Buka sekolah elok ditunda ke Januari tahun depan ! .. kata Tok Mat Bomoh.



Tok Mat Bomoh tak setuju sesi persekolahan mula dibuka pada 3 Oktober ini. Ada banyak sebab yg dia tidak setuju.


Mengikut ramalan dan projection Tok Mat Bomoh (TMB), masalah gejala COVID di ketika itu masih lagi pada paras ganas dan bukannya kendur. Jadi, apa pasal mencari pasal memperjudikan nasib murid2 dan para pelajar mempertaruhkan nyawa dan kesihatan mereka yg rata2 umur masing2 di level itu sangatlah terdedah dan vulnerable kpd ancaman COVD-19.


Lagipun kerajaan maupun kementerian pendidikan masih lagi tidak bersungguh2 dlm menyediakan perancangan2 yg sebaik mungkin sebagai satu langkah 'contingency' utk menyelamatkan ratusan ribu penuntut2 sekolah.


Setidak2nya kerajaan atau kementerian seharusnya bersiap siaga dgn ratusan ribu pil2 haiwan sebagai pre-emptive measures sebelum terjadinya tsunami COVID ke atas murid dan pelajar2 sekolah.


Walaupun ubat pil haiwan itu terus menerus cuba dinafikan oleh pihak berkuasa .. tetapi kehadiran ubat ivermectin itu sangat2 diperlukan sebagai langkah mandatori utk persediaan awal menyelamatkan keadaan sekiranya ratusan ribu pelajar sekolah terus menerus terancam oleh virus2 COVID dari pelbagai varian. Ada ke kita mempunyai ubat alternatif yg lain?


Ini pendapat Tok Mat Bomoh. Dia bukan seorang bomoh, tapi orang yg saja2 gelarkan dia Tok Mat Bomoh. Dia sebenarnya adalah seorang pesara tentera. Itu je .. yg nak dikobakan .. Amacam?


Tanah Haram Musang King pun salah DAP ?Melayu malas gitu lah...

 MALAY DRAMA, THE VICTIM


C N P dr WA


Tanah Haram Musang King pun salah DAP ?


Tadi tiba tiba ada walaun PAS menyelit komen tanya pasal Musang King, aku mulanya malas nak komen pasal kes ni.. Bila dah tanya, aku jawab lah.. Ni nak habaq.. Masalah tanah kat Pahang tu dah berpuluh tahun..sejak bila DAP perintah Pahang ? try tanya Tuan Ibrahim..


Hat Pertahan hak pekebun tu bukan saja DAP..tapi MCA pun..tapi bani melayu PAS UMNO dok nampak DAP.. cerita tanah peneroka..hat takda geran ni, bukan jadi pada cina jer..di Kelantan..Tanah Ladang rakyat pun jadi perkara yg sama..Tanah yg diusahakan org kampung..diambil alih oleh Kerajaan.. bukan cerita kaum.. ini isu Tanah..biaq depa selesai..


Dalam Malaysia ni..mana mana Negeri, Hal ehwal Tanah ini adalah kuasa MB.. nak pinda atau beri tanah kuasa MB, Agensi Tanah pun bawah MB.. Kerajaan Pusat kalau nak buat Jalan atau lebuh raya pun kena runding dengan Negeri..Kalau dah berani cina tu tanam durian Musang King beribu ekar tu.. adalah yang payung.. dan yang payung, dah tentu ada kuasa...


Orang dok kata surat Kuning..agaknya sebab nama dia Royal, aku tak tahu lah.. selalunya yg main surat kuning ni orang Politik jugak.. sandar atas nama Istana.. Masa isu Bauksit dulu..org kata Surat Kuning..isu Tanah sayur Cameron Highland tu, org kata Surat Kuning.. Balak di Pahang pun, sampai ada org kata ada watak Tengku Wong pun, ada org kata Surat kuning.. 


yang yer nya bukan lah kerja Istana...tapi kerja orang Politik.. sapa lagi kalau bukan UMNO..apa hangpa ingat, tanam Durian Musang king tu 2-3 bulan dah tumbuh keluar buah ? Jadi sapa dok payung depa.. Ladang Sayur tu, baru hari ni ker depa tanam.. jadi sapa Payung.. jadi apa kena dengan DAP.. depa ada kuasa ker bagi tanah, Payung depa ni.. ?


Jadi sekarang ni tauke Musang king nak bawa kes ke Mahkamah.. Apa hangpa ingat Kerajaan Negeri berani lawan ? hangpa ingat depa berani hadap Mahkamah..karang satu satu nama keluar... semua surat keluar, Surat biru..surat kuning..surat merah.. jangan risau, nanti hat keluar nama dalam Mahkamah, takda sorang pun bani DAP..semua bani melayu..


Renti rentilah salahkan cina... Salahkan DAP.. Ni nak habaq, awat tak tanya ? Jasa sapa satu gunung Genting tu dapat kat tauke judi Lim goh Tong ? kerja lim kit siang ker..atau Lee Kuan Yew.. dah tentu bani Melayu.. tu jasa Tan Sri Haji Mohamed Noah Omar, Dulu Gunung Genting tu sebahagian milik Kerajaan Selangor..Tapi Tun Razak bantu pujuk datuk harun bagi tanah tu kat Lim Goh Tong..


