Najib, anak dapat tangguh bayar cukai RM1.7 bilion

 Berita : Diterbitkan:  Oct 21, 2021 5:43 PM



👉Najib, anak dapat tangguh bayar cukai RM1.7 bilion


👉Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Azizah Nawawi membenarkan penangguhan itu setelah mendengar hujah peguam Muhammad Shafee Abdullah.


1. 👉Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak dan anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin untuk penangguhan sementara pelaksanaan penghakiman terus yang diperoleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) agar mereka membayar tunggakan cukai pendapatan lebih RM1.7 bilion sehingga memperoleh kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan.


2.👉Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Azizah Nawawi membenarkan penangguhan itu setelah mendengar hujah peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili bekas perdana menteri itu dan Mohd Nazifuddin serta Ketua Peguam Cara Hasil Dr Hazlina Hussain.


3.👉Dua hakim lain ialah Datuk M.Gunalan dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali.


4. 👉"Ini adalah keputusan sebulat suara. Kami mendapati ada keadaan khas yang membolehkan kami menggunakan budi bicara untuk membenarkan penangguhan sementara pelaksanaan penghakiman terus dalam kedua-dua permohonan sehingga pendengaran permohonan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan,” Azizah.


5. 👉Sebelum itu, dalam hujahnya peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata terdapat keadaan khas untuk penangguhan diberikan.


6.👉Beliau berkata akan terdapat beberapa kesan seperti Najib kehilangan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen dan tidak akan lagi dapat bertanding dalam pilihan raya jika diisytiharkan muflis.


7. 👉"Pelaksanaan sekarang terjadi kerana mereka (LHDN) berusaha sepantas kilat untuk membuat anak guam saya muflis. Penguatkuasaan (penghakiman terus) perlu ditangguhkan untuk membolehkan anak guam saya membuat permohonan kebenaran (untuk merayu) dan juga rayuan itu sendiri,” katanya.


8.👉Beliau juga berhujah terdapat niat jahat pihak kerajaan untuk mengisytiharkan Najib muflis kerana jelas adanya kesalahan dalam penilaian tambahan.


9. 👉LHDN, katanya, berniat jahat antaranya telah mengira sebagai pendapatan sumbangan yang diterima anak guamnya daripada Almarhum Raja Abdullah dari Arab Saudi, yang telah dikembalikan, pindahan antara bank dalam akaun bank Najib dan membatalkan cek.


10.👉"Ini mala fide (niat jahat) untuk menyatakan anak guam saya muflis walaupun terdapat kekurangan dalam penilaian," katanya.


11.👉Sementara itu, Hazlina berhujah tuduhan bahawa LHDN bertindak dengan niat jahat dalam tindakan itu adalah tidak berasas.


12.👉Najib seharusnya tampil dan membuat pembayaran ansuran, kerana ini adalah tindakan biasa yang diambil oleh mana-mana pemiutang penghakiman, tambahnya.


13. 👉Pada 9 Sept lepas, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan LHDN untuk mendapatkan penghakiman terus bagi menuntut tunggakan cukai sebanyak RM1.69 bilion daripada Najib dan RM37.6 juta daripada Mohd Nazifuddin.


14. 👉Pada hari yang sama, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil membenarkan permohonan penangguhan sementara Najib dan Mohd Nazifuddin dengan syarat mereka memfailkan notis usul dan permohonan penangguhan selewat-lewatnya minggu ini.


15. 👉Penghakiman terus ialah apabila mahkamah memutuskan sesuatu kes secara terus tanpa memanggil saksi untuk memberi keterangan dalam perbicaraan.


16.👉Mereka mengemukakan rayuan terhadap kedua-dua keputusan yang dibuat di Mahkamah Tinggi berasingan.


17. 👉Pada 22 Julai tahun lepas, Hakim Datuk Ahmad Bache membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus terhadap Najib dalam samannya bagi menuntut tunggakan cukai sebanyak RM1.69 bilion bagi tempoh antara 2011 dan 2017.


18.👉Pada 6 Julai tahun lepas, Hakim Ahmad Zaidi Ibrahim memerintahkan Mohd Nazifuddin membayar RM37.6 juta selepas membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus terhadapnya bagi menuntut tunggakan cukai bagi tempoh antara 2011 dan 2017.


