Hanya sembang ‘kedai kopi’, tiada perbincangan rasmi agihan kerusi Umno-PAS

 

Pesuruhjaya PAS Melaka, Kamaruddin Sidek menolak desas-desus kononnya PAS sudah mengadakan perbincangan sulit dengan Umno mengenai pembahagian kerusi untuk PRN Melaka.

PETALING JAYA: Pesuruhjaya PAS Melaka, Kamaruddin Sidek menyifatkan perbincangan parti itu dengan Umno berhubung situasi politik di negeri itu sekadar “perbincangan di kedai kopi”.

Setakat ini, katanya, belum ada perbincangan rasmi antara PAS dengan Umno Melaka berkaitan pembahagian kerusi dalam Muafakat Nasional (MN) bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) itu.

Beliau berkata, PAS masih menunggu jemputan rasmi Umno untuk berbincang dan sedia memberi kerjasama bagi memastikan kesejahteraan politik masyarakat Melayu serta Islam.

“Belum ada lagi (perbincangan rasmi) antara PAS dan Umno berhubung PRN Melaka, yang ada sekarang hanyalah borak dengan rakan Umno di kedai kopi,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Justeru, Kamarudin menolak desas-desus kononnya PAS sudah berbincang secara sulit dengan Umno berhubung kerusi yang akan ditandingi mereka pada 20 Nov ini.

Sebaliknya, beliau berkata, PAS sudah berbincang dengan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) Melaka berkaitan pembahagian kerusi dan bakal dimuktamadkan tidak lama lagi.

Beliau menyifatkan kenyataan Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin semalam yang gabungan itu akan bertanding di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekadar “menguji gelanggang perang”.

Katanya, Muhyiddin dipercayai cuba menimbulkan provokasi terhadap Umno untuk menguji situasi politik menjelang penamaan calon pada 8 Nov ini.

Semalam, Muhyiddin dilaporkan berkata, PN sudah menjangka keputusan Umno enggan bekerjasama dengan Bersatu, tetapi mengambil pendekatan berhemah menunggu parti itu menyatakan pendirian.

Katanya, rundingan dalam kalangan parti PN, termasuk PAS dan Gerakan akan diadakan segera untuk memastikan kemenangan gabungan itu dalam PRN.

Kamarudin berkata, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sudah “mengendurkan tali yang sebelum ini ditarik tegang” apabila menyatakan kerjasama Umno dengan PN akan dibawa ke perbincangan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno.

Zahid dilaporkan berkata, keputusan muktamad kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dengan PN akan diumumkan dalam mesyuarat Biro Politik dan MKT yang diikuti Dewan Tertinggi BN sebelum penamaan calon.

EEEEHH LEHHH...SIKIT SEIKIT MELAYU ISLE...ISLAM MANA MAKAN RASUAH..ISLAM MANA ADA JANJI TAK TUNAIKAN,,,ORANG ISLAM MANA DA MAKAN GAJI BUTA....

 

Hahaha... Awak ni kelakarlah. Sikit sikit main nama Melayu Islam. Konon jangan pertaruh nasib politik Melayu Islam di Melaka.

Tapi sebenarnya jangan pertaruh jawatan. Kan?
Orang Islam takkan rasuah. Orang Islam takkan seleweng. Orang Islam takkan langgar peraturan dan kemudian tawarkan potong gaji. Orang Islam juga tak buat fitnah. Orang yang Islam tak menipu.
Politik Melayu Islam? Penipu!
Kau politik tembolok! Perjuangan korang cuma sekitar kuasa. Tengok apa yang korang dah buat lepas dapat kuasa. Tengok!
Apa kebaikan Islam dapat? Apa kelebihan Melayu dan Muslim dapat? Zero! Yang dapat kelebihan cuma pemimpin yang jual nama Melayu Islam.
Yang rasuah pun dibebaskan. Langgar SOP tak diambil tindakan. Bayar cukai pun dapat penangguhan. Semua kayangan yang dapat.
Marhaen cuma dapat susah. Hilang kerja, hilang punca pendapatan, bisnes melingkup. Apa yang korang buat? Bertelagah untuk kuasa!
Tak usahlah nak sebut Melayu Islam lagi. Sudah tak relevan. Sekarang rakyat dah nampak. Dalam mata korang cuma ada RM.

