JANGAN BIARKAN IANYA DIAMBIL DEMI KEPENTINGAN GOLONGAN MAHA KAYA

 

Selamatkan Hutan Simpan Kuala Langat Utara

Share on Whatsapp Share on Facebook Share on Twitter Share via Email

Mari kita bersama-sama berganding bahu dalam menyelamatkan Hutan Simpan Kuala Langat Utara daripada dimansuhkan!


Description: https://www.greenpeace.org/static/planet4-malaysia-stateless/2020/10/8fbf1ff9-pertahankan-hsukl-logo-png--1024x724.png


Logo gabungan Pertahankan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (PHSKLU)


Berikutan dari sesi pendengaran awam pada akhir bulan September 2020 yang lepas, sebuah gabungan tindakan, diberi nama PHSKLU atau Gabungan Pertahankan Hutan Simpan Kuala Langat Utara, telah dibentuk terdiri dari pelbagai individu dan kumpulan untuk menggembleng usaha masyarakat sivil bagi mempertahankan Hutan Simpan Kuala Langat Utara dari penyahwartaan oleh Kerajaan Negeri Selangor. 

Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU), yang telah di wartakan pada awal 1920 an telahpun mengecil sebanyak 97% dari saiz asal. HSKLU adalah hutan paya gambut yang mempunyai keunikan biodiversiti dan fungsi ekosistem yang penting untuk penduduk sekitar Banting dan Kuala Langat. Lebih penting, hutan ini juga adalah tanah adat bagi komuniti Temuan yang adatnya dan kehidupannya bergantung kepada hutan ini lebih dari 120 tahun. Kehilangan hutan ini bukan sahaja satu pelanggaran hak asasi manusia dari segi hak tanah, tetapi juga hak  untuk hidup dalam persekitaran yang bersih dan selamat. 

Fasa 2 bermula sekarang! Mari bersama kami menghantar email kepada MB dan ahli-ahli EXCO Selangor supaya mereka menghentikan niat untuk menyahwartakan HSKLU dengan segera. Klik disini dan hantar emel. 

HANTAR EMEL DI SINI

Kongsikan isu ini di FacebookInstagramTwitter and Tik Tok.

Garis Masa Penolakan Penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU)