#MENGKRITIK ANWAR IBRAHIM


Hamdan Taha


Tajuk di atas sahaja tentulah akan menimbulkan kemarahan para penyokong tegar Anwar Ibrahim. Sudah tentu saya akan diserang habis-habisan. 


Saya bukan hendak menafikan kehebatan, ketokohan dan jasa-jasa beliau kepada agama, bangsa dan negara selama ini. Itu sudah sangat banyak dibicarakan orang. 


Saya juga menolak segala cacian dan penghinaan terhadap beliau, termasuk tuduhan liwat terhadapnya dahulu. 


Saya juga kagum dengan ketinggian ilmunya, prinsipnya menolak rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang semakin membarah kini, serta pembelaannya terhadap nasib rakyat marhaen. 


Persoalannya kenapa perjuangan politiknya belum diterima sepenuhnya oleh rakyat, khususnya orang Melayu? 


Pada PRU14, undi Melayu yang memihak kepada PH hanya 27%. PH memerlukan sekurang-kurangnya 35% undi Melayu jika mahu menang solid dalam PRU15 nanti. 


Saya cuma berfikir di luar kotak dan memberanikan diri meluahkan apa yang terbuku di hati. Mungkin kritikan ini boleh dijadikan muhasabah oleh empunya diri dan pendukung PH sendiri. 


Antara kelemahan Anwar Ibrahim ialah:


1. Langkah Kajang gagal kerana buat keputusan tergesa-gesa, tanpa mengambil kira pandangan orang lain. Begitu juga dengan langkah 16 September dan kenyataan terlalu yakin seperti "I have the numbers, formidable and convincing" sehingga beliau dilihat terlalu obses mengejar jawatan PM. Beliau patut mengurangkan membuat kenyataan, terutama dalam hal yang belum pasti dan boleh berubah. 


2. Terlalu obses dengan publisiti dan gelaran "crowd puller", suka sangat dengan pujian dan tepukan gemuruh hadirin. Terdapat juga ucapan retorik yang dianggap "too good to be true" seperti "hari ini kita menang, esok harga minyak turun RM1.50!". Kenyataan seperti "negara ini bukan milik orang Melayu" tidak sepatutnya diucapkan kerana ia menafikan hakikat sejarah dan mengguris hati orang Melayu. 


3. Terlalu percaya kepada musuh politik, tidak membaca muslihat di sebaliknya. Misalnya dengan surat sokongan Zahid Hamid. Dalam politik 1+1 tak semestinya 2. Ia mungkin 3, 10 atau 100, atau boleh jadi -1 (minus one). 


4. Beliau terlalu yakin dan obses pada pandangan dan kekuatan diri sendiri, sehingga meremehkan pandangan orang lain. Beliau seolah-olah mahu semua pengikutnya jadi "Yes Man" belaka. Beliau patut mendengar pandangan orang lain dan membuat keputusan secara konsensus. 


5. Ada kalanya beliau kelihatan bersikap angkuh, sombong dan lupa diri. Contohnya apabila dibebaskan (diberikan pengampunan), ucapannya bernada angkuh apabila mengatakan "lepas ini kita akan ambil Kelantan dan Terengganu". Beliau seolah-olah memperlekehkan pilihan pengundi di kedua-dua negeri tersebut. Ini amat mengguris perasaan orang Pas dan  menyebabkan mereka semakin menjauhkan diri. Beliau seolah-olah lupa jasa Pas membelanya ketika beliau difitnah dua kali sebelum ini. Apa salahnya beliau turut mengucapkan tahniah kepada Pas? 


6. Gagal menjawab tuduhan yang dia membawa fahaman "liberal". Ini berjaya dimanipulasikan oleh musuh politiknya dengan mudah. Ada juga perbuatan beliau, sebagai pemimpin Islam, yang tidak sepatutnya dilakukan seperti menari, menyanyi dan sebagainya. 


7. Anwar dilihat tidak memihak kepada orang Melayu, tetapi sebaliknya  dilihat melebihkan bangsa lain. Contohnya, beliau tidak mengkritik cara kes Adib dikendalikan, kes ratifikasi ICERD dan tidak menegur pendirian rasis DAP yang  menyakitkan orang Melayu, dll. Beliau patut menegur para pemimpin DAP supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang menyinggung orang Melayu. 


8. Selalu melantik orang yang tidak dikenali sebagai pembantu pejabat, pembantu peribadi dan sebagainya sehingga menimbulkan fitnah seperti pelantikan Saiful dan Yusof Rawther dahulu, walhal banyak lagi aktivis mahasiswa dan belia Islam yang boleh direkrut. Pelantikan Setiausaha Politik dan Pengerusi PKR Negeri Perak telah dikritik ramai, termasuk oleh Rafizi Ramli, tetapi tidak dipedulikan oleh beliau, sehingga Rafizi mengundurkan diri. 


9. Dalam pengurusan parti, Anwar tidak mewujudkan struktur parti yang cukup mantap, termasuk melatih kader-kader baharu bagi memantapkan perjuangan, khususnya melalui program latihan. Contohnya, Umno mempunyai kem sendiri untuk melatih ahli-ahlinya, dan menubuhkan "Ketua Sepuluh" atau sekarang dikenali sebagai Jaringan Rakyat (JR) yang turun ke akar umbi menyelesaikan masalah pengundi dan memantau kecenderungan politik mereka sepanjang masa.


10. Beliau kurang menghargai para pendukung tegar parti, termasuk cybertrooper yang bertungkus lumus memenangkan PH. Ketika PH menang di Selangor dalam PRU12 pada 2008 dan menang PRU14 pada 2018, para endukung parti tidak mendapat tempat. Mengurus parti tidak sama seperti mengurus NGO. 


11. Menggunakan bahasa yang terlalu tinggi (bombastik) dan sukar difahami oleh rakyat biasa. Walaupun itu bagus, tetapi apabila bercakap dengan orang biasa, bahasa dan nadanya perlu disesuaikan dengan keadaan dan tahap pemikiran pengundi.