Tahu tak berapa luas tanah genting tu, 12 ribu ekar dalam kawasan Pahang.. 28 ribu ekar dalam Wilayah Selangor... sapa yang ada Saham dalam Genting yang ada kepentingan atas Kasino Judi terbesar di Asia Tenggara ni ? Yayasan Noah.. Sapa Tan Sri Noah tu.. dia tu Tok sedara Najib Razak ngan Hishamuddin.. dulu org dedah kan depa ni pun ada waris saham dalam Yayasan Noah.. Betul atau tidak.. tak tau lah...


Ini contoh mudah bagi bani Melayu faham..Sebelum ini pun sapa jadi Tim Pengerusi Genting ? Pemimpin DAP ker.. ? Tak.. Tapi Bekas Ketua Polis Negara, Ketua Polis Negara ni cina ker ? tak...nama dia  Tun Hanif Omar..  sebelum tu tokoh UMNO..


Jadi toksah sembang lah pasal mesin slot judi hat kecik kecik ni..Asri Janggut ker..Asri Jambang ker.. Tok wan ker..Tok Ki ker..toksah sembang lah.. nak lawan Judi apa jadah, kalau hat mantan Ketua Polis Negara dulu pernah jadi pengerusi Syarikat hat dikaitkan dengan Judi dan Kasino Genting....


Baru baru ni dalam Berita Harian di dedahkan hasil kejayaan Vincent Tan, Salah satunya Vincent Tan ni menguasai Peranginan dan Pulau di Terengganu.. Sapa gadai Pulau pada Vincent Tan ? Lim Guan Eng ker.. tak... kata Vincent Tan hat jual kat dia Kerabat jugak..tau tau kerabat mana..


Vincent Tan kata salah satu pulau hat dia beli dengan harga RM 2 juta.. tau berapa luas dgn harga RM 2 juta tu ? 60 Hektar.. Jadi 1 Ekar tak sampai RM 15 ribu.. Ni bukan tanah Sawit dalam hutan banat kat Sarawak yg dijual Tabung Haji.. ni Pulau tepi pantai..


pulau ni giler punya cantik, tepi pantai..tepi laut dijual dengan harga RM 2 juta..Sapa jual ?  cina ker.. Tak... Bani Melayu.. Negeri Haji Hadi..bukan negeri DAP... Nak tengok pulau dan Resort Berjaya kat Pulau redang tu, Search lah The Taaras Beach & Spa Resort.. dulu nama Berjaya..


Sudah sudah lah mainkan sentimen Cina..DAP..semua benda nak salah kan DAP.. Padehal dalam sejarah Negara kita hat gadai Tanah Rezab Melayu.. Tanah Melayu ni bani UMNO.. sejak bila DAP perintah Pahang.. Sejarah negara kita ni semua kuasa ,negeri dikuasai UMNO.. sejak Merdeka lagi.. Penjajah terus wariskan pada UMNO..


Ni nak habaq.. hat jual tanah pada Tauke Judi adalah pemimpin UMNO.. hat rasmi Kilang Arak pun Pemimpin UMNO.. tapi yg disalahkan tetap DAP.. tak ker giler puak ni.. :)


Awg koloiba

😁😂


PEMINTA SEDEKAH ADA RUMAH DAN KERETA MEWAH..PENYOKONG YANG TAKSUB SENGKEK...

 

Norshidah Mohd Daud.


Gambo ni Kak Ani baru ambik 5min td gaisss





Kadang sian tgk post Ahmad Albab walaun bodo ngadu keta dia rosak

Dahla keta lama, buruk, asyik rosak pulak

Pastu bodo2 p bg duit kak Tar Snake celake ni

Dahla pakai keta mewah, bukan 1 je keta dia

Umah pun beso, jauh nk banding ngan Ahmad Albab  Muhammad Yahya walaun bodo ni


Ahmad Sharill Sharill, pasni kalau ada org susah area sini, kau suruh diorang berbaris je depan umah bini muda Tar Snake tu

Aku pun xleh nk tlg byk mana gak

Aku sendiri x pakai keta2 Hellfire Alphard CRV semua tu

Bil api aku bayo sendiri, x mintak sedekah org


Aku ni walau org p sedekah duit atau makanan kt adik aku yg Oku tu, aku rasa malu wei

Malu sangat2

Sebab aku & abah aku mampu sara dia


Ni dok umah beso, keta mewah 3 4 bijik, bil api pondok sendiri p mintak sedekah org

Celake punye kemetot

KITA UP LAGI SEBAB SAMBUNG KONTRAK

 


Pelantikan Muhyiddin kesinambungan tugas dimulakan beliau, kata PAS



Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata semoga gandingan Muhyiddin Yassin bersama Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengharapkan segala usaha dan perancangan memulihkan negara berjalan lancar.

PETALING JAYA: Pelantikan Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) sebagai suatu kesinambungan tugasan yang telah dimulakan bekas perdana menteri itu, kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Hadi berkata, ia bersesuaian dengan pengalaman Muhyiddin dalam menangani pandemik Covid-19.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin atas pelantikan sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Negara.

“Semoga gandingan beliau bersama YAB perdana menteri mengharapkan segala usaha dan perancangan memulihkan negara berjalan lancar, demi menjamin kelangsungan hidup dan kestabilan ekonomi rakyat,” katanya di Facebook.

Semalam, Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali mengumumkan Muhyiddin dilantik sebagai pengerusi MPN.

Zuki berkata, jawatan itu bertaraf menteri, dengan keputusan melantik Muhyiddin dibuat oleh Jemaah Menteri pada mesyuarat Rabu lalu.

