Lebai Biadap! Pas kata pengumuman batal darurat lebih kepada isu teknikal

 May be an image of 4 people, including Chi Sha and text that says "MEREKA PENDERHAKA"




Biadap! Pas kata pengumuman batal darurat lebih kepada isu teknikal

Situasi yang berlaku melibatkan pembatalan Ordinan Darurat sehingga menggamatkan suasana Mesyuarat Khas Parlimen di Dewan Rakyat adalah lebih kepada soal teknikal.

Bahkan menurut Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, situasi panas dan provokasi sengaja diwujudkan oleh Ahli Parlimen pembangkang, membuatkan seolah-olah ia satu perkara besar.

Sebaliknya, Pas berpandangan, isu berkenaan boleh diperbetulkan.

“Yang saya faham dari kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Takiyuddin Hassan, beliau menjelaskan bahawa kerajaan buat keputusan untuk tarik balik semua Ordinan Darurat kerana akan habis pada 1 Ogos, jadi kerajaan perlu buat (batalkan).

“Keputusannya (ialah) untuk tarik balik ordinan. Jika tidak darurat, bagaimana ordinan hendak wujud? Keputusan Kabinet, kebetulan (dibuat pada) 21 Julai. Jadi, itulah yang saya faham.

“Tetapi, isunya teknikal sahaja. Keluar kenyataan Istana yang kata begitu, itu saya tak tahulah.

“Cuma, saya membaca pandangan peguam, bahawa perkara ini tak perlu dirujuk sebab ini keputusan Kabinet,” katanya ketika diminta mengulas situasi yang berlaku sehingga timbul desakan supaya Takiyuddin meletak jawatan.

“Ia bukan benda besar, cuma pembangkang jadikan isu, (sedangkan) ia isu teknikal yang boleh diperbetulkan,” tambahnya.

Mohd Amar berkata, Pas menyerahkan kepada kebijaksanaan kerajaan untuk menyelesaikannya tanpa memihak kepada sesiapa.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan yang dibuat di Parlimen pada Isnin (26 Julai) bahawa kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat yang dimasyhurkan Baginda.

Ini kerana, titah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pembatalannya belum lagi diperkenan.

Menurut baginda, semasa majlis menghadap secara maya pada Sabtu (24 Julai), baginda berkenan menitahkan kepada Takiyuddin dan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat perlu dibentang dan dibahas di Parlimen bagi tujuan diungkaikan.

Bagaimanapun, ia telah tidak dilaksanakan.


UMNO PUN SAMA LAH TERLIBAT DAN MENDERHAKA?

 

SHAHBUDIN HUSIN


Maknanya UMNO masih lagi sokong Mahiaddin sebagai PM

 dan UMNO juga nampaknya memilih untuk sama derhaka

 kepada Raja…..


May be an image of text that says "Tan Sri Annuar Musa 6m Saya mengesahkan kenyataan YAB TPM,yg di keluarkan selepas pertemuan 40 orang MP BN(termasuk 5 orang yg telah memberi mandat walau tak dpt hadir kerana di luar negara/kurentin/uzur) adalah benar dan tulin. Sebaliknya kenyataan tidak cermat SU EKSEKUTIF BN,yg cuba menafikan keujudan dan kesahihan kenyataan itu AMATLAH DI KESALI. MP BN berhak membuat pendirian mereka,dan pendirian itu di buat selepas satu konsensus di capai dalam pertemuan yg di adakan pukul 5.30ptg tadi di Tingkat 3,Bangunan Baru Parlimen. BARISAN NASIONAL MALAYSIA KENYATAAN MEDIA BARISAN NASIONAL MALAYSIA Setiausaha makluman. MOHAMAD SAHFRI NAB AZIZ SETLAUSAHA EKSEKUTIF"

Islam tetap berdaulat, yang patut disingkirkan adalah ulamak seperti Haji Hadi dari politik

 May be an image of 1 person and text that says "Tweet Abdul Hadi Awang @abdulhadiawang POLITIKING UNTUK MENYINGKIRKAN ISLAM Walaupun penjajah asing itu sudah pulang ke negeri masing-masing, tetapi agenda penjajahannya masih tetap berlangsung hingga hari ini. Baca selanjutnya: harakahdaily.net/index.php/ 2021... Translate Tweet #MindaPresidenPAS POLITIKING UNTUK MENYINGKIRKAN ISLAM"

Islam tetap berdaulat, yang patut disingkirkan adalah ulamak seperti Haji Hadi dari politik


1- Agak Pelik 2 Minggu ini, Agak teruk membaca tulisan Haji Hadi.. Sudah lah Ponteng dari Parlimen.., 2-3 Tulisannya menyentuh kaitan Politik dan Aqidah.. Seolah olah pertentangan politik hari ini pertembungan Islam dan kelompok Kuffar, Bagitulah Jahatnya Haji Hadi menghasut.. Sebagaimana Amanat Haji Hadi suatu masa dlu mengatakan Perlembagaan Negara sebagai UndangUndang Penjajah dan Toghut..dan UMNO itu musuh Islam..!