19. 👉Pada 4 Feb lepas, LHDN mengeluarkan notis kebankrapan terhadap Najib susulan kegagalan beliau membayar tunggakan itu kerana penghakiman terus tersebut tidak ditangguhkan manakala Mohd Nazifuddin turut mendapat notis serupa pada 30 April lepas, juga kerana gagal melunaskan tunggakan sebagaimana yang diarah oleh Mahkamah Tinggi.


20.👉Najib dan Mohd Nazifuddin kemudian memfailkan notis usul secara berasingan pada 14 Sept lepas bagi memohon kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan mereka.


21. 👉Mereka memohon Mahkamah Persekutuan memutuskan sembilan isu perundangan.


- Bernama


DUN Sarawak mungkin bubar beberapa hari lagi, kata Naib Presiden PBB


Kenyataan Naib Presiden PBB, Abdul Karim Rahman Hamzah, hadir beberapa jam selepas Ketua Menteri Abang Johari Openg merangkap Presiden PBB menafikan perkara itu.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memberi bayangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan dalam beberapa hari lagi, biarpun Ketua Menteri Abang Johari Openg menjelaskan tiada pembubaran buat masa ini.

Kenyataan Naib Presiden PBB, Abdul Karim Rahman Hamzah, hadir beberapa jam selepas Abang Johari merangkap Presiden PBB menafikan perkara itu dalam satu majlis di Simanggang, Sri Aman, pagi tadi.

Menurut Karim, beliau tidak menolak kemungkinan DUN Sarawak akan dibubarkan dalam beberapa hari lagi.

Katanya, pembubaran itu perlu dilakukan bagi pilihan raya negeri ke-12 (PRN12) Sarawak diadakan, selepas DUN yang sepatutnya dibubarkan 7 Jun lalu ditunda susulan lanjutan proklamasi darurat di negeri itu hingga 2 Feb 2022.

“Mungkin dalam sehari dua ini kita akan mendengar berita berkenaan pembubaran DUN dan sebagainya.

“Saya sendiri juga sedang menunggu kerana kita perlu memberi semula mandat kepada rakyat untuk menentukan kerajaan akan datang,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Desas-desus bertiup kencang mengenai PRN12 Sarawak, dengan beberapa portal berita melaporkan Ketua Menteri, yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Abang Johari dijangka membubarkan DUN esok.

Bagaimanapun, Pejabat Ketua Menteri menafikan perkara itu menerusi satu kenyataan hari ini dan menyatakan tidak ada pengumuman seumpama itu yang dijadualkan buat masa sekarang atau esok.

Sementara itu, mengenai Undi18, Karim yang juga Menteri Belia dan Sukan Sarawak menyifatkan dakwaan pihak pembangkang bahawa kerajaan takut dengan Undi18 adalah tidak masuk akal.

Beliau menegaskan, tidak ada sebab untuk takut dengan Undi18, sebaliknya ia dialu-alukan kerana itu hak rakyat untuk mengundi.

“Bukannya semua Undi18 akan memihak kepada mereka atau kami, jika bukan pilihan raya umum (PRU) kali ini, kita tetap akan bertemu lagi pada PRU akan datang,” katanya.

Perang ghanimah dalam Pas (Bhg Pertama)

 


SEMASA muktamar Pas ke-61 yang berlangsung di Kuala Selangor tahun 2015 golongan agamawan juga dikenali golongan ustaz dalam Pas beraya sakan apabila mereka dapat menyingkirkan puak profesional - liberal (Prolib) dalam parti itu. Semua golongan Prolib dalam parti itu yang memegang jawatan dalam parti, termasuk timbalan presiden dan naib tresiden kecundang.  

Yang lekat atau kekal seorang sahaja, Mazlan Aliman. Beliau masih dipilih sebagai ahli jawatan kuasa kerja Pas pusat. Macam mana Mazlan dapat berada dalam rangkaian ulama, mungkin kerana kejayaan dan kehebatannya dalam mendekati dan merombak pemikiran masyarakat Felda daripada terus berkarat dengan UBN mengubah haluan menyokong pembangkang, PH. Jasa dan usaha Mazlan untuk itu dikenang para muktamirin. 

Mazlan adalah presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), yang mendekti dan memesrai masyarakat Felda. Mazlan jadi gundal dalam Pas. 

