Tamrin Tun Ghafar
Rabu - 16/06/2021
( 1 - 16 )
1. Apabila Mahiaddin mengatakan Parlimen AKAN bersidang Bulan September atau Oktober 2021 ini ia dengan sendirinya mengundang pelbagai pandangan.
2. PERKARA 55 ( 1 ) Perlembagaan :
'Yang Di Pertuan Agong HENDAKLAH memanggil Parlimen dari masa ke semasa dan TIDAK BOLEH MEMBIARKAN enam ( 6 ) bulan berlalu ANTARA PERSIDANGAN yang akhir dalam satu penggal dengan tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat pertamanya dalam penggal yang berikutnya.
3. BUKANKAH 21hb Jun 2021 ini GENAP SUDAH 6 bulan dan Agong MESTI mengarahkan Parlimen Bersidang seperti yang termaktub dalam Perlembagaan??
4. Perlu diingatkan semula SUMPAH JAWATAN bagi Yang Di Pertuan Agong :
'Kami .........dan ........
Yang Di Pertuan Agong bagi Malaysia bersumpah dengan melafazkan
WALLAHI
WABILLAHI
WATALLAHI
maka dengan lafaz ini BERIKRARLAH Kami dengan sesungguh dan dengan sebenarnya MENGAKU akan taat setia pada menjalankan dengan ADILNYA pemerintahan bagi Malaysia dengan MENGIKUT sepertimana UNDANG - UNDANG DAN PERLEMBAGAAN yang telah disah dan dimasyhurkan dan yang akan disah dan dimasyhurkan di masa hadapan ini. Dan lagi kami BERIKRAR MENGAKU dengan sesungguh dan dengan sebenarnya MEMELIHARA PADA SETIAP MASA Agama Islam dan BERDIRI TETAP diatas pemerintahan YANG ADIL dan aman didalam Negeri'
5. Itulah SUMPAH yang telah dilafazkan oleh beliau apabila dipilih oleh Raja - Raja sebagai Agong.
6. Pada awalnya rakyat melihat tindakan - tindakan Agong amat menggembirakan tetapi lama kelamaan kegembiran tersebut mula dingin dan pudar terutama apabila beliau MELANTIK Mahiaddin sebagai Perdana Menteri TANPA MENGAMBIL KIRA PENDIRIAN SETIAP AHLI PARLIMEN, sebaliknya HANYA MENDENGAR sokongan Ketua - Ketua Parti sahaja - apakah itu TINDAKAN ADIL?
7. PERKARA 43 ( 1 ) ( a ) :
Yang Di Pertuan Agong hendaklah melantik seorang Perdana Menteri dari kalangan Ahli Dewan Rakyat yang PADA HEMATNYA MUNGKIN MENDAPAT KEPERCAYAAN MAJORITI Ahli Dewan Rakyat - persoalannya APAKAH dengan HANYA mendengar akuan Ketua - Ketua Parti TANPA mendapat persetujuan setiap Ahli Dewan Rakyat telah MEYAKINKAN beliau?
8. Jika Mahiaddin cukup bilangan MENGAPA beliau perlu membeli sokongan dan menggantung Parlimen?
9. PERKARA 43 ( 4 ) :
Jika Perdana Menteri TIDAK LAGI MENDAPAT KEPERCAYAAN MAJORITI Ahli Dewan Rakyat , maka Perdana Menteri HENDAKLAH MELETAKKAN JAWATAN Perdana Menteri.
10. PERKARA 150 ( 1 ) :
Jika Agong berpuas hati bahawa satu DARURAT BESAR SEDANG BERLAKU yang menyebabkan KESELAMATAN, atau KEHIDUPAN EKONOMI atau KETENTERAMAN AWAM maka Agong BOLEH mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat.
150 ( 2 )
Proklamasi Darurat dibawah Pasal ( 1 ) boleh dikeluarkan SEBELUM SEBENARNYA barlaku kejadian yang MENGANCAM KESELAMATAN, kehidupan EKONOMI atau KETENTERAMAN AWAM - persolannya SEMASA Agong bersetuju dengan cadangan Mahiaddin ADAKAH negara dalam situasi sedemikian? - PERKARA 150 ini juga TIDAK MENYEBUT LANGSUNG ( blank ) bahawa Agong MESTI bertindak mengikut kehendak Kabinet.
11. MENGAPA pada 25hb Oktober 2020 Agong boleh berbincang terlebih dahulu dengan Raja - Raja Melayu dan MENOLAK permohonan Mahiaddin TETAPI pada 11hb Januari 2021 TIDAK MEMPEDULIKAN LANGSUNG pandangan Raja - Raja Melayu apabila mengisytiharkan Perintah Darurat?
12. Apakah beliau SUDAH LUPA JASA Raja - Raja Melayu apabila memilih dan melantik beliau sebagai Agong?
13. Apakah dakwan rakyat kononnya Agong sudah 'DIBELI' oleh Mahiaddin benar? sehingga SANGGUP MENGENEPIKAN Raja - Raja Melayu?
14. PERKARA 34 ( 3 ) dan 34 ( 6 ) :
Agong dan Permaisuri TIDAK BOLEH melibatkan diri dalam apa - apa perusahan komersial.
15. APAKAH RAJA - RAJA MELAYU KINI UMPAMA:
SUDAH MENYEBERANG
TONGKAT TIDAK
BERGUNA LAGI.
16. SEMOGA AGONG TIDAK LUPA DENGAN SUMPAHNYA DAN
SENANTIASA MENJADIKAN RAJA - RAJA MELAYU SEBAGAI TALIAN HAYAT TERAKHIR SEBELUM KEMBALI KEPADA ALLAH MAHA PENCIPTA.
Wassalam
Terima Kasih.