2- Tulisan terakhir Haji Hadi semalam sambil makan gaji buta dia menulis ” Politiking Untuk Mengingkirkan Islam “.. Tidak ada mana mana Negara hatta Israel dapat menyingkirkan Islam.. Islam tetap mulia..Tetapi bertapa ramainya Ulama Jahat seperti Hj Hadi telah memburukkan Islam dan Akhirnya menghuru harakan dan menghancurkan Negara Islam Sebagaimana Gambaran Khawarij…

3- Bukankah Selepas Nabiﷺ memberikan gambaran sifat Khawarij. lalu Nabi sebutkan lafaz فَاقْتُلُوهُمْ sebanyak 3 kali.. Nabi mengulangi 3 Kali lafaz فَاقْتُلُوهُمْ (Perangi mereka)sebagaimana di dalam Hadis nabi…. sabda Rasulullah ﷺ:

يَحْقِرُ أَحَدَكُمْ عَمَلَهُ مِنْ عَمَلِهِمْ، يَقْتُلُونَ أَهْلَ الْإِسْلَامِ، فَإِذَا خَرَجُوا فَاقْتُلُوهُمْ، ثُمَّ إِذَا خَرَجُوا فَاقْتُلُوهُمْ، ثُمَّ إِذَا خَرَجُوا فَاقْتُلُوهُمْ..

“ Mereka menghina amalan kamu (dengan membandingkan amalan mereka dengan amalan kamu), mereka memerangi umat Islam, maka apabila mereka keluar maka perangilah mereka, kemudian apabila mereka keluar maka perangilah mereka, kemudian apabila mereka keluar maka perangilah mereka…”

(Riwayat Ahmad)

4- Malah Nabi Ulangi lagi dalam hadis Lain akan kelompok ini..

أينما لقيتموهم فاقتلوهم …

” Di manapun Kamu menemui mereka, Perangilah mereka..”

Kelompok ini cukup bahaya kepada Masyarakat. Nabi ﷺ beri gambaran ia akan muncul dalam setiap zaman akan kelompok ini…Mereka ini menyesatkan manusia diatas Ilmu ilmu mereka.. antara sifat mereka adalah Mencela dan Menyesatkan (الطعن والتضليل).. Inilah gambaran Ulama jahat hari ini.. yang dikenal sebagai Ulama Su’.. Itulah yang Berlaku..

Politik Bukan lah Urusan Aqidah, Yang menjadikan Politik atau Konsep Imamah sebagai rukun Kepercayaan dalam Politik hanya dari kelompok Syiah.. Jadi jangan bawa budaya dan Pembodohan ini di Malaysia sebagaimana dilakukan Haji Hadi..

Sebelum ni aku dah pernah Ulas tentang Politik dan Aqidah, harap Hj Hadi membaca, jangan main tepek ayat Quran yang takda kena mengena dengan Politik hari ini sebagaimana kelompok Khawarij..

Ada Ustaz bertanya, Mana mungkin, Politik terpisah dalam urusan Aqidah ? Mereka akan dipertanggung jawabkan, Ya, Benar, Bukan hanya Pemimpin Negara, Politik.. Hatta Suami akan dipertanggungjawabkan ketika memimpin Keluarga, Isteri dipertanggungjawabkan ketika menguruskan rumahtangga dan anak suaminya, Hatta Hamba dipertanggungjawabkan kepada harta tuannya.. Sebagaimana Hadis Nabi ﷺ

كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُوْلٌ عَنْ رَعيّتِهِ..

” Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan dipertanggungjawabannya.. ”

Ini tidak bermakna urusan Siyasah, Rumahtangga, Muamalah itu masuk dalam urusan Aqidah yang boleh jadikan seseorang itu Kafir, hatta jika ada dikalangan mereka mengkhianati amanahnya, tidak jadi Kafir….

—————————————

5- POLITIK TIDAK BERKAIT AQIDAH

Memang benar, itu yang harus kita fahami, sebagaimana urusan Ekonomi(muamalah), Politik(Siyasah) tidak sama sekali bersangkut dengan perkara Aqidah, ini yang disebut Sheikh Said ramadhan Al Bouti di dalam Khutbahnya menyentuh kelompok Islamiyyin..,

السياسة لا دين لها، أي السياسة التي لا ترتبط بمبدأ..

Khutbah Sheikh Said ramadhan ini menegur kelompok yang menisbahkan diri mereka sebagai kelompok Islamiyyin, menggunakan Hukum hakam sebagai alat bagi mencapai politik mereka, lalu mentakfirkan selainnya.. Takfiri inilah gambaran Khawarij..

Politik itu tidak beragama sebagaimana dalam menyentuh soal Muamalah, Kita boleh berurusniaga, berjual beli hatta dengan Kristian dan Yahudi, begitu dalam soal Tahaaluf dalam Siyasah..Itu bukan bermakna, Setiap mereka yang terlibat dalam Politik(Siyasah), mahupun jual beli (Muamalah) terutama sebagai seorang muslim boleh lari dari perhitungan halal dan Haram,Dosa dan Pahala.. sebagaimana menyentuh hukum “Riba” dalam sistem perbankkan..