Ini nyata, kerana apabila Mazlan sudah tiada dan aktif dalam Pas, ANAK terus jadi terbantut dan tidak membangun. ANAK seperti sudah kecacingan. Seharusnya Pas perlu growth seseorang untuk mengambil alih tempat Mazlan bagi mendekati masyarakat Felda memastikan masyarakat itu terus bersama pembangkang. Perlu diketahui kawasan Felda menguasai sebanyak lebih 52 kerusi parlimen. Dalam Piraum ke-14, 20 kerusi dalam kawasan Felda sudah merubah selesa dengan memilih pembangkang (PH).

Kekalahan membaca naas.


Husam Musa

Seperti umum ketahui dan sudah dirakam sejarah, kekalahan semua pimpinan Prolib itu membawa naas kepada Pas. Parti itu berpecah dengan tertubuhnya Parti Amanah Negara (Amanah). Mereka yang kalah berpakat menubuhkan parti itu di rumah Jaafar Kamaruddin, kecuali Husam Musa yang kalah untuk kerusi naib Presiden Pas tidak bersekongkol. Beliau menyertai Amanah selepas enam bulan parti itu ditubuhkan dan selepas beliau dipecat tanpa bicara oleh Pas. 

Merugikan kerana kalau Pas tidak berpecah dan wujudnya Amanah, mungkin dalam Piraum ke-14 itu dan (jika Pas masih bersama PH), parti agama itu boleh menggandong sampai lebih 30 kerusi parlimen berbanding 18 yang diraihnya. 

Ketika saat kemenangan menyingkirkan golongan Prolib itu, golongan ustaz bukan main seronok dan gembira kerana mereka telah menguasai Pas sepenuhnya. Mereka tidak bimbang lagi dengan gerakan dan aliran sekular daripada Prolib yang hendak membawa Pas melangkah keluar dari kepompong fahaman konservetif bagi mengelakkan Pas tepu dengan cara lama. Dengan tiadanya golongan Prolib usaha untuk meliberalisasikan Pas mengikut politik kontemporari, sesuai dengan perkembangan semasa dan membuang method lama tidak berlaku lagi.

Golongan agama atau ustaz yang naif mengenai ilmu pentadbiran, kewangan dan diplomatik ini mahu Pas kekal dengan pendekatan yang konservetif yang digunapakai sejak mereka mengalahkan golongan Islam modern (nasionalis), yang menguasai Pas ketika itu, yang dibawah pimpinan Allahyarham Mohd Asri Muda. Kepimpinan Asri dijatuhkan dengan cara diluar tertib Pas sebagai parti agama, dalam suatu peristiwa "marakbar" (pergi mampos) Asri.

Kebimbangan golongan ulama ini kepada Mohd Asri ialah kerana Asri akan menuteralisasikan Pas menjadikan sebagai parti kebangsaan (nasionalis) yang bukan total agama. Kebimbangan itu dilihat kepada usaha Asri sebelum ini yang telah membawa Pas bekerjasama dengan Umno menerusi Barisan Nasional (BN). 

Antara perkara yang tidak disenangi oleh golongan agama itu menyebabkan mereka kemudian membentuk kepimpinan ulama, kononnya Asri tidak berjiwa Islam tulen. Salah satunya Asri tidak mencanangkan untuk melaksanakan hukum Hudud. Revolusi Iran yang memuncak pada tahun 80-an telah mempengaruhi Pas. Ada sebilangan orang (pemuda) mahu Pas bergerak seperti revolusi itu, sedangkan mereka lihat Asri tidak bersetuju kerana memahami revolusi itu ditunjangi semangat Syiah.

Bagi Asri cara politik Arab (Iran), assobiyah dan fahaman sempit agama (fanatik) tidak sesuai untuk dipraktikan dalam negara majmuk dan bebas beragam seperti Malaysia. Baginya pendekatan berhikmah dan bertoleransi lebih wajar dipraktikan. Sikap dan teropong politik Asri itu menerjah jauh dan baru difahami oleh golongan fanatik agama (golongan kemelak) itu setelah lebih 40 tahun kemudian sesudah mereka memaki hamun Asri.  

Kerana perhitungan itulah maka kepimpinan Asri harus ditumbangkan. Kejatuhkan kepimpinan Asri itu diganti dengan kepimpinan ulama yang bunyinya lebih Islami dan indah berbanding kepimpinan Asri yang lebih berbau nasionalis Islami. Ironi, kejatuhan kepimpinan Asri turut disumbang sama oleh anggota Dewan Pemuda Pas, yang mana salah seorang yang menjadi juara menentang Asri ialah Mohamad bin Sabu yang kini menerima nasib sama dengan Asri di marakabar bila ditendang keluar daripada Pas.