12. Tidak ada usaha konkrit untuk melebarkan pengaruh di kalangan orang Melayu di luar bandar. Beliau patut memberikan tumpuan kepada kawasan Parlimen dan DUN di kawasan dominan Melayu, mungkin antaranya dengan meletakkan bekas pegawai tinggi kerajaan dan swasta Melayu yang dihormati di luar bandar. 


Anwar Ibrahim bukan maksum dan tidak lari daripada kelemahan dan melakukan kesilapan, sehingga tidak boleh dikritik. 


Mungkin banyak lagi kritikan yang boleh dibuat terhadap beliau, terutama oleh orang yang pernah bekerja dengan beliau. 


Para pendukung dan penyokong Anwar dan PH diharap dapat sama-sama bermuhasabah dan mengambil tindakan segera, khususnya sebagai persediaan menghadapi PRU15. Ketepikan ego dan sanjungan yang berlebih-lebihan terhadap beliau.


Jika kritikan tidak dipedulikan, percayalah, Anwar akan selamanya menjadi PM Tepi. 


Bukankah Saidina Umar al-Khattab r. a. pernah menyuruh orang menegurnya jika beliau berbuat salah? 


Maafkan saya kerana berfikir di luar kotak dan sedikit kritis. Ini hanya pandangan jujur saya sebagai pemerhati politik.


BAM AL-HAJ

#OrangKecil

#BacktoBasics

22.8.2021


Pendapat yang baik....


Jentera parti yang bagus bagus dan terbukti bagus semuanya tidak lagi bersama beliau....termasuk lah azmin ali n the geng walaupun boleh di tuduh pengkianat dan sebagainya hakikat pengerak ini sudah tidak bersama anwar dan menjadikan anwar sebagai musuh utama mereka. Ezam dan rafizi n the geng juga adalah kelompok yang di lihat di biarkan juga merugikan anwar ibrahim. Pru ke 15 lebih bahaya lagi kerana oranf melayu umno pas dan bersatu jika tidak bertembung sesama mereka kerusi amanah dan pkr banyak yang akan kalah termasuk lah sg petani dan kulim bandar baru....


Anwar ibrahim saya yakin sukar berubah kerana beliau dan dr m sama sahaja terlalu punya keyakinan pada diri terlalu tinggi....pada hal 2021 2022 nama nama mereka sudah mula tengelam bersama sejarah faktor masa....ini ada kenyataan yang wajib di terima...

ISMAIL SABRI GAGAL DALAM PERUTUSAN KHAS SULUNGNYA, SEPATUTNYA DIBUAT DALAM BENTUK PDF SAJA


Mendengar perutusan khas sulung Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob petang tadi dan kemudian meneliti semula teks ucapan bellau, saya sehingga kini masih lagi tercari-cari apa yang menarik atau barangkali ada sesuatu yang ummphhh yang cuba disampaikannya.


Sebagai Perdana Menteri yang memang diragui oleh kebanyakan orang sejak awal lantaran tidak memiliki “PM material” dalam perwatakan dan pengucapannya, kemunculan dalam perutusan khas julung kali ini sepatutnya dimanfaat dengan sebaik-baiknya.


Walaupun cuba menggambarkan dirinya seorang yang rajin bekerja kerana memulakan tugas dan menyampaikan perutusan khas pada hari Ahad, sedang barangkali beliau hanya mula mengetip punch kad pertama sebelum memasuki pejabat pada Isnin esok hari, namun disebabkan kemunculan pertama ini tiada isi yang menarik, tiada yang baru dan sekadar biasa-biasa saja, penilaian rakyat terhadapnya tetap di tahap meragukan.


Dalam kata lebih mudah, Ismail Sabri sebenarnya gagal dalam kemunculan pertama melalui perutusan khas ini.


Mengajak semua pihak bersatu dan bergerak ke hadapan, memperkenalkan konsep Keluarga Malaysia, menawarkan pembangkang menyertai Majlis Pemulihan Negara serta Jawatankuasa Khas Menangani Covid19, bercerita panjang lebar mengenai usaha kerajaan menangani wabak tersebut, bertekad bekerja bersama rakyat dan sebagainya, selain semuanya tiada yang luar biasa, ia juga pada hakikatnya langsung tidak mampu memberi keyakinan dan harapan baru kepada sesiapa yang mendengarnya.


Sekadar mengatakan memahami derita rakyat yang susah, dibuang kerja dan hilang pendapatan, disertai dengan asal usul dirinya yang berasal daripada keluarga susah, tetapi tanpa perincian yang lebih khusus tentang fokus dan perancangannya untuk memulihkan ekonomi, semuanya tidak lebih seperti kempen pilihanraya di pentas tepi bendang saja.


Lagi pun, janji-janji sebegitu sudah biasa kita dengar sejak puluhan tahun dulu lagi.


Semua pemimpin menjanjikan bekerja untuk rakyat, termasuk Mahiaddin dulu dengan ayat yang lebih sedap – kerajaan ini mungkin bukan pilihan rakyat, tetapi inilah kerajaan yang diperlukan rakyat – tapi akhirnya semua janjinya kosong belaka di mana setelah berbuih mulut pelbagai pihak menuntut itu dan ini, yang ditunaikan beliau hanya sekelumit saja.


Sebagai bekas TPM era kerajaan gagal sebelum ini, Ismail Sabri sepatutnya tahu apa yang benar-benar diperlukan rakyat dalam suasana pandemik ini, bukan mengulang perkara-perkara biasa dan janji yang kabur sifatnya.


Jika benar beliau ingin memperkenalkan konsep Keluarga Malaysia dan ingin menyelesaikan kegawatan politik yang ada, beliau sepatutnya berani mengajak semua parti untuk bersamanya membentuk kerajaan perpaduan perpaduan yang inklusif.


Sekadar mempelawa pembangkang menyertai Majlis Pemulihan Negara dan berada dalam Jawatankuasa Khas Menangani Covid19 tidak memadai dan tidak mampu membuahkan suasana politik yang aman dan nyaman buat negara sebagaimana dikehendaki Agong.