Sheikh Yusuf Qaradawi mengungkapkan Kata Ibnu Qayyim Al Jauziyah di dalam kitab At-Turuq Al-Hukmiyyah fi As-Siyaasah Al-Shar’iyyah..

“لا سياسة إلا ما وافق الشرع..”

” Tiadalah politik itu melainkan apa yang menepati Syara’.. ”

6- KONSEP IMAMAH YANG MENJADI PERKARA USUL DALAM SYIAH.

Dalam kitab Al-Milal Wan Nihal ” الملل والنحل” dalam tajuk,

“هل الإمامة من الأصول أو من الفروع”

” Apakah Imamah dari perkara Usul atau Furu’.. ?

Kitab ini menuliskan, “ sejak awal Syiah sudah melakukan konsensus bahawa konsep imamah adalah salah satu dari rukun iman dan merupakan perkara utama dalam aqidah Syiah..
Mereka menjadikan, Konsep Imamah, Al Wilayah sebagai rukun kepercayaan, Iman bagi mereka.. Sedangkan bagi kita, Kepimpinan Politik itu perkara Ijtihadiyah(Fiqh),

Dan Tidak hairanlah hari ini, PAS berpendirian yang sama sebagaimana Syiah, Bila konsep ” Wilayat Faqeh” itu diguna pakai dalam organisasi PAS, Konsep Majlis Syura, Dewan Ulama , Konsep Kepimpinan Ulama’ itu sendiri , diimport ketika berlakunya Revolusi Iran oleh kepimpinan PAS..

Ulama mereka itu soalah olah tidak mungkin melakukan kesalahan, Mereka mempercayai, bagi mereka yang keluar dari kepimpinan dan Politik PAS, Seakan boleh menyentuh soal Aqidah, mudah ditakfirkan..

7- MEMUSUHI SELAIN MEREKA KERANA SALAH TAFSIR HADIS..

Di Dalam Syiah, Selain dari kelompok mereka boleh dianggap sebagai menolak sebahagian dari Agama, Kerana bagi Mereka, kepercayaan dalam konteks pemerintahan, Konsep Al Wilayah, Al Imamah menjadi rukun Iman bagi mereka..

Mereka mempercayai Saidina Ali dan keturunannya, adalah keutamaan, peganti bagi Nabi ﷺ… barang siapa yang berpaling dari mereka, dianggap sebagai memusuhi Nabi, Sebagaimana syiah itsna asyariyah menjadikan Imam 12 itu kepercayaan bagi mereka.. sebagai mana Hadis Nabi ﷺ…

مَنْ كُنْتُ مَوْلاَهُ فَعَلِيٌّ مَوْلاَهُ.

Barangsiapa yang aku adalah mawlanya maka ‘Ali adalah mawlanya.. ”

Kerana Sebahagian dari mereka memusuhi kelompok selain mereka bila tidak meletakkan kepercayaan seperti mereka..,tindakan mereka ini berdasarkan Hadis Nabi,

مَنْ كُنْتُ مَوْلاَهُ فَهَذَا وَليَّهُ, اللَّهُمَّ وَالِ مَنْ وَالاَهُ وَعَادِ مَنْ عَادَاهُ.

” Barangsiapa aku adalah mawlanya maka inilah (‘Ali) walinya. Ya Allah! Cintailah sesiapa yang memperwalikannya dan musuhilah sesiapa yang memusuhinya. ”

Bagi orang Syiah, Kedudukan Saidina Ali disisi Nabiﷺ sebagaimana Kedudukan Harun disisi Musa, menyalahi kelompok mereka, seakan keluar dari ketaa’tan beragama, Ungkapan Syiah itu sendiri, diambil dari lafaz ayat 15 Surah Al Qasas..

هَٰذَا مِنْ شِيعَتِهِ وَهَٰذَا مِنْ عَدُوِّهِ..

” yang seorang dari golongannya Pengikut (Bani Israil/Musa) dan seorang (lagi) dari musuhnya (kaum Fir’aun)..”

Ayat 15 Surah Al Qasas

8- MAKSUD “JAMAAH” YANG DISALAH TAFSIR

Jika Syiah menyalah tafsirkan dari maksud “Maula” , Al Wilayah dan Konsep Imamah yang mereka imani, Manakala PAS hari ini menyalah Tafsirkan maksud “Jamaah” Di dalam Hadis Nabi lalu menyamakan maksud Jamaah itu sebagai Jamaah(Parti) mereka.. Keluar dari Jamaah mereka dianggap sebagai terkeluar nya dari Islam dan menjadi musuh mereka….

Itulah Hadis yang pernah digunakan Azli Taliban,(Ulama PAS) dalam mentakfirkan, dan Memunafikkan musuh politik mereka, Mereka menyalah tafsirkan Hadis..antara hadis yang selalu digunakan puak2 takfiri ini..

مَنْ فَارَقَ الْجَمَاعَةَ قِيْدَ شِبْرٍ فَقَدْ خَلَعَ رِبْقَةَ الإِسْلاَمِ مِنْ عُنُقِهِ..

