KENYATAAN MEDIA ANWAR IBRAHIM-MENOLAK ELAUNS SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG BERTARAF MENTERI

 Kenyataan Media

16 Oktober 2021


Saya ucap terima kasih atas kesediaan serta pengiktirafan dari YAB Perdana Menteri Ismail Sabri Yakob dan kerajaan kerana bersetuju menambahbaik taraf Parlimen dan fungsi Ketua Pembangkang seperti yang selayaknya dalam mana-mana negara demokratik di dunia. 


Perdana Menteri juga bersetuju memberi kemudahan untuk sebuah pejabat bagi Ketua Pembangkang dan beberapa kemudahan lain. Ini termasuk staf bagi membantu urusan kerja dan pejabat.


Namun, saya tidak bersetuju dengan butiran-butiran di bawah sepertimana disebut dalam surat tawaran kepada saya yang diutus Perdana Menteri. Butiran-butiran ini adalah sebahagian dari kemudahan penuh kepada seorang menteri.  


Butiran-butirannya adalah seperti berikut:


1. RM 12,320.00 sebulan untuk elaun keraian 

2. RM 1,500.00 sebulan untuk bayaran khas

3. RM4,000.00 sebulan untuk elaun rumah

4. RM 833.00 sebulan untuk elaun selenggara rumah 

5. RM 3,000.00 sebulan untuk elaun pakaian panas

6. RM1500.00 sebulan untuk elaun pakaian upacara rasmi 

7. RM 1500.00 sebulan untuk elaun bayaran pakaian ‘black tie’

8. Sebuah kereta rasmi dan sebuah kenderaan peribadi


Beberapa kemudahan lain yang setaraf menteri tidak dapat saya terima sama sekali. 


Malah, saya akan menyalurkan dana tersebut untuk tabung rakyat miskin. 


Saya juga telah tegaskan pada pihak Parlimen yang menyediakan pejabat saya untuk tidak membuat sebarang pengubahsuaian dan diberi peruntukan tambahan.


Ingin ditegaskan bahawa pengiktirafan kepada Pejabat Ketua Pembangkang ini tidak bermaksud kita akan mendukung apa sahaja dasar kerajaan tanpa soal. 


Seperti yang dinyatakan Perdana Menteri dalam surat kepada saya itu, keputusan ini tidak menjejaskan peranan Ketua Pembangkang. Saya akan tetap menjalankan tugas  seperti sediakala.  


Aspek semak imbang akan terus diperhebat bagi memastikan negara ini terus di landasan demokrasi.


ANWAR IBRAHIM


https://www.facebook.com/100044147303672/posts/441434974004742/?d=n



BERGAMBAR: BANTUAN DARI PEJ MP PD DAN NGO...

 Sabtu, 16 Oktober 2021

Pejabat Parlimen Port Dickson dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Barisan Ummah Negeri Sembilan dan Persatuan Bekas Polis Cawangan Port Dickson pada hari ini menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada para veteran tentera, veteran polis dan orang awam.
Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu para penerima.

Agenda AWANI: Begitu begini, macam mana, YB?



Bagaimana boleh kita fahami mengenai perkembangan semasa geopolitik dunia Islam pada ketika ini? Isu Palestin dan hubungan negara-negara Arab yang bernormalisasi dengan Israel, Afghanistan dan Taliban dan hubungan Turki dan Syria, di mana sebenarnya pendirian Malaysia?

Nik Amar janji masalah air selesai dengan buat empangan. Hospital patuh ...



Nik Amar janji masalah air selesai dengan buat empangan. Hospital patuh syariah dah siap ke belum?



KONONNYA NAK BUAT DAN NAK SELESAIKAN MASAALAH AIR DINEGERI KELANTAN...HAI..PERCAYA KAH ? 

