HAMZAH RIE NA
PRU 14 sudah ditolak mentah mentah oleh penduduk melaka, 24 kerusi yg dipertandingkan semua bungkus ikat mati!
HAMZAH RIE NA
PRU 14 sudah ditolak mentah mentah oleh penduduk melaka, 24 kerusi yg dipertandingkan semua bungkus ikat mati!
Rakyat Melaka terutamanya orang Melayu bimbang sekiranya Pakatan Harapan (PH) dan DAP berkuasa semula akibat kemelut politik yang sedang melanda negeri ini sekarang.
Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Kamarudin Sidek berkata, sudah sampai masanya parti-parti besar Melayu memikirkan lebih serius tentang perpaduan dan semangat Keluarga Malaysia supaya tidak berpecah belah yang akan merugikan rakyat.
“Seperti pepatah Melayu ‘jong pecah yu kenyang’,” ujar beliau pada satu kenyataan hari ini.
Media sebelum ini melaporkan empat ADUN daripada kerajaan diketuai ADUN Sungai Udang Dato’ Seri Idris Haron bertindak menarik sokongan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Turut mengikut jejak langkahnya Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas–Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).
Kamarudin juga berkata, tindakan keempat-empat ADUN terbabit sangat mengejutkan semua pihak.
“Perkara ini berlaku di saat beberapa ADUN terbabit baru mendakwa mereka tidak terlibat dengan komplot tersebut beberapa hari lepas,” ujarnya.
Oleh itu beliau berharap semua pihak melakukan gencatan politik dan memberikan tumpuan kepada penyelesaian masalah utama rakyat iaitu pandemik Covid-19 dan ekonomi rakyat.
“Apa yang penting kita mendengar keluhan dan kebimbangan rakyat terhadap krisis politik yang tidak berkesudahan melanda negara terutamanya Melaka di saat Covid-19 belum lagi dapat dikalahkan,” kata beliau.
Beliau turut berharap rakyat Melaka terutama ahli PAS Melaka serta Bersatu dan Umno bertenang dan bersabar di samping mengambil langkah sewajarnya bagi menangani perkara ini dengan cermat dan teliti.
“Bak kata pepatah ‘menarik rambut dari tepung, rambut tidak putus tepung tidak berserak’,” ujarnya.
Skandal yang membuntuti pendedahan Pandora Pampers mesti dibahaskan di Dewan Rakyat untuk mengelakkan imej Malaysia tercemar di peringkat antarabangsa.
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah mengemukakan rayuan hari ini terhadap penolakan usul membahaskan Pandora Papers yang dibuat oleh Speaker semalam.
“Susulan penolakan usul terkait Pandora Papers semalam, hari ini saya telah mengemukakan rayuan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
“Saya berpendapat bahawa perbahasan mengenai pendedahan Pandora Papers perlu disegerakan.
“Saya berharap rayuan usul ini dapat diteliti dan dipertimbang dengan sesegera mungkin,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.
Semalam, Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menolak membahaskan pendedahan Pandora Papers yang menyentuh usaha melarikan lebih RM1,800 bilion wang dari Malaysia melibatkan nama-nama besar ahli politik pada era pemerintahan BN dengan alasan usul berkenaan tidak perlu disegerakan.
Pakatan Harapan (PH) boleh mempertimbangkan untuk menarik diri daripada memorandum kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Pembangkang sekiranya tiada siasatan terhadap skandal Pandora Papers yang didedahkan beberapa hari lalu.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, amat mustahak PH meneliti tindakan kerajaan Perikatan Nasional berhubung pendedahan berkenaan.
“PH mustahak keluar dari Memorandum Persefahaman dengan Kerajaan jika Kerajaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak memenuhi tuntutan Pembangkang
“Kerajaan perlu membenarkan Parlimen membahaskan Usul Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan pendedahan oleh Pandora Papers tentang berbilion ringgit Malaysia disimpan secara rahsia di British Virgin Islands dan lain-lain Pusat kewangan luar pesisir oleh 1,500 Rakyat Malaysia termasuk tokoh-tokoh politik dan korporat serta anak-anak dan isteri mereka, yang dianggarkan bernilai RM1.8 trillion dari tahun 2004 hingga 2014
“Membentuk segera Suruhanjaya Penyiasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat isu tersebut
“Juga mengambil tindakan segera dengan menggunakan kuasa perundangan yang ada supaya wang dan modal milik rakyat Malaysia yang tersimpan dalam akaun-akaun rahsia tersebut dan menyalahi undang-undang Malaysia dirampas serta dikembalikan kepada Kerajaan Malaysia,” kata beliau dalam satu kenyataan ringkas.