Penyelesaian untuk politik aman dan nyaman sehingga PRU15 akan datang hanya mungkin dapat dicapai dengan mengajak semua parti bergabung dalam sebuah kerajaan perpaduan agar semua pihak dapat menggembleng tenaga secara bersama menyelesaikan masalah dalam negara.


Lagi pun dengan membentuk kerajaan tipis hanya dengan 114 sokongan, sama seperti Mahiaddin sebelum ini, bersama pula watak beliau yang kemampuannya lebih diragui berbanding PM8, menawarkan kedudukan kepada pembangkang dalam sebuah jawatankuasa semata-mata bukanlah penyelesaiannya.


Mahiaddin sebelum ini pun mempelawa pembangkang menyertai Jawatankuasa Khas Bebas Darurat yang dipengeruskkan bekas Ketua Hakim, Ariffin Zakaria, lihatlah akhirnya apa jadi kepada peranan mereka?


Dijanjikan pada awalnya jawatankuasa tersebutlah yang akan menasihati Agong berkenaan bila darurat mahu ditamatkan, malangnya selain penamatan darurat tidak mengambil kira pandangan jawatankuasa itu, kedudukan Agong pun dibelakangkan bila kerajaan membuat keputusan mengenainya.


Jadi, apa jaminan pelawaan Ismail Sabri itu hanya seperti pencuci mulut yang nampak sedap dan manis, tapi tidak pun boleh mengenyangkan – sama seperti yang dilakukan Mahiaddin sebelumnya?


Yang paling ketara, di samping tidak memakai tanda nama di dadanya dalam kemunculan pertama ke seluruh negara, Ismail Sabri juga nampaknya tidak arif menyebut nama yang betul parti yang menyokong kuat dan paling awal mengangkatnya sebagai Perdana Menteri.


Tidak harus seorang Perdana Menteri menyebut nama Bersatu sekarang ini dengan sebutan PPBM, sedangkan semua orang tahu sebaik saja PH memenangi PRU14 lalu, nama Bersatu yang diharamkan penggunaannya ketika era Najib Razak dahulu telah pun dibenar menggunakan nama tersebut.


PPBM biasanya hanya menjadi sebutan pihak yang masih mahu memperkecilkan Bersatu seperti lazimnya dilakukan Zahid Hamidi dan Najib dalam posting di laman sosialnya.


Adakah Ismail Sabri secara tersirat juga mahu memperkecilkan Bersatu?


Kesimpulannya, dengan perutusan khas sulungnya yang gagal, tiada yang baharu dan tidak menjanjikan apa-apa harapan, Ismail Sabri tidak sepatutnya tergesa-gesa memunculkan dirinya secara langsung.


Seharusnya banyak kajian, penelitian dan pendapat mereka yang pakar digali terlebih dahulu agar penampilan pertamanya benar-benar ada ummphh serta kelainan.


Kalau sekadar seperti petang tadi, lebih baik dibuat dalam bentuk pdf saja. – ShahbudinHusin 22/08/2021.


JANGAN BEREBUT NAMA DAN TPM...BAIK JAGA RAKYAT, SAMA SAMA SEMBELIH AYAM CURI KE ?

 

Berebut pulak dah nama kerajaan. Pak Mail kata kerajaan Umno, sebab Umno tiada kaitan dengan PN. Abah cow pulak perasan kerajaan tebuk atap 2.0 sekarang ini adalah kerajaan PN yang gagal tu. Kalau tanya lebai Hadi, dia mesti kata ini kerajaan yang Allah pilih berdasarkan dalil bla...bla...bla....

Hahaha ..hakikatnya, letak la nama apa pun, yang pasti ini bukan kerajaan mandat rakyat pun. Bermula dari ayam yang dicuri dan dirompak, tak kira la siapa tukang sembelihnya, haram tetap haram. Benda haram tak boleh jadi halal hanya kerana pak lebai turut bantu menyembelih ayam curi.


W.FAUDZIN


May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎Muhyiddin Yassin mins Saya telah menerima kunjungan YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob di kediaman saya petang tadi. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri. Saya memberi sokongan penuh kepad আवण dan Allah akan terus membantu Keraja Perikatan Nasional menyampaikan khidmat yang terban. nada rakyat khususnya dalam tempoh pemulihan negara. Saya mendoakan semoga YAB Dato' Sri Ismail Sabri akan dapat menggalas amanah kepimpinan dengan sebaik mungkin dan mengemudi negara ke mercu kejayaan. F ج4‎"‎‎

INTERGRITI DAN IMAN

 

May be an image of 2 people, people sitting, glasses and text


MOHD MUKHLIS

Integriti tidak mungkin wujud tanpa iman yang ikhlas membentuk diri seseorang. Bahkan, integriti tidak wujud dalam diri seseorang yang tidak beriman atau seorang munafiq yang berpura-pura berlagak beriman di hadapan khalayak ramai.

Hal ini sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang mewasiatkan kepada umatnya:

أَرْبَعٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ كَانَ مُنَافِقًا خَالِصًا، ‌وَمَنْ ‌كَانَتْ ‌فِيهِ ‌خَصْلَةٌ ‌مِنْهُنَّ ‌كَانَتْ ‌فِيهِ ‌خَصْلَةٌ ‌مِنَ ‌النِّفَاقِ حَتَّى يَدَعَهَا: إِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ، وَإِذَا حَدَّثَ كَذَبَ، وَإِذَا عَاهَدَ غَدَرَ، وَإِذَا خَاصَمَ فَجَرَ.

“Empat perkara sesiapa yang ada pada dirinya (semuanya), dia menjadi MUNAFIQ sepenuhya dan sesiapa yang ada salah satu daripadanya nescaya dirinya mempunyai salah satu daripada sifat munafiq, sehinggalah dia meninggalkannya. Apabila diberikan AMANAH berlaku KHIANAT, apabila BERCAKAP dia BERBOHONG, apabila BERJANJI dia MUNGKIRI (tidak ditunaikan), dan apabila BERDEBAT dia berlaku JAHAT (bukan mencari kebenaran).” (Riwayat al-Bukhari 34 dan Muslim 58)

(Awang et al., 2021)

As simple as that, all the gist in a short paragraph

 

INTERGRITI DAN PRINSIP

 May be an image of 2 people and text


MOHD MUKHLIS


Orang tanya saya, apa ada dengan integriti? Kenapa nak bising dengan prinsip?