ADA KATA AIR SINGAI KELANTAN KERUH-..KEH..KEH..KEH

PENGECUALIAN BAYARAN FAEDAH MORATORIUM KEJAYAAN PH



“Penting dijelaskan bahawa pada awalnya pihak Kerajaan tidak bersetuju dengan cadangan PAKATAN HARAPAN untuk memberi pengecualian bayaran faedah kepada peminjam daripada kelompok B50 ini. “Untuk memastikan dasar ini dapat dilaksana, pimpinan utama Pakatan Harapan telah mengadakan siri pertemuan bukan sahaja bersama Menteri Kewangan malah juga dengan Ketua-ketua Pegawai Eksekutif bank-bank komersil.”





MMMM...UMNO KATA DEPA TAK MAU...UMNO KATA DEPA KENA KENCIN SEKALI PUN DAH TAK BOLEH PERCAYA DAH-JANGAN DOK BUAT DALIL PULAK LA BANG HAJI...OOOO HANGPA KATA KAT UMNO TAK KUAT LA BAGAI..TAPI AJAK BERSAMA...MAIN DUA KOLAM LA TEWW

 

Mursyidul Am Pas kata Islam menuntut umatnya pertahan Muafakat Nasional


Mursyidul Am Pas kata Islam menuntut umatnya pertahan Muafakat Nasional



PAS kekal dengan prinsip mempertahankan penyatuan ummah dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) termasuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin berkata Islam menuntut ummatnya supaya bersatu termasuk mempertahankan Muafakat Nasional (MN).

“MN boleh dipertahankan sekiranya Umno mempunyai semangat untuk memperkasakan perpaduan selain perlu mengambil sikap bertolak ansur demi penyatuan Melayu Islam di negara ini.

“Bagaimanapun, PAS menegaskan tidak akan meninggalkan Perikatan Nasional (PN) yang dibentuk bersama Bersatu dan parti-parti lain, selain kekal dengan prinsip mempertahan penyatuan ummah,” katanya ketika dihubungi.

Semalam Ketua Umno Arau Dato’ Seri Shahidan Kassim memberitahu Umno perlu berunding dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) jika mahu mempertahan kemenangan.

Menurutnya bagi mendapatkan kemenangan cemerlang, Umno bukan sahaja perlu berunding untuk PRN Melaka, sebaliknya ketika menghadapi PRU15.

Tuan Guru Hashim berharap kepimpinan Umno dan Bersatu supaya sentiasa mengkaji sedalam-dalamnya untuk mempertahan perpaduan ummah.

“Saya selalu mengingatkan, pertembungan tiga penjuru hanya akan menguntungkan pihak lawan yang sememangnya mahu kita berpecah.

“Jika PN dan Umno ditakdirkan kalah disebabkan pertembungan tiga penjuru, yang rugi kehidupan umat Islam dan Melayu,” katanya.

Beliau turut menegaskan PAS tidak akan membuat sebarang pilihan untuk memilih antara MN atau PN.

Menurutnya pendirian PAS masih mempertahankan penyatuan ummah melalui kerjasama dengan Bersatu dan Umno.

“Andai kata kita pilih MN dan tolak PN, PAS sendiri akan menjadi punca perpecahan penyatuan ummah. Begitu juga sebaliknya jika PAS memilih PN dan menolak MN.

“Namun jika ditakdirkan juga berlaku pertembungan, PAS mempunyai pertimbangan sendiri,” ujarnya.

Mengulas mengenai kemungkinan berlaku pertembungan tiga penjuru, beliau berkata, PAS akan berusaha mengelak pertembungan tiga penjuru membabitkan PN dan Barisan Nasional (BN).

“Peluang untuk menang dalam PRN Melaka mungkin agak sukar jika berlaku pertembungan tiga penjuru,” katanya.

Baru-baru ini Presiden Umno, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, masih ada ruang untuk mempertahankan MN jika PAS bersedia.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata, dalam keadaan sekarang, Umno perlu berdepan dengan realiti semasa meskipun ramai mengharap kerjasama itu terus dipertahankan.