Pelantikan itu juga telah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Zuki yang juga setiausaha Jemaah Menteri berkata, pelantikan itu dibuat atas dasar keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Muhyiddin untuk menerajui strategi pemulihan negara, demi mencapai impak ekonomi terbaik dan memulihkan semula kehidupan rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

MPN ditubuhkan Julai lalu bagi memastikan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) berjalan lancar dan mengukuhkan lagi strategi kawalan wabak Covid-19.

Ia dianggotai wakil sektor swasta, pakar industri, dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk berkongsi pengalaman serta nasihat dalam pelbagai aspek PPN bagi membolehkan Malaysia keluar daripada pandemik secara sistematik dan selamat.

JANGAN BIARKAN IANYA DIAMBIL DEMI KEPENTINGAN GOLONGAN MAHA KAYA

 

Selamatkan Hutan Simpan Kuala Langat Utara

Share on Whatsapp Share on Facebook Share on Twitter Share via Email

Mari kita bersama-sama berganding bahu dalam menyelamatkan Hutan Simpan Kuala Langat Utara daripada dimansuhkan!


Description: https://www.greenpeace.org/static/planet4-malaysia-stateless/2020/10/8fbf1ff9-pertahankan-hsukl-logo-png--1024x724.png


Logo gabungan Pertahankan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (PHSKLU)


Berikutan dari sesi pendengaran awam pada akhir bulan September 2020 yang lepas, sebuah gabungan tindakan, diberi nama PHSKLU atau Gabungan Pertahankan Hutan Simpan Kuala Langat Utara, telah dibentuk terdiri dari pelbagai individu dan kumpulan untuk menggembleng usaha masyarakat sivil bagi mempertahankan Hutan Simpan Kuala Langat Utara dari penyahwartaan oleh Kerajaan Negeri Selangor. 

Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU), yang telah di wartakan pada awal 1920 an telahpun mengecil sebanyak 97% dari saiz asal. HSKLU adalah hutan paya gambut yang mempunyai keunikan biodiversiti dan fungsi ekosistem yang penting untuk penduduk sekitar Banting dan Kuala Langat. Lebih penting, hutan ini juga adalah tanah adat bagi komuniti Temuan yang adatnya dan kehidupannya bergantung kepada hutan ini lebih dari 120 tahun. Kehilangan hutan ini bukan sahaja satu pelanggaran hak asasi manusia dari segi hak tanah, tetapi juga hak  untuk hidup dalam persekitaran yang bersih dan selamat. 

Fasa 2 bermula sekarang! Mari bersama kami menghantar email kepada MB dan ahli-ahli EXCO Selangor supaya mereka menghentikan niat untuk menyahwartakan HSKLU dengan segera. Klik disini dan hantar emel. 

HANTAR EMEL DI SINI

Kongsikan isu ini di FacebookInstagramTwitter and Tik Tok.

Garis Masa Penolakan Penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU)

 


SELAIN KUAT BERUSAHA ..MEREKA RAJIN DAN TAK DUDUK SAJA...

 


HAMDAN TAHA

Ramai orang cina dan bukan melayu berjaya mengumpul kekayaan dunia kerana

1. Mereka memang setiap hari berusaha ke arah itu

2. Mereka bijak merapatkan diri dengan orang yang berkuasa,sama ada orang politik mau pun pegawai kerajaan

3. Mereka juga bijak mengunakan raja raja dan sultan sultan dari sebelum merdeka sampai lah merdeka yang ke 64

4. Mereka tidak ada istilah Halal dan Haram yang penting duit dan kaya

5. Kerana semua di atas maka mereka berjaya membuat jaringan yang besar dalam perniagaan

Jadi yang kaya kan mereka di malaysia adalah,orang melayu bukan orang cina atau india

Kenapa kita nak marah mereka pula

Apa saja mereka nak dalam negara kita mereka dapat,tak boleh guna orang politik guna istana


GARANG BARU LANTIK...TAKUT TERGUGAT KOT...KUASA AGONG JUGA TITAH SURUH ADAKAN PENGESAHAN DALAM DEWAN...LUPA KA BUAT BUAT LUPA..

 

Kuasa mutlak Agong lantik PM, tak perlu undi percaya, kata PAS



PAS berpandangan tiada keperluan membentangkan usul undi percaya pada sidang Parlimen akan datang, kata Naib Presiden PAS, Idris Ahmad.

PETALING JAYA: Tiada keperluan membentangkan usul undi percaya pada sidang Parlimen yang akan bersidang pada 13 September nanti, kata Naib Presiden PAS, Idris Ahmad.

Beliau berkata, perkara itu dilihat berasaskan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan kuasa melantik perdana menteri di bawah Yang di-Pertuan Agong.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu berkata, perkara itu juga jelas mengikut pandangan pakar undang-undang.

“Apabila kuasa melantik perdana menteri merupakan bidang kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong maka sepatutnya tak perlu ada undi percaya. Pendirian saya sepatutnya begitu,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Semalam, Peguam Negara Idrus Harun berkata, pelantikan perdana menteri baharu tidak memerlukan keabsahan oleh mana-mana pihak selain daripada Yang di-Pertuan Agong.

Idrus berkata, sekiranya pelantikan perdana menteri yang baharu masih memerlukan keabsahan oleh mana-mana pihak selain daripada baginda, ini bermakna kuasa mutlak Agong boleh diatasi oleh pihak lain.

Pada 18 Ogos lalu, Agong bertitah perdana menteri yang dilantik menerusi surat akuan ahli Dewan Rakyat hendaklah “secepat mungkin” mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat.