MEMANGLAH TAK SALAH SEBAB PN YANG MEMERINTAH..WALAUN DAN CAI TAK BISING...CUBA PH..SAH SATU MALAYSIA GEGAR..

 

Memanglah tak salah. Sebab PN yang memerintah. Cuba kalau PH memerintah, PAS & BN yang jadi pembangkang. Mahu bergegar Menara Berkembar benda ni jadi isu.

Kita jadikan isu bukan sebab apa sangat. Cuma nak peringatkan PAS dan UMNO yang dalam kerajaan sekarang. Benda yang dulu salah sekarang semua jadi betul bila sorang buat.
Malangnya pemimpin PAS & UMNO semuanya jadi hilang ingatan bila dah dapat kuasa. Semua lupa apa yang diorang pernah bisingkan dulu. Faham fahamlah ye.

OWHHH...ABAH TAK PANDAI BERPOLITIK MASA COVID

May be a Twitter screenshot of 1 person and text that says "FMT Free Malaysia Today Pengerusi PN Muhyiddin Yassin, berkata parti berkenaan bertanding di kesemua kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka. S YBT FREEMALAYSIATODAY.COM PRN Melaka: PN bertanding di semua 28 kerusi, kata Muhyiddin"


MOHD MUKHLIS


 "Abah tak pandai berpolitik masa Covid, jangan sampai Abah ini mula menggunakan rotan"

Mantan PM paling teruk dalam sejarah, penakut dengan media, gantung Parlimen sebab takut kalah undi percaya masih ada hati hendak bertanding.
Insyallah, PRN Melaka ini akan jadi kubur Pengkhianat Nasional.

BENDA BOLEH DOA....DOK PULUN MINTA BUAT APA

 

MOHD MUKHLIS


Benda boleh berdoa bak kata Agen CIA, buat apa susah-susah tadah tin milo? Lagi bestnya jadi khadam tukang pacak bendera aja pun, dia punya lagak macam calon Ketua Menteri.

Dasar parti li ....PAS.. Demikianlah P45


May be an image of 2 people, people standing and text

ORANG KAYA MINTA DERMA DARI ORANG MISKIN...?

 

May be an image of 1 person, sitting and text that says "i About this website HARAKAHDAILY.NET PAS rayu sumbangan untuk Tabung PRN Melaka"



Jika kamu kata ia satu jihad dan ingin mencontohi Nabi dan sahabat...sekarang di dlm PAS ada ramai Menteri dan Timbalan Menteri. Ada 8 Menteri dari PAS minta sahaja mereka sumbangkan RM 50ribu seorang dah tentu terkumpul RM400 ribu.
Minta pada 3 MB RM50 ribu seorang dan RM30 ribu pada setiap Exco PAS dalam kerajaan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perak. Itu belum lagi mereka yg memegang jawatan dalam GLC. Saya yakin RM 1 juta dengan mudah dapat dipungut. Kenapa nak menyusahkan orang yang sudah susah?
Cukup-cukup kalian membodohkan ahli dan penyokong. Mereka tu ramai yang hidup menjual kuih, sayur, ikan, nelayan, penoreh getah yang kurang pendidikan yang kalian ambil kesempatan ke atas mereka dengan menjual agama atas nama jihad sedangkan kalian sendiri tak berjihad atau menunjukkan contoh untuk berkorban demi agama.
Saidina Umar punya miskin sampai musuh tak kenal mana pemimpin dan mana rakyat marhaen. PAS pengikut naik motor kapcai pemimpin naik Velfire. Kemudian mahu minta sumbangan lagi pada org miskin konon atas nama jihad.
Sdgkan pemimpin PAS yang berjawatan Menteri, Tim Menteri, MB, Exco dan GLC rata-rata pendapatan RM 30k sebulan ke atas termasuk elaun mereka. Tolong jgn suka menipu atau ambil kesempatan boleh tak! Kesian sikit dekat orang kampung tu.