” Barangsiapa memisahkan diri dari Al-Jama’ah walaupun sejengkal, maka bererti dia telah melepaskan ikatan Islam dari tengkuknya.. ”

dalam lafaz yg lain di dalam hadis dalam bab.. قَتْلُ مَنْ فَارَقَ الْجَمَاعَةَ..

Jadi dari maksud Jamaah dalam Hadis Inilah mereka bermudah mudah mentakfirkan Selain mereka dan dari nombor keahlian parti mereka saja layak masuk ke Syurga Allah..

Memang Benar, Kedua Hadis Nabi ﷺ yang digunakan kelompok Syiah dan PAS ini adalah Sahih, tetapi bagaimana mudahnya ia salah gunakan Mentakfirkan kelompok selain mereka..Kebodohan mentakwil dan Manafsirkan Hadis dan firman Allah ,inilah menyebabkan berlakunya perbuatan Takfir sebagaimana Kebodohan kelompok Khawarij..

Ia menepati Tafsiran Imam Nawawi dan Kitab Syarah Muslim dalam membawa maksud Jamaah, lalu dipetik satu pandangan Ulama’….

قال العلماء ويتناول أيضا كل خارج عن الجماعة ببدعة أو بغي أوغيرهما وكذا الخوارج…

Berkata Ulama; Termasuk juga dalam maksud hadis ini adalah setiap orang yang keluar dari ketataan kepada pemerintah muslim(Jamaah) dengan melakukan keBid’ahan, berkhianat, atau selainnya,begitu juga dengan khawarij…

Jelas, Jamaah yg dimaksudkan adalah sifat Bughah keluar dari ketaatan pemerintah seperti kelompok Pemberontak sebagaimana Khawarij di Zaman Khalifah Ali..

9- POLITIK ADALAH PERKARA IJTIHADIYYAH..

Politik bukan perkara Aqidah, Parti Politik bukan Agama, Imam Imam dan Ulama mereka bukan Nabi, memilih selain mereka tidaklah ianya menyalahi Aqidah Islam..

Begitu juga sistem Demokrasi yang menjadi wasilah PAS ,di Imani oleh PAS hari ini, Perlembagaan yang dulunya dikatakan Toghut( Kafir), Perlembagaan diciptakan Pejajah, adalah Undang2 Kafir.. Hari ini PAS Memperjuangkannya..

Tidak juga menjadi Kafir dan menyalahi Aqidah, Ketika PAS bertahaaluf dengan DAP, juga hari ini bila bersama MCA dan MIC, Sebabnya ianya urusan Politik bukan Aqidah..

Begitu juga suatu ketika, UMNO dikatakan musuh Allah, pahala Syahid apabila mati memerangi mereka.. dan hari ini UMNO menjadi Mawla bagi PAS… ia tidak salah pada sudut Aqidah, Yang Silapnya bila Agama dijadikan dagangan dan alat hanya kerana kepentingan dan cita cita politik mereka..

kelompok inilah yang diingatkan oleh Sheikh Said Ramadhan Al Bouti ,ancaman kelompok ini kepada Ummat Islam, Berkata Sheikh said Ramadhan di dalam Khutbahnya..

يتخذون من شرائع الله وأحكامه خادماً لإيصالهم إلى مبتغياتهم السياسية المختلفة.

Mereka ini(Kelompok Islamiyyin) menjadikan hukum dan Syariat Allah , sebagai Khadam(Alat) bagi mencapai pelbagai tujuan tujuan Politik..”

Tidak kira samada, Sistem Beraja, Khalifah, Imamah, Presiden, Demokrasi ia adalah perkara Ijtihadiyah, Tidak sama sekali bersangkut dengan urusan Aqidah, Selagimana ia selari dengan Syara’ (ما وافق الشرع), Tidak menyalahi kehendak Syara’, Ia nya diterima.. kerana hukum itu sentiasa berubah mengikut peredaran masa dan zaman.. sebagaimana Kaedah Fiqh..

“لا ينكر تغير الأحكام بتغير الأزمان”

“ Tidak dapat dinafikan perubahan hukum hakam itu mengikut berubahnya zaman ”

10- MENEGAKKAN KEADILAN DALAM POLITIK

Dalam Politik, Kita hanya berijtihad dalam mencari yang terbaik, Menegakkan yang Hak, dan menentang yg Bathil, Menegakkan Keadilan dan menentang Kezaliman..

Berkata Ibnu Tamiyyah..

فإِنَّ النَّاسَ لَمْ يَتَنَازَعُوا فِي أَنَّ عَاقِبَةَ الظُّلْمِ وَخِيمَةٌ وَعَاقِبَةُ الْعَدْلِ كَرِيمَةٌ ”

“Manusia tidak berselisih bahawa balasan dari perbuatan zalim adalah kebinasaan sementara balasan dari sikap adil adalah kemuliaan….

Ia sesuai dengan Hadis Nabi yang mengkhabarkan kita Allah tidak membezakan perbuatan dan nilai baik, samamada dilakukan oleh Muslim atau selainnya menzahirnya Natijah yang baik..

manakala jika sesuatu Kezaliman itu biarpun dilakukan oleh Muslim, hasilnya adalah kejahatan.. sedangkan dalam urusan Aqidah,(I’tiqadi) akhirat itu adalah urusan Allah..

