahagian sedang berkira dan membuat
perhitungan rapi bagi memuktamad apa yang akan dilakukan. Walaupun ada khabar
beberapa parti menyatakan hasratnya untuk mengambil bahagian, tetapi
pertarungan sudah pasti akan berlaku antara tiga komponen utama, Umno-Barisan
Nasional (UBN), Pakatan Harapan (PH) dan PPBM
Perikatan Nasional (PN).
Bagi PH komponen tersebut
tidak ada apa-apa masalah yang timbul dan berbangkit ketika ini. PH yang
terdiri daripada Keadilan, DAP dan Amanah nampak sepadu dan cukup yakin. Tidak
ada apa-apa masalah yang mengucar-kacirkan perpaduan komponen itu. Bahkan
semangat mereka untuk menghadapi pilihan raya itu sungguh tinggi.
Sedikit masalah yang tercetus sebelum ini sudah diselesaikan
dengan baik. Ia berkenaan cadangan untuk menerima empat orang Adun yang
menarik sokongan kepada bekas Ketua Menteri Sulaiman Md Ali sehingga
menyebabkan kerajaan UBN tumbang untuk bertanding atas nama PH sudah
dimuktamadkan.
Keempat-empat Adun itu,
Idris Haron (Sungai Udang), Nor Azman Hassan (Pantai Kundor), Norhizam Hasan
Baktee (Pengkalan Baru) dan Noor Effandi Ahmad (Telok Mas).
Mulanya keempat-empat
mereka berhasrat untuk bertanding semula menggunakan lambang PH, tetapi
Pimpinan PH mengambil keputusan menolak cadangan itu selepas dibantah berbagai
pihak.
Persiapan nama-nama calon
PH untuk diletakkan di 28 kerusi sudah hampir selesai. Menurut Pengerusi PH
Melaka, Adly Zahari yang dilantik menjadi pengarah pilihan raya, pembahagian
kerusi antara sesama PH juga sudah selesai 90%. Tinggal lagi 10% lagi. Ertinya
PH berada dalam keadaan terbaik dan bersiap siaga.
PH juga mendahului komponen lain apabila telah tegas dan sepakat
untuk menamakan Pengerusi Amanah Melaka itu sebagai Ketua Menteri sekiranya PH
menguasai Pirane itu. DAP yang merupakan komponen PH yang berpengaruh di Melaka
telah menamakan Adly sebagai ketua menteri. DAP bertindak tangkas mengunci
perkara itu dan ia tidak berani dibantah Keadilan. Suasana ini menunjukkan PH
berada dalam kondisi cukup padu.
Jadi ringkas cerita, PH
tidak mempunyai apa-apa masalah lagi untuk berhadapan dengan Pirane Melaka,
mereka menunggu sahaja proses seterusnya.
Berbeza dengan komponen
UBN yang belum memastikan apakah komponen itu akan bertanding secara solo atau
pun akan bermuafakat dengan Pas. Masalah inilah yang membelenggu UBN dan
meletakkan gabungan itu masih kelam kabut.
Malam tadi BN telah
meluncurkan jentera pilihan raya di PWTC yang disempurnakan oleh presiden Umno
dan juga pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi.
Semasa berucap di majlis
itu, sekali lagi Zahid menegaskan yang UBN tidak akan sama sekali bekerjasama
dengan PBBM (PN). Kenyataan Zahid itu tegas dan keputusan itu menurutnya
diambil kerana kehendak akar umbi. PAU telah memutuskan bahawa tidak ada kerjasama
dengan PBBM. Jika Zahid dapat diyakini maka pemutusan kerjasama dengan PPBM itu
muktamad.
Bagaimana pun Zahid tidak
menyatakan sikap dan pendirian UBN dengan Pas yang merupakan rakannya dalam
Muafakat Nasional (MN). Pas selain bersama Umno ia juga bersama PBBM dalam PN.
Situasi ini merumitkan UBN dan Pas sendiri. UBN pastinya kecewa dengan sikap
Pas itu yang boleh dianggap telah tidak jujur kepadanya.
Bukan sahaja UBN, tetapi
Pas sendiri juga terjepit dengan keadaan dan formula politik Machiavellinya
yang bermain dua kolam itu. Pas dalam keadaan serba salah sementara usahanya
untuk menjadi mediator merapatkan UBN dan PPBM gagal. Pas kini sudah kelemasan
di darat serta menyusahkan PBBM dan Umno.