Istana Negara dalam kenyataan pada tarikh itu berkata langkah itu bertujuan mengabsahkan individu berkenaan mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen ke-14 yang dipinda ke tarikh 13 September hingga 12 Oktober depan selama 17 hari memperlihatkan usul undi percaya terhadap perdana menteri tiada dalam aturan persidangan.

ALHAMDULILLAH....TAKBIRRRRRR

 

Menteri ucap syukur kepada Allah kerana Genting dah boleh dibuka. Ini semua keberkatan kerajaan melayu Isle yang menteri agamanya dari puak lebai. Tunggu apa lagi walaun, takbir lah!!!

May be an image of text that says "MALAYSIA MD dateline HOME BERITA VIDEO RENCANA CIE GENTING BERHAD Alhamdulillah Genting Highland dah boleh dibuka, kata Menteri Pelancongan Oleh MALAYSIA DATELINE September 2021"

OWHHH...DERHAKA LA TU NAMA NYA YE ? CAM MAIN MAIN JE DENGAN YDPA

 


HAMZAH RIE NA


Akur je la Titah Diraja tu..

Kenapa takut sangat nak absahkan pelantikan PM di Parlimen tu.

Tak serik² buat kerja bangang dan menyusahkan rakyat.

#KerajaanGagal2.0

#KerajaanDerhaka2.0

SR

May be an image of 2 people and text that says "Kerajaan Derhaka 2.0 astro AWANI Sinar eperluar bsahkan pelantikan PM terpilih menerusi SD perlu kemuka usul undi percaya di Parlimen Agong Negara >BERITA NASIONAL Tiada keperluan absahkan pelantikan PM: Peguam Negara Harits Asyraf Hasnan Ogos MYT September 2021 SR suararakyat Sidan Idrus Harun Azhar Harun Dah lupa titah YDP Agong meminta PM absahkan sokongan di Parlimen?"

 

UMNO KALAU TAK BAZIR DAN JEMPUT KRONI BUKAN NAMA UMNO LAH


May be an image of 6 people, people sitting and text that says "3 Penasihat Khas Menteri Kesihatan? SR PENASIHAT1 MENTERI DATUK HAJAH ROSNAH ABDUL RASHID SHIRLIN ENAS IHAT KHAS MENTERI KESIHATAN MALAYSIA KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN PAPAR 2TIMBALAN MENTERI PENASIHAT 3 Dimishtra Steven PENASIHAT 2 Mohamad Iruan Zulkefli Apa keperluan Khairy sehingga terpaksa melantik 5 'pembantu' dalam kementeriannya?"


HAMZAH RIE NA


Gaji Menteri Kesihatan:

RM 61,188.22

Gaji Timb. Menteri Kesihatan 1:

RM 45,347.65

Gaji Timb. Menteri Kesihatan 2:

RM 49,647.65

Berapa byk lagi duit rakyat jadi mangsa digunakan utk bayar gaji penasihat² KJ tu?

Lantik politaik UMNO sbg penasihat menteri kesihatan utk apa?

Adakah makcik UMNO itu lebih cerdik bijak dari KJ sehingga terpaksa lantik beliau utk menasihati KJ?

SR

 

ELOK LAH GANTI..NAMPAK LEBIH JANTAN DARI YANG ADA...

 Panas! Azalina bakal ganti Azhar sebagai speaker Dewan Rakyat yang baru?



Panas! Azalina bakal ganti Azhar sebagai speaker Dewan Rakyat yang baru?

Umno mencadangkan Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said sebagai speaker Dewan Rakyat yang baru, kata sumber.

Ini ketika speaker parlimen Azhar Harun berhadapan sekurang-kurangnya 15 usul daripada penggubal undang-undang yang mahu speaker Dewan Rakyat ditukar.

Menurut sumber dalaman parti itu, Azalina menjadi calon pilihan Umno selepas berpendapat jawatan berkenaan perlu diterajui parti tersebut.

“Kerajaan hari ini bukan kerajaan Perikatan Nasional. Ini kerajaan ‘Keluarga Malaysia’ dipimpin oleh Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob.

“Umno berpandangan jawatan speaker perlu diberikan kepada parti kami.

“Umno lihat Art (Azhar) Harun sebagai ‘orang Bersatu’,” kata sumber itu yang tidak ingin mendedahkan namanya itu.

Azalina merupakan timbalan speaker era pentadbiran PN yang meletak jawatan pada Ogos lalu selepas kerajaan pusat baru diterajui oleh Ismail Sabri.

Terdahulu, Azalina disebut-sebut akan dilantik sebagai menteri undang-undang.

Pun begitu, namanya tidak disenaraikan dalam barisan kabinet diumumkan oleh Ismail Sabri.

Dalam pada itu, dua ahli Majlis Tertinggi Umno turut mengesahkan parti memilih Azlina sebagai calon speaker baru.

“Ya, Azalina dipilih. Presiden masukkan usul cadangan,” kata salah seorang ahli MKT yang tidak mahu mendedahkan namanya kepada Malaysiakini.

Malaysiakini sedang menghubungi Azhar untuk mendapatkan pengesahan.

Sidang Dewan Rakyat – yang pada mulanya dijadual bermula 6 September hingga 30 September ditangguh seminggu.

Melalui notis kepada ahli parlimen, Setiausaha Dewan Rakyat Nizam Mydin Bacha Mydin memaklumkan sidang akan datang bermula pada 13 September sehingga 12 Oktober.

Azhar sebelum ini berkata dia menyerahkan kepada perdana menteri baru untuk memutuskan sama ada khidmatnya masih diperlukan sebagai speaker Dewan Rakyat untuk persidangan sesi parlimen akan datang atau sebaliknya.