PH desak SPRM siasat projek paip TSGP Sabah dan MPP bernilai RM9.4 bilion

 


Oleh MALAYSIA DATELINE / October 23, 2021

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didesak untuk menyiasat projek Trans Sabah Gas Pipeline (TSGP) dan Multi-Product Pipeline (MPP) yang dihidupkan semula oleh kerajaan Perikatan Nasional pada 10 Februari lalu.

Majlis Presiden Pakatan Harapan mengakui terkejut dengan pemberitahuan menteri kewangan di Parlimen baru-baru ini berhubung keputusan kerajaan menghidupkan semula kedua-dua projek yang diluluskan di zaman Barisan Nasional itu.

Menurut PH, bayaran telah dibuat ke atas kedua-dua projek TSGP dan MPP sebanyak 88 peratus daripada nilai pembinaan atau RM8.3 bilion, walaupun kemajuan kerja hanya 13 peratus setakat Mei 2018.

“Nilai pembinaan keseluruhan TSGP dan MPP ialah RM9.4 bilion tanpa mengambil kira kos tambahan pelbagai pengurusan pakar dan pengambilan tanah sebanyak RM1.7 bilion.

“Oleh itu, SPRM wajib menyiasat sepenuhnya mengapa projek TSGP dan MPP yang telah gagal ini dimulakan semula pada 10 Februari 2021 oleh Perikatan Nasional di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin,” katanya dalam satu kenyataan petang tadi.

Sementara itu, PH turut menggesa SPRM melipat gandakan usaha menyiasat isu Pandora Papers.

Kertas berkenaan telah menamakan sejumlah tokoh korporat dan ahli politik yang didakwa memiliki akaun-akaun luar pesisir, dan sama ada duit yang disimpan di dalam akaun-akaun ini berasal dari sumber yang sah atau dari kegiatan-kegiatan yang melanggar undang-undang.

“Adalah mendukacitakan jika SPRM tiada keupayaan memperoleh maklumat khusus dan perlu bertanyakan Ketua Pembangkang tentang Pandora Papers sungguhpun beliau tidak memiliki sumber-sumber seperti yang dipunyai SPRM dan juga tiada kepakaran siasatan khas berkait isu
ini,” ujar PH.

Kenyataan dibuat bersama PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; AMANAH, Mohamad Sabu; DAP, Lim Guan Eng; Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Madius Tangau.

 


Hasbie Muda dilantik Ketua Pemuda Amanah baharu

 


NAIB Pengerusi Amanah Terengganu, Hasbie Muda dilantik sebagai Ketua Pemuda Amanah yang baharu menggantikan penyandangnya Allahyarham Shazni Munir Mohd Ithnin yang meninggal dunia akibat Covid-19 pada 6 Ogos lalu.

Pemilihan itu dibuat oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemuda AMANAH Nasional yang dipilih oleh perwakilan penghujung 2019.

AJK Biro Pendidikan dan Perubahan Masyarakat Amanah, Syazmir Hariz Noorazalan, berharap kepemimpinan yang baharu itu dapat mengisi kelompongan yang telah lama wujud sejak pemilihan 2019.

“Benar Langkah Sheraton telah melukakan kita semua, namun luka itu tidak perlu dibiarkan menjadi barah sehingga tidak mampu berfungsi lagi.

“Ia harus diubati segera dengan daya kepimpinan yang lebih cergas dan bermaya demi menyayingi kepimpinan pemuda parti-parti lain,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, posisi Amanah dalam Pakatan Harapan (PH) juga akan menjadi indikator kepimpinan Ketua Pemuda Amanah yang baharu.

“Harapannya agar peranan Amanah tidak dikesampingkan dalam PH khususnya Pemuda. Pandangan masyarakat kepada kepimpinan Pemuda Amanah Nasional merupakan asas penting kerana politik itu adalah persepsi.

“Gagal mengurus persepsi akan mengurangkan sokongan masyarakat pada Amanah khususnya Pemuda,” katanya.

Syazmir juga Pemuda Amanah akan bergerak lebih gagah dan bersemangat bagi memastikan Amanah kekal relevan dalam politik Malaysia dan mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan dikembalikan dalam PRU akan datang.