Q&A ISU PULAU BATU PUTEH

 May be an image of 1 person and text that says "Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, bertitah tindakan mesti diambil ke atas mereka yang bertanggungjawab tidak meneruskan permohonan semakan dan pentafsiran kes Pulau Batu Puteh, jika benar ia mempunyai unsur kecuaian dan kekhilafan... SOLTAN IBRAHIM TOITAN Îα"

Q&A ISU PULAU BATU PUTEH
Perdana Menteri, Ismail Sabri umum tubuh pasukan khas untuk kaji dan ambil tindakan undang undang ke atas pihak yang di dapati melakukan kecuaian dan kekhilafan kerana tidak meneruskan permohonan semakan penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memberikan hakmilik Pulau Batu Putih kepada Singapura pada tahun 2008.
1. Siapakah pihak yang di katakan cuai dan khilaf tersebut?
Kerajaan PH dan PM nya ketika itu iaitu Tun Dr Mahathir. Kerana ketika menjadi PM pada bulan Mei 2018, Tun telah mengambil keputusan untuk tidak meneruskan permohonan semakan penghakiman yang di kemukakan oleh Apandi Ali, Peguam Negara terdahulu kepada ICJ pada bulan Februari 2017.
2. Apa yang di maksudkan dengan semakan penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) ke atas Pulau Batu Putih?
Mahkamah Keadilan Antarabangsa di dalam penghakimannya pada tahun 2008 telah memberikan hak pemilikan Pulau Batu Putih kepada Singapura. Dan di dalam penghakiman tersebut juga di nyatakan yang keputusan ICJ adalah MUKTAMAD dan TIDAK BOLEH DI RAYU. Melainkan jika dalam “tempoh 10 tahun” selepas penghakiman di buat, Malaysia mempunyai BUKTI BARU membuktikan pemilikan ke atas Pulau Batu Putih.
3. Apakah bukti baru yang di perlukan?
Di dalam perbicaraan di ICJ pada tahun 2008, Malaysia mendakwa bahawa pada tahun 1844 Gabenor Negeri Selat ketika itu William Butterworth telah menulis surat kepada Sultan dan Temenggong Johor meminta kebenaran untuk membina rumah api di Pulau Batu Putih. Surat yang di jadikan sebagai bukti yang British mengiktiraf pemilikan Johor ke atas Pulau Batu Putih.
Bagaimana pun Malaysia tidak mempunyai salinan surat Gabenor Butterworth tersebut. Dan tidak mengetahui isi kandungannya. Yang ada di dalam simpanan Malaysia ketika itu cuma lah salinan terjemahan di dalam bahasa Inggeris surat jawapan balas Sultan Johor bertarikh 25/11/1845 kepada surat Gabenor Butterworth.
Surat yang antara lain berbunyi;
"Saya telah menerima surat sahabat saya dan sebagai balasan saya ingin memaklumkan sahabat saya yang saya memahami kehendaknya dan saya teramat gembira dengan apa yang di maksudkan di mana ianya (rumah api) akan membolehkan pedagang dan yang lain untuk masuk dan keluar dari pelabuhan dengan lebih keyakinan..."
Tiga hari setelah menerima surat jawapan Sultan Johor tersebut Gabenor Butterworth pada 28/11/1844 telah menulis surat kepada Setiausaha Kerajaan British di India mencadangkan supaya rumah api Horsburgh di bina di Pulau Batu Putih (di kenali sebagai Peak Rock ketika itu). Dan surat tersebut antara lain menyebut....
"Pulau ini adalah jajahan Raja Johor di mana Baginda bersama Temenggong Johor telah dengan sukarela dan berbesar hati melepaskan nya kepada Syarikat Hindia Timur.