Pandora Papers mendedahkan Malaysia sebagai negara kelima paling banyak menyeludupkan keluar wang, sama ada untuk mengelak cukai atau dari kegiatan haram.
Negara utama adalah China, diikuti Rusia, Mexico dan India.
Bagaimanapun, jika dikira daripada jumlah penduduk Malaysia adalah juara per kapita kerana hanya berpenduduk 32 juta tetapi mempunyai amaun setinggi AS$431 bilion atau bersamaan RM1,800 bilion sepanjang 10 tahun pemerintahan BN dari 2005 – 2014.
Bersamaan nilai penyeludupan keluar wang RM180 bilion setahun atau RM20.5 juta dilarikan dalam sejam.
Nama-nama besar yang disebut dalam Pandora Papers termasuklah Daim Zainudin, Zahid Hamidi, Raja Nong Chik, Musa Aman, Fakri Yassin Mahiaddin, Taib Mahmud, Tengku Zafrul Aziz dan banyak lagi.
,
Rancangan Malaysia Ke (RMK) 12 kelihatan memberi pengharapan kepada komuniti perniagaan Malaysia terutama sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
Namun pada hakikatnya, menurut Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew sektor PKS hanya diberikan perancangan dan harapan dalam RMK tetapi tidak kelihatan kaedah implimentasi atau pelaksanaannya.
“Sejujurnya ia bukan strategi terbaik untuk 5 tahun akan datang. Mengapa saya kata begini kerana ia bukan satu rancangan untuk pembangunan. Sebab RMK 12 ada rangka dasar yang komprehensif, kelemahan masa lalu dan sasaran ingin dicapai tetapi tanpa sebarang rancangan implimentasi dan anggaran peruntukan untuk merealisasikan strategi yang dicadangkan. Inilah kelemahan RMK 12,” katanya.
Menyentuh mengenai digitalisasi dalam sektor PKS, Dr Tan berkata, hal itu perlu dilakukan segera agar pemain industri PKS yang merupakan majikan terbesar di negara ini tidak ketinggalan.
“Saya rasa digitalisasi amat penting untuk jangka masa panjang. Ini haluan baru untuk PKS. Amat penting kita beri tumpuan merangka strategi ini. Perbezaan di luar bandar atau bandar, tidak sama. Itu perlu diambil perhatian bila buat rancangan,” katanya.
Bagaimanapun isu yang paling besar, kata Dr Tan ialah seluruh RMK 12 itu berada dalam tahun-tahun pandemik Covid 19 dan pasca pandemik yang memerlukan kerajaan meneliti semula unjuran untuk disesuaikan kepada keadaan ekonomi semasa
“Sebahagian besar tempoh rancangan ini dalam suasana pandemik dan pasca pandemik. Jadi semua unjuran perlu mengambil kira hal tersebut
“Juga menghitung semula (kekuatan) ekonomi negara dan kehidupan rakyat. Hal itu akan berbeza daripada setahun atau dua tahun sebelum ini,” katanya.
Bagaimanapun, kelemahan implementasi RMK kata Dr Tan boleh dilihat dalam sektor perniagaan makro. Misalnya penjaja kecil yang sukar untuk memohon bantuan apabila kerajaan memerlukan lesen dan sebagainya sebagai bukti menjalankan perniagaan.
“Saya terima banyak aduan dari peniaga kecil. Pada pandangan saya pelan kena disusun dengan baik. Pelan ini perlu dirangka ikut keperluan peniaga. Jangan libatkan sangat birokrasi.
“Baru-baru ini ada peniaga jual nasi lemak tanya saya bagaimana dapatkan bantuan? Mereka perlukan SSM. Jadi bagaimana penjual nasi lemak ada SSM? Ini tidak masuk akal.
“Cara ini menyusahkan peniaga kecil. Saya diberitahu selain sijil SSM mereka boleh beri lesen perniagaan DBKL sebagai bukti peniaga kecil. Masalahnya di Kuala Lumpur banyak peniaga yang berniaga tanpa lesen atau menyewa lesen.
“Jadi mereka tak ada lesen bagaimana mahu dapatkan bantuan? Yang mudah dapat ialah pemegang lesen tetapi tak berniaga.
“Saya cadangkan permohonan kategori tak ada lesen ini dipermudahkan. Sekiranya permohonan mereka disokong wakil rakyat maka terimalah. Ini cara yang mudah untuk mereka dapatkan bantuan,” katanya lagi
Keputusan ujian klinikal ke atas ubat melawan virus Covid 19 yang dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak bulan Jun lalu masih belum diumumkan, kini kerajaan akan menjalankan ujian ke atas pil Merck pula untuk rawatan pandemik.
