Covid 19: Ujian ubat Ivermectin tak tahu, nak pakai ubat Merck pula?
Keputusan ujian klinikal ke atas ubat melawan virus Covid 19 yang dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak bulan Jun lalu masih belum diumumkan, kini kerajaan akan menjalankan ujian ke atas pil Merck pula untuk rawatan pandemik.
Setiausa NGO Otai Reformis 1998, Abdul Razak Ismail mempersoalkan tujuan kerajaan menjalankan ujian ke atas Ivermactin tetapi kemudian seolah-olah ingin menggunakan pil Merck pula dalam merawat pesakit.
“Kita dah tukar Menteri Kesihatan yang baru
“Nak tanya Ketua Pengarah KKM. Apa keputusan ujian klinikal pil Ivermectin yang dibuat sejak Jun lalu?
“Kot nak tunggu lepas Krismas 25 Disember baru nak umumkah?
“Atau (seperti kata) Khairy Jamaluddin kerajaan sedang berunding untuk pil Merck jadi alternatif (Ivermectin) untuk ubati (pesakit) Covid 19?” tanyanya dalam catatan di Facebook.
Sebelum ni, Ivermectin didakwa banyak digunakan oleh rakyat Malaysia secara tanpa perskrispi bagi rawatan Covid 19 ringan tanpa pergi ke klinik. Berikutan itu KKM menjalankan ujian untuk menentukan sama ada ubat berkenaan berkesan membunuh virus Covid 19.
Bagaimanapun, India yang diserang teruk oleh Covid 19 varian Delta pada pertengahan tahun ini menunjukkan perkembangan positif ke atas penggunaan besar-besaran Ivermectin dalam merawat pesakit Covid.
Berbanding Amerika Syarikat yang rakyatnya telah disuntik 80% vaksin jangkitan masih di paras tinggi dengan 9,789,943 kes aktif. Manakala India telah menunjukkan situasi jangkitan yang rendah dengan hanya 250,440 kes daripada 1.1 bilion populasi negara itu.
Malaysia pula masih mempunyai 132,175 kes aktif berbanding Indonesia yang hanya 28,381 kes aktif biar pun pernah menjadi negara nombor 1 paling teruk ditulari virus Covid 19 di ASEAN awal 2021