Kemenangan dan penguasaan yang tidak jamin ketenangan.

Selepas wujud dan mengakar umbinya kepimpinan ulam dalam Pas, ia tidak menjamin parti agama itu tenang dan terlepas daripada mengalami perselisihan dan perbalahan. 33 tahun selepas itu berlaku pertembungan fahaman dipandu Asri dengan golongan agama, ia sekali lagi berlaku pergolakan dalam Pas kerana pertempuran faham dan juga citarasa untuk membawa Pas. 

Pertembungan kedua berlaku antara golongan Prolib yang disokong oleh Allahyarham Tokguruku Nik Abdul Aziz dengan golongan warisan ulama yang membentuk kepimpinan ulama. 

Golongan Prolib yang sebelum ini bergantung hayat dengan golongan ulama untuk mengembangkan pengaruh dan kekuatan siasah Pas mula membuat perubahan dalam Pas selepas mereka melihat, kaedah atau method kepimpinan ulama tidak mampu membawa Pas pergi jauh melainkan hanya dapat mempengaruhi golongan Melayu kampung semata-mata. 

Kepimpinan ulama masih dalam perkup lama membawa retorik Islam yang konservetif penuh idealis. Sebaliknya mereka (Prolib) bergerak ke arah realis terutamanya dalam soal pentadbiran, pengurusan parti serta hubungan antara kumpulan. Perubahan demi perubahan yang dibawa oleh golongan ini yang menumpang diserambi kepimpinan ulama, menjadikan Pas semakin dikenali dan disegani. Tetapi pergerakan mereka terhad dan dipantau. Sementara dalam masa sama kepimpinan ulama terus mengampuhkan kepimpinan mereka dengan menanamkan doktrin menjadi Pas parti dogmatik. 

Pembentukan Majlis Syura Ulama (MSU) yang menjadi simbol kepimpinan ulama, yang merupakan satu lagi badan eksekutif dalam Pas yang mengatasi Jawatankuasa kerja Pas, mula menjadikan kepimpinan ulama diterasi oleh golongan agamawan sepenuhnya. Keputusan-keputusan penting termasuk soal dasar, polisi dan strategi politik dan juga menentukan calon dipantau dan diputuskan oleh majlis ini bersifat eksklusif. 

MSU inilah yang menyebabkan golongan Prolib tidak selesa dan bebas dalam Pas. Kritikan dan protes terhadap kesongsangan "perlembagaan" Pas ini mula kedengaran. Salah satu yang jelas adalah apabila keluarnya buku oleh Dr Mujahid Yusof Rawa seorang pemimpin muda dan bakal menjadi pelapis Pas, berjudul "Menuju Pas Baru"  yang mempertikakan pertindihan kuasa ekeskutif itu.


Dr Mujahid Yusof

Ringkas cerita, pertembungan Prolib dengan kepimpiann ulama pasca kepimpinan Asri sampai kekemuncaknya apabila mereka dibuang secara setandang dalam muktamar Pas ke-61 tahun 2015. Bermula dari sini, sekali lagi geng ulama atau ustaz merasakan mereka menguasai Pas sepenuhnya dan hidup penuh dengan "bergedik".

Panas tidak sampai ke petang, disangka hujan rupanya gerimis. Sesuautu kejayaan itu tidak akan kekal abadi. Penguasaan ke atas Pas itu tidak menjamin tidak akan berlaku pertempuran selepas itu. Perbezaan pendapat sehingga menyebabkan terjadinya perbalahan atau perang tetap juga berlaku. 

Barang kali inilah sebahagian daripada dinamika politik dan sunatullah dalam perjuangan. Sesudah enam tahun golongan Prolib tidak ada dalam Pas, kini parti itu bergolak sekali lagi. Isunya atas perkara sama; kerana perbezaan aliran dan fahaman politik. Kalau dahulu mengenai uslub dan pendekatan Pas, tetapi kali ini perbalahan berlaku kerana merebut ghanimah. Kemenangan dan kesempatan Pas menjadi suku daripada kerajaan telah mengubah citarasa dan meleburkan ikrar dan syahadat sebelum ini. 

Perbalahan ini juga menjelaskan bahawa tidak ada jaminan dari kalangan orang-orang suci dan ahli syurga tidak bergaduh dan berkekah belah. 