Setiausa NGO Otai Reformis 1998, Abdul Razak Ismail mempersoalkan tujuan kerajaan menjalankan ujian ke atas Ivermactin tetapi kemudian seolah-olah ingin menggunakan pil Merck pula dalam merawat pesakit.
“Kita dah tukar Menteri Kesihatan yang baru
“Nak tanya Ketua Pengarah KKM. Apa keputusan ujian klinikal pil Ivermectin yang dibuat sejak Jun lalu?
“Kot nak tunggu lepas Krismas 25 Disember baru nak umumkah?
“Atau (seperti kata) Khairy Jamaluddin kerajaan sedang berunding untuk pil Merck jadi alternatif (Ivermectin) untuk ubati (pesakit) Covid 19?” tanyanya dalam catatan di Facebook.
Sebelum ni, Ivermectin didakwa banyak digunakan oleh rakyat Malaysia secara tanpa perskrispi bagi rawatan Covid 19 ringan tanpa pergi ke klinik. Berikutan itu KKM menjalankan ujian untuk menentukan sama ada ubat berkenaan berkesan membunuh virus Covid 19.
Bagaimanapun, India yang diserang teruk oleh Covid 19 varian Delta pada pertengahan tahun ini menunjukkan perkembangan positif ke atas penggunaan besar-besaran Ivermectin dalam merawat pesakit Covid.
Berbanding Amerika Syarikat yang rakyatnya telah disuntik 80% vaksin jangkitan masih di paras tinggi dengan 9,789,943 kes aktif. Manakala India telah menunjukkan situasi jangkitan yang rendah dengan hanya 250,440 kes daripada 1.1 bilion populasi negara itu.
Malaysia pula masih mempunyai 132,175 kes aktif berbanding Indonesia yang hanya 28,381 kes aktif biar pun pernah menjadi negara nombor 1 paling teruk ditulari virus Covid 19 di ASEAN awal 2021
Keputusan ujian klinikal ke atas ubat melawan virus Covid 19 yang dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak bulan Jun lalu masih belum diumumkan, kini kerajaan akan menjalankan ujian ke atas pil Merck pula untuk rawatan pandemik.
Setiausa NGO Otai Reformis 1998, Abdul Razak Ismail mempersoalkan tujuan kerajaan menjalankan ujian ke atas Ivermactin tetapi kemudian seolah-olah ingin menggunakan pil Merck pula dalam merawat pesakit.
“Kita dah tukar Menteri Kesihatan yang baru
“Nak tanya Ketua Pengarah KKM. Apa keputusan ujian klinikal pil Ivermectin yang dibuat sejak Jun lalu?
“Kot nak tunggu lepas Krismas 25 Disember baru nak umumkah?
“Atau (seperti kata) Khairy Jamaluddin kerajaan sedang berunding untuk pil Merck jadi alternatif (Ivermectin) untuk ubati (pesakit) Covid 19?” tanyanya dalam catatan di Facebook.
Sebelum ni, Ivermectin didakwa banyak digunakan oleh rakyat Malaysia secara tanpa perskrispi bagi rawatan Covid 19 ringan tanpa pergi ke klinik. Berikutan itu KKM menjalankan ujian untuk menentukan sama ada ubat berkenaan berkesan membunuh virus Covid 19.
Bagaimanapun, India yang diserang teruk oleh Covid 19 varian Delta pada pertengahan tahun ini menunjukkan perkembangan positif ke atas penggunaan besar-besaran Ivermectin dalam merawat pesakit Covid.
Berbanding Amerika Syarikat yang rakyatnya telah disuntik 80% vaksin jangkitan masih di paras tinggi dengan 9,789,943 kes aktif. Manakala India telah menunjukkan situasi jangkitan yang rendah dengan hanya 250,440 kes daripada 1.1 bilion populasi negara itu.
Malaysia pula masih mempunyai 132,175 kes aktif berbanding Indonesia yang hanya 28,381 kes aktif biar pun pernah menjadi negara nombor 1 paling teruk ditulari virus Covid 19 di ASEAN awal 2021
Sejak bermulanya pentadbiran PN, Umno sedikit demi sedikit mula mengulang perangai bejat mereka memerintah Malaysia sejak 61 tahun lalu.
Cuma kali ini Umno tidak mempunyai kerusi yang banyak di Dewan Rakyat. Bagaimanapun mereka mampu berkuasa termasuk menabalkan Ismail Sabri sebagai PM disebabkan sokongan padu 18 Ahli Parlimen Pas.