إن الله لا يظلم مؤمنا حسنة، يعطى بها في الدنيا، ويجزى بها في الآخرة، وأما الكافر فيطعم بحسنات ما عمل بها لله في الدنيا، حتى إذا أفضى إلى الآخرة لم تكن له حسنة يجزى بها. رواه مسلم

“Sesungguhnya Allah tidak akan menzalimi seorang mukmin yang berbuat baik. Di dunia dia akan mendapatkan balasan dan di akhirat ia akan mendapatkan pahala. Sementara itu,bagi orang kafir (yang berbuat baik) akan di beri kebaikan oleh Allah di dunia, sementara di akhirat ia tidak akan mendapatkan pahala”.

( Riwayat Muslim )

Ipohmali

Tazkirah Jumaat

30 Julai 2021




LEBAI TAK GUNA-Selepas Razman, kini Takiyuddin pula derhaka terhadap Agong

 


Panas! Selepas Razman, kini Takiyuddin pula derhaka terhadap Agong


AMANAH seluruh negara hari ini akan membuat laporan polis terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan susulan kenyataan Istana Negara pada semalam yang mengesahkan Ahli Parlimen Kota Bharu itu telah bertindak mengelirukan Dewan.

Ini susulan pengumuman menteri Pas itu pada 26 Julai lalu yang mendakwa enam Ordinan Darurat telah dibatalkan berkuakuasa 21 Julai sekaligus menyebabkan ianya tidak dapat dibahas di Parlimen.

Naib Pengerusi AMANAH Wilayah, Ahmad Zamri Khuzaimi berkata, Takiyuddin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah bertindak membohongi rakyat dan laporan turut dibuat terhadap tiga lagi individu di dalam kerajaan.

Selain Takiyuddin, laporan polis turut dibuat terhadap Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin, Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun dan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun.

“Mereka telah membohongi seluruh rakyat Malaysia. Maka hari ini, kami buat laporan polis serentak seluruh negara terhadap empat individu yang bertanggungjawab iaitu Takiyuddin, Perdana Menteri, Idrus Harun dan Azhar Harun.

“Dalam laporan, kita katakan mereka telah lakukan satu bentuk mengganggu gugat proses demokrasi, melanggar Perlembagaan Persekutuan dan derhaka kepada titah Agong.

“Merujuk artikel perkara 40, kita ingin menegaskan bahawa institusi Raja-raja Melayu dan Agong bukan ‘rubber stamp’ yang perlu ikut kehendak dan arahan Kabinet walaupun ada nyatakan keperluan ikut nasihat di bawah perlembagaan.

“Tetapi Agong berhak selaku ketua negara memberi teguran dan pandangan. Kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya menganggap atau mengandaikan bahawa apa sahaja urusan Kabinet perlu dipersetujui oleh Agong,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul hari ini.

Dalam perkembangan sama, AMANAH Puchong juga selesai membuat laporan polis di IPD Serdang Selangor tengahari tadi, yang diketuai Ahli Jawatankuasa AMANAH Puchong, Abbas Azmi.


KEDEGILAN MAHIADDIN BERUNDUR PERLU DIAJAR DENGAN DEMONSTRASI BESAR2AN DI SELURUH NEGARA

 

Isu sebenar yang ada di depan mata kita sekarang ialah tindakan derhaka yang nyata sebuah kerajaan kepada Yang Dipertuan Agong dan Istana Negara.

Penderhakaan itu pula bukan dilakukan sekali, bahkan sudah berkali-kali.

Jika kerajaan yang ada sokongan majoriti sekali pun, tetapi kalau sudah derhaka kepada Raja, kerajaan tersebut dan ketua kerajaannya wajar dijatuh dan digantikan.

Dalam sebuah negara Raja Berperlembagaan, kerajaan yang setia kepada Raja jauh lebih penting dipertahankan daripada kerajaan yang ada sokongan majoriti semata-mata, namun tidak peduli soal kesetiaan kepada Raja.

Tentulah juga jauh lebih afdal sebuah kerajaan itu ditentang dan dijatuhkan jika selain keabsahannya diragui atau lebih tepat tiada sokongan majoriti dimiliki, ditambah lagi dengan bersikap derhaka yang berulang kali dilakukannya.

Dalam kata mudah, itulah gambaran kerajaan PN pimpinan Mahiaddin Md Yasin sekarang ini.

Setelah bertahun berdolak-dalik dan mencari pelbagai helah untuk kedudukan sokongan yang dimilikinya diuji, perkara itu kini melarat kepada soal penderhakaan sehingga Agong secara terbuka menzahirkan rasa anat dukacita yang sebenarnya itulah tanda murka seorang Raja.

Tidak pernah keadaan seperti ini berlaku sebelum ini di mana kedudukan Agong seolah-olah dipermainkan dan ditipu demi kepentingan kuasa oleh kerajaan yang memerintah.

Oleh yang demikian, Mahiaddin dan kerajaan PN ini sebenarnya tidak boleh dan tidak harus dipertahankan lagi, walau atas apa alasan sekali pun.

