ALAAA...HANGPA MAAFKAN LAH DIA- JANGAN IKUT NUSI.DIA SUKA MELAWAK DAN TIDAK SEKOLAH TINGGI...JADI..BIARKAN DIA..TAK LAMA LAGI DIA TINGGAL GUSI

 

Panas! Sanusi diingatkan supaya jaga adab



Panas! Sanusi diingatkan supaya jaga adab


Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor dinasihatkan menjaga adab dengan negeri jiran dengan tidak mengungkit mengenai isu pajakan melibatkan Kedah dan Pulau Pinang.

Yang Dipertua Persatuan Sejarah dan Peradaban Pulau Pinang (Peradaban), Datuk Abdul Kader Md. Ali berkata, isu berkaitan dengan pajakan Pulau Pinang itu tidak sepatutnya diketengahkan lagi memandangkan kesemua negeri di Malaysia telah pun merdeka dan berada di bawah satu Persekutuan.

“Kita ini berada dalam satu persekutuan, bukan satu negeri asing dan kena ada permuafakatan di antara negeri-negeri.

“Memang ada perkara ini (pajakan), tetapi tidak perlu pun diketengah kerana adab berjiran perlu dijaga terutama oleh seorang pemimpin tertinggi negeri, dulu isu air dia timbulkan sekarang isu pajak pula,” katanya ketika dihubungi di sini hari.

Sebelum ini, di dalam Sidang Dewan Undangan (DUN) Kedah, Muhammad Sanusi mengingatkan Pulau Pinang adalah negeri yang dipajak dari  Kedah dan tidak sepatutnya mencampuri urusan kerajaan negeri terbabit.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Tan Sri Mohd. Yussof Latiff berkata, sepanjang beliau aktif di dalam isu-isu kemasyarakatan tidak ada satu pun Menteri Besar Kedah sebelum ini bertindak mengungkit mengenai isu pajakan antara Kedah dan Pulau Pinang.

Katanya, ini kerana semua pihak telah sedia maklum sebelum abad ke-18, Pulau Pinang sebenarnya terletak di bawah jajahan Kedah.

“Sehinggalah ke penghujung abad berkenaan, Francis Light mendapatkan Pulau Pinang secara tipu muslihat sehingga menyebabkan Pulau Pinang terpaksa diserahkan kepada British.

“Namun, setelah kita capai kemerdekaan sewaktu ucapan Tunku Abdul Rahman di London, dia menyebut pihaknya telah tebus balik Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang termasuk di dalam Persekutuan Tanah Melayu,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Yussof berkata, sebagai pemimpin tertinggi Kedah, Muhammad Sanusi perlu menguruskan negeri masing-masing dengan sebaik mungkin.

“Berunding secara baik dan berhemah, kita pegang jawatan pun sementara sahaja jangan jadikan ia (pajakan) satu isu hingga jejaskan hubungan baik antara Kedah dan Pulau Pinang.

“Ini soal adab, hormat-menghormati antara satu sama lain, kita kena buat sebaik mungkin untuk negeri yang kita tadbir, jangan ungkit perkara lampau hanya sebab politik,” katanya.

Sumber | UTUSAN

TAK HABIS LAGI KISAH ANAK BERANAK DIDAKWA MENYAMUN NI- TU PUN MACAI DOK LAGI PANGGE BOOSKU -APA PENCURI PANGGE BOSS...

 

Saman 1MDB: Anak tiri Najib diarah fail pembelaan sebelum 25 Okt



Saman itu difailkan 1MDB dan tiga subsidiarinya terhadap Riza Shahriz Abdul Aziz dan dua syarikat miliknya berkaitan dakwaan salah guna dana bagi membiayai penerbitan filem serta membeli hartanah.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi mengarahkan Riza Shahriz Abdul Aziz, anak tiri bekas Perdana Menteri Najib Razak memfailkan pernyataan pembelaan bagi saman USD248 juta (RM1 bilion) terhadapnya.

Saman itu difailkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan tiga subsidiarinya terhadap Riza dan dua syarikat miliknya berkaitan dakwaan salah guna dana bagi membiayai penerbitan filem serta membeli hartanah.