Bagaimana pun kalau Pas
tetap dengan formulamnya untuk bermain dua kolam, sudah tentu ia tidak dapat
diterima oleh Umno. Ini bermakna muafakat dan piagam MN yang dimeterai berakhir
dan lebur.
Formula dan percaturan
Pas agak pelik dan kompleks. Parti agama itu mengambil pendirian menyokong
kedua-duanya, pada satu masa. Ini yang membingungkan. Macam mana kalau berlaku
pertandingan tiga penjuru yang turut membabitkan UBN dan PPBM. Apakah formula
atau hadith yang akan digunapakai Pas untuk menyelesaikan ini?
Apakah Pas akan
membagikan dua sokongan dan undinya kepada Umno dan PPBM?
MT Umno akan bermesyuarat
malam ini khabarnya akan membuat keputusan muktamad bersabit sikap mereka
terhadap hubungan dengan Pas itu. Mereka mungkin akan memberi kata dua kepada
Pas tentang pendirian songsang parti agama itu. Dengan kesungguhan dan
keyakinan Umno dapat tawan Melaka, mungkin Umno tidak akan pedulikan Pas lagi.
Sikap dan pendirian
diambil UBN itu juga secara tidak langsung memberi masalah kepada PPBM (PN).
Presiden PBBM Mahiaddin Yassin telah mengeluarkan kenyataan yang partinya akan
bertanding di kesemua 28 kerusi. Kenyataan ini menjelaskan bahawa PBBM juga
tidak berharap kepada kerjasama dengan BN. Jika Umno mengerti maksud kenyataan
itu ia adalah ketegasan dan rasa tidak hairan PBBM kepada Umno.
Sehubungan itu Pas
dilihat cenderung untuk bersama PN berbanding dengan Umno apabila parti itu
ikut sama dalam mesyuarat majlis pimpinan PN. Kehadiran Pas dalam mesyuarat itu
menjelaskan Pas sudah "bulat bergele" dengan PN.
Bukan itu sahaja, Pas
juga mengatakan mereka akan ikut bertanding menggunakan lambang PN. Dengan Pas
sanggup meninggalkan simbol keramatnya bahawa sudah jelas Pas bersama PN.
Kenyataan itu memberi makna bahawa Pas akan bersama PN. Walaupun ada
suara-suara kecil dalam Pas minta perkara itu diperhalusi, tetapi nampaknya ia
seperti sudah dicapai persetujuan kerana, ulama besar pas tidak membantah
cadangan itu.
Langkah dan keputusan Pas
untuk bersama PN itu juga turut sama menjejaskan ketenangan dalam Pas. Tindakan
Pas itu ditolak oleh mereka yang selama ini mahukan Pas bersama Umno bukannya
PPBM. Kesimpulannya formula sonsang Pas itu bukan sahaja mendatangkan masalah
kepada kedua rakannya Umno dan PPBM tetapi ikut sama meretakkan persefahaman
dalam parti itu. [wm.kl. 11:32 am 28/10/2021] * tanpa edit.
((PANAS)) DATO ZAHARIN: "JANGAN SERAH TANAH KAT DAP WALAU SEINCI"? UMNO ...KAH..KAH..CAKAP PAKAI PERUT TAK PAKAI OTAK
Dap atau amanat Hadi yang haram, sesat & menyesatkan? JAKIM jangan jadi ...
KEH..KEH..BAGI BERGASAK...MOKHTAR SENIK DAH JADI KEMUDARATAN PADA PAS-LAGI DIA CAKAP LAGI ORANG MELUAT PADA PAS.....
Setelah di ‘sound’ Mokhtar Senik, Asyraf Wajdi ‘sound’ balik ulama Pas
Setelah di ‘sound’ Mokhtar Senik, Asyraf Wajdi ‘sound’ balik ulama Pas. Asyraf Wajdi dengan tegasnya mengingatkan Ulama Pas agar semak dahulu sebelum keluar kenyataan di media sosial.
Saya tidak pernah sesekali mengeluarkan kenyataan bernada bongkak mahupun angkuh mengenai keupayaan Umno untuk bertanding secara sendirian,” jelas Ketua Pemuda UMNO.
“Saya menghormati saudara saya al-fadhil Ustaz Mokhtar Senik. Namun, dalam komentarnya (yang saya masih berharap disalah lapor oleh Malaysiakini) seharusnya sebagai seorang ulama, wajar semak dahulu (tabayyun).