Mahiaddin mesti berundur serta meletak jawatan dan jika enggan, beliau harus dipaksa berbuat demikian.

Tiada guna lagi negara mempunyai Perdana Menteri dan kerajaan yang derhaka ini kerana kemurkaan Agong bermakna baginda tidak mungkin dapat menerima mereka yang tidak setia itu untuk terus mengurus negara.

Melihat kepada perkembangan yang berlaku selepas murkanya Agong itu, Mahiaddin nampaknya kekal dengan kedegilan enggan meletakkan jawatannya.

Malah beliau cuba mempertahankan dan menjustifikasi tindakan berkaitan pembatalan darurat itu melalui kenyataan media tanpa nama oleh Pejabat Perdana Menteri atau PMO.

Menyanggah titah Raja dengan panjang lebar melalui surat tanpa nama adalah perbuatan biadap dalam berkomunikasi dengan Istana serta di luar tata susila kesopanan dan kesetiaan sebagai warganegara yang taat setia kepada Raja.

Kalau surat Istana Negara ada penamanya, mengapa surat PMO langsung tiada nama?

Siapa yang mengeluarkan kenyataan media itu – Perdana Menteri, Setiausaha Akhbar, Ketua Setiausaha Sulit atau hanya budak pejabat PMO?

Selain itu, kenyataan media PMO itu juga seperti Mahiaddin mahu mengajak Istana Negara terus bergaduh dan berperang dengan hakikat beliau masih cuba menegakkan benang basah bersabit isu yang timbul.

Dalam hal ini, apakah Mahiaddin lupa tentang ketinggian serta kemuliaan kedudukan Agong berbanding dirinya serta bagaimana titah baginda yang disampaikan melalui Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara agar Proklamasi Darurat dan ordinannya dibentang serta dibahas di Parlimen, telah terang-terang tidak dipatuhi?

Apakah itu bukan derhaka namanya dan sekarang bersama derhaka yang sedia ada, kerajaan PN juga nampaknya mahu terus bergaduh dan berperang secara berterusan dengan Istana?

Penyelesaian paling mudah bagi kemelut ini tidak lain ialah Mahiaddin dan seluruh kabinetnya, termasuk dua beradik yang menjadi Peguam Negara dan Speaker Parlimen, mesti meletak jawatan dengan segera.

Apabila derhaka sehingga Raja murka, pilihan yang ada hanya berundur dengan serta merta.

Penderhakaan mereka bukan saja menyinggung hati Agong sehingga baginda jadi murka, bahkan majoriti rakyat sendiri pun kini tambah benci dengan kerajaan PN ini.

Sudahlah tiada majoriti, ditambah lagi dengan derhaka dan akhirnya jadilah ia seburuk-buruk kerajaan di muka bumi ini.

Mendepani keadaan ini, Mahiaddin dan kerajaan PN tidak mungkin lagi dapat berperanan dengan baik dalam mengurus negara, jauh sekali untuk saling bekerjasama dengan Istana, lagi lama beliau bertahan hanya menyebabkan negara kian jahanam jadinya.

Berpegang kepada prinsip kesetiaan kepada Raja, kiranya Mahiaddin dan kabinetnya terus berdegil dan enggan berundur dalam dua tiga hari mendatang, sebenarnya akan menjadi kewajipan agar seluruh rakyat bangun bersuara melalui demonstrasi besar-besaran menuntut perletakan jawatan semua yang derhaka itu.

Kita tidak harus membiarkan mereka yang derhaka ini terus bergayut lebih lama dengan kuasa tanpa keabsahan mereka.

Demi menyelamatkan negara dan sebagai tanda kesetiaan kepada Raja, inilah satu-satunya pilihan yang tinggal untuk mengajar Perdana Menteri dan kerajaan “tak reti bahasa” ini. 


(ShahbudinHusin 30/07/2021)




Jangan angkuh, minta ampun daripada Agong, Mat Sabu beritahu PM

 

Mohamad Sabu berkata, Kabinet gagal menghormati saranan Yang di-Pertuan Agong supaya persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin untuk Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan.

PETALING JAYA: Amanah kesal dengan tindakan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan Kabinet atas maklum balasnya terhadap teguran Yang di-Pertuan Agong yang disifatkan parti itu sebagai “angkuh”.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu menuntut Muhyiddin meminta pengampunan daripada Agong dan segera meletak jawatan.

Beliau mengulas kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) semalam berhubung pembatalan Ordinan Darurat selepas Agong mendedahkan tidak memberi memperkenan pembatalan itu.

Isnin lalu, Takiyuddin mengejutkan Dewan Rakyat dengan mengumumkan bahawa Ordinan Darurat dibatalkan berkuat kuasa 21 Julai lalu. Ia menimbulkan persoalan sama ada Agong sudah memberi perkenan terhadap pembatalan itu.

Semalam, PMO berkata, tindakan kerajaan membatalkan Ordinan Darurat dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, cara pembatalan Ordinan Darurat masih dipersoalkan.

“Kenyataan Muhyiddin seolah-olah membayangkan Agong tidak memahami keadaan sebenar.”

Katanya, Kabinet juga gagal menghormati saranan Agong supaya persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin untuk Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan.