HAI...GUNA KUASA CARI LINE GAMAKNYA

 

Tidak menunggu lama, JAKIM terus anjur program di kawasan menteri agama bertanding


Tidak menunggu lama, JAKIM terus anjur program di kawasan menteri agama bertanding



Hari ini saya di Bukit Gantang, menyampaikan bantuan Musa’adah Banjir di Mukim Matang,

Saya juga sempat meninjau Masjid Tengku Menteri di Taiping yang dilanda banjir baru-baru ini.

Turut bersama saya Tuan Haji Imran bin Haji Ibrahim, Penolong Pengarah Kanan Unit Takmir Bahagian Pengurusan Masjid JAKIM dan Ustaz Mohd Faisal Abd Rahman Pengerusi Agrocare.

Program ini anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM, Yayasan Waqaf Malaysia, Pertubuhan Khadijah Prihatin Taiping, Pertubuhan Kebajikan Al-Amal Larut, Matang dan Selama serta Persatuan Kebajikan Asas Tani Malaysia (AGROCARE).


PADAN LA DENGAN MUKA KAU- DAH ORANG PECAT ELOK LA JOIN DENGAN LOKMAN ADAM TUBUH PARTI BARU- PFN...KEH..KEH..KEH

 

Isu pemecatan: Papagomo sifatkan Asyraf Wajdi tidak jujur, putar belit fakta

Harits Asyraf Hasnan
Isu pemecatan: Papagomo sifatkan Asyraf Wajdi tidak jujur, putar belit fakta
Menurut Papagomo, isu sebenar ialah kelantangannya mengkritik Presiden yang mana Asyraf Wajdi sendiri hubunginya untuk dia berhenti mengkritik sebaliknya menyokong Presiden. - Foto Wan Muhammad Azri
KUALA LUMPUR: Bekas Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris hari ini menempelak ketua pergerakan itu, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.
Wan Muhammad Azri yang dikenali sebagai Papagomo menegaskan, Asyraf sepatutnya jujur dan tidak memutar belit fakta berkenaan punca dia digantung keahlian selama enam tahun.
"Sampai hari ini Lembaga Disiplin UMNO tidak memanggil saya. Saya nak merayu apa, sedangkan keputusan telah dibuat, saya digantung.
"Bagi saya, kenyataan yang dibuat Asyraf merupakan satu penafian yang mana dia cuba menutup isu sebenar.
"Isu sebenar ialah kelantangan saya mengkritik Presiden (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi). Dia (Asyraf) sendiri hubungi saya untuk saya berhenti daripada kritik Presiden sebaliknya menyokong Presiden.
"Bagi saya, yang salah tetap salah, betul tetap betul," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan yang dibuat Asyraf Wajdi yang memaklumkan tindakan menggantung keahlian individu tertentu dalam UMNO bukan disebabkan kelantangan mengkritik mana-mana pemimpin, sebaliknya kerana melanggar tatasusila dan disiplin parti.
BACA: Asyraf Wajdi nafi tindakan gantung keahlian disebabkan kelantangan mengkritik
Mengulas lanjut Wan Muhammad Azri berkata, kenyataan Asyraf Wajdi kononnya laporan terhadapnya dibuat oleh akar umbi juga merupakan satu kekeliruan.
Berdasarkan maklumat yang diterimanya, salah satu laporan yang dibuat terhadapnya dilakukan oleh Pemuda UMNO Malaysia sendiri.
"Saya tak dipanggil bela diri langsung sehingga hari ini. Tiba-tiba saya telah dikeluarkan oleh Asyraf Wajdi dari 'group WhatsApp' Exco Pemuda UMNO Malaysia yang mana Asyraf sendiri pun tak maklum kepada saya atas alasan apa saya dikeluarkan.
"Kemudian baru tersebar cerita saya digantung dan saya dapat surat penggantungan.
"Malah sampai hari ini pun Asyraf Wajdi sebagai Ketua Pemuda UMNO tak menghubungi atau mesej saya," katanya.

Isu keabsahan bukan keperluan undang-undang, cuma asas moral kepada kedudukan PM - Aziz Bari

 


Abd Razak Mohd Ali
Isu keabsahan bukan keperluan undang-undang, cuma asas moral kepada kedudukan PM - Aziz Bari
Abdul Aziz Bari berkata isu keabsahan bukan isu undang-undang, tetapi lebih bersifat politik atau asas moral kepada pelantikan dan kedudukan Perdana Menteri. -Gambar fail
IPOH: Kenyataan media Jabatan Peguam Negara semalam berhubung keabsahan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri menggambarkan kekeliruan dan kecelaruan dari sudut perlembagaan khususnya dalam proses tersebut.
Ketua Pembangkang Dewan Negeri Perak, Abdul Aziz Bari ketika berkata demikian menjelaskan bahawa isu keabsahan (legitimacy) bukan keperluan undang-undang.
Menurut beliau, apa yang menjadi persoalan ialah isu yang lebih bersifat politik atau asas moral kepada pelantikan dan kedudukan Perdana Menteri.
“Seruan supaya diadakan usul percaya (motion of confidence) adalah supaya pelantikan tersebut disahkan.
“Meskipun ia bukan keperluan undang-undang, ia tidak bertentangan dengan mana-mana peruntukan Perlembagaan,” katanya dalam kenyataan, di sini.
BACA: Tiada keperluan mengabsahkan pelantikan Perdana Menteri - Peguam Negara
Bahkan, kata beliau, dengan adanya amalan tersebut sebelum ini, khususnya pada 1976 dalam pelantikan Tun Hussein Onn sebagai Perdana Menteri ketiga, ia sudah menjadi sebahagian daripada amalan dan tradisi Perlembagaan negara.
Abdul Aziz berkata, Yang di-Pertuan Agong sendiri telah menyarankan usul tersebut dan kenyataan Peguam Negara adalah aneh dan menimbulkan persoalan.
“Ini dengan sendirinya menolak andaian Peguam Negara yang usul berkenaan mempersoal kuasa Yang Di-Pertuan Agong.
“Sepatutnya Peguam Negara menyokong cadangan yang jelas boleh menyuburkan tradisi perlembagaan negara,” ujarnya.
Menurutnya, Peguam Negara perlu sedar bahawa Perlembagaan tidak terbatas kepada peruntukan yang ada semata-mata dan segala amalan yang selari dengan Perlembagaan juga perlu diperkasakan.
Terdahulu, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun berkata, tiada keperluan untuk mengabsahkan pelantikan Perdana Menteri dan kerajaan yang telah dibentuk baru-baru ini.
Beliau menegaskan pelantikan Perdana Menteri dan pembentukan kerajaan yang dibuat sebelum ini mengikut lunas undang-undang.