Kalau tiada integriti dan prinsip, jadilah seperti di bawah.

Ini dia sebenarnya harga sebuah integriti dan prinsip.

Murah di mulut, mahal dari segi perlaksanaan.

Dulu kata siapa yang keluar PAS masuk UMNO kerana projek, siap kata tak masuk akal.

Dulu sembang borang UMNO tak pernah pegang, kini PWTC jadi saksi MOU di tandatangan bersama UMNO.

Dulu bangga mati dalam PAS, kini dengan satu parti mati dalam berkawan dengan UMNO, Minta tanam satu lahad, kalau kena sebat dengan Munkar dan Nakir enta boleh kongsi kad ahli.

Tapi itulah, malaikat semua geng deme, deme sokong UMNO pun Allah bagi berkat kan?

Cumanya nak tanya bab UMNO sokong perlembagaan thoghut tu bila cancel?

BEZANYA KISAH ROMANTIKA PEMIMPIN BARU NAIK..BUKAN NAK KURANGKAN KES COVID

 May be a Twitter screenshot of text that says "Mohd Mukhlis @mohdmukhlis First day Biden inauguration, dia sembang bab bina negara, ekonomi & Demokrasi. Media kita sembang bab pendapat anak dia, romanticize pengorbanan bini dia etc. Hello, kes 22K, kematian 200 plus itu siapa nak peduli? takkan salah DAP juga? Translate weet Harian Metro @hmetromy 4h #KualaLumpur Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam hantaran di Facebook (FB) pagi tadi, menghargai pengorbanan isterinya Datin Seri Muhaini Zainal Abidin yang disifatkan sentiasa berada di sisi ketika susah dan senang. hmetro.com.my/mutakir/21... 12:01 PM Aug 22, 2021 Twitter Web App View Tweet activity 438 Retweets 9 Quote Tweets 395 Likes"


Tolong hentikan romanticize pemimpin macam ini, kita perlukan pemimpin, bukan pencarian pelakon utama untuk drama pukul 7.

People are dying everyday, kes masih tinggi, varian delta dalam komuniti, anak-anak PdPR hampir 2 tahun, pertumbuhan ekonomi 0% dan media cerita benda-benda macam ini?

Do you expect miracle akan jadi dengan sendirinya ke apa?


ALLAH TERUS LINDUNGI ANWAR IBRAHIM DARI TERJEBAK DENGAN MAINAN POLITIK YANG MENJIJIKKAN

 

Apakah perjuangan mendapatkan mandat rakyat ini harus dihentikan? Mengapa takut gagal dan terus gagal lagi? Atau, mahu dibiarkan hak rakyat ini terus dirobek dan diagihkan sesama mereka?

Aku teringat pesanan pemimpin lebai sewaktu mereka belum sesat dulu, iaitu "Allah tidak tanya kamu menang atau kalah, tetapi Allah akan tanya kamu berusaha atau tidak menentang kemungkaran, pengkhianatan dan kezaliman itu?".

Apakah maksud kezaliman? maksudnya, meletakkan sesuatu itu bukan pada tempatnya. Menjadi PM tidak dipilih oleh rakyat, umpama menjadi Imam solat yang tidak diredhoi majoriti Makmum. Imam solat bukan hanya perlu disukai atau dilantik di kalangan ajk2 masjid dan surau saja, tetapi lebih utama adalah oleh makmum solat yang diimamkannya.

PM bukan hanya naik kerana sokongan MP atau istana semata2 tetapi mesti melalui demokrasi pilihanraya. Dari rakyat, untuk rakyat dan kepada rakyat. Bukannya dari rakyat, dirampas, kemudian dipilih siapa PM dari kalangan perampas dan pengkhianat, kemudian jadi PM. Itulah kezaliman yang wajib kita lawan, tidak perlu tunggu PRU15 kerana mereka pun tidak tunggu PRU untuk berkuasa.

Allah berfirman dalam Surah Hud ayat 113;

وَلاَ تَرْكَنُواْ إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللّهِ مِنْ أَوْلِيَاء ثُمَّ لاَ تُنصَرُونَ

“Jangan kalian cenderung menyokong orang yang zalim; kelak kalian akan dibakar oleh api neraka. (ketika itu) kalian tidak akan ada selain Allah sebagai penyelamat dan kalian tidak akan mendapat apa-apa pertolongan.”

Petikan hadith;

" Sesungguhnya selepasku ini akan adanya pera pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan menolongan kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga) dan sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan akan dari kalangannya dan dia akan mendatangkan telaga di syurga. (Kata al-Haitami: Hadith ini diriwayatkan oleh oleh Ahmad, al-Bazzar dan al-Tabarani di dalam al-Kabir dan al-Ausod .

Atas prinsip itu, tepatlah langkah Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang dan Pengerusi PH terus bertindak dan berusaha sedaya upaya untuk mengembalikan hak kepada yang berhak. Kita juga zalim jika kita tidak mencegah kezaliman. Memang sukar kerana kuasa itu telah berada di tangan pengkhianat, tidak mudah untuk diambil kembali. Namun, apakah itu alasan mudah untuk kita terus benarkan mereka merobek dan mencabuli hak kita, hak rakyat yang memberi mandat?

Alhamdulillah, Allah selamatkan Anwar dari termakan pujuk rayu dan godaan kekuasaan secara jijik dan meloyakan. Allah juga pelihara kita kerana itu kita masih menentang mereka. Sebaik2 pemimpin adalah pemimpin yang paling banyak hadapi ujian dan fitnah. Sejahat2 ulamak adalah ulamak yang mendekati pemerintah yang khianat dan zalim.

WFAUZDIN NS

 

Ismail ajak pembangkang sertai MPN, Jawatankuasa Khas Covid-19

 

FMT Reporters
 -

Ismail Sabri Yaakob merayu semua Ahli Parlimen mengetepikan perbezaan dan bekerjasama untuk menyelamatkan ‘Keluarga Malaysia’.