(Nota : Pada tahun 1824 Sultan Johor, Sultan Hussein Shah dan Temenggung Abdul Rahman telah menjual Singapura kepada Syarikat British India melalui Perjanjian Crawfurd. Dimana Sultan Johor di bayar tunai 33,200 Spanish Dollars beserta elaun bulanan sebanyak 1300 Spanish Dollar seumur hidup. Manakala Temenggong pula di bayar elaun bulanan sebanyak 700 Spanish Dollars beserta bayaran tunai 26,800 Spanish dollars).
Jelas surat jawapan balas Sultan Johor tersebut tidak menjelaskan samada Gabenor Butterworth di dalam surat beliau meminta kebenaran atau hanya sekadar memaklumkan tentang pembinaan rumah api tersebut kepada Sultan Johor.
Berbanding isi kandungan surat Gabenor Butterworth kepada Setiausaha Kerajaan British di India di mana beliau dengan jelas memperingatkan bahawa Sultan Johor dan Temenggung telah menyerahkan hak milik Pulau Batu Putih kepada Syarikat Hindia Timur (melalui Perjanjian Crawford 1824)
Dan setelah keputusan penghakiman ICJ pada tahun 2008, Menteri luar ketika itu Tan Sri Rais Yatim telah membuat kenyataan menyambut baik keputusan tersebut sebagai MENANG MENANG dan akan berusaha meneruskan pencarian salinan surat Gabenor Butterworth kepada Sultan dan Temenggong Johor.
5. Adakah Apandi Ali mempunyai surat tersebut ketika mengemukakan permohonan semakan kepada ICJ pada tahun 2017?
TIDAK. Yang ada hanya lah beberapa dokumen laporan insiden laut berdekatan Pulau Batu Putih pada tahun 50 an dan 60 an yang langsung tidak relevan dan tidak kuat untuk menyokong permohonan Malaysia.
6. Kalau dah tahu tak ada surat salinan Gabenor Butterworth kenapa Apandi Ali masih kemukakan permohonan pada ICJ?
Sebab nak mainkan sentimen dan emosi orang Melayu dengan Singapura. Sebab PM ketika tu Najib terus kena belasah sebab skandal 1MDB. Dan sebab PRU14 dah makin hampir ketika tu.
7. Apa peranan Apandi Ali di ICJ pada tahun 2008?
Dia salah seorang peguam dari Jabatan Peguam Negara yang di amanah dan di pertanggungjawabkan untuk memperjuangkan hak Malaysia ke atas Pulau Batu Putih di ICJ pada tahun 2008 tetapi GAGAL. Mungkin sebab malas nak buat homework. Tengok muka pun tahu muka pemalas.
8. Jadi siapakah yang sepatutnya di pertanggungjawabkan dan di persalahkan di atas kegagalan Malaysia mempertahankan Pulau Batu Putih?
Pak Lah Perdana Menteri ketika itu (2008) dan barisan kabinetnya termasuklah Najib dan Zahid Hamidi kerana terlalui mempercayai Apandi Ali untuk memperjuangkan hak Malaysia ke atas Pulau Batu Putih di ICJ.
Teks Asal : Mohd Hanizam Yunus
P/s : Sultan Johor bertitah tindakan mesti diambil “jika benar” ia mempunyai unsur kecuaian dan kekhilafan. Saya ulang….. JIKA BENAR.
Jadi, apa pandangan dan kefahaman yang tuan-puan faham berhubung isu ini berdasarkan keterangan-keterangan di atas?
PERINGATAN : Dalam isu ini, saya tidak memihak kepada PH atau BN mahupun PN. Hantaran ini bukan politikal melainkan bertujuan untuk mendidik pemikiran bangsa Malaysia berfikir dengan cara yang betul dan merdeka.