Semasa dihubungi Bernama, peguam Hariharan Tara Singh, mewakili Riza dan dua syarikatnya sebagai defendan, berkata anak guamnya telah diarahkan oleh mahkamah supaya memfailkan pernyataan pembelaan sebelum 25 Oktober.

“Mahkamah juga menetapkan 9 November untuk pengurusan kes selain mengarahkan pihak-pihak berkenaan memfailkan sebarang permohonan interlokutori sebelum 8 November,” katanya selepas pengurusan kes melalui e-review di hadapan Timbalan Pendaftar Syeela Marlina Uttaman.

Hariharan berkata, defendan melantik Tetuan Scivetti and Associates sebagai peguam cara mereka manakala beliau dilantik sebagai peguam utama dalam saman itu.

1MDB dan tiga subsidiarinya iaitu 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited dan 1MDB Energy (Langat) Limited sebagai plaintif, memfailkan writ saman pada 7 Mei melalui Tetuan Shearn Delamore & Co, menamakan Riza dan dua syarikatnya, Red Granite Pictures Incorporated dan Red Granite Capital Limited, sebagai defendan pertama dan ketiga.

Syarikat-syarikat itu turut menamakan firma guaman yang berpangkalan di New York, Shearman and Sterling sebagai defendan keempat.

Dalam writ saman itu, syarikat berkenaan mendakwa pada 2011 dan 2012, Riza serta dua syarikatnya menerima dana kira-kira USD250 juta daripada 1MDB dan tiga subsidiarinya, yang didakwa disalah guna apabila defendan menggunakan dana tersebut untuk kepentingan peribadi dan untuk kepentingan rakan sekutu mereka, termasuk bagi membiayai penerbitan filem dan pembelian pelbagai harta tanah.

Syarikat-syarikat tersebut mendakwa Riza, yang mengendalikan dua syarikat Red Granite, semestinya mengetahui bahawa wang yang berpunca daripada 1MDB disalahgunakan untuk kepentingan mereka.

Oleh itu, plantif memohon perisytiharan bahawa Riza bertanggungjawab di atas salah guna dana itu dan penggunaan dana yang tidak adil serta memohon pembayaran balik dana yang disalahgunakan itu.

Pada 10 Mei, Kementerian Kewangan mengesahkan 1MDB dan SRC International Sdn Bhd (SRC) telah memfailkan 22 tuntutan sivil untuk mendapatkan kembali aset dengan jumlah keseluruhan melebihi RM96.6 bilion, termasuk kira-kira RM300 juta tuntutan terhadap pelbagai pihak tempatan.

Menurut kementerian itu, writ saman itu difailkan pada 7 Mei terdiri daripada enam oleh 1MDB dan 16 oleh SRC.

Writ saman yang difailkan oleh 1MDB adalah terhadap sembilan entiti termasuk dua institusi kewangan asing dan 25 individu manakala writ yang difailkan oleh SRC adalah terhadap 15 individu dan lapan entiti atas pelbagai kesalahan.

Isu istana lama hendak dilelong: Muhaimin dedah satu sekretariat Pemuliharaan Khazanah Teluk Intan ditubuh

 

Isu istana lama hendak dilelong: Muhaimin dedah satu sekretariat Pemuliharaan Khazanah Teluk Intan ditubuh


Sekretariat Pemuliharaan Khazanah Teluk Intan

Hujan renyai-renyai malam Selasa ini mengiringi diskusi kami bagi masa hadapan pekan dalam menghargai khazanah bangsa. Tidur dan berehat-rehat bukanlah pilihan kami waktu begini.

Kami bersetuju untuk bentuk Sekretariat Pemuliharaan Khazanah Teluk Intan untuk memastikan khazanah tempatan tidak hilang, musnah atau diperlakukan sewenang-wenang oleh pihak tertentu. Ini bukan permulaan.

Ini bukan soal istana raja terbiar atau rumah agam mahu dilelong. Ini adalah soal identiti bangsa yang tahu menghargai khazanah berzaman.