Beliau turut mengkritik kerajaan susulan penangguhan berulang kali sidang Dewan Rakyat pada petang semalam.

Semua ini katanya, adalah tindakan menentang Istana dan Amanah mahu Muhyiddin dipertanggungjawabkan.

“Amanah menuntut Muhyiddin dan seluruh anggota Kabinetnya meletak jawatan serta-merta dan memohon sembah ampun daripada baginda.”

Henti takutkan belia sokong gerakan #Lawan, Bersih 2.0 beritahu polis

 

Lebih 100 kenderaan dikatakan menyertai konvoi #Lawan yang diadakan seluruh negara pada Sabtu lalu

PETALING JAYA: Kumpulan pembaharuan pilihan raya, Bersih 2.0 menggesa kerajaan dan polis berhenti menakutkan belia selepas seorang aktivis dikaitkan dengan gerakan #Lawan ditahan dan dibebaskan.

Sarah Irdina Mohamad Ariff, pengasas kumpulan berasaskan belia Misi Solidariti, dibebaskan kira-kira 1 pagi tadi selepas disoal siasat selama 10 jam atas dakwaan menghasut dan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.

Terdahulu, tiga aktivis muda – Tharma Pillai, Afiq Adib dan Muhammad Alshatri – turut dipanggil untuk disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung bantahan #Lawan di Dataran Merdeka esok.

Bersih 2.0 berkata, ia “sangat prihatin” dengan tindakan kerajaan dan polis masih menggunakan “taktik mengganggu dan mengintimidasi rakyat” yang hanya bersuara menyuarakan kekecewaan mereka dengan kegagalan kerajaan dalam menangani pandemik dan ekonomi negara.

Sarah Irdina Mohamad Ariff.

“Intimidasi ini bukan hanya menguatkan tekad mereka yang menjadi sasaran intimidasi, malah rakyat Malaysia yang rasional yang geram dengan taktik pembulian tersebut.

“Bersih 2.0 mengajak semua rakyat Malaysia untuk bersolidariti dengan anak muda yang hanya mengamalkan hak Perlembagaan mereka untuk bersuara dan berhimpun secara aman.

“Mereka hanya memperjuangkan tuntutan mereka dan suara serta aspirasi mereka wajib didengari.”

Polis menahan Sarah yang berusia 20 tahun di bawah Akta Hasutan susulan ciapannya pada 1 Julai lalu yang menggesa rakyat menyokong bantahan #Lawan dengan mengibar bendera hitam jika mereka bersetuju dengan tuntutan agar Perdana Menteri meletak jawatan, Parlimen bersidang semula dan menamatkan darurat.

Bersih 2.0 menggalakkan mereka yang mahu menyokong bantahan aman #Lawan pada 11 pagi esok supaya memastikan mereka memakai pelitup muka dengan betul, mengamalkan penjarakan sosial dan mematuhi arahan penganjur.

Bagi mereka yang tidak dapat menyertai bantahan itu sendiri, mereka boleh bersolidariti dengan berpakaian hitam atau menaikkan bendera hitam esok.

PM, TPM dalang penderhaka Agong, dedah individu ini


Penyelaras Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia (GBMRM) Mustafa Mansor mengetuai penyerahan memorandum di Istana Negara pagi tadi.



PM, TPM dalang penderhaka Agong, dedah individu ini

Sebuah gabungan disertai kira-kira 40 NGO menggesa perancang utama penderhakaan terhadap Yang di-Pertuan Agong dipecat segera melalui memorandum diserahkan kepada Istana Negara pagi tadi.

Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia (GBMRM) menyenaraikan antara nama disarankan untuk dipecat adalah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan, Menteri Kanan Mohamed Azmin Ali, Menteri Kesihatan Dr Adham Baba, Peguam Negara Idrus Harun dan Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun.

“Tindakan tegas juga perlu diambil kepada seluruh Kabinet Perikatan Nasional (PN) yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perancangan penderhakaan ini sehingga membenarkan Ordinan Darurat ditamatkan tanpa perkenan Agong.

“Mereka mesti dikenakan tindakan undang-undang dan meletakkan jawatan secara terhormat serta-merta,” kata penyelaras GBMRM, Mustafa Mansor kepada pemberita selepas memorandum itu diserahkan.

Memorandum itu merupakan yang ketujuh diserahkan gabungan berkenaan sejak Muhyiddin mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan.

Semalam, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan rasa dukacita dengan pengumuman pembatalan Ordinan Darurat di Parlimen Isnin lalu walhal ia belum lagi diperkenan baginda.

Dalam pada itu, Mustafa berpandangan tindakan membelakangi Agong dalam pembatalan Ordinan Darurat di Parlimen merupakan satu penderhakaan dan bercanggah prinsip Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, GBRM turut memohon Agong melantik perdana menteri baharu susulan penderhakaan oleh kerajaan PN.

“Proses pelantikan perdana menteri baharu mestilah melalui sistem sokongan majoriti di Parlimen yang bersesuaian dengan prinsip negara demokrasi berparlimen.

“Sebarang bentuk manipulasi politik tidak bermoral dalam pelantikan perdana menteri mesti dipastikan tidak berlaku lagi,” katanya.