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mempelawa parti pembangkang menyertai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.

Beliau turut merayu semua Ahli Parlimen mengetepikan perbezaan dan bekerjasama untuk menyelamatkan “Keluarga Malaysia”.

“Marilah kita, dengan fikiran terbuka dan dada yang menerima, mencungkil persamaan dengan tidak lagi menggali perbezaan.

“Kita perlu bersepakat untuk menyelamatkan keluarga kita,
iaitu Keluarga Malaysia,” katanya dalam ucapan sulung sebagai perdana menteri kesembilan hari ini.

Ahli Parlimen Bera itu berkata, beliau menggunakan pendekatan “Keluarga Malaysia” kerana frasa itu bersifat lebih inklusif yang merentasi sempadan agama, bangsa dan
kaum.

“Setiap daripada anda adalah seperti keluarga saya sendiri – sama ada anak muda, mahupun yang telah berusia.

“Kita diibaratkan saling melengkapi, umpama anggota tubuh yang saling memerlukan.”

Beliau menyifatkan dua kali peralihan kerajaan dalam tempoh sepenggal, dengan hanya berbaki 21 bulan sebelum pilihan raya umum ke-15, merugikan rakyat dan negara.

“Marilah kita bergerak ke hadapan. Kita leraikan segala perebutan kuasa politik.

“Kita bersama-sama berjuang sebagai sebuah keluarga besar yang merangkumi penjawat awam, pekerja swasta dan yang bekerja sendiri – dalam memperbaik, merawat dan memulihkan semula tanah air ini.”

Ismail berikrar akan melakukan yang terbaik demi membuktikan kepercayaan rakyat terhadap beliau tidak disia-siakan.

“Hasrat ini hanya berupaya dicapai melalui kerjasama daripada seluruh pentadbiran yang didukung oleh penjawat awam selaku tulang belakang pentadbiran negara.”

Ismail turut mengucapkan terima kasih kepada usaha bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin dan kerajaan terdahulu dalam program vaksinasi yang menyaksikan lebih 500,000 dos vaksin diberikan setiap hari.

“Saya akan memastikan setiap intervensi dan usaha kerajaan untuk menurunkan kes Covid-19 dilakukan secara lebih komprehensif.

“Ia bakal dilaksanakan melalui kerjasama strategik rentas kerajaan dengan penglibatan pemegang taruh, agensi kerajaan dan pihak swasta bagi memastikan sistem kesihatan negara kembali stabil.”

Beliau berjanji akan meneruskan usaha mencapai sasaran imuniti kelompok untuk negara beralih ke fasa pemulihan, dengan meningkatkan meningkatkan liputan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“Kita optimis melalui kejayaan program vaksinasi ini kelak, ramai yang boleh kembali menziarahi ibu bapa di kampung
halaman, meraikan perayaan dan melancong dalam negara.

“Anak muda boleh beriadah, pulang semula ke institusi pengajian tinggi, dan yang paling utama ialah anak-anak kita boleh kembali ke sekolah.

“Gambaran ini bukanlah satu angan-angan kosong kerana negara kita pernah berjaya menurunkan statistik pesakit Covid-19.”

Beliau memberi contoh keadaan di Labuan dengan jangkitan harian berkurangan secara konsisten kepada satu digit selama tujuh hari berturut-turut selepas mencapai 90% imuniti kelompok dewasa.

Untuk itu, katanya, kerajaan membeli tambahan 6 juta dos vaksin yang akan diterima awal bulan depan.

Selain krisis kesihatan, beliau berjanji akan mengurangkan kesan ekonomi berterusan dengan menumpukan usaha meningkatkan kuasa beli pengguna dan mengangkat semula sektor swasta sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara.

“Fokus usaha kita ialah rakyat yang kehilangan pekerjaan dan mata pencarian, rakyat berpendapatan sederhana, perusahaan kecil dan sederhana serta sektor perindustrian, termasuk pelancongan domestik.”

KERAJAAN KINI TENGAH KECOH KECOH. BELUM LAGI DILANTIK KABINET DAH KKECOH KECAH


1.     SAMA ADA IANYA KERAJAAN PN ATAU UMNO-MASING MASING NDAK JADI KERAJAAN.

 

2.      ADAKAH TEAM ZAHID AKAN DISINGKIRKAN ?- PADAN MUKA ZAHID .TEAM ZAHID JATUHKAN PN

 

3.     BAGAIMANA PULA TEAM AZMIN ? MAHUKAN JAWATAN TPM-BAGAIMANA PULA TEAM PPBM? GPS JUGA MAHUKAN JAWATAN.

 

4.     UMNO UMPAMA BERENANG DI TENGAH LAUTAN, BERENANG KE DARATAN , TETAPI AKHIRNYA SAMPAI DISEBUAH PULAU.

 

5.     BERAPA MENTERI , GLC, YANG AKAN ISMAIL SABRI LANTIK DEMI MENJAGA KEDUDUKAN DAN JASA SOKONGAN YANG BELIAU TERIMA.

 

6.     DALAM PPBM, UMNO 2 TEAM IAITU TEAM ZAHID YANG DIKATAKAN MEMPUNYAI 15, DAN SELEBAIHNYA  23 YANG LAIN PULA DIMANA?

 

7.      

Annuar jangka Ismail bentuk kerjasama dengan parti pembangkang, wujudkan kestabilan


facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Kerjasama itu juga akan membolehkan kerajaan di bawah pimpinan Ismail Sabri Yaakob berbeza dengan kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin, kata Annuar Musa.

PETALING JAYA: Annuar Musa menjangkakan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob akan membuat kerangka kerjasama dengan parti-parti pembangkang bagi mewujudkan kestabilan dalam negara.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata kerjasama itu penting walaupun bukan dalam bentuk kerajaan, tetapi membolehkan pembangkang memainkan peranan mereka.

“Saya rasa Perdana Menteri sudah tentu mahu satu barisan bentuk kestabilan dari segi hubungan parti-parti politik.