TAK BOLEH BUAT APA DAH LA....SPRM NAK SIASAT LAGU MANA....DEPA PUN MAKAN GAJI SAJA....SILAP SILAP KENA BUANG KERJA ANAK BINI SAPA NAK BAGI MAKAN...

 

LGE berang: dakwa SPRM degil enggan siasat pendedahan Kertas Pandora





Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng berkata, lebih 330 ahli politik membabitkan 90 negara didedahkan dalam Kertas Pandora itu, termasuk rakyat negara ini yang dikenali.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibidas selepas didakwa berdegil menolak melakukan siasatan berhubung pendedahan Kertas Pandora, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan, berkata tindakan SPRM berkenaan menimbulkan kemusykilan dan keraguan masyarakat mengenai kredibiliti agensi itu, selain mengiyakan kecurigaan bahawa SPRM akan menutup mata apabila ahli politik yang masih aktif dan menyokong kerajaan didakwa terbabit.

Beliau berkata, lebih 330 ahli politik membabitkan 90 negara didedahkan dalam Kertas Pandora itu, termasuk rakyat negara ini yang dikenali.

“Kertas Pandora adalah sebahagian daripada skandal aliran wang haram (IFF) yang didefinisikan oleh Global Integrity Report (GFI) sebagai dana yang diperoleh, dipindahkan, dan/atau digunakan secara haram di seberang luar sempadan antarabangsa.

“Dana itu datangnya daripada sumber kegiatan jenayah dan rasuah,” katanya dalam kenyataan.

Lim ketika mengulas lanjut, berkata walaupun mendapat tekanan daripada Ahli Parlimen pembangkang, SPRM kekal dengan pendirian menolak melaksanakan siasatan.

“Ahli politik yang biasanya lantang terhadap isu kaum dan agama yang melampau sehingga memusuhi kumpulan minoriti, telah diam membisu terhadap Kertas Pandora,” katanya.

Beliau berkata, Bank Negara dilihat sebagai satu-satunya institusi yang dapat bertindak terhadap aliran keluar wang haram seperti didedahkan.

“Lagipun, USD33.7 bilion adalah jumlah yang besar berdasarkan piawaian antarabangsa. Malangnya, Bank Negara nampaknya seakan mengikut langkah SPRM dan terus berdiam diri terhadap skandal kewangan ini,” katanya.

Lim berkata, justeru beliau tidak terkejut dengan skor Malaysia dalam indeks peraturan undang-undang global merosot 1.4% kepada 0.57, menduduki tempat 54 daripada 139 negara, yang ditinjau dalam Indeks Peraturan Undang-Undang 2021 Projek Keadilan Dunia (WJP).

“Ini berbeza dengan kedudukan Malaysia di tangga ke-47 daripada 128 negara tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata, kemerosotan berkenaan boleh diatasi sekiranya kita mempunyai keberanian untuk menegakkan kebenaran terhadap pihak berkuasa.

“Terutama siasatan penuh mengenai aliran keluar dana haram yang membabitkan ahli politik terkenal dan masih aktif seperti yang didedahkan dalam Kertas Pandora,” katanya.

BERGAMBAR : Program Pembuatan Muruku Tradisional India Bersama YB Roziah

May be an image of 2 people, people sitting, people standing and indoor

May be an image of 3 people, people sitting, people standing and headscarfMay be an image of 4 people and people standingMay be an image of 3 people and people standing


 Program Pembuatan Muruku Tradisional India

Hari ini saya ke Dewan Komuniti Kampung Pinggir 3, Lembah Jaya Utara, Ampang.
Program sempena Deepavali di bawah anjuran JKP Zon 11. Turut bersama; Ahli Majlis Zon 11, Tuan Ragunathan. Ketua Srikandi Keadilan, Raiyan Abdul Rahim Ghouse.
Seramai 40 peserta dari pelbagai latar kaum dan budaya turut bersama dalam program.
Saya berharap lebih banyak program begini di masa hadapan supaya jurang budaya antara kaum tidak lagi asing di kalangan masyarakat kita.