Benda yang sama berulang dalam Pas.  Pergolakan itu sedang berlaku dan sedang terjadi. Saya istilahkan ia sebagai Perang Ghanimah. Bersambung. [wm.kl.8:52 am 18/10/2021]

 

Terkini !!! Norhizam tidak diterima sebagai calon PH di Melaka

 

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) memutuskan untuk tidak meletakkan Datuk Norhizam Hassan Baktee sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Berkait empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali, Majlis Presiden PH turut menegaskan bahawa isu pencalonan mereka dalam PRN tidak berbangkit di dalam mesyuarat hari ini.

“Dalam isu empat bekas ADUN, Pakatan Harapan telah menerima pandangan semua pihak yang tegas tentang perkara ini.

“Perlu ditekankan kepentingan rakyat adalah lebih penting daripada mana-mana individu.

“Oleh kerana mereka bukan ahli mana-mana parti komponen Pakatan Harapan, maka soal pencalonan mereka dalam PRN tidak berbangkit di dalam mesyuarat hari ini,” menurut kenyataan itu.

Pada masa sama, Majlis Presiden Pakatan Harapan turut memutuskan menghantar wakil untuk bertemu serta berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya berhubung prosedur operasi standard (SOP) bagi PRN Melaka.

“Ini bagi menyampaikan pandangan Pakatan Harapan serta memastikan prinsip demokrasi dijunjung, hak parti-parti politik bertemu pengundi tidak terjejas, dan perjalanan pilihan raya adalah adil kepada semua pihak terutama pada ketika Melaka berada di dalam Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara,” menurut Majlis Presiden PH.

Dalam mesyuarat hari ini, Majlis Presiden PH turut bersetuju melantik Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari bagi mengetuai jentera pilihan raya Pakatan Harapan Melaka bagi menghadapi PRN Melaka.

Ketua Bahagian Bersatu umum keluar parti, anggap parti itu sudah mati sejak ‘Langkah Sheraton’


GPS

Ketua Bahagian Bersatu Arau, Ameir Hassan mengesahkan meletakkan semua jawatan yang disandang dalam parti itu termasuk sebagai Timbalan Ketua Badan Perhubungan Perlis dan keluar daripada Bersatu berkuat kuasa 15 Okt.

Ketika dihubungi seperti dilapor FMT, beliau berkata, surat peletakan jawatan sudah diserahkan kepada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menerusi Setiausaha Agung Hamzah Zainudin awal pagi tadi.

“Ya, saya sudah serah (surat peletakan jawatan) kepada Presiden melalui Setiausaha Agung awal pagi tadi. Dengan ini, saya juga ingin memaklumkan bahawa saya juga bukan lagi ahli Bersatu,” katanya.

Ameir berkata, beliau melepaskan jawatan itu kerana melihat perjuangan asal Bersatu yang diasaskan pada 2016 sudah hilang identiti dan lari daripada matlamat asal.

“Perjuangan asal Bersatu sudah hilang kerana kerakusan kuasa dan jawatan ketika dipimpin Muhyiddin,” katanya.

Dalam satu surat rasmi menggunakan logo Bersatu Bahagian Arau bertarikh 15 Okt, beliau dengan nombor ahli 089 meletak jawatan berkenaan serta-merta.

“Saya membuat keputusan ini kerana parti Bersatu yang saya asaskan di Perlis sejak September 2016, yang dibina dengan segala kudrat dan pengorbanan sudah hilang identitinya dan telah terbabas jauh daripada perjuangan asal.

“Parti ini sudah menjadi alat perakus kuasa tanpa menghiraukan kedaulatan rakyat yang membawa Bersatu ke ambang kejayaan,” menurut kandungan surat itu.

Beliau berkata, Bersatu sudah mati apabila berlakunya “Langkah Sheraton”

“Perjuangan untuk masa hadapan rakyat sudah tidak lagi wujud. Maruah dan integriti sudah menjadi laungan kosong.

“Suatu ‘fraud’ ke atas rakyat yang telah memberi kepercayaan dan menaruh harapan yang begitu tinggi kepada Bersatu,” katanya dalam surat itu.

TUKAQ NAMA BOLEH TUKAQ HUKUM KA ?

 MOHD LATIF


Kalau tukaq nama, hukum dia pun tukaq jugak ka?

Macam brendi.
Klu tukaq ke bendi, bleh buat ulam.


