AMANAH yakin, jika lah jenama arak baharu yang diperkenalkan
bernama “Timah” sekarang ini berlaku semasa kerajaan Pakatan Harapan memerintah
dahulu, nescaya tunggang terbaliklah dunia.
Tetapi, kata Pengarah Komunikais AMANAH, Khalid Samad,
ia berlaku ketika kerajaan Melayu Islam memerintah, maka tidak ada apa-apa
berlaku dan boleh dibanggakan oleh penyokong mereka.“Orang dok perli, ada air
baru atas jenama Melayu, Timah.
“Ini bukan biji timah tetapi air arak yang jenamanya Timah.“Ini kerajaan Melayu Islam jadi bolehlah ia
dibanggakan.
“Saya tak tahulah jika mereka rasa bangga dengannya tetapi
pada zaman kerajaan Melayu Islam ini keluar air bernama Timah.“Jikalah perkara ini berlaku semasa kerajaan
Pakatan Harapan memerintah dahulu, habislah, tunggang terbaliklah dunia,” kata
Khalid.
Khalid berkata demikian dalam siri wawancara bersama beliau
menerusi Jom Channel, satu stesen TV internet Sarawak malam tadi bertajuk
pilihan raya negeri Melaka dan Sarawak malam tadi.
Khalid mengulas jenama arak baharu yang diperkenalkan di
negara ini iaitu sejenis wiski bernama “Timah”
Jenama ini kini mendapat pelbagai anugerah di peringkat
antarabangsa.
Bagi Khalid, orang Melayu masih berpolitik berdasarkan
sentimen bukan siapa yang boleh memberikan khiamat ya\ng terbaik.
Sebab itu, katanya, walaupun negeri yang diperintah oleh Pas
di Kelantan dan Terengganu terus berhadap dengan masalah khasnya air, namun
oleh kerana sentimennya Pas adalah parti Islam, mereka sedia menerimanya.
Begitu juga perkara anti Islam yang berlaku di negara ini
termasuk Oktober Fest, judi yang terus meningkat dan sebagainya.
Sehubungan kitu, beliau sangat berharap orang Melayu bijak
sedikit berpolitik, dengan tidak terpengaruh dengan mainan politik berdasarkan
sentimen.
“Orang dok main sentimen, emosi nak panaskan suasana, tetapi
akhirnya tidak ada hasil apa-apa, tiada pengisian, tiada substance, apa yang
dikehendaki kita pun tak tahu,” kata Khalid.