KITA PAKAT PAKAT LIHAT YA.SAMA ADA PAS AKAN SAILANG DALAM PRN MELAKA NANTI. WALAU TAKIYUDDIN DOK GEMPAK KATA PRESTASI PAS MEMBANGGAKAN.HAKIKATNYA PAS TAK MENANG SEBUTIR HAQAM PUN KERUSI DI MELAKA.MELAKA NAK MELINGKUP MACAM KEDAH KELANTAN TERENGGANU..UNDILAH PARTI PN

 


PRN Melaka: PAS sah bertanding, jumlah kerusi belum ditentukan





Walaupun PAS tidak menang sebarang kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, parti itu menunjukkan prestasi baik di beberapa DUN ditandingi, kata Setiausaha Agungnya Takiyuddin Hassan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: PAS mengesahkan akan meletakkan beberapa calonnya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka, kata Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata, mereka akan mengambil bahagian seperti yang dizahirkan oleh pemimpin PAS.

Katanya, untuk rekod pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, PAS secara solo bertanding di 23 kerusi daripada 28 kerusi di Melaka.

“Walaupun kita tidak menang, tetapi PAS menunjukkan prestasi yang baik di beberapa DUN yang kita bertanding. Kita dapat kerusi yang agak ‘steady’.

“Jadi memang menjadi hasrat PAS untuk bertanding dalam PRN Melaka… Cuma berapa kerusi belum diputuskan lagi,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Takiyuddin berkata, beliau berharap pelaksanaan PRN Melaka akan berteraskan muafakat sebagaimana yang ada di peringkat kerajaan Persekutuan.

“Kita akan bersama dengan semua parti yang ada dengan kerajaan Persekutuan dan tidak ada pertembungan antara satu sama lain,” katanya

Mengulas lanjut, Takiyuddin yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli, berkata bagi menghadapi PRN Melaka, PAS juga menubuhkan Jawatankuasa Induk PRN Melaka yang dipengerusikan oleh Naib Presiden Ahmad Samsuri Mokhtar dan Jawatankuasa Operasi yang diketuai oleh salah seorang daripada Ketua Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat.

“Jadi kita akan mengambil bahagian dan macam mana konsep itu belum diputuskan lagi. Saya sebagai Setiausaha Agung boleh sahkan,” katanya.

Pada 4 Oktober lalu, DUN Melaka terbubar selepas Ketua Menteri Sulaiman Md Ali hilang sokongan, susulan tindakan empat ADUN daripada blok kerajaan menarik sokongan terhadap kepemimpinannya.

Empat ADUN mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kepimpinan Sulaiman adalah Idris Haron (BN-Sungai Udang), Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).


NAK TENGOK MELINGKUP KA TIDAK N9 , BAGI LAH PADA PN PERINTAH DIDALAMNYA ADA PAS DAN KAKI SAKAU DAN KAKI LOMPAT

 Panas! PN Negeri Sembilan nak tanding 25 kerusi DUN pada PRU-15

Panas! PN Negeri Sembilan nak tanding 25 kerusi DUN pada PRU-15

Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan mempertimbang untuk bertanding di tiga kerusi Parlimen dan 25 buah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan PN Negeri Sembilan, Datuk Eddin Syazlee Shith berkata, bagaimanapun jumlah kerusi tersebut mengambil kira sekiranya berlaku pertembungan tiga penjuru termasuk melibatkan Barisan Nasional (BN).

“Kalau boleh di Negeri Sembilan kita perlu tiga atau empat kerusi untuk bertanding di Parlimen dan DUN mungkin dalam 25 kerusi, itu kalau berlaku tiga penjuru.

“Jika hanya berlaku satu lawan satu, mungkin kurang sedikit iaitu dalam 16 kerusi DUN, itu kalau formula bekerjasama dengan UMNO,” katanya.

Beliau itu berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah Badan Pimpinan Negeri Sembilan ke Jelebu dan menyempurnakan Perasmian Berkelompok Mesyuarat Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Cawangan-cawangan Bahagian Jelebu di Wisma Budi Kuala Klawang, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Bersatu Jelebu, Tan Sri Rais Yatim.

Eddin Syazlee yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sembilan sementara itu berkata, UMNO perlu menerima kenyataan bahawa parti itu tidak mampu untuk menang sekiranya bertanding solo tanpa PN, bukan sahaja semasa Pilihan Raya Negeri (PN) Melaka tetapi pada PRU-15 akan datang.