UMNO Hadapi Kesukaran Mencari Calon Lawan PRN Melaka?Lawan sesama umno dan bersatu dalam sebuah kerajaan yang memerintah Malaysia


Datuk Zaharin mengulas mengenai situasi semasa UMNO yang bakal hadapi pertandiangan 3 penjuru pada PRN Melaka yang akan datang



Muhyiddin umum PN bakal bertanding di semua 28 kerusi PRN Melaka

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin memberi gambaran bahawa gabungannya kemungkinan akan bertanding di semua 28 kerusi DUN dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka 20 Nov ini.

Dia mengatakan perkara itu telah dipersetujui secara dasar oleh parti PN yang berpusat di Semenanjung, iaitu Bersatu, PAS, dan Gerakan.

“Pada dasarnya mereka bersetuju rundingkan segera supaya 28 kerusi DUN yang dipertandingkan di Melaka kita bahagaikan mengikut situasi dan keadaan dan diharapkan kita dapat mencapai kejayaan.

“Kemungkinan besar kita bertanding di semua 28 kerusi,” katanya pada sidang media di Pagoh, Johor hari ini.

Muhyiddin mengatakan dia juga menjangkakan Umno menolak kerjasama dengan partinya, dan akan bersedia menghadapi mereka dalam pertarungan dua, tiga, atau empat penjuru.

“Ini bukan masalah bagi kami,” katanya .

Pada 2018, Bersatu bertanding di enam kerusi DUN di Melaka, di mana mereka hanya menang dua – Paya Rumput dan Telok Mas.

Kedua-dua kerusi ini mempunyai jumlah pengundi bukan Melayu yang cukup besar, yang cenderung memilih Pakatan Harapan (PH).

Sementara itu, PAS bertanding di 24 daripada 28 kerusi dan tidak menang satu pun kerusi.

Mereka hanya mendapat lebih daripada 20 peratus undi di dua kerusi – Serkam dan Ayer Molek.

Gerakan hanya bertanding satu kerusi – Pengkalan Batu – yang juga tewas kepada DAP.

Analisis awal menunjukkan bahawa walaupun Bersatu dan PAS digabungkan, PN berdepan cabaran sukar dalam PRN kali ini.


Datuk Zaharin Tanya SPR Apa Jadi Pada PRK Grik Batu Sapi?



Datuk Zaharin memperbetul kenyataan Tan Sri Annuar Musa mengenai bila perlu dilaksanakan PRN Sarawak. Datuk Zaharin juga mengulas disebalik tindakan PH yang membawa isu pembubaran DUN Melaka ke Mahkamah




PRN Melaka | PH akan hilang kredibiliti jika terima 4 ADUN - Ramkarpal


Kata Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh, perkara itu harus dihindari dengan segala cara memandangkan ph mempunyai komitmen undang-undang anti lompat parti berdasarkan memorandum persefahaman (MOU) yang ditandatangani bersama kerajaan baru-baru ini.






DAH ADA YANG PEGANG JAWATAN MENTERI RAMAI, PUN RAYU LAGI DERMA TIN MILO ?

 

PAS rayu derma untuk tabung PRN Melaka. Tapi kenapa? Dalam PAS ada berapa ramai yang dah jawat jawatan menteri, timbalan menteri bahkan mengetuai beberapa agensi. Kenapa tak kutip dari mereka ini?

Kenapa ahli PAS juga yang jadi sasaran?
Atau paling tidak angkatlah tangan berdoa seperti Sarana Nik Abduh ketika rakyat tengah susah dahulu. Kalau tang rakyat, dia suruh berdoa. Tang dia pandai pulak dia bukak tabung eh? Dasar lebai hipokrit.

CUBA TUMPANG UMNO TAPI TAK BERJAYA

 

DIMA AHMEY


Bersatu cuma nak menumpang umno seperti mana mereka menumpang PH dulu.