Di Teluk Intan, selain istana Raja Muda yang khabarnya hendak dilelong, sejarah landasan keretapi lebih 100 tahun. Khazanah juga tidak sekadar monumen lama tetapi juga termasuk kebijaksanaan tempatan yang tidak dipelihara. Begitu juga khazanah alam. Di Teluk Intan, ada Sungai Perak, Pulau Bangau yang menjadi transit burung-burung dari benua luar.

Itu khazanah kita semua.

Kami mengalu-alukan sebarang sokongan dan dorongan dari semua pihak. Sekretariat ini diketuai seorang peguam muda, Amir Khusyairi dan dibantu anak-anak muda yang bertenaga Ahmad Munzirie,
Hafiz Ishak, Razaligh Hamzah, Mohd Azmi Yusof dan Nassir.

Biarlah hamba menjadi penyair menyusun bait-bait puisi buat azimat kaki dan otak bergerak. Degup jantung kami sudah sederap kaki kami melangkah.

Sumber | Muhaimin Sulam



BIASANYA ANWAR AKAN MEMBUAT KENYATAAN BERDASARKAN MAKLUMAT SAHIH.

 


Tok Pa nafi kerajaan belanja RM2 bilion untuk buku RMK12, harap Anwar perbetul kenyataan







Mustapa Mohamed berharap Anwar Ibrahim dapat memperbetulkan kenyataannya bagi mengelak persepsi negatif terhadap pegawai Unit Perancang Ekonomi (UPE) Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan kerajaan.

PETALING JAYA: Kerajaan tidak pernah membelanjakan RM2 bilion bagi menyiapkan buku Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) seperti didakwa Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Mustapa Mohamed, berkata perancangan pembangunan negara untuk lima tahun itu disediakan pegawai Unit Perancang Ekonomi (UPE) Jabatan Perdana Menteri (JPM) bawah seliaannya.

“Penyediaan RMK12 melibatkan kos yang amat kecil untuk sesi libat urus, cetakan dan perunding media.

“Saya berharap Anwar dapat memperbetulkan kenyataan beliau bagi mengelakkan persepsi negatif terhadap pegawai UPE JPM dan kerajaan,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dalam perbahasan RMK12 di Dewan Rakyat mendakwa, sejumlah RM2 bilion diberikan kepada konsultan untuk menyiapkan buku RMK12.

SETISP SENTUHAN DIA NI PASTI ADA BEKAS. LAPORAN SPRM TERHADAP ANNUAR MUSA

 


Isu pemberian tanah: Laporan SPRM dibuat terhadap Annuar Musa



Isu pemberian tanah: Laporan SPRM dibuat terhadap Annuar Musa

Seorang ahli Amanah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan dakwaan mengatakan Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa telah membantu pemberian sebidang tanah kerajaan kepada sebuah syarikat swasta ketika masih menjadi Menteri Wilayah Persekutuan.

Ketua Amanah Bahagian Bandar Tun Razak Hayatul Kamil Termudi mendakwa Ahli Parlimen Ketereh itu telah mengeluarkan sepucuk surat sokongan terhadap syarikat swasta terbabit.

Hayatul berkata salah seorang daripada pengarah syarikat itu mempunyai hubungan saudara-mara dan jiran kepada Annuar.

“Saya percaya Annuar menyalahguna kedudukan sebagai menteri dengan memberi surat sokongan,” katanya kepada pemberita di pejabat SPRM pagi tadi.

Menurut Hayatul, tanah berkeluasan 2.9 ekar itu terletak di Lot 131, Jalan Peel, Kuala Lumpur.

Katanya, syarikat terbabit tidak layak untuk memperolehi tanah berkenaan kerana ia tidak “mempunyai modal yang baik” untuk melaksanakan sebarang projek di tapak berkenaan.

“Syarikat swasta itu tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam pembangunan hartanah dan hanya mempunyai modal berbayar sebanyak RM100,” katanya.

Bagaimanapun, Hayatul berkata Annuar telah mengeluarkan satu lagi surat lain baru-baru ini, yang menarik sokongan kepada syarikat itu selepas menerima kritikan daripada ahli politik, badan bukan kerajaan (NGO) dan beberapa pihak berkepentingan lain.