Mustafa yakin pelantikan perdana menteri baharu mampu membawa Malaysia keluar daripada kemelut politik, ekonomi, sosial dan kesihatan dalam masa singkat.



Doktor kontrak mahu tubuh kesatuan sekerja, beri amaran Hartal 2.0

 

Doktor kontrak yang menyertai mogok baru-baru ini.

PETALING JAYA: Gerakan Hartal Doktor Kontrak dalam perancangan menubuhkan kesatuan sekerja untuk doktor junior demi komunikasi lebih baik dan memperjuangkan pembaharuan.

Jurucakap gerakan itu, Dr Mustapha Kamal berkata, pihaknya sudah berhubung dengan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), badan induk untuk kesatuan sekerja perkhidmatan awam.

Mereka berharap kesatuan itu boleh ditubuhkan sebelum pembentangan Belanjawan 2022 atau akhir tahun ini, jika gagal memenuhi tarikh akhir pertama.

Katanya, kesatuan itu mampu meningkatkan suara pegawai perubatan junior secara profesional seperti Persatuan Perubatan British (BMA) di United Kingdom.

Mustapha berkata, lanjutan dua tahun untuk doktor kontrak yang dicadangkan kerajaan bukan penyelesaian sesuai dan tidak mempunyai rancangan jelas dengan banyak persoalan masih tidak dijawab, termasuk apakah yang akan berlaku selepas lanjutan itu tamat dan sama ada perubahan akan dilakukan ke atas laluan kepakaran.

Beliau memberi amaran “tindakan lanjut” akan menyusul jika tuntutan mereka tidak dipenuhi segera.

“Kami berharap sebelum Belanjawan 2022, kerajaan akan tampil dengan satu penyelesaian dan beritahu kami apa yang diperlukan untuk kerajaan menyerap kami semua ke jawatan tetap.

“Tiada dokumen rasmi menyatakan garis panduan untuk jawatan tetap, hanya kenyataan kepada media. Kami mahu melihatnya secara bertulis, dalam hitam putih, dicop dan ditandatangani.

“Kami akan benarkan mereka berbincang dan tampil dengan rancangan. (Menteri Kesihatan) Dr Adam Baba kata beliau memerlukan dua tahun, tetapi saya rasa itu agak lama berdasarkan ketidakstabilan politik di negara kita.

“Kerajaan boleh diberikan sedikit masa, tetapi jika mereka tidak memberikan respons sebelum Belanjawan berikutya, kemungkinan besar kami akan teruskan dengan Hartal 2.0.”

Bagaimanapun, beliau tidak menyebutnya sebagai mogok dan berkata, situasi Covid-19 serta landskap politik perlu dipertimbangkan sebelum boleh membuat rancangan khusus.

Agong boleh pecat PM jika enggan letak jawatan - Dr Aziz Bari

 

Krisis politik yang berpunca daripada kehilangan kredibiliti kerajaan Perikatan Nasional (PN) mentadbir negara boleh diselesaikan dengan Perdana Menteri (PM) Tan Sri Mahiaddin Yassin meletak jawatan secara terhormat.



Bagaimanapun, sekiranya beliau berdegil walaupun Yang di-Pertuan Agong sendiri telah membidas pentadbirannya membelakangkan istana dalam memansuhkan Ordinan Darurat, maka Agong berhak bertindak melampaui kebiasaan.



Bagi pakar undang-undang Perlembagaan, Dr Aziz Bari, Yang di-Pertuan Agong dengan kuasanya boleh memecat seorang PM yang menghalang proses demokrasi atau tidak memelihara keluhuran Perlembagaan tetapi enggan berundur biar pun telah kehilangan majoriti.



"Agong berhak bahkan bertanggungjawab untuk berbuat demikian (memecat). Majoriti perlu sentiasa dibuktikan," katanya dipetik Malaysiapost.



Dalam pada itu, Dr Aziz menolak kenyataan terbaharu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam, bahawa kerajaan PN masih kukuh dan mempunyai majoriti melebihi 110 kerusi.



Katanya, pembuktian majoriti tidak boleh dilakukan secara kenyataan media sebaliknya perlu dilakukan dengan membawa usul Undi Percaya di Parlimen.



"Majoriti tidak boleh diandaikan atau hanya didakwa seperti kononnya kerajaan masih ada 110 Ahli Parlimen yang menyokongnya. Ia kena dibuktikan di Dewan Rakyat melalui sebarang undi usul," katanya.



Beliau yang juga Ketua Pembangkang DUN Perak berpendapat, krisis Perlembagaan kini semakin memburuk berbanding pada peringkat awal hanya untuk menguji keabsahan kerajaan PN sahaja.



"Krisis perlembagaan sudah masuk ke tahap dua atau tiga. Krisis ini bermula apabila Agong dan Raja-Raja menyeru supaya Parlimen bersidang.



"Ini tidak sepatutnya berlaku (melengahkan sidang) kerana dari segi prinsip darurat tidak menggantung Parlimen, yakni Parlimen masih tetap berfungsi meskipun dalam keadaan Darurat," katanya lagi.