“Kemungkinan Ismail akan menyusuri beberapa langkah yang membolehkan satu bentuk kerjasama dengan pihak-pihak pembangkang, memandangkan kerajaan cuma ada 114 sokongan, bagi membentuk kerajaan pimpinan,” katanya dalam satu wawancara bersama Astro Awani.

Terdahulu, Ismail mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri kesembilan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Sultan Abdullah memberi perkenan terhadap pelantikan itu yang selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan.

Semalam, Istana Negara dalam kenyataannya mengumumkan pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri selepas 114 Ahli Dewan Rakyat mencalonkannya, sekali gus mendapat jumlah majoriti mencukupi untuk membentuk kerajaan.

Ismail yang juga Naib Presiden Umno dilantik sebagai Perdana Menteri baharu menggantikan Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan pada Isnin lalu.

Dalam pada itu, Annuar berkata kerjasama itu juga akan membolehkan kerajaan di bawah pimpinan Ismail berbeza dengan kerajaan pimpinan Muhyiddin.

Katanya, pendekatan itu dilihat lebih sederhana bagi mewujudkan platform kepelbagaian parti memainkan peranan dalam kerajaan pimpinan Ismail.

“Saya percaya ucapan sulung Ismail esok kepada rakyat dan negara tidak panjang.

“Di peringkat permulaan lebih ucap terima kasih dan ajak semua rakyat bersatu padu dan beri dokongan serta sokongan kepada Perdana Menteri melaksanakan tugas-tugasnya,” katanya.

PM selesaikan Undi Percaya dahulu sebelum lantik kabinet - Dr Aziz Bari

 


Perdana Menteri (PM) Malaysia yang baharu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dinasihatkan agar melaksanakan terlebih dahulu titah Yang di-Pertuan Agong melepasi Undi Percaya di Parlimen sebelum melantik anggota kabinet.



Pakar undang-undang Perlembagaan, Dr Aziz Bari berpendapat, pelantikan kabinet sekiranya mahu juga dilakukan sepatutnya terhad kepada beberapa orang menteri yang penting dalam usaha menangani pandemik Covid 19.



"Ada yang mengatakan tak payah kabinet dulu. Sebenarnya untuk lebih proper, pergi dulu (ke Parlimen). Sudah selesai masalah majoriti baru lantik kabinet.



"Sekarang pun boleh tulis nama, siapa nak dilantik. Tetapi elok pergi sana dulu, clear kan dulu, balik boleh lantik.



"Sekarang ini saya fikir bukan masalah lantik ramai-ramai. Lantik 10 orang pun boleh, bukan semestinya lantik 30 orang terus. Sekadar memadai yang sesuai, apa yang disebut war cabinet. Sebab sekarang dalam keadaan perang lawan Covid. Maknanya 10 orang memadai untuk fasa pertama kementerian atau fungsi kritikal dahulu. Tak semestinya semua," katanya dalam sesi siaran langsung Facebook, malam tadi.



Menjawab soalan netizen apakah akan berlaku sekiranya Ismail sebaliknya tidak berjaya melepasi majoriti mudah dalam Undi Percaya tersebut, Dr Aziz berkata, PM akan jatuh dan perlu digantikan oleh calon PM seterusnya.



"Habislah, kalau tak ada sokongan, habislah. Kalau dalam keadaan biasa bubar Parlimen. Dalam keadaan sekarang, pandemik, mungkin saya rasa yang terdekat ialah proses yang berlaku hari itu (pemilihan PM), yang terjadi hari itu kena buat semula.



"Cuma saya rasa dalam keadaan seperti itu, kalaulah berlaku tak susah sangat, sebab dah ada pelan B (calon PM kedua). Jadi kita tahu siapa yang patut dilantik.



"Atau masa ini sesuai untuk difikirkan soal Kerajaan Perpaduan. Maksudnya seorang PM dilantik dan kabinetnya dilantik dari kedua-dua pihak bagi menjalankan pentadbiran selama penggal Parlimen sebelum PRU.



"Bukan PM sementara tetapi bentuk Kerajaan Perpaduan yang tak ada pembangkang. Sebab orang tak mahu perintah negara dalam keadaan kritikal. Ini selalunya berlaku dalam keadaan perang, macam di United Kingdom, perang dunia I dan perang dunia II. Malah Brexit baru-baru ini pun ada juga. War cabinet itu ada," katanya lagi.



PM Ismail Sabri dijangka akan menghadapi Undi Percaya pada sesi Parlimen bulan September ini bagi mengabsahkan pentadbirannya sehingga tempoh penggal berakhir pada Mei 2023.

 


PERUTUSAN KHAS JUGA SEPERTI MAHIADIN

 May be an image of ‎1 person, standing and ‎text that says "‎يه UCAPAN PERDANA MENTERI KE-9 YAB DATO' SRI ISMAIL SABRI YAAKOB 22 Ogos 2021 (Ahad) 5:30 Petang Saksikan di: BERNAMA astro AWANI RADURAH‎"‎‎


Nampaknya Ismail Sabri cuba menunjukkan ketaatan yang tak berbelah bagi kepada Mahiaddin dengan langkah pertamanya sebagai PM ialah meneruskan gaya menyampaikan ucapan seperti memberi perutusan khas juga…





((PANAS-TERKINI)) DATO ZAHARIN: APA NASIB ISMAIL SABRI PM9?




1. UMNO AKAN KALAH TERUK JIKA  PRU 15

2. JANGAN LAGI AMBIL H2O

3. JIKA LANTIK MENTERI GAGAL AKAN GAGAL DALAM SISTEM KERAJAAN

4. KING MAKER PPBM AKAN MENIMBULKAN MASAALAH

5. 15 TEAM ZAHID AKAN MENJADI ISU . KEKALKAN PEGUAM NEGARA  YANG TIDAK CERDIK/

6. KERJAYA ZAHID HAMIDI TAMAT.





KENAPA DSAI TIDAK TERPILIH ?