Satu keputusan amat bijak oleh umno.
Langkah umno ini memberi peluang cerah kepada pas utk mempertahankan kesemua kerusi yg tidak mereka menangi dalam pru 14 lalu.
Takebeer...
May be an image of 2 people, people standing, people sitting and text that says "Metro BERITA my Metro RASA Umno tidak akan bekerjasama dengan Bersatu, noktah! Ahmad Zahid f Amir Mamat am@hmetro.com.my Metro"

SELANGOR MULAI VAKSIN REMAJA 24 OKTOBER

 

TAMBUN MILIK PKR, ANWAR DIJEMPUT BERTANDING PRU 15

 

BANTUAN KEPADA YANG MEMERLUKAN

 


Ahli Parlimen Pasir Gudang dan Adun Johor Jaya menyampaikan bantuan kerusi roda kepada Pusat Dialysis JJ Lions Dialysis Centre, Johor Jaya pada tengahari semalam Jumaat 22 Oktober 2021.

SELEPAS ZAHID HAMIDI BERKERAS UMNO BERTANDING SOLO , KEMANA KLUSTER MENTERI PRO BERSATU PUNYA HALA TUJU.

 

Di sebalik keinginan di pihak Bersatu dan Pas serta sikap beberapa menteri UMNO yang masih berharap parti itu dapat bekerjasama dengan PN dalam menghadapi PRN Melaka, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi nampaknya kekal dan tegas dengan pendirian BN tidak akan bekerjasama dengan sesiapa.

Beliau kekal mempertahankan pendirian UMNO dan BN akan bertanding secara solo sebagaimana pernah ditegaskannya sebelum ini.

Dalam penegasan terbaru, beliau sekali lagi mengulangi pendirian tersebut melalui coretan di media sosialnya.

Berikut adalah ketegasannya itu:-

Saya ulangi penjelasan UMNO menolak kerjasama politik dengan PPBM merupakan keputusan parti.

Ia keputusan akar umbi parti pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 dan juga oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Ia sebuah ketetapan yang telah pun dimuktamadkan sejak kira-kira 7 bulan lalu iaitu pada Mac 2021.

PPBM bukan tidak maklum tentang itu, namun menjelang PRN Melaka mengadu domba konon ia keputusan solo Presiden UMNO.

Mengapa PPBM begitu sukar menerima hakikat bahawa ahli UMNO bertegas menolak PPBM?

Mungkinkah begitu terdesak mahu mempergunakan ahli UMNO sekali lagi seperti mereka lakukan pada PRU-14?

Memperdaya segelintir ahli UMNO menyokong PPBM dengan “kempen” PPBM mahu menyelamatkan UMNO.

Tetapi selepas apa yang rakyat alami dan saksikan selepas 9 Mei 2018, masih lakukah lakonan air mata mereka?

Masih relevankah pujuk rayu ke atas ahli UMNO selepas cuba membubarkan dan menghancurkan UMNO sejurus berkuasa?

Justeru, Presiden UMNO menghormati keputusan parti dan denyut nadi ahli parti iaitu tiada kerjasama politik dengan PPBM.

AHMAD ZAHID HAMIDI

Presiden UMNO

22 Oktober 2021.

Dengan penegasan ini, bahkan bahasa tulisannya juga amat mudah difahami, maka tak usahlah mana-mana pihak terus lagi menaruh harapan untuk melihat kerjasama UMNO dengan PN.

Pendirian UMNO nampaknya sudah tidak boleh diubah lagi, malah keinginan akar umbi di seluruh negara juga adalah begitu.

Mereka bukan saja tidak mahu UMNO bekerjasama dengan Bersatu, malah juga dengan Pas yang merupakan ahli rasmi gabungan PN.

Tidak kurang yang mengungkit sikap Pas yang tiada kesetiaan serta khianat dengan senyap-senyap menyertai PN, meski sewaktu masih bersama Muafakat Nasional atau MN hanya semata-semata kerana ketika itu Mahiaddin Md Yasin adalah Perdana Menteri yang memberi mereka banyak kesenangan dan jawatan dalam kerajaan.

Soal penting yang lain di sini, dengan ketetapan UMNO itu, ke manakah haluan beberapa kluster menteri UMNO dalam kabinet seperti Hishammuddin Hussein, Annuar Musa dan Shahidan Kassim yang beberapa hari kebelakangan ini terus galak mempromosi perlunya UMNO bekerjasama dengan PN dalam menghadapi PRN Melaka?

Adakah mereka nanti akan turun berkempen membantu calon-calon BN?

Ataukah selain membantu calon BN, mereka juga akan berkempen secara senyap-senyap untuk PN?