KALAU PERKHIDMATAN DAH HALAI BALAI SAIA...JANGAN KEMPEN SOAL KAUM....MELAYU ..MELAYU...SENDIRI PUNYA KELEMAHAN..ORANG LAIN PULA SALAH..BERSAINHLAH CARA SIHAT.

 


Kak Ida Abdullah

Alahai...apa pulak kaitannya dengan bangsa..takde kena mengena langsung..

Ini bisnes ..pos laju bisnes..shoppe bisnes..JnT pun bisnes..


Dalam bisnes ni siapa yg beri servis yg tip top..itu yg menjadi pilihan orang ramai..Semua pelanggan inginkan risiko yg  paling minima dan perkhidmatan memudahkan..


Janganlah kaitkan dengan kaum..

Kita sendiri pun..kalau beli barang kat kedai makcik Kiah..harganya rm 5..tapi kalau kita beli barang yg sama di speedmart..harganya rm 3..lebih baik kita beli kat speedmart..Takde nya kena mengena dengan bangsa kaum..


Sudah sampai masanya kita perlu lebih rasional dalam menilai sesuatu..dengan mengambil kira banyak faktor yg lain selain dari faktor bangsa..


Dlm shoppe la ni pun dah xde pilihan syarikat pos yg kita nak.. selalu dulu kita pilih yg murah jer.. la ni xde pilihan..  

🤗🥰



ADA MARUAH DAN TIDAK


 

Jepun Vs Malaysia, ADA MARUAH vs TAK ADA MARUAH!

Please share.

More @ www.zunar.my

MELANTIK MAHIADDIN YANG GAGAL SEBAI PM MENJADI PENGERUSI MPN ADALAH SATU TINDAKAN YANG LEBIH 1000 KALI GAGAL BUAT ISMAIL SABRI


Mahiaddin Md Yasin sepanjang 17 bulan berkuasa dan mengetuai kerajaan PN adalah Perdana Menteri yang gagal.

Beliau gagal dalam hampir semua perkara – paling ketara dalam menangani Covid19 yang daripadanya menjalar kepada krisis kesihatan, ekonomi serta ketidaktentuan politik.

Tidak saja dengan PKP yang bersambung-sambung dan menyusahkan rakyat, kadangkala pula ketat atau longgarnya PKP itu seperti dipakat-pakatkan dengan ancaman politik yang dihadapinya.

Kalau kuat ancaman politik, maka tak semena-mena jadi ketat PKP dan bila stabil sikit politik, PKP pun segera jadi longgar.

Berikutan ancaman politik berterusan, Mahiaddin kemudian menggunakan alasan Covid19 untuk menguatkuasakan darurat yang mana tujuan utamanya bukan untuk menangani wabak itu, tetapi lebih ke arah menggantung Parlimen.

Apabila Parlimen digantung, bukan saja kedudukannya selamat, berbelanja juga semacam ada kebebasan atas alasan darurat.

Titah Yang Dipertuan Agong bahawa Parlimen harus dibenarkan bersidang ketika tempoh darurat langsung tidak dipedulikan, malah baginda kemudian bertitah sebanyak tiga kali agar Parlimen dibenarkan bersidang dengan segera dan secepat mungkin, namun tetap tak dipedulikan.

Perkara itu dengan sendirinya menyedarkan seluruh alam, termasuk gagak dan monyet di hutan, yang ditakutinya sebenarnya adalah takut hilang jawatan.

Dengan itu, hampir semua orang terus mengkritik serta menghentam Mahiaddin dan di media sosial pula hampir setiap masa sarat dengan timbunan kritikan terhadap kegagalannya itu.

Zahid Hamidi dan Najib Razak, Presiden dan bekas Presiden UMNO yang mana UMNO sendiri merupakan sebahagian daripada kerajaan PN turut tidak mampu mengelak dan akhirnya sama-sama tanpa henti melontarkan kritikan dan serangan kepada Mahiaddin.

Kedua-dua mereka juga adalah penyumbang terbesar yang bertanggungjawab menjatuhkan Mahiaddin akhirnya.

Realitinya dengan semua rentetan itu, Mahaiddin benar-benar pemimpin yang gagal dan kegagalannya tidak boleh lagi dibiarkan berlama-lama sehingga boleh memusnahkan masa depan negara.