“Sama ada benarkah saya pernah mengeluarkan kenyataan yang kononnya memaparkan berita ’60 tahun Umno bertanding sendiri, tak ada masalah nak menang: Asyraf’.
“Mana mungkin saya keluarkan kenyataan yang faktanya pun tidak betul kerana Umno tidak pernah bertanding sendiri selama lebih 60 tahun,” menurut kenyataan di laman sosial Ketua Pemuda UMNO hari ini.
Tulisan Ulama Pas dihalaman Facebooknya semalam mengkritik kenyataan Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki.
“Ingat, sekali lagi kita sengaja menyombongkan diri atas peluang yang Allah beri maka Allah akan timpakan kehinaan tiada lagi kemuliaan yang tersisa dan berbaki,” katan ulama Pas.
Kenyataan itu disiar laman sosial Facebook Mokhtar Senik yang memetik kenyataan Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki.
Laporan portal itu bertajuk “60 tahun Umno bertanding sendiri, tak ada masalah nak menang: Asyraf” yang melaporkan pandangan pemimpin kanan Umno menjelang pilihan raya negeri (PRN) di Melaka pada bulan depan.
TERKINI : PERHATIAN KEPADA PENGUNDI LUAR NEGARA SEBELUM 1 NOV INI. Sidang Media: Isu Terkini Mengenai Pilihan Raya Negeri Melaka Di Bilik G...
TANYA DIA ...MANA DIA TAU NAK JAWAB...BAB -BAB SEJARAH NI KENA RAJIN KAJI DAN BACA....PAJAK ATAU SERAH P.PNANG PADA BRITISH ?
Kedah pajak atau serah P Pinang kepada British, soal Ramasamy
PETALING JAYA: Seorang lagi pemimpin Pulau Pinang membidas Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor kerana menuntut “bayaran pajakan” RM100 juta setahun daripada kerajaan persekutuan atas dasar menghormati perjanjian pada era penjajah.
Kata Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy, tiada asas bagi tuntutan itu dan “tiada satu dokumen sejarah jelas” yang akan membuktikan bahawa Kedah memajakkan Pulau Pinang kepada British.
Beliau berkata demikian susulan kenyataan Ketua Menteri Chow Kon Yeow bahawa kerajaan negeri “tidak akan membayar apa-apa kepada Kedah”.
“Kerajaan persekutuan juga tidak perlu melayan apa-apa tuntutan yang luar daripada perjanjian dan persetujuan sedia ada,” kata Chow.
Semalam, Sanusi yang sering berbalah dengan kerajaan Pulau Pinang, menuntut RM100 juta setahun daripada kerajaan persekutuan sebagai “bayaran pajakan” bagi tanah di pulau dan Seberang Perai.
Kerajaan persekutuan membayar RM10,000 selama berdekad-dekad kepada Kedah bagi pihak Pulau Pinang sebagai bayaran pajakan, tetapi menaikkannya kepada RM10 juta setahun mulai 2018.
“Pemberian khas daripada kerajaan persekutuan berkaitan pajakan Pulau Pinang bermula 2018 adalah RM10 juta. Kita mohon bayaran royalti Pulau Pinang ini disemak dan dikaji semula mengikut nilai semasa dan tuntutan kita adalah RM100 juta,” katanya dalam sidang media.
Dalam catatan di Facebook, Ramasamy berkata: “Dokumen yang ada samar-samar dan tidak dapat difahami, tertakluk kepada tafsiran yang berbeza.
“Perlu difahami bahawa apa yang dipanggil pajakan ke atas Pulau Pinang dan tanah besar adalah sebagai tindak balas kepada pencerobohan ke atas Kedah dan negeri-negeri Melayu utara yang lain oleh Siam.
“Kedah menyerahkan Pulau Pinang sebagai balasan atas perlindungan yang ditawarkan pihak British.”
Walaupun tindakan pihak kerajaan persekutuan memberi pampasan kepada Kedah adalah sebagai tanda muhibah beliau berkata, ia mungkin tiada kaitan dengan hakikat bahawa Pulau Pinang dipajak daripada Kedah.
“Bagaimanapun, Sanusi seolah-olah mentafsir sejarah sesuai dengan kepentingan politiknya yang sempit dan berat sebelah. Beliau fikir, dengan menggunakan sejarah, beliau mungkin mendapat peluang yang lebih baik untuk mendapat pampasan lebih besar daripada kerajaan persekutuan.”
Ramasamy berkata, tuntutan Sanusi “seolah-olah pemerasan” terhadap kerajaan persekutuan.