Atau barangkali kluster menteri akhirnya langsung tidak turun berkempen ke Melaka sebagai tanda protes kepada pendirian UMNO dan ketegasan Zahid Hamidi bertanding solo itu? – ShahbudinHusin 23/10/2021.






Sedar bakal dicabar dalam pemilihan Pas, Khairil Nizam umum tak akan pertahan jawatan Ketua Pemuda Pas

 


Sedar bakal dicabar dalam pemilihan Pas, Khairil Nizam umum tak akan pertahan jawatan Ketua Pemuda Pas


Khairil Nizam Khirudin tidak akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda PAS yang disandangnya bagi sesi 2021-2023.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Pemuda PAS Mohd Nadzim Ahmad Azmi melalui kenyataan media malam ini.

Jelasnya, keputusan itu dimaklumkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda PAS (DPPM) semalam.

“Kami menghormati keputusan beliau dan menyerahkan urusan peralihan kepimpinan DPPM kepada Muktamar DPPM yang akan berlangsung akhir bulan ini,” katanya, lapor Malaysiakini.

Untuk rekod, Khairil Nizam juga merupakan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN).

Muktamar PAS yang akan berlangsung di Kuala Terengganu pada November nanti bakal menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan parti itu bagi penggal 2021 hingga 2023.

KENAPA AGC TAK BANTAH PERMOHONAN NAJIB

 

malaysiakini.com
C4: Kenapa AGC tak bantah permohonan Najib dapatkan pasport?
NGO itu juga mempersoalkan bagaimana kerajaan akan memastikan Najib tidak akan melarikan diri.

C4: Kenapa AGC tak bantah permohonan Najib dapatkan pasport?


Aku tak risau sangat Najib larikan diri. Iyalah… selain Kolonel KFC, tak ramai yang berwajah mirip Najib. Apatah lagi Rosmah. 1 dalam sebilion umat.
Mereka pergi ke mana pun orang akan cam. Melainkan kalau Rosmah buat pembedahan muka jadi macam Macy Gray. Kalau tak memang tak boleh lari ke mana pun mereka berdua ni.
Tapi aku tak setuju Najib dan Rosmah mudah ke oversea mengenangkan bagaimana Najib halang pelajar yang berhutang PTPTN untuk keluar negara.
Sedangkan hutang PTPTN terlalu kecil kalau nak dibandingkan dengan nilai yang membuatkan mereka didakwa. Nampak sangat tidak adil di sini.
Biarlah Najib rasakan apa yang dia pernah buat terhadap pelajar yang berhutang untuk belajar dulu. Alah… setakat tengok anak nak beranak, apalah sangat.


GADOH SAMA SENDIRI- TIBA TIBA PH PULAK YANG DIKATAKAN NAK PECAH BELAH...APA PUNYA BENGGONG-HANGPA KALAH LAH.....

 


PH guna ramuan pecah belahkan kelompok teras untuk berkuasa semula – Annuar

By

 Haslina AR Kamaludin

 -

 22 October 2021

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) dilihat menggunakan agenda yang bersifat memecah belahkan solidariti kelompok teras, iaitu Melayu, Islam dan Bumiputera untuk berkuasa semula.

Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, ia ramuan tepat dan merupakan percubaan memperkasa semula Pakatan Harapan (PH).

“PH amat berharap dan menanti-nantikan saat UMNO tidak lagi berada di dalam saf penyatuan ummah.

“Setakat ini muafakat Melayu bersama rakan-rakan lain yang sederhana dan setiakawan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) telah berkali-kali menggagalkan perancangan ‘cikgu dan maulana PH’,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengulangi pendirian parti yang dicapai menerusi Perhimpunan Agung UMNO pada Mac lalu, tidak akan bekerjasama dengan parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai kerjasama untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan diadakan pada 20 November depan.

Jelasnya, keputusan itu muktamad.

“Untuk Bersatu kita telah buat keputusan tidak akan pernah bekerjasama dengan mereka. Noktah!,” katanya.

Pada 4 Oktober lalu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Keempat-empat mereka telah memberikan sokongan kepada PH dengan menyatakan Sulaiman hanya menjadi boneka kepada beberapa individu lain di Melaka.