Sepanjang 17 bulan berkuasa, boleh dikata tiada apa-apa rekod kejayaan yang boleh ditulis dalam catatan sejarah tentang kejayaannya.

Semuanya beliau gagal dan Mahiaddin adalah Perdana Menteri paling gagal dalam sejarah negara.

Apabila beliau meletakkan jawatan yang bererti dirinya sendiri tidak mampu lagi mempertahankan kegagalannya itu, seluruh negara bertukar gembira dan bersyukur dengannya.

Dengan perletakan jawatannya, beliau seharusnya diberikan masa untuk berehat sepenuhnya kerana pemimpin dan kerajaan selepasnya tidak harus terpalit lagi dengan sebarang kegagalan buruknya selama ini.

Sebab itu, apabila Ismail Sabri Yaakob semalam melantik Mahiddin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara atau MPN bertaraf menteri untuk menangani Covid19, ia bukan saja sesuatu yang pelik, malah seperti “kerja gila”.

Bagaimana seorang yang telah gagal selama 17 bulan untuk menangani Covid19 boleh dilantik semula untuk mengetuai usaha menangani wabak tersebut?

MPN ditubuhkan oleh Mahidddin tidak lama sebelum pengundurannya dengan beliau sendiri adalah pengerusinya dan jika dengan kuasa sebagai Perdana Menteri pun beliau gagal membawa apa-apa kejayaan, bagaimana sekarang Ismail Sabri boleh mengharapkan MPN berjaya dengan Mahiaddin yang hanya diberikan status menteri?

Apa yang MPN di bawah Mahiaddin mampu lakukan selepas ini atau mungkinkah MPN sekali lagi akan mencadangkan darurat dilaksanakan kepada Ismail Sabri?

Yang nyata, dengan perlantikan Mahiaddin yang gagal itu untuk mengetuai MPN, ia lebih menyerlahkan kegagalan Ismail Sabri sendiri sebagai Perdana Menteri yang belum sampai sebulan memegang jawatan tersebut.

Mahiaddin hanya gagal dalam menunaikan tanggungjwab dan melaksanakan kerjanya sehingga rakyat terbeban, marah dan susah, tetapi Ismail Sabri gagal dalam memilih orang yang betul untuk melaksanakan tugas menangani Covid19.

Pemimpin yang betul tidak mungkin melantik seseorang yang telah terbukti gagal untuk apa juga tugas, terutama sekali mengetuai semula sebuah badan yang sebelum ini telah terbukti gagal dilaksanakannya dengan kuasa lebih besar ada dalam tangannya.

Kalau dalam memilih orang yang betul untuk melakukan sesuatu kerja pun Ismail Sabri sudah menunjukkan kegagalannya, walhal itulah atas utama watak seorang Perdana Menteri yang berwibawa atau setidak-tidaknya boleh diharapkan, sudah tentu dalam hal-hal lain beliau tidak boleh lamgsung dijadikan sandaran.

Dengan kegagalan asas itu, Ismail Sabri adalah 1000 kali lebih gagal berbanding Mahiaddin.

Apakah ini tanda-tanda malang awal Ismail Sabri adalah Perdana Menteri yang lebih buruk dan lebih tak berguna lagi kepada kita rakyat pembayar cukai berbanding Mahiaddin sebelum ini? – ShahbudinHusin 05/09/2021



KENYATAAN MEDIA MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN 5 September 2021


KENYATAAN MEDIA

MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN

5 September 2021


PEGUAM NEGARA DERHAKA, LUPA USUL UNDI PERCAYA DITITAH SERI PADUKA BAGINDA?


Majlis Presiden Pakatan Harapan amat terkejut setelah meneliti kenyataan media Peguam Negara semalam, yang berkata undi percaya tidak perlu dilakukan di Parlimen apabila Dewan Rakyat mula bersidang pada 13 September ini.


Kenyataan Peguam Negara ini bertentangan dengan titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kepada semua ketua parti sewaktu sesi menghadap di Istana Negara pada 17 Ogos yang lalu.


Seperti yang terakam di dalam kenyataan media Istana Negara bertarikh 18 Ogos 2021, Seri Paduka Baginda telah bertitah bahawa “Perdana Menteri yang telah dilantik oleh Baginda menurut Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan hendaklah secepat mungkin mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat untuk mengabsahkan beliau mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.”


Titah Seri Paduka Baginda ini turut ditekankan KDYMM Seri Paduka Baginda Timbalan Yang di-Pertuan Agong, dan keperluan undi percaya ini telah dipersetujui semua ketua parti.


Penting diingatkan bahawa Peguam Negara telah hadir, menjadi saksi malah telah mendengar sendiri titah Seri Paduka Baginda sewaktu sesi menghadap ini. Di manakah logik dan kewarasan Peguam Negara apabila berkata kuasa Seri Paduka Baginda melantik Perdana Menteri boleh ditidakkan dengan satu usul undi percaya di Parlimen apabila pembentangan usul undi percaya itu dititah sendiri oleh Seri Paduka Baginda?

  

Tindakan seseorang Perdana Menteri yang dilantik Yang di-Pertuan Agong bagi menggantikan Perdana Menteri terdahulu seterusnya mengemukakan usul undi percaya di Parlimen bagi mengabsahkan sokongan majoriti adalah tindakan yang punyai duluan (precedent) di Parlimen Malaysia. 


Undi percaya pernah berlaku pada 27 Januari 1976, 12 hari selepas Dato’ Hussein Onn dilantik menjadi Perdana Menteri bagi menggantikan Allahyarham Tun Abdul Razak, dan 3 November 2003, 3 hari selepas Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dilantik menjadi Perdana Menteri bagi menggantikan Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad.