“Saya bimbang sekiranya surat terbaharu itu dikeluarkan terlalu lewat dan syarikat telah pun diberi tanah terbabit.”

Beliau menggesa Menteri Wilayah Persekutuan yang baharu, Shahidan Kassim untuk meneliti dakwaan itu.

FMT tidak mendedahkan nama syarikat sementara menunggu ulasan mereka selain telah menghubungi Annuar untuk mendapatkan komen beliau.


KARTUNIS ZUNAR BUAT LAPORAN POLIS KE ATAS WALAUN DAN MACAI YANG MENGUBAHSUAI LUKISAN KARTONNYA ATAS UNSUR FITNAH

 



THE CASE OF STEALING AND FORGING MY CARTOONS BY UMNO & PAS SUPPORTERS

*Assets at the end of the article

Today, I have filed a police report at Ibu Pejabat Daerah Polis Brickfield regarding the stealing and the forging of my cartoons. Report number PANTAI/008319/21

These activities were carried out by Umno and Pas supporters in their WhatsApp group.

I am the sole holder of all rights of my cartoons.

In the report, I named the individual with the mobile number +60 1137117917 with the digital name Fairosmohamme
as well as five admins of the WhatsApp group, “UmnoPas Jom Ranapkan PH” as a party that’s responsible for stealing and forging my cartoons.

I have given details of their mobile numbers to the police.

Hence, I want the police to investigate and take action against those individuals.

Enclosed here are my original cartoons as well as the forged cartoons and the screenshot of the WhatsApp group. (Media are free to publish this).

I also would like to thank those who came forward to provide that information to me.
Besides that, I have also discussed with my lawyer of the possibility of filing a civil suit against them for copyright infringement under the Malaysian Copyright Act 1987.


KES KECURIAN DAN PEMALSUAN KARYA KARTUN OLEH PENYOKONG PAS & UMNO

*Aset di hujung artikel

Hari ini saya telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Polis Brickfield, dengan nombor report PANTAI/008319/21

Laporan itu berhubung dengan kecurian dan pemalsuan karya-karya kartun saya oleh penyokong-penyokong Umno dan Pas.

Saya adalah pemegang hak cipta tunggal kepada kartun-kartun saya.

Dalam laporan tersebut saya menamakan individu yang mempunyai nombor telefon +60 1137117917 dengan nama yang tertera ialah Fairosmohamme dan lima lagi admin dalam admin sebuah Whatsapp group sebagai pihak yang bertanggung jawab mencuri dan memalsukan karya-karya saya.

Mereka juga telah menguplaodkan kartun-kartun yang dicuri dan dipalsukan itu di whatsapp group bernama “UmnoPas Jom Ranapkan PH.”

Nombor telefon bimbit individu tersebut serta lima orang adminnya, telah saya serah secara lengkap kepada pihak polis.

Ekoran itu, saya mahu pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap individu-individu berkenaan.

Di sini dilampirkan kartun-kartun asli saya, berserta dengan kartun-kartun yang telah diciplak serta screen shot butir-butir whatsapp group tersebut. (Media diberi kebenaran untuk menyiarkan foto-foto ini).

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pihak yang tampil memberi maklumat ini kepada saya.

Selain itu, saya sedang berbincang dengan peguam dan menimbangkan akan mengambil tindakan mahkamah terhadap individu-individu tersebut kerana telah melanggar hak cipta di bawah Copyright Act 1987 (Akta Hak Cipta).


Assets / Aset

The following are the assets that were stolen.
Berikut adalah aset yang telah dicuri.

Kes curi #1 – Original artwork: https://www.zunar.my/project/malaysia-dulu-harimau-asia/
Kes curi #2 – Original artwork: https://www.zunar.my/project/hutan-dibotakkan-takdir-disalahkan/
Kes curi #3 – Original artwork: https://www.zunar.my/project/pm-the-clueless-cabinet/

Additional Details / Maklumat Tambahan

Admin Pictures
Gambar admin


Official Police Report



Jawapan Orang yang tidak beriman,

 

Mohd Ezam Noor


JawapanOrang yang tidak beriman,

Arak dan judi bukan hukum Allah swt kah?
Mengkianat rakyat bukan hukum Allah kah?
Mengguna duit masjid untuk kepentingan politik PAS Bukan hukum Allah swt kah?
Solat menunujuk-menunjuk dalam Mediasosial bukan hukum Allah swt kah?
Menjual agama Islam demi politik bukan hukum Allah swt kah?
Begitulah penganut-penganut PAS Men3 PAS bila dah salah guna hukum Allah swt.
Hanya Orang munafik mutazilah berfahaman wahabi yang mengamalkan Cara sebegini.