May be an image of 1 person, sitting and text that says "BUK Metro Syarikat pengeluar arak diminta tukar jenama Timah BY SURAYA ROSLAN 19 OCTOBER 2021 AT 13:39"

MACAI PERCAYA DAP KAKI FITNAH....

 

UDALAN MATAK


May be a meme of 3 people and text that says "KELUARGA MALAYSIA TM Ada 47 pertuduhan kes korupsi di mahkamah Dapat passport pergi Germany Ada 19 pertuduhan kes korupsi di mahkamah Dapat passport pergi Singapore Sabit kesalahan pertuduhan jenayah korupsi Dapat passport pergi Singapore"


Selalu macai bodoh nya kata...ini semua fitnah.

....bila kita tanya,kenapa fitnah..? sebab tiga makluk halus ini tidak pernah di tangkap.begitu lah jawapan macai bodoh nya..😃
Dulu zaman PH,mereka kata fitnah.hari ini kerajaan DAP.ini semua salah DAP.sebab DAP kaki fitnah..😅
DAP...DAP...DAP...kau ni memang betul² kaki fitnah...😂😂


PRN MELAKA: JANGAN KERJASAMA DENGAN PARA PENGKHIANAT


WILLIAM AKUI PELABURAN DI AKAUM PESISIR HANYA AS$50K, BUKAN BERBILION

 

PANDORA PAPERS BOLEH BAHAS DI PARLIMEN JIKA PM SETUJU


HANGPA KENAI DAK ? BARU REHAT LEPAIH BELAT AYAQ PEE PENANG SANA....


SAM LIM



Demi meneruskan kehidupan ðŸ˜¢
Kadang-kadang kita rasa hidup kita susah,pada hakikatnya....

Takleh nak taip dah,nak lap airmata jap.. ðŸ˜¢



 May be an image of 1 person and text

DAH BANYAK KALI AKU CAKAP- JANGAN KAWAN DENGAN YAHUDI..NANTI TERMAKAN BARANGAN MEREKA. MC D,KFC, BUDU DAN CENCALOK- YAHUDI TU KAN MUSUH ISLE- MALAM JEMAHAT SAJA BOLEH BUNUH YAHUDI-KAH..KAH...KAH,,,TANYA LEBAI TAK CAYA.........

 


Kenapa Malaysia terus sertai Expo Dubai bersama Israel?

Oleh RAJA BAHRIN SHAH / October 21, 2021

Kenyataan Dato Seri Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Malaysia menyatakan Malaysia tidak akan menormalkan hubungan dengan Israel seolah olah sekadar kenyataan bagai melepas batuk di tangga.

Malahan kami menganggap kenyataan kosong tersebut berbau penuh hipokrasi.

Polisi kerajaan dinilai atas apa yang dipraktikkan, bukan atas kenyataan rasmi untuk menutup perbuatan yang sebaliknya.

Kenyataan tersebut sekadar untuk menafikan secara rasmi kenyataan Menteri Kerjasama Serantau Israel, Issawi Frej yang menyatakan Malaysia, Qatar, Oman dan Tunisia akan menyertai perjanjian Abraham dengan Israel untuk menormalkan hubungan dengan Israel.

Tindakan kerajaan berkaitan dengan Israel kebelakangan ini amat mengecewakan dan mengkhianati perjuangan Palestin.

Kerajaan Malaysia pernah membenarkan pegawai pegawai kanan Israel hadir menyertai Konvensyen di Kuala Lumpur. Kerajaan juga telah membeli alat perisikan-intipan dari Israel serta pernah menerima warga Israel menjadi penasihat strategi.

Terbaru, Malaysia tanpa rasa bersalah turut menyertai Expo Dubai 2020 yang yang sedang berlangsung kini yang turut disertai Israel walaupun Palestin telah menarik diri dan membantah penyertaan Israel.

Malaysia juga telah membenarkan pesawat intipan canggih Israel melalui ruang udara Malaysia baru baru ini.
Sebagai promosi besar besaran Expo Dubai bersama penyertaan Israel papan “billboard” gergasi telah didirikan di Terengganu Darul Iman oleh Ahli Parlimen Pas untuk mengalakkan rakyat Malaysia menyertainya.

Bukankah ini semua kearah menuju menormalisasikan hubungan dan berjinak jinak dengan Israel dan bukankah ini bukti-bukti yang nyata hipokrasi Kerajaan?

Cakap tidak sama bikin!