Hal ini menyebabkan veteran Pas tidak berpuas hati dengan pimpinan parti agama berkenaan yang tidak lagi mengikuti jalan perjuangan pemuka Pas terdahulu seperti Almarhum Fadzil Noor dan Nik Aziz Nik Mat.
Kata mereka, Umno berani buat hal bubar DUN di Melaka waktu Covid belum reda pun kerana adanya dukungan Pas di peringkat pusat.
“Realitinya keberanian Umno berbuat pelbagai angkara daripada pusat hingga negeri kerana adanya sokongan padu dari Pas
“Langkah Melaka terjadi kerana Umno takut kehilangan kuasa kepada PH yang di ketuai Adly Zahari yang punyai 6 orang anak soleh hafal al Quran
“Umno ketakutan hingga sanggup gadaikan kesihatan dan ekonomi rakyat menasihatkan TYT Melaka bubarkan DUN. Jika sungguh benar Umno bela rakyat maka langkah politik tak perlu berulang semula,” kata seorang veteran Pas yang tidak mahu namanya dikenali.
Menurut beliau, tongkat Pas sepatutnya telah lama dicabut dari kerajaan PN apabila isu-isu yang diperjuangkan ketika PH memerintah dahulu seperti kematian Adib, RUU 355, tutup kilang arak, tutup premis judi tidak lagi kedengaran.
Katanya, imej Pas kini dipertaruhkan dan semakin tidak menentu menghadapi PRU ke 15 tahun hadapan.
“Fakta ini adalah benar iaitu Umno berani dan kuat kerana tongkat yang dihulurkan oleh Pas
“In sha Allah pengundi-pengundi lama dan baru serta anak muda 18 tahun pandai menilai antara batu dan intan permata
“Kemursyidan Pas kian tawar, kian terhakis dan hilang berbisanya kerana idea bersengkongkol dengan Umno dan meninggalkan rakan-rakan yang terbukti berjaya perintah dan tadbir Selangor, sehingga Pas berjaya tawan 15 kerusi DUN Selangor.
“Ini lah sejarah yang dihasilkan oleh Tahaluf Siyasi politik Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz dulu,” katanya lagi.
Kalaulah UMNO itu manusia, sah ia kini sedang mengalami kecelaruan jiwa dan perlukan rawatan dengan segera.
Jika sebelum ini ramai yang menyindir kejatuhan kerajaan negeri Melaka sebagai episod pelik kerana “UMNO jatuhkan UMNO”, kepelikan itu rupa-rupanya tidak berakhir begitu saja.
Sebaik DUN Melaka telah dibubarkan berikutan cadangan yang dikemukakan Sulaiman Md Ali diterima oleh Tuan Yang Dipertua Negeri, Tun Ali Rustam, UMNO kini bersungguh-sungguh pula menyarankan agar PRN Melaka tidak diadakan, sebaliknya ditangguhkan.
Penangguhan itu dicadangkan melalui perisytiharan darurat sebagaimana dilakukan di Sarawak, Batu Sapi dan Gerik sebelum ini.
Darurat hanya boleh diisytiharkan oleh Yang Dipertuan Agong atas nasihat yang dikemukakan oleh Perdana Menteri selaku Pengerusi Majlis Keselamatan Negara atau MKN.
PRN Sarawak perlu diadakan kerana tempoh matang DUN negeri itu telah cukup lima tahun dan PRK Batu Sapi serta Gerik pula disebabkan kematian wakil rakyatnya, maka penangguhan ketiga-tiga pilihanraya itu atas alasan Covid19 sedang menggila tidaklah terlalu menghairankan.
Tetapi berbeza dengan PRN Melaka kerana ia perlu diadakan berikutan UMNO sendiri yang mengemukakan cadangan pembubaran DUNnya setelah Sulaiman hilang sokongan sebagai Ketua Menteri, walaupun hakikatnya disedari bahaya Covid19 masih belum reda.
Jadi, kenapa setelah UMNO sendiri memohon pembubaran DUN, UMNO juga kemudiannya tampil menyarankan agar PRN negeri perlu ditangguhkan?
Tidakkah ini pelik dan menunjukkan UMNO ada kecelaruan jiwa dalam membuat keputusannya?
Jika benar saranan penangguhan itu kerana tidak mahu wabak Covid19 merebak semula dalam masyarakat, kenapa baru sekarang ia disedari?
Mengapa ia tidak difikirkan sebelum mengemukakan cadangan untuk membubarkan DUN kepada Yang Dipertua Negeri Melaka?
UMNO mahu apa sebenarnya di Melaka ini?