May be an image of 1 person and text that says "12:09 08% Home News More ASROM NEWS Latest Stories Most Read BASTY ADVERTISEMENT Discover ASNEWS Saya hanya langgar undang undang ciptaan manusia bukan hukum Tuhan .Pas bertanya, zaman PH tak hapus judi? .Cabutan judi dinaikkan untuk bayar gaji Menteri .MB dungu dari Kedah .AsrimNews kekal dihadapan"

Tangguh projek mega, tumpu RMK12, Anwar beritahu kerajaan



Parlimen harus digunakan sepenuhnya dan menuntut RKM12 beri tumpuan dan jika perlu, tangguhkan projek besar, kata Anwar Ibrahim. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menggesa kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob menumpukan kepada pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) yang dibentangkan semalam.

Katanya, fokus utama perlu diberi untuk menjayakan RMK12 dengan menangguh segala projek mega kerajaan dan kembali kepada rakyat.

DEMIKIANLAH PENUNGGANG AGAMA

 May be an image of 2 people and text


MOHD MUKHLIS


Bab maysir special draw naik 22 kali pun lebai tak boleh settlekan lagi, mai pula bab arak@khamar.
Tahniah la Menteri Agama Deris Dhuha. Ini kut transformasi yang dia janji dalam masa 5 hari. Betulpun cakap Mentega, UMNO al fulus fil fil duniya, wal mampus fil akhirah. Cumanya dia lupa nak cakap yang "lebai al-maysir wal khamar fil duniya wal mampus fil akhirah".
Hebat
boleh check in sama-sama dengan UMNO nanti.
Sekarang ini semua dosa-dosa besar yang depa dok jaja dulu depa pakat buat. Bezanya dulu berapi-rapi sebab jadi pembangkang, sekarang takut MCA tak redha nanti elaun GLC hilang.
Demikianlah penungang agama.

HENTAM DUIT RAKYAT MELALUI CUKAI

 

Mohd Muklis


Tiba-tiba saya teringat kisah Imam Nawawi bila Khalifah ingin mengenakan cukai pada rakyat atas alasan berperang dengan orang Mongol dan ucapan terkenalnya masih segar seperti di bawah.

"Aku mengetahui bahawa kamu (Sultan Al-Malik Al-Zahir) dahulunya seorang hamba tawanan dan tidak mempunyai sebarang harta benda. Tetapi dengan pertolongan Allah kamu telah menjadi seorang raja. Aku mendengar bahawa kamu ada memiliki seribu orang hamba, tiap seorang mempunyai beberapa ketul emas. Manakala 200 orang khadam wanita milik kamu masing-masing mempunyai barang-barang perhiasan yang bernilai.
"Andai kata kamu membelanjakan kesemua itu untuk keperluan perang sehingga mereka tidak lagi mempunyai barang-barang itu, maka aku bersedia memberikan fatwa untuk membenarkan kamu mengambil harta rakyat.
Tapi Kerajaan Melayu Isley, belum apa-apa suruh rakyat menderma untuk krisis Covid, dalam masa yang sama pemimpin mereka bermewah-mewah besarkan kediaman.
Jangan di tanya pada Lebai, nanti mereka akan keluarkan dalil mengharuskan pembaziran duit rakyat demi kediaman mewah Perdana Menteri.
May be an image of Adnan Amran and text


DULU PUN DAH KEMARUK DUIT UMNO

Mohd Mukhlis

 

Kecoh kes P45 langgar double lane, 9 tahun lepas boleh redha plat PAS17 di saat guru PASTI bergaji RM150. Lebai dan kereta mewah, berpisah tiada.