Mereka adalah ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron, Datuk Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu), Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) dan Datuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundor).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 November depan sebagai hari pengundian bagi PRN Melaka dan hari penamaan calon pada 8 November. 

 

RASA BOLEH KENA BALING DENGAN BOTOL PULAK KALI NI..KALAU DULU DENGAN BOTOL PLASTIK..KALI INI DENGAN BOTOL KACA LA PULAK....

 


Tian Chua nafi usahakan kepulangan Azmin ke PKR


Tian Chua berkata, kepulangan Azmin Ali ke parti, bersama Ahli Parlimen PKR yang lain, dapat membantu Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

PETALING JAYA: Naib Presiden PKR Tian Chua mempertahankan seruannya agar Pakatan Harapan (PH) bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang boleh membantunya memenangi pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

Beliau menafikan membuat kenyataan itu untuk membuka ruang bagi Azmin Ali kembali menyertai PKR dan menegaskan beliau tidak ada sebarang kuasa untuk menentukan perkara itu.

“Ada yang berkata, dengan menggesa PH bekerjasama dengan sesiapa sahaja supaya kita dapat menang di Melaka, saya sebenarnya sedang cuba nasib untuk lihat sama ada Azmin dan yang lain yang telah meninggalkan parti akan diterima semula dalam PKR.

“Cakap-cakap seperti itu tidak berasas dan merepek,” kata bekas Ahli Parlimen Batu itu kepada FMT.

Bagaimanapun, tambahnya, Presiden parti itu, Anwar Ibrahim akan mempunyai majoriti untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya Azmin dan 20 Ahli Parlimen lain kembali ke PKR.

“Jika ini berlaku, terserah kepada Anwar untuk menerimanya. Ini bukan keputusan saya.”

Ia juga terpulang kepada Anwar untuk memutuskan sama ada PKR patut bekerjasama dengan Muhyiddin Yassin dari Bersatu dan pasukannya, katanya.

“Saya cuma kata, kita mesti cari kerjasama yang akan bawa kemenangan.

“Kita mesti ingat, pilihan raya umum (PRU) akan datang boleh jadi kucar-kacir. Ada pihak ketiga – Warisan, Muda dan pelbagai NGO – yang akan tampil bertanding,” katanya.
.
“Adakah kita akan tolak mereka yang mahu bekerjasama dengan kita?”

Awal minggu ini, Loke Siew Fook dari DAP mengkritik Tian Chua atas cadangannya supaya PH bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang mampu membantu gabungan itu memenangi PRN.

“PH mesti tolak pengkhianat,” kata Loke di Facebook.

Tian Chua berkata, PKR mungkin sudah hilang sinarnya dan memerlukan sokongan untuk memenangi PRN pada 20 Nov, termasuk daripada empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka yang menarik sokongan mereka kepada Ketua Menteri Sulaiman Md Ali.

“Bagi PRN Melaka, matlamat kami adalah mengalahkan Umno,” tambahnya.

Beliau menghormati pendirian DAP menolak kemasukan individu tertentu ke dalam PH, katanya, sambil menjelaskan, beliau bukan bercakap mengenai menerima atau menolak sesiapa.

“Pendiriannya adalah kita wujudkan pakatan untuk menang. Itu adalah prinsip umum.”

Empat ADUN Melaka yang dimaksudkan adalah Idris Haron, Nor Azman Hassan, Noor Effendi Ahmad dan Norhizam Hassan Baktee.

Idris dan Nor Azman sebelum ini menganggotai Umno dan Noor Effendi adalah bekas ahli Bersatu. Norhizam memenangi kerusinya atas tiket DAP pada 2018 tetapi kemudian mengisytiharkan dirinya sebagai wakil bebas yang menyokong Umno.

Dalam kenyataan berikutan mesyuarat Majlis Presiden PH pada Khamis, diumumkan bahawa Norhizam tidak akan dinamakan sebagai calon.

Mengenai tiga lagi ADUN terbabit, Majlis Presiden berkata, ia menerima pandangan semua pihak mengenai perkara ini. Namun, Anwar juga dipetik berkata, PKR akan menunggu untuk lihat sama ada mereka akan memohon untuk menyertai parti itu.