 

Kak Ida Abdullah


Macam-macam info yang masuk mengenai kenapa DSAI tidak dipilih.. Bagi saya setiap rakyat yang ingin penyelesaian dari kemelut ini tahu kenapa dan siapa penghalang terbesar. Jadi jika rakyat nak juga DSAI PM Malaysia JANGAN sesekali menaruh harapan kepada bangsawan, elit, di Malaysia kerana selagi rakyat susah dan menyanjung mereka dan bertongkat kepada mereka, HANYA ahli politik pentingkan diri sahaja akan naik silih berganti.


Ahli-ahli politik keji adalah perlu kepada pihak-pihak gelojoh projek dan kepentingan mereka akan dijaga oleh ahli-ahli politik keji. Begitulah sepanjang merdeka. Semua senyuman, tindakan mesra rakyat adalah sekadar menutup hipokrasi mereka, dalam diam mencuri. Selagi rakyat hidup bermusuhan sesama, selagi itu mereka akan terus berkuasa. Perkauman. senjata paling utama mereka memecah belah rakyat Malaysia.  Realiti dalam kehidupan rakyat setiap kaum terkait dalam semua urusan. Tetapi kerana kegelojohan mereka, ketenteraman dan harmoni rakyat Malaysia wajib dicuit bagi mengekalkan kuasa.


Rakyat bodoh dan ego pula terus percaya. Dari mencari kelemahan sendiri dan bangun berubah menambah baik dan upgrade diri, masing-masing mencari alasan peluang dicuri oleh bangsa lain lalu menyimpan benci.


Tak kiralah di kampung atau dibandar jika selepas 64 tahun anda masih tidak mampu mengenali kemunafikan, kepura-puraan, penindasan, penipuan calon-calon yang parti anda senantiasa letak di tempat anda, terutama di kampung-kampung, anda bukan manusia berakal! Sekadar manusia yang enggan berfikir, yang hanya terima apa saja yang datang dan salahkan takdir dan berkata tiada daya dan upaya kerana tidak boleh melawan takdir. Anda yang pilih wakil jahat untuk berkuasa, Allah yang kamu salahkan?


Memang Rafizi Ramli mengesyorkan supaya PH berusaha lebih di kampung-kampung tetapi harus diingat PH tidak mempunyai dana besar untuk tabur dikampung-kampung. Tidak guna sebelah PH saja berusaha, sedangkan orang-orang kampung sendiri enggan berubah. Anak menantu kamu takkan tiada yang tinggal dibandar? Takkan tak dengar cerita mereka. Kamu sendiri jika seorang nelayan dan petani, apa yang telah kerajaan bantu selain subsidi untuk kamu upgrade diri?


Sebab itulah Anwar Ibrahim akan senantiasa dihalang bangsawan dan elit politik, kerana beliau in shaa Allah mempunyai idea dan perancangan mengangkat dan mengupgrade nasib penduduk desa. Formula beliau USA pun ambil dan tiru juga. Jika rakyat Malaysia enggan berubah dan dikampung-kampung masih mahu memastikan bendera dacing yang menang, maka tak guna ada pelan dan strategi terbaik dunia untuk meyakinkan mereka. Allah telah berjanji TIDAK akan mengubah nasib mana-mana hamba NYA yang degil dan enggan berubah. Nabi kita s.a.w. sendiri ummi dikalangan Quraish jahiliyah, apabila Baginda berfikir menggunakan akal cara kehidupan bangsa Baginda, Allah mengangkat darjat Baginda sehingga menjadi Rasul. Pengikut Baginda bukan dari kalangan bijak pandai dalam masyarakat waktu itu, tetapi oleh kerana sifat Nabi s.a.w. yang jujur senantiasa bercakap benar, mereka percaya.


Anehnya orang Melayu yang menipu mereka puluhan tahun, yang itulah mereka sanjung.  Rumahnya, keretanya, wangnya yang mereka sanjung! Dapat duduk dalam kumpulannya dapat rasa wap kekayaannya sudah rasa megah dan besar kepala! Pernah dengar orang selalu berkata, "saya kenal YB.... Saya orang dia. Tak da masalah, saya boleh jumpa dia, boleh itu boleh ini..." Atau, "kau jangan nak tunduk pandai, parti ini ada strartegi, bangsa kita kena pertahankan!"  Orang inilah penipu dan penindas bangsa! Jadi selagi tiada kesedaran untuk orang luar bandar bangun berubah kerana telah biasa hidup begitu sejak sebelum merdeka, adalah lebih baik PH tumpukan kawasan menang mereka dengan lebih baik SEHINGGA kawasan yang dimenangi BN menjadi cemburu dan ingin memilih selain dari lambang dacing. Ini saya perhatikan, kawasan PH pun sama sahaja, adalah lebih teruk dari BN.


PH setakat ini menang dengan isu nasional seperti rasuah dan penyalahagunaan kuasa di peringkat Persekutuan, dan orang bandar faham dan sedar jika berlarutan akan membawa kemusnahan kepada negara dalam masa jangka panjang. Namun perkara ini tidak sampai ke pendalaman. Mereka tidak tahu, kalau tahu pun mereka tidak peduli, kerana puluhan tahun itulah cara hidup mereka. Bangun pagi, buka tingkap dapur  ada sarapan, buka pintu depan ada makanan tengahari, buka tingkap kiri ada minuman petang, buka tingkap kanan ada makan malam. Setakat nak makan seharian, mereka cukup, tak seperti orang bandar yang buka sahaja pintu dan tingkap terpaksa keluar wang untuk dapatkan makanan PUN tidak mampu PH selesaikan sewaktu memerintah dulu! Saya selalu berkata, rakyat Malaysia baik, pemaaf. Sesebuah kerajaan dapat mengawal harga makanan, siapa duduk situ akan disayang oleh seluruh rakyat Malaysia. Kemudian pengangkutan awam kamu upgrade dan senangkan pergerakan, pasti kamu akan dipuji oleh rakyat Malaysia. Ini settle dulu. Tapi puluhan tahun BN tak buat apa, menyusahkan adalah. Pengangkutan mahal, perkhidmatan bas dari saya kecil sampai tua macam tu saja. Bila PH baru perintah disabotaj Atok spesis BN. Jadi bila rakyat dapat rasa perubahan? Menteri PH semua pandai-pandai belaka tapi cepat melatah, bagi bola tanggung kepada cybertrooper je pun! Ok la alasan kali pertama jadi menteri. Ok beri lagi alasan PM recycle. Tapi komen cybertrooper kau baca, komen penyokong kau, kau tolak tepi? So dah belajar kan? Bagus!