PS: waktu ini ATGNA masih lagi hidup, puak-puak yang pelahap duit UMNO semuanya berlakon jadi macam serigala berpakaian biri-biri. Tapi Un tetap di pajak otak, tak kiralah bila zamannya pun.



May be an image of text that says "ON THIS DAY 9 years ago Mohd Mukhlis Mohd Sharif September 28, TheYellowBoutique September 28 2012. Ramai juga ahli pas yang rasa gaji RM150 untuk guru pasti tu logik.Gua raikan semangat Zuhud di kalangan ahli ..a pimpinan PAS boleh tiru semangat ahlinya.Pla PAS 17 tu sila lelong balik lah. Share"


TAKUT KENA HENTAM DENGAN PEMBANGKANG, WAKIL KERAJAAN HANYA 5 ORANG SAHAJA

 

Hanya 5 wakil kerajaan hadir ketika Anwar bahas RMK12, mana bakinya, soal pembangkang





Nga Kor Ming berkata, ketiadaan majoriti Ahli Parlimen kerajaan di Dewan Rakyat ketika Anwar Ibrahim membahaskan RMK12 hari ini menunjukkan mereka seolah-olah tidak menghormati institusi Parlimen negara. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming kecewa dengan majoriti wakil rakyat kerajaan yang tiada dalam Dewan Rakyat ketika Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim membahaskan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

Katanya, hanya lima menteri dan timbalan menteri yang hadir ketika Anwar berbahas dan tidak sejajar dengan langkah transformasi Parlimen yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

Beliau berkata, tindakan Ahli Parlimen kerajaan itu menunjukkan mereka seolah-olah tidak menghormati institusi Parlimen negara.

“Kabinet kita yang paling besar dalam dunia, iaitu 69 menteri dan timbalan menteri. Saya rasa adalah penting dalam aspek transformasi Parlimen, apabila ketua pembangkang berucap, bolehkah kita tetapkan sekurang-kurangnya menteri dan timbalan menteri hadir untuk dengar perbahasan ketua pembangkang?

“Ini adalah sebahagian usaha transformasi Parlimen kerana ini merupakan kod etika cukup asas, tetapi tidak dipatuhi.

“Pagi ini saya berasa sedih apabila ketua pembangkang berucap, hanya lima individu di blok kerajaan. Ke mana perginya lebih 60 menteri dan timbalan menteri yang lain?” soalnya ketika mencelah perbahasan RMK12 Anwar di Dewan Rakyat.

Nga turut mendesak tindakan diambil ketua hhip kerajaan kerana ia adalah amalan demokrasi untuk menghormati institusi Raja berperlembagaan, iaitu demokrasi berparlimen.

Anwar bersetuju dengan pandangan Nga dan berkata, ketika Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan, beliau tidak meninggalkan dewan bagi mendengar perbahasan ketua pembangkang ketika itu.

DIDOAKAN SEMOGA TUHAN. bERI DIA PENGAJARAN DIATAS FITNAH YANG DIUCAPKAN.


MOHD SHAH RIM


Untuk info, Tar Senik telah disaman oleh YB Dusun Tua kerana menyiarkan posting fitnah.. doakan dia mam..



 May be an image of 1 person and text that says "Mokhtar Dup 4h Esok sehingga 30. sept kes saman Seorang pemuda DAP terhadap saya akan mula dibaca di Mahkamah Kuantan. Mohon doa semua teman2 dan sahabat. UMS UMS Kuantan Pahang 27.Sept.2021 380 57 Comments .6 6 Shares"

Ku Li dedah Umno tak bersungguh mahu putuskan hubungan dengan Bersatu

 

Pembentukan kerajaan baharu tidak menunjukkan kesungguhan kepimpinan UMNO hari ini untuk memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai mana yang dikehendaki oleh Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Tengku Hamzah berkata, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob gagal menterjemah kehendak akar umbi yang menolak Bersatu dalam sebarang bentuk kerjasama.

“Tiada makna PAU 2020 meluluskan satu usul nak memutuskan sebarang kerjasama dengan Bersatu.