“Menyentuh berkenaan PRN ataupun PRU, agenda penyatuan Melayu itu akan jadi satu keutamaan, apa guna kita bersaing sesama kita jika akhirnya tiada siapa yang menang. Kita tahu ia bukan mudah, jika mudah mungkin sudah ada keputusan di peringkat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO untuk bergerak sendirian termasuk juga kepada Bersatu bukan mudah untuk kami bergerak sendirian.

“Satu perkara yang perlu dipertimbangkan adalah dengan kemasukan pengundi muda 18 tahun, paling kurang terdapat 10,000 pengundi baharu di setiap Parlimen, ia bukan mudah, jika sebelum ini jika ada yang menang dengan kurang daripada 10,000 undi, ia masih belum stabil maknanya apa-apa juga boleh berlaku kepada sesiapa pun,” katanya lagi.

Sementara itu, beliau berkata, Bersatu Negeri Sembilan akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada minggu hadapan yang turut akan membincangkan mengenai penentuan kerusi yang akan ditandingi parti itu

HEBATNYA KERAJAAN MELAYU ISLE !! TIMAH OH TIMAH MUNCUL SEMPENA MAULIDUR RASUL !!

 



Tanpa Dap dalam kerajaan, cabutan judi berjaya ditingkatkan dari 8 kali kepada 22 kali. Apa kata lebai? Tidak mengapa, walaupun judi ditambah 22 kali, tapi yang aktif cuma 8 cabutan saja, kata lebai penjual agama. Maksud lebai, walaupun babi ada 22 ekor, yang di makan hanya sekor saja. Halalun Tayyiban!!
Tiada Dap dalam kerajaan, kini kami berjaya cipta minuman alkohol baru bernama "TIMAH". Kononnya, Timah itu bukan nama wanita melayu Fatimah atau kebetukan anak Nabi pun bernama Fatimah. TIMAH itu katanya berkaitan dengan lombong bijih timah. Ye ke? Apa kaitan bijih timah dengan arak? Arak dibuat dari bijih timah? Kenapa tidak guna nama lain selain dari nama yang berunsur melayu Islam? Sempena Maulidur Rasul diperkenalkan nama "TIMAH"?
Cuba lihat gambar di botol pula. Seakan-akan lebai berkopiah. Berjanggut pula tu. Kita tahu, gambar itu ada sejarahnya tersendiri yang ada kaitan dengan tokoh keturunan British juga khabarnya. Mengapa pilih gambar yang seakan berkopiah dan berjanggut? Identiti siapa yang mahu mereka tonjolkan di sebalik nama TIMAH itu?
Tidak sedikit pun puak ini merasa sensitif dengan umat Islam. Apa kata lebai? Tidak mengapa, arak itu bukan untuk orang Islam. Apa masalah? Kecuali jangan letak nama HADI cukuplah, kata seorang lebai lagi.
Saudara, bayangkan jika arak baru ini dicipta di negara ini di era kerajaan PH. Pasti penuh padang merbok dengan para walaun bodo berdemo kan? Itulah dia penjual agama. Bala dari Allah apabila kamu mengkhianati mandat rakyat. "Apabila meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya, tunggulah saat kehancurannya" . Apabila memilih pemimpin yang tidak selayaknya dan tidak diberi mandat oleh rakyat, tunggulah saat kebinasaannya.
BERSYUKUR BAWAH KERAJAAN MELAYU ISLE?
WFAUZDIN NS

KENAPA NAMANYA TIMAH ?


May be an image of 1 person and drink


NORMAN RADZUAN


KENAPA NAMANYA TIMAH?

Nama Timah diberi utk sesuaikan dgn kerajaan Perpaduan Ummah.. jika letak Lion, Monkey or Richard nampak mcm tak kena dgn kerajaan yg ada skg. Nama dan cover botol pun nampak mcm Islamik...
Siapa sangka kerajaan Melayu Islam lahirkan arak...seronok pemimpin PAS dpt jadi Menteri terus jadi bisu... kalau betul mereka takutkan Allah mereka dah bantah. Sebab itu jgn mudah percaya dgn org yg main dgn ayat Al Quran dan pakai jubah serban ini. Ini bukan soal politik tapi ini soal pelacuran agama yg merosakkan minda masyarakat.