Saranan Rafizi memang seperti biasa bernas tapi beliau juga akui PH tidak cukup tenaga paling utama tiada dana. Sebab itu BN mesti pegang kerajaan di situlah dana pilihanraya mereka untuk tabur kepada pengundi mereka setiap 5 tahun. Dengan keadaan rakyat terhimpit sekarang jika mereka beri seorang RM500 sudah boleh tambah undi mereka yang PH harap untuk gandakan di PRU15. Dengan BN jangan lawan wang dan hadiah untuk pengundi, kualiti bendera yang dipasang semasa PRU yang akan berakhir dalam tong sampah pun mereka lebih ke depan dari kita.


Penyokong mereka dari kalangan professional yang menjadi 'disgust to profession' menjadi contoh kepada pengundi untuk memberi undi kepada mereka. Artis-artis tiada kualiti dari segi pemikiran tetapi popular akan menarik pengundi muda. Kerana apa? Kerana strategi PH gagal memberi awareness atau kesedaran kepada rakyat untuk berubah. Kau cerita rasuah Najib? Najib masuk kampung pipi Najib dapat dicubit Makcik sudah dapat raih undi la...


Makcik akan tanya kau baik ka? Kau pun ahli politik juga, belum dapat cerita rasuah, sudah dapat kau pun sama! Itukan tagline popular pengundi Malaysia? Bukan semua orang Malaysia mahu guna akal, dan yang berakal bukan semua guna untuk kebaikkan sejagat. Tak nampak ada profesor demi pangkat dan jawatan dalam masa 3 hari boleh berubah kenyataan? Jika orang pandai macam tu boleh manipulasi keadaan, macam mana level rakyat yang HANYA ingin keluar dari kesusahan? Tatkala poket kering, ada perasuah hulur wang, kamu datang dengan air liur, tangan siapa mereka sambut?


Rumusannya rakyat dan ahli politik bersih dari PH MESTI berganding bahu dan sedar kesusahan jika ditangani dengan cara betul akan menguntungkan, berbanding solusi sementara yang akan merugikan dalam jangka masa panjang berulang-ulang berterusan.


Jangan tanya saya bagaimana, kerana saya berfikir dan saya memang lalui kesusahan puluhan tahun bersama idealisma yang saya dokong. Kalah berpuluh kali, diejek, disindir kawan-kawan, saudara mara, walau bukan dengan kata-kata kerana mereka tidak berani bergaduh dengan saya. Saya pula bukan jenis nak paksa orang ikut atau kempen ubah. Tapi saya ada cara tersendiri apabila berhujah sekadar menyedarkan mereka. Apabila mereka diam tanda mereka faham, tapi kerana agenda sendiri mereka tetap memilih BN dari PH. Kecuali BN tak reject tender atau kontrak. Mereka sokong BN kerana keuntungan peribadi saja BUKAN kerana sayang negara! Jika sayang pun sebab mereka benci bangsa lain.


Tugas utama PH melahirkan sayang pada negara. Negara selamat, semua bangsa dalamnya selamat. Apabila setiap bangsa hanya jaga bangsanya, siapa akan jaga Malaysia? Bangsawan dan ahli politik keji lah jawapnya! Jadi dimana solusi dan kesudahannya? Inilah yang kita hadap sehingga hari ini! Sama sahaja strategi, tabur wang dan hadiah membeli undi 5 tahun sekali. Cuma wang BN lebih la, sebab hasil rompakan mereka besar da... Kita pula di pondok panas perlu pula letak tabung untuk rakyat bantu. Dulu boleh la sekarang nak bagi peminta sedekah pun rakyat dah jatuh level tu!


Fikirlah PH, kalau tak reti korang p bawa lah Rafizi tu balik. Aku sendiri dah menyampah. Siapa pun calon tak kiralah dari BN atau PH, kau bawa bendera putih apabila mau undi aku. Ada faham?



PILIH KAWASAN YANG KAMU NAK KALAHKAN

 


No photo description available.



Pesanan buat pengundi2 PH semua.Pergi daftar dekat tempat yang korang nak kalahkan, bukan dekat tempat yang korang dah menang. Contoh macam Damansara, Tony menang majoriti 100k lebih. Tapi? Masih mewakili satu kerusi je untuk pilih PM.

Advise to all PH voters.please go register to vote at parliment where theres not enough of our voters not parliment where we won GE14 with big majority like Tony Pua in Damansara with majority over 100 000 votes.whats the point winning one seat with 100 000 majority if we cant win enough seat in other parliment?

 

MAMPOIH LA PAK MAIL....SEMUA NAK JADI TPM....PAS TAK MAU TRY KA?

 HADI MUNAFIK – UMNO & BN DLM PRU 15 MERAMPAS KELANTAN & TERENGGANU DGN  SELESA


W,FAUDZDIN

Semua orang letak syarat kat pak mail sebab mereka tahu PM baru ni hanya berkuat dengan 4 orang MP je. Cuma parti lebai je malu-malu nak letak syarat sebab takut tak dapat menteri. Patutnya sebagai parti yang kononnya

Hebat dengan "king maker" nya, letak la syarat iaitu kerajaan Pak mail mesti buat RUU 355, selesaikan kes Adib yang mana kerajaan kami dulu pun tak dapat selesaikan, naikkan lagi cabutan judi kerana kerajaan kami dulu hanya dapat naikkan dari 8 kali ke 22 kali saja, tutup kilang arak, suruh pramugari tutup aurat, cari balik fatwa tentang amanat hadi yang sesat yang dikatakan hilang dari jakim, halalkan nikah di siam melalui online dan banyak lagi usaha islam yang parti lebai tak sempat buat dulu. Takkan takde syarat langsung kot? Mintak jadi menteri je ke? Isshh