Oleh yang demikian, Majlis Presiden beranggapan bahawa kenyataan Peguam Negara bagi pihak Kerajaan ini adalah amat biadab, melanggar semangat Perlembagaan Persekutuan, malah melanggar titah dan juga derhaka terhadap Seri Paduka Baginda. 


Ini juga merupakan kali kedua Peguam Negara telah derhaka terhadap Seri Paduka Baginda, yang sesungguhnya amat mengecewakan dan beliau tidak layak memegang jawatan Peguam Negara.


Pakatan Harapan mendesak Peguam Negara meletak jawatan kerana beliau bukan sahaja telah derhaka terhadap Seri Paduka Baginda, tetapi beliau juga telah mengkhianati Perlembagaan Persekutuan dan sistem demokrasi berparlimen.


Pakatan Harapan menjunjung titah Seri Paduka Baginda bahawasanya undi percaya perlu dikemuka dan diluluskan untuk mengabsahkan Perdana Menteri ke-9 punyai kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat pada sidang Parlimen yang bermula 13 September ini. 


Perdana Menteri tidak harus mengguna pakai nasihat Peguam Negara yang salah ini sekiranya Perdana Menteri tidak mahu mengikuti jejak langkah mantan Perdana Menteri ke-8 yang mengakibatkan ketidakstabilan politik apabila keabsahan beliau senantiasa diragui dan dipertikai.


Anwar Ibrahim 

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)


Mohamad Sabu 

Parti Amanah Negara (AMANAH)


YB Lim Guan Eng 

Parti Tindakan Demokratik (DAP)

APALAH MALANG NASIBMU MELAYU

 

May be an image of 1 person and text that says "TheStar Subscriptions Log In NATION 1hago 1h ago Muhyiddin appointed as National Recovery Council chairman"


NORMAN RADZUAN

Apalah malang nasib mu Melayu

Selepas melantik pelbagai Duta bertaraf Menteri, Muhyiddin dilantik Pengerusi MPN bertaraf Menteri Description: 😂Seronok mereka kenduri duit cukai rakyat. Patut bajet berjuta2 itu boleh ambil beribu2 pekerja kontrak utk diserapkan ke jawatan tetap dlm kerajaan. Kesian beribu doktor yg masa depan masih tidak menentu kerana hanya bergelar pekerja kontrak.

Tapi sayang ibu bapa mereka memilih utk ditipu pemimpin Melayu. Pemimpin mereka berseronok seronok dgn duit rakyat anak2 mereka merempat di negara sendiri. Kesian org Melayu... mereka tak faham tindakan mereka itu merugikan masa depan mereka sendiri. Itulah Melayu yg fikiran mereka dijajah/diperbodohkan.

Ingatlah org Melayu kalian hanya digunakan sahaja. Bila mereka berkuasa mereka tak fikir pun masa depan anak2 kalian, mereka fikir bagaimana mahu agih2kan kuasa/jawatan sesama mereka. Merdekakan fikiran kalian utk masa depan anak2 kalian wahai Melayu.

 

Azalina bakal ganti Azhar sebagai speaker Dewan Rakyat yang baru?

 Panas! Azalina bakal ganti Azhar sebagai speaker Dewan Rakyat yang baru?



Umno mencadangkan Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said sebagai speaker Dewan Rakyat yang baru, kata sumber.

Ini ketika speaker parlimen Azhar Harun berhadapan sekurang-kurangnya 15 usul daripada penggubal undang-undang yang mahu speaker Dewan Rakyat ditukar.

Menurut sumber dalaman parti itu, Azalina menjadi calon pilihan Umno selepas berpendapat jawatan berkenaan perlu diterajui parti tersebut.

“Kerajaan hari ini bukan kerajaan Perikatan Nasional. Ini kerajaan ‘Keluarga Malaysia’ dipimpin oleh Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob.

“Umno berpandangan jawatan speaker perlu diberikan kepada parti kami.

“Umno lihat Art (Azhar) Harun sebagai ‘orang Bersatu’,” kata sumber itu yang tidak ingin mendedahkan namanya itu.

Azalina merupakan timbalan speaker era pentadbiran PN yang meletak jawatan pada Ogos lalu selepas kerajaan pusat baru diterajui oleh Ismail Sabri.

Terdahulu, Azalina disebut-sebut akan dilantik sebagai menteri undang-undang.

Pun begitu, namanya tidak disenaraikan dalam barisan kabinet diumumkan oleh Ismail Sabri.

Dalam pada itu, dua ahli Majlis Tertinggi Umno turut mengesahkan parti memilih Azlina sebagai calon speaker baru.

“Ya, Azalina dipilih. Presiden masukkan usul cadangan,” kata salah seorang ahli MKT yang tidak mahu mendedahkan namanya kepada Malaysiakini.

Malaysiakini sedang menghubungi Azhar untuk mendapatkan pengesahan.

Sidang Dewan Rakyat – yang pada mulanya dijadual bermula 6 September hingga 30 September ditangguh seminggu.

Melalui notis kepada ahli parlimen, Setiausaha Dewan Rakyat Nizam Mydin Bacha Mydin memaklumkan sidang akan datang bermula pada 13 September sehingga 12 Oktober.

Azhar sebelum ini berkata dia menyerahkan kepada perdana menteri baru untuk memutuskan sama ada khidmatnya masih diperlukan sebagai speaker Dewan Rakyat untuk persidangan sesi parlimen akan datang atau sebaliknya.