Logiknya, berikutan sudah hilang kuasa di Melaka itu, jika ingin berkuasa semula, mestilah perlu ada pilihanraya diadakan.
Namun, di sebalik saranan menangguhkan PRN, Sulaiman yang sudah hilang sokongan itu juga tidak sepatutnya dicadangkan untuk terus mentadbir negeri atas nama kerajaan sementara.
Dalam hal ini, meskipun beberapa pimpinan UMNO seperti Zahid Hamidi, Najib Razak, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan lain-lain telah tampil dengan saranan menangguhkan PRN Melaka itu, Ismail Sabri Yaakob selaku Perdana Menteri dan Pengerusi MKN tidak seharusnya tunduk kepada kemahuan mereka.
Oleh kerana DUN telah diumum dibubarkan, walaupun proses paling munasabah sebenarnya ialah hanya menukar Ketua Menteri, PRN negeri harus diteruskan dengan pengundian mesti diadakan dalam tempoh 60 hari setelah tarikh pembubaran pada 4 Oktober.
Yang penting, MKN dan SPR harus menetapkan peraturan dan SOP khusus untuk berkempen dan pengundian dalam PRN Melaka ini.
Jika Ismail Sabri tunduk dengan mengikut saranan beberapa pemimpin UMNO yang mahu PRN ditangguhkan dengan mengisytiharkan darurat, ia bukan saja bermakna beliau tidak ubah seperti Mahiaddin Md Yasin yang mempergunakan darurat untuk kepentingan mengekalkan kuasa, malah lebih menunjukkan Perdana Menteri berada di bawah telunjuk Zahid Hamidi dan juga Najib.
Sebagai Perdana Menteri, Ismail Sabri harus memperlihatkan dirinya bebas daripada pengaruh sesiapa.
Tambahan lagi, urusan PRN Melaka adalah urusan UMNO di bawah Zahid Hamidi dan bukan urusan kerajaan Keluarga Malaysia pimpinannya.
Kalau BN tidak menang pun di Melaka nanti, Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO dan Pengerusi BN yang akan lebih menanggung bebannya dan Ismail Sabri tidak boleh terkait apa-apa dengan kekalahan itu. – ShahbudinHusin 07/10/2021.
BOB KELANANG
NOR AZIMAH RAZALI
Masa PRU14.. Rakyat Melaka tolak Pa$ 100%... 24 kerusi semua kalah
MUKHLIS EDY
Pendirian YB SELALU SEBUT babiii !!!
Meskipun perlaksanaan ketetapan putus hubungan dan tiada kerjasama antara UMNO dengan Bersatu sepatutnya hanya berkuatkuasa apabila PRU15 diadakan, tetapi Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi nampaknya mahu ia lebih awal dikuatkuasakan.
Berdepan PRN Melaka yang bakal diadakan tidak lama lagi, beliau berkata, no way untuk UMNO bekerjasama dengan Bersatu dalam pilihanraya tersebut.
“Saya minta maaf, no way,” katanya dengan tegas.
Seterusnya, Zahid Hamidi mahu melihat UMNO melalui PRN Melaka dan tanpa bekerjasama dengan Bersatu, partinya masih mampu bangkit dan menjadi pilihan pengundi.
Penegasan Zahid Hamidi ini dengan sendirinya memberi jawapan terhadap kenyataan beberapa pemimpin Bersatu sebelum ini yang masih berharap ada kerjasama dengan UMNO bagi menghadapi PRN Melaka.
Dengan itu, tidak perlu lagi bagi Bersatu terus terhegeh-hegeh mengharapkan kerjasama dengan UMNO.
Bersatu sebaiknya melupakan terus UMNO dan mula mengumpul kekuatan sendiri bersama parti-parti dalam gabungan PN sama ada untuk mendepani PRN Melaka ataupun PRU15.
Lebih daripada itu, penegasan Zahid Hamidi dengan jawapan “no way” itu adalah suatu penghinaan terang-terangan kepada Bersatu.
Bersatu seolah-olah begitu hina di mata UMNO dan Zahid Hamidi sehingga diberi jawapan kasar “no way” untuk bekerjasama, sedangkan mereka masih bersama-sama dalam kerajaan yang sekarang ditunjangi oleh UMNO
Dengan ini, masihkah lagi ada “way” untuk Bersatu terus bersama dalam kerajaan yang ada sekarang?
Tidak bimbangkah Bersatu dengan penghinaan lain yang bakal menyusul selepas ini daripada UMNO, maklumlah kerusi Perdana Menteri sudah ada dalam genggaman mereka? – ShahbudinHusin 07/10/2021.