“Demi pengesahan sejarah, kerajaan persekutuan harus memulakan kajian mengenai sama ada Pulau Pinang sememangnya dipajak daripada Kedah dan sama ada negeri itu adalah negeri yang berdaulat atau tidak pada masa itu.
“Sanusi bukan pakar untuk mentafsir sejarah ikut suka hati,” katanya.
JALAN PUN DAH BOLEH BERTUKAR KEPADA JALAN QINZHOU
MOHD MUKHLIS
Sahribut Samanahaha Serba Tahu dah dapat info belum bab ini? Kalau dulu, dia memang cakna bab-bab bahasa dan tulisan jawi. Sekarang ini takut line dalam Gua Kelam tak jelas sahaja.
OWHHHH JANGAN LA HARAP MP PARTI AGAMA.....
Kalau minum Timah macam minum perempuan Melayu, yang kita duk minum Dutch Lady tu?
SUKA KAH KALAU DAP YANG DAPAT MEMERINTAH ? MESTI ORANG YANG BERTANYA INI TAK SEKOLAH ....
IDUP DAP
Ada satu komen berbentuk pertanyaan dalam posting aku. Komennya berbunyi: "Suka ke kalau DAP perintah negara?" Aku jawab suka. Dan aku tanya semula, apa hujah untuk tak boleh suka kalau DAP perintah negara?
OWHHHH...JOM KITA MELAWAT JUGA...
Pergi Jerman berubat, pergi Singapura tengok anak beranak, ni pergi US anak nak sambung belajar. Semua mangkuk ni ada kes mahkamah. Lepas je pergi luar negara atas urusan peribadi.
TAKKAN LAH SEKADAR NAK TUKAR NAMA SAHAJA...PEJUANG AGAMA JADI SYAITAN BISUKAH SEJAK DUDUK DALAM KERAJAAN NIH ?
Syarikat pengeluar arak Timah pertimbang tukar nama, imej
PETALING JAYA: Syarikat pengeluar arak jenama Timah, Winepak Corporation (M) Sdn Bhd bersetuju mempertimbangkan untuk menukar nama dan imej pada label produk itu.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Alexander Nanta Linggi dalam kenyataan berkata, Winepak memohon tempoh seminggu untuk berbincang dengan pemegang saham dan lembaga pengarah syarikat bagi menukar nama dan imej pada label produk arak keluaran mereka.
Terdahulu, pengurusan Winepak dalam kenyataan di Facebook menjelaskan beberapa kekeliruan di sebalik penggunaan nama Timah bagi arak keluaran mereka.
Katanya, nama jenama itu merujuk kepada logam timah bersempena industri perlombongan bijih timah ketika Tanah Melayu ditadbir oleh British.
Gambar lelaki berjanggut dengan penutup kepala pula adalah Kapten Speedy, yang memperkenalkan budaya minum wiski pada zaman itu.
Alexander berkata, perkara itu adalah antara hasil keputusan yang dicapai dalam pertemuan wakil syarikat berkenaan bersama pihak kerajaan semalam.
Beliau berkata, mesyuarat dipengerusikannya itu turut disertai Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad dan Menteri Perpaduan Negara Halimah Mohamed Sadique.
“Pertemuan secara hibrid ini diadakan dalam suasana harmoni menghayati konsep Keluarga Malaysia bagi mencapai satu kesepakatan demi kebaikan negara,” katanya.
Sebelum ini, Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor dilapor menyarankan nama jenama arak Timah ditukar kerana ia dianggap oleh pihak tertentu sebagai penghinaan yang tidak sepatutnya berlaku.
Dalam pada itu, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata penggunaan perkataan Timah sebagai jenama arak keluaran syarikat tempatan itu “mengelirukan” selain kesal kerana ada pihak menggunakan isu itu untuk menyerang PAS walaupun ia mengambil pendirian tegas.
Presiden PAS Abdul Hadi Awang kemudian dilaporkan menegur pihak menjaga urusan agama Islam yang seharusnya tidak mengizinkan sebarang penyalahgunaan nama yang boleh mengelirukan penganut Islam.
“Walau apa pun alasan yang diberikan untuk jenamanya, penggunaan nama ‘Timah’ dalam bahasa orang Melayu adalah dekat dengan nama Fatimah al-Zahra’ RA, puteri kesayangan Rasulullah SAW.