AMANAH Sarawak desak PRN diadakan lepas darurat elak risiko wabak

 


Oleh RAYMOND LUI / October 16, 2021

 

 

Kerajaan Negeri Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) digesa supaya tidak mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 dalam tempoh darurat sehingga 2 Februari 2022.

Pengerusi Parti AMANAH Negara Negeri Sarawak, Abang Abdul Halil Abang Naili berkata, langkah mengadakan PRN12 dalam masa terdekat ini haruslah dielakkan kerana ia mampu mengundangkan risiko lebih-lebih lagi dengan kes Covid-19 yang belum nampak reda sekarang.

“Kita mengambil maklum terdapat arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak-pihak berkaitan urusan pilihan raya kepada kumpulan tertentu bagi menghadapi PRN12 dalam masa terdekat ini.

“Sebagai parti yang mendokong sistem demokrasi dan mengambil berat kesihatan awam, AMANAH Sarawak berpendapat mengadakan pilihan raya dalam tempoh darurat yang ditetapkan sehingga 2 Februari 2022 adalah suatu risiko kesihatan yang perlu dielakkan” soal Abang Halil dalam satu kenyataan di Kuching hari ini.

Malah, tegasnya pada masa sama pemimpin GPS seolah-olah ingin mengelak penglibatan pengundi berumur 18 tahun ini yang hanya dapat diwartakan seawal tahun depan jika PRN12 diadakan hujung tahun ini.

“Perkara ini kelihatan bercanggah dengan kenyataan Menteri Muda Datuk Abdullah Saidol yang menyatakan GPS sentiasa bersedia berdepan undi18 pada PRN12 kelak.

” Oleh demikian, AMANAH Sarawak mendesak agar PRN ini hanya diadakan selepas tamat darurat yang telah ditetapkan dan pengundi 18 telah sah dan dapat terlibat sebagai pemilih dalam PRN12 nanti,” ujar beliau lagi.

 



PR DAH KENA KENCING...UMNO PUN KATA KENA KENCING DENGAN PARTI LEBAI- TAPI BILA PENIPU DAN PENGKHIANAT BERGABUNG SESAMA SENDIRI, RASANYA AKIBATNYA MEMANG NGAM...

 Terkini! Pemimpin Bersatu buat pertemuan tertutup dengan Hadi



Terkini! Pemimpin Bersatu buat pertemuan tertutup dengan Hadi

Empat ahli pimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menziarahi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Terengganu pada Jumaat.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menerusi perkongsian di Facebooknya berkata, Tok Guru (Abdul Hadi) “kelihatan bersemangat dan sihat”.

“Hari ini saya bersama Timbalan Presiden Parti Pribumi BERSATU Malaysia, Datuk Seri Faizal Azumu dan dua Naib Presiden, Datuk Seri Ronald Kiandee serta Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen menziarahi Tok Guru Presiden Parti Islam Se-Malaysia (Pas) Pusat, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Takiyuddin Haji Hassan juga turut hadir,” katanya.

Hamzah dalam lawatannya itu berkesempatan bertanyakan keadaan kesihatan Abdul Hadi ketika ini.

“Cantik jawapan beliau bila ditanya sihat ke Tok Guru (Abdul Hadi)? Mana boleh tak sihat, kitakan nak berjuang.

“Alhamdulillah, begitu bersemangat Tok Guru. Beliau juga nampak sihat,” ujar beliau dalam perkongsian sama.

PERJANJIAN MALAYSIA 63 AKAN SELESAI MELALUI PINDAAN PERLEMBAGAAN


Jika ini berlaku masa PH, nescaya tunggang terbaliklah dunia