Malaysia kini dilihat lebih mengutamakan keuntungan perniagaan duniawi dan wang ringgit tidak ubah seperti negara Arab dan Afrika lain antaranya UAE, Abu Dhabi, Bahrain, Sudan dan Maghribi.

Arab Saudi dan Mesir juga telah mula menjalinkan hubungan dengan Israel di peringkat atasan.

Ini semua berlaku semasa rakyat Palestin dihalau dari rumah dan tanah mereka di Sheikh Jarrah dan kawasan Baitul Maqdis serta mereka yang bersembahyang di Masjidil Al Aqsa di tembak dan dibom. Gaza juga baru baru ini diserang dan dibom oleh Israel.

Suara kerajaan Melayu Islam Malaysia yang disertai parti Islam Pas makin tidak kedengaran serta banyak membisu dan semangat pembelaan Palestin makin pudar sementara rakyat biasa Malaysia mengkibarkan ribuan bendera Palestin di rumah dan pokok pokok di Kampung dan bandar.

Cukuplah sikap hipokrit dan penipuan berterusan keatas rakyat Malaysia semasa kerajaan berjinak dan menjalinkan makin banyak kerjasama dengan Israel secara senyap-senyap di sebalik tabir.

Kesemua tindak tanduk dan tindakan menunjukkan Malaysia ke arah menormalkan dan menjalin hubungan dengan Israel.

Kenapa terus menyertai Expo Dubai pada bulan Oktober 2021 ini bersama Israel walaupun rakyat telah lama membantah?

Buktikan dengan amal dan perbuatan dan bukan hanya membuat kenyataan kosong penuh hipokrasi.

 


MUSIM 007 SEKARANG NI...UMNO KATA ADA SPY KACAU UMNO NI MESTI BANYAK MAKAN CENCALOK NGAN PETAI- TAKOT KE GERAK SOLO...

 potholes KL Kuala Lumpur


Shahidan jadi ejen propaganda Bersatu dalam UMNO – Syed Atif

Datuk Seri Shahidan Kassim.


KUALA LUMPUR – Keputusan UMNO Bahagian Arau yang mencadangkan agar UMNO dan Barisan Nasional (BN) Melaka bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dibuat atas kapasiti peribadi ketuanya, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Perkara itu disahkan sendiri Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Arau, Syed Atif Syed Abu Bakar sambil membidas sikap bosnya itu yang didakwa lebih menyebelahi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

 “Nak buat kenyataan apa pun, kena tengok ‘bin’ dulu… Arau bin Perlis… bukan ‘bin’ Melaka.. Jauh sangat melangkau nak masuk campur hal orang.

“Sebagai AJK (Ahli Jawatankuasa ) UMNO Bahagian Arau, saya mengesahkan bahawa tiada perbincangan dalam perkara ini. Cadangan ini hanya bersifat individu dan tidak sama sekali melibatkan UMNO Bahagian Arau… Tak habis-habis nak jadi ejen propaganda Bersatu dalam UMNO,” katanya menerusi akaun Facebooknya hari ini.

Terdahulu Shahidan melalui laman Facebook rasminya mendakwa UMNO Bahagian Arau mencadangkan agar UMNO dan BN Melaka bekerjasama dengan Bersatu dan Pas dalam PRN Melaka pada 20 November ini.

 



FB_IMG_1634712709779


Menurut Shahidan, kemenangan akan dicapai dengan cemerlang melalui kerjasama dan perpaduan wajib bagi UMNO Melaka.

“Pendekatan secara solo adalah tidak wajar..itu sahaja,” katanya yang juga Menteri Wilayah Persekutuan.

Dalam pada itu, Syed Atif juga menasihatkan Shahidan supaya percaturan politik perlu diserahkan ibu pejabat UMNO Malaysia atau Badan Perhubungan UMNO Negeri.

“Datuk Seri (Shahidan) boleh Whatsapp Pengerusi Perhubungan untuk berikan pandangan dan cadangan secara dalaman. Jika semua ketua bahagian nak campur tangan hal tempat lain dengan sesuka hati, ianya akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ahli dan pimpinan,” katanya.

Menurutnya, sekiranya tindakan itu terus dilakukan secara terbuka, ia hanya akan menimbulkan polemik hingga menyebabkan ada pihak akan menuntut penjelasan.

“Lebih panjang penjelasan, lebih banyaklah perbahasan; dan akhirnya, strategi parti untuk berhadapan dengan PRN Melaka akan terdedah,” katanya lagi.