“Sedangkan apa yang diwujudkan sekarang ini kerajaan gantian tidak membayangkan kita sudah bercerai atau putus hubungan dengan Bersatu.

“Bukan saya ada apa-apa terhadap Bersatu, tetapi semangat itu tak dizahirkan oleh penubuhan kerajaan baharu.

“Nampaknya tak diterjemahkan sebagai mana yang dihasratkan oleh ahli-ahli di peringkat akar umbi,” katanya dalam program Owh MG terbitan MalaysiaGazette, semalam.

Kesal dengan pendirian itu, Tengku Razaleigh bertindak meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO, berkuatkuasa 20 September lalu.

Tambah beliau, bukan beliau sahaja berasa kecewa berhubung perkara itu tetapi banyak pihak turut merasainya dan ia seperti menukar gambar atau ‘bermain bayang’ yang menyebabkan ramai tidak berpuas hati.

Menurutnya, apakah ini had kemampuan dan kebolehan UMNO pada masa ini.

“Kalau saya terus jadi pengerusi penasihat, tak upaya saya mengubah perkara penting seumpama ini iaitu menterjemahkan keputusan usul yang diluluskan oleh PAU 2020 sebulat suara.

“Tak perlu saya kekal di situ lagi, saya tak upaya lakukannya, baik saya tarik diri itu tujuan dan sebab sebenar saya berundur,” katanya.

Tengku Razaleigh mendakwa, tindakan Ismail Sabri melantik menteri dan timbalan menteri dalam Kabinetnya dalam kalangan kerajaan terdahulu selah-olah UMNO merestui kerajaan gagal.

“Mengapa kerajaan yang ditolak oleh rakyat disifat sebagai kerajaan gagal, ditubuh balik, cuma bertukar jawatan atau portfolio sahaja menteri di kementerian A pergi ke kementerian B, ada B pergi ke A,” ujarnya.

Tengku Razaleigh berkata, rakyat tidak bodoh dan tidak boleh diperbodohkan kerana banyak nyawa melayang akibat pandemik Covid-19.

“Kita serius, setiap hari beratus mati, kes jangkitan Covid-19 beribu, 17,000, 18,000 sehingga 22,000 pada satu ketika, negeri-negeri pula naik beribu, Sarawak lebih 2,000 sehari, Selangor begitu juga.

“Saya rasa kita tak boleh main-main, ini tanggungjawab kita untuk menyelamatkan nyawa rakyat,” katanya.

Beliau berpendapat, rakyat akan marah dan kecewa kepada jika kerajaan memandang rendah terhadap masalah kehidupan mereka.

Katanya, langkah untuk mengatasi krisis kepercayaan rakyat terhadap UMNO hanya melalui Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Serah balik mandat kepada rakyat, biar rakyat menentukan siapa yang layak diangkat sebagai kerajaan baharu, itu sebaik cara, ikut proses demokrasi.

“Kerana Covid-19, mungkin kempen pilihan raya akan mendedahkan banyak pihak yang terlibat dalam proses pilihan raya kepada jangkitan penyakit berjangkit ini boleh membahayakan ramai rakyat.

“Mungkin kita cari jalan juga suatu hari nanti bagaimana kita dapat mengatasi masalah ini kalau kita mesti juga adakan pilihan raya dengan cepat,” katanya.

DULU JAJA PH JUAL..SEKARANG MELAYU ISLE PUN NAK JUAL JUGAK ?



MUKLIS EDY


 Dulu

PAS & UMNO kata semua asset negara dah dijual PH
Kini
Asset strategik untuk dijual oleh PAS & UMNO ..
Semua kena kencing atas nama bumiputra. Percaya sangat kat UMNO & PAS, lingkup Ekonomi habis semua harta dijualnya 😁😁😁...



May be an image of 1 person and text that says "mk malaysiakini Malaysiakini (BM) @mkini_bm Kerajaan mahu jual aset GLC tak strategik, keutamaan untue Bumiputera Translate Tweet malaysiakini.com Kerajaan aan mahu jual aset GLC tak strategik, keutamaan untuk Bumiputera 7:56 AM 28 Sep 21 dlvr.it"