“…dan secara halus boleh dianggap menyentuh sensitiviti dalam kalangan penganut Islam,” katanya dalam catatan di Facebook yang dilihat berbeza dengan kenyataan Tuan Ibrahim yang menegaskan nama Timah itu tiada kaitan dengan nama manusia dan bukan nama Islam.
ULAQ DENGAN ULAQ SAMA SPESIS NI MEMANG BAHAYA
Zahid ibaratkan Bersatu macam ular yang tak boleh dipercayai
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi berkata BN tidak akan “ditikam dari belakang” di Melaka, seperti yang berlaku dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah.
Dalam ucapannya ketika pelancaran jentera PRN Melaka BN, Zahid berkata suara akar umbi menolak kerjasama dengan Bersatu mesti dihormati.
“Mereka yang pernah menikam kita dari belakang, yang pernah mematuk kita waktu PRN Sabah, saya berazam ular yang sama tidak akan patuk tempat yang sama untuk kali kedua,” katanya.
“Kita mesti menghormati ketetapan Perhimpunan Agung Umno, bahawa kita jangan dimanipulasikan untuk ditunggangi semula.
“Maka ketetapan itu mesti dihormati, kita tidak akan pernah bekerjasama bersama Bersatu dalam PRN Melaka.”
Zahid yang juga Presiden Umno berkata, ini bukannya pendiriannya sebaliknya suara akar umbi.
“Presiden Umno mesti akur suara akar umbi,” katanya, menurut laporan FMT.
Tambahnya, tiada keperluan untuk BN bercakap buruk mengenai musuhnya, sebaliknya sekadar menceritakan mengenai kebaikan BN dan apa yang boleh dilakukan untuk rakyat.
Zahid turut berkata, jika BN menang majoriti dua pertiga di Melaka, ia akan meminda perlembagaan negeri dengan menyarankan agar lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik.
Sementara itu, Zahid berkata BN akan memperkenalkan wajah baharu dalam PRN Melaka dengan manifesto ringkas tetapi bermakna.
“Calon-calon mesti ada sifat WALI – ‘winnable, acceptable and likeable’ (boleh menang, boleh diterima dan disukai)… WALI, hati yang mempunyai ilmu, boleh diterima semua kaum dan agama di Melaka.”
Katanya, faktor calon menjadi penentu kemenangan dan tidak akan ada pilih kasih dalam pemilihan calon.
Setelah lama berdiam diri, akhirnya Yb ‘penembak babi’ buka mulut
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee, berkata beliau bersama tiga lagi bekas ADUN jarang berhubung selepas mengumumkan menarik sokongan kepada kerajaan Melaka, awal bulan ini.
Katanya, beliau sebaliknya lebih menumpukan kepada usaha kebajikan penduduk di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu.
“Kami jarang berhubung dan buat hal masing-masing. Buat masa ini saya masih sibuk dengan pelbagai kegiatan kebajikan kepada penduduk Pengkalan Batu, termasuk menghulurkan bantuan serta menyelesaikan masalah rakyat.
“Saya tetap melakukan aktiviti kebajikan walaupun tidak lagi bergelar wakil rakyat. Masalah air yang dihadapi penduduk juga saya selesaikan.
“Saya sudah biasa buat kerja untuk rakyat, khususnya dalam kawasan Pengkalan Batu. Soal politik saya tak fikir sangat, yang penting kebajikan rakyat sentiasa dijaga,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, hari ini.
Beliau turut mengesahkan akan membuat satu pengumuman khas berkaitan masa depan politiknya, termasuk kedudukannya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), minggu depan.
Katanya, setakat ini beliau masih mempertimbangkan beberapa cadangan daripada beberapa pihak, termasuk rakan politiknya.
“Banyak media menghubungi saya untuk mengetahui perkembangan, saya katakan belum tiba masanya lagi. Tunggu minggu depan, sebelum penamaan calon saya akan buat pengumuman,” katanya.
Minggu lalu, mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) diadakan bagi membincangkan mengenai PRN Melaka, termasuk hasrat empat ADUN terbabit yang dikatakan mahu bertanding atas tiket PH.
Hasrat mereka sebelum ini bagaimanapun ditolak DAP yang tidak mahu menerima Norhizam berikutan bertindak menyokong gabungan politik baharu di Melaka sehingga menyebabkan PH tumbang di negeri itu,
SALUR SUNTIKAN FISKAL TERUS KEPADA RAKYAT, BUKAN KRONI
INI YANG DIKATAKAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN
Dia antara yang bertanggungjawab menguatkuasa larangan, tapi dia juga